You are on page 1of 2

TUGASAN PKP 22062020

BAHAGIAN A (Soalan Struktur)

Jawab semua soalan.


1. Nyatakan empat tujuan Dasar Pembangunan Nasional diperkenalkan. [4]

i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi


dengan pengagihan yang saksama.
ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi.
iii. Mengurang dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
iv. Menggalak dan meperkukuhkan integrasi nasional.

2. Berikan empat pendekatan yang digunakan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat dalam Dasar Pembangunan Nasional. [4]

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.


ii. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memodenkan kehidupan di luar bandar.
iv. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

3. Senaraikan tiga objektif utama Dasar Persyarikatan Malaysia. [3]

i. Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta.


ii. Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat sektor awam dan swasta.
iii. Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dan sektor swasta
dalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama.

4. Huraikan dua faedah Dasar Kependudukan Negara 70 juta kepada negara. [4]

i. Bekalan tenaga buruh tempatan mencukupi. Mengurangkan pergantungan kepada pekerja


asing dalam perindustrian, pembinaan, perladangan dan perkhidmatan.
ii. Pasaran tempatan luas. Penduduk atau sumber manusia yang ramai meluaskan lagi asaran
dan meningkatkan kuasa beli.

5. Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara. [3]

i. Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan.


TUGASAN PKP 22062020

ii. Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing.


iii. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial.

6. Huraikan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). [4]

i. Pendekatan Perhutani. Memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber


termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.
ii. Pendekatan berasaskan produk. Memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa
pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia.

You might also like