You are on page 1of 5

946/2 STPM

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 2
(1 Jam 45 Minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang

pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak


SET 1

BAHAGIAN A [ 50 markah]

Jawab semua soalan

1 Huraikan tiga peranan pengurus dalam pembuatan keputusan. [6]

2 Jelaskan unsur perancangan strategik berikut:


(i) Visi [2]
(ii) Misi [2]
(iii) Objektif [2]

3. Terangkan jenis kepimpinan berikut:


(i) Transactional [2]
(ii) Transformational [2]

4 Terangkan dua jenis manual organisasi yang menjadi rujukan pekerja . [4]

5. Keupayaan merupakan salah satu elemen kontrak. Terangkan maksud keupayaan dan
syarat-syarat keupayaan untuk berkontrak. [4]

6. Jelaskan maksud media komunikasi berikut dan nyatakan dua kebaikan


menggunakan media berkenaan dalam perniagaan;
(i) Bersemuka [3]
( ii) Memorandum [3]

7 Terangkan dua kaedah mendengar secara berkesan. [6]

8 Berikan maksud e-pemasaran dan nyatakan tiga kebaikan kepada perniagaan [4]

9 Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional. [6]

10 Huraikan dua pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan.


[4]

Bahagian B [50 markah]


Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

STRATEGI KAWALAN SYARIKAT AJINOMOTO(MALAYSIA ) BERHAD

11 Laporan Tahunan Syarikat Ajinomoto(Malaysia) Berhad bagi tahun 2017 telah


menyiarkan kenyataan tadbir urus korporat oleh Lembaga Pengarah Syarikat yang
menekankan kepentingan mengekalkan piawaian korporat yang tinggi didalam tadbir urus
syarikat dan komitmen syarikat untuk mengurus hal ehwal syarikat dengan ketelusan,
akauntabiliti dan integriti.

Tanggungjawab mengkaji kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman syarikat


telah diwakilkan kepada Jawatankuasa Audit yang diberi kuasa untuk mendapatkan jaminan
mengenai kecukupan dan integriti dalaman sistem kawalan. dalaman . Juru audit dalaman
melaporkan terus kepada jawatankuasa audit dalaman dan membentangkan rancangan audit
dalaman untuk semakan dan kelulusan untuk memastikan liputan yang mencukupi dan
tindakan pembetulan untuk menangani kelemahan kawalan telah dilaksanakan dengan
memuaskan. Pengurusan kanan akan terus memastikan tindakan sesuai diambil untuk
meningkatkan dan mengukuhkan persekitaran kawalan dalaman.

Struktur organisasi dan prosedur autorisasi merupakan persekitaran utama dalam


sistem kawalan dalam syarikat. Syarikat mengekalkan struktur organisasi formal dengan
pembahagian tanggungjawab dan akauntabiliti yang jelas dalam pengurusan kanan . Ia
menetapkan peranan dan tanggungjawab, had autoriti yang sesuai dan semakan semula
prosedur kelulusan untuk meningkatkan sistem kawalan dalaman pelbagai operasi syarikat

Syarikat juga telah mendokumenkan dasar dan prosedur yang telah dikaji dan
dikemaskini secara kerap untuk memastikan keberkesanannya terus menyokong aktiviti
perniagaan syarikat sepanjang masa apabila syarikat terus menerus berkembang . Dasar
Sumber Manusia Syarikat pula adalah garispanduan yang komprehensif dan ketat mengenai
pekerjaan, penilaian prestasi,latihan dan pengekalan pekerja untuk memastikan pekerja
syarikat terlatih dan dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran yang diperlukan dan
kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Syarikat sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti produk dan pada masa
yang sama mematuhi peraturan antarabangsa dan tempatan dalam pembuatan makanan.
Kawalan kualiti produk syarikat dilaksanakan menerusi pematuhan kepada prosedur yang
digariskan dalam ISO9001:2008 dan “Hazard Analisis dan Kawalan Kritikal Titik”(HACCP)
untuk menjamin kualiti dan kawalan yang tegas dipatuhi melalui kawalan audit kualiti
dalaman dan luaran yang kerap.

Sistem kawalan yang komprehensif dilakukan menerusi Bajet berkala dan tahunan.
Pelan perniagaan tahunan dan belanjawan diluluskan Lembaga Pengarah dan Syarikat induk.
Mesyuarat operasi dan pengurusan secara bulanan dijalankan di kalangan pengurusan kanan
untuk membincangkan dan mengkaji rancangan perniagaan, belanjawan, prestasi kewangan
dan operasi syarikat di mana prestasi sebenar dipantau dengan teliti untuk mengenalpasti dan
menangani perbezaan yang ketara.

Mesyuarat mingguan ketua jabatan juga diadakan untuk memantau pencapaian .


Penyata kewangan suku tahunan yang mengandungi keputusan kewangan utama dan
perbandingan dibentangkan kepada lembaga pengarah untuk semakan mereka. Mesyuarat
Pengurusan berkala juga diadakan di kalangan kakitangan pengurusan utama dan ketua
jabatan yang bertanggungjawab mengurus risiko untuk berkomunikasi dan membincangkan
isu dan risiko yang utama yang dihadapi perniagaan dan merancang pelaksanaan aktiviti
kawalan.

( Diubahsuai daripada Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia Berhad 2017 yang dicapai menerusi
www.ajinomoto.com.my pada 20 Februari 2019)

Berdasarkan kes di atas,

a) Jelaskan empat jenis kawalan yang dilaksanakan dalam pengurusan syarikat


Ajinomoto [16]
b) Terangkan alat kawalan yang digunakan oleh syarikat Ajinomoto [4]
c) Terangkan dua jenis komunikasi lisan yang digunakan oleh pihak pengurusan
syarikat Ajinomoto? [10]

Jawab satu soalan sahaja

12 Jelaskan lima langkah dalam proses pengorganisasian. [20]

13 Berikut ialah maklumat yang diperoleh dari syarikat Alas Kaki Berhad yang ingin
membuat keputusan bagi meningkatkan jualan syarikat .

Keuntungan yg dijangka Keuntungan yg dijangka dalam


Pilihan keputusan dalam keadaan ekonomi keadaan ekonomi meleset.
berkembang

Melancarkan RM 70.000 -RM20 000


promosi
Meningkatkan kualiti
dan kuantiti jurujual RM 80 000 -RM30 000
Tidak membuat apa-
apa RM 0 RM 0
Kebarangkalian 0.6 0.4

Kos melaksanakan keputusan untuk melancarkan promosi ialah RM6 000, manakala kos
meningkatkan kualiti dan kuantiti jurujual ialah RM10 000.

i) Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Alas Kaki
Berhad.
ii) Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan keputusan.

iii) Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut. [ 20 ]

Percubaan STPM 2019-946/2


Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

You might also like