You are on page 1of 1

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.


1. Dalam pelaksanaan Dasar Sogososha, taraf sogoshosha boleh dicapai apabila sesebuah
syarikat perdagangan memenuhi tiga ciri penting.

Nyatakan tiga ciri penting ini. [3]

a) Mempunyai rangkaian antarabangsa.


b) Mengendali barang dagangan yang banyak.
c) Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar.

2. Jelaskan dua galakan dalam strategi pelaksanaan Sogososha Malaysia. [4]

a) Galakan kredit iaitu diberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah
kewangan untuk melaksanakan kegiatan eksport di luar negeri.
b) Galakan cukai. Misalnya elaun galakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di
bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977, dan Akta Eksais 1976.

3. Huraikan dua program yang telah dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur. [4]

a) Program pengajian akademik. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang latihan
teknikal lanjutan pada pelajar lepasan SPVM dan Politeknik tempatan.
b) Program kemajuan eksekutif. Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan
kepada eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan swasta
di Jepun dan Korea.
4.
a) Berikan dua strategi yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat Dasar Pandang Ke
Timur. [2]

i. Perubahan struktur.
ii. Perubahan sikap.

b) Jelaskan dua kesan yang wujud jika strategi-strategi berkenaan berjaya dicapai. [2]

i. Prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini meningkat.


ii. Wujudnya golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai dan etika kerja yang
positif .

You might also like