You are on page 1of 7

SULIT* 2

Bahagian A
[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Senaraikan empat jenis kepimpinan dalam sesebuah organisasi [4]

2 Terangkan tiga peranan pengurus sebagai pembuat keputusan [6]

3 Terangkan tiga perbezaan antara pemimpin dan pengurus [6]

4 Jelaskan jenis perancangan mengikut kegunaan [4]

5 Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya (Seksyen 4).
Namun begitu, terdapat pengecualian bagi keadaan tertentu. Huraikan tiga jenis penerimaan
[6]
yang tidak perlu dikomunikasikan.

6 Berikan lima keadaan kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan. [5]

7 Jelaskan tiga prinsip kemahiran berunding [6]

8 Huraikan jenis media komunikasi dalam proses menyampaikan maklumat berikut: (i)
Bersemuka [2]
(ii) Pekeliling [2]

9 Nyatakan langkah-langkah membuat Analisis Tulang Ikan [5]

10 Jelaskan kegunaan maklumat kepada pembuatan keputusan. [4]

Bahagian B
[50 markah]
Jawab semua soalan

Merpati Logistik Sdn Bhd


11.
Syarikat Merpati Logistik Sdn Bhd (SMLSB) ialah sebuah syarikat kurier yang telah beroperasi
bermula tahun 2014. Syarikat ini memasarkan perkhidmatan kurier yang pantas sesuai dengan
perkembangan dan ledakan jualan atas talian seperti Zalora, Shoopee dan Lazada. Merpati mempunyai
ibu pejabat di Shah Alam, Selangor bagi operasi di Malaysia. Syarikat mempunyai rangkaian di seluruh
Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Lee Chan Wen
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berperanan untuk menentukan hala tuju dan

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3
perancangan strategik syarikat. Tan Xer Xian merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) mengurus dari
segi pembangunan operasi dan startegi perniagaan. Syarikat ini juga memiliki cawangan di Pulau
Pinang untuk kawasan utara dan Johor Baharu bagi selatan dan Kelantan bagi pantai timur serta
cawangan di Sabah dan Sarawak. Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan.
Pengurus cawangan di Pulau Pinang ialah Encik Gary Yap. Beliau mempunyai seramai 25 staf
di bawahnya. Beliau ialah seorang yang bersikap tegas, sentiasa membuat keputusan sendiri, dan suka
mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung tidak diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau
pendapat mereka. Hal ini menyebabkan pekerjanya kurang bermotivasi dan menjadi tidak produktif.
Encik Gary Yap terlalu mengawal pekerjanya dan kurang memberi kebebasan kepada pekerjanya
sehingga menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia mengandaikan semua pekerjanya
kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan. Oleh sebab sikap Encik Gary Yap yang tegas itu,
pekerjanya berasa tidak berpuas hati dan kadar lantik henti pekerja di cawangannya adalah tinggi.
Keadaan ini juga mendorong kepada kadar ponteng kerja yang semakin meningkat dan akhirnya
prestasi kerja menurun.
Cawangan Merpati Logistik di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Simon Ong. Beliau
seorang yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Seramai 20 orang
pekerja bekerja bawah kendalian beliau. Encik Simon memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk
menyuarakan idea dan pandangan serta sentiasa bekerjasama dengan pekerjanya untuk membuat
keputusan yang terbaik bagi cawangannya. Encik Simon juga senang didampingi oleh pekerja apabila
mereka mengalami sesuatu masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan tanggungjawabnya kepada
pekerjanya kerana dia percaya ini dapat mengurangkan beban tugasnya dan membolehkan beliau
menumpukan pada hal-hal yang lebih penting selain menjimatkan masanya. Selain itu, pekerja Encik
Simon juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan memudahkan laluan kenaikan
pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap positif dalam kalangan pekerjanya, sekali gus
meningkatkan keyakinan dan komitmen pekerjanya. Beban Encik Simon dapat dikurangkan dan beliau
berasa kurang tertekan dan lebih berfokus. Oleh itu, pekerjanya amat produktif dan bermotivasi tinggi
menyebabkan hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.

Cawangan Pantai Timur diketuai oleh Puan Wan Norazurani. Pekerja seramai 15 orang bekerja
di cawangan Pantai Timur. Beliau seorang yang sangat tegas terhadap pekerja dan sangat komited
tentang pencapaian syarikat. Diluar waktu kerja sikap beliau pula sangat berbeza kerana sering
mengambil berat dan kadang kala makan bersama pekerja dan membawa mereka makan di restoran.
Hal ini menyebabkan pekerja amat menghormati beliau. Karektor ini memudahkan pekerja
menyuarakan pandangan bagi kemajuan syarikat.
(Disesuaikan daripada Ninjavan www.http//Ninjavan.blogspot. September 2018)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Lakarkan carta organisasi bagi SMLSB di Malaysia dan huraikan jenis penjabatan yang diamalkannya.
[15]
(b) Jelaskan gaya kepimpinan pengurus cawangan Syarikat Merpati Logistik. [15] Jawab
satu soalan sahaja.

12 Jelaskan proses pengorganisasian dalam pengurusan perniagaan pengeluaran perabot. [20]

13
(a) Jelaskan dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengutip data dalam proses pembuatan
keputusan. [6]

(b) Berikut ialah maklumat berkaitan dengan Syarikat Fresh Best yang mempunyai dua alternatif
yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Selaku pengurus syarikat,
anda diminta membuat keputusan menggunakan Analisis Pokok
Keputusan.

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

Situasi Keuntungan yang dijangka Keuntungan yang dijangka


dlm keadaan ekonomi dlm keadaan ekonomi
Alternatif berkembang meleset
Melancarkan promosi RM160 000 -RM50 000
Meningkatkan kualiti jurujual RM180 000 -RM76 000 kebarangkalian 0.65 0.35

Kos melaksanakan keputusan untuk melancarkan promosi ialah RM28 000, manakala kos
meningkatkan kualiti jurujual ialah RM23 000.
i. Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan alternatif Syarikat Fresh Best. [4] ii.
Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan keputusan tersebut. [7]
iii. Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh Syarikat Fresh Best. [3]

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

1. -kepimpinan transactional
-kepimpinan transformational
-kepimpinan karismatik
-kepimpinan berwawasan

2.

4.-Rancangan tetap
*Rancangan yg dapat digunakan berulang kali
-Rancangan sekali guna
*rancangan yg hanya digunakan sekali shj

5.-penerimaan dgn penunaian syarat


*kontrak yg berbentuk unilateral (kontrak 1 pihak)
-jualan lelong
*org tersebut tdk perlu mengkomunikasikan penerimaannya kepada pembuat tawarann

6.-perjanjian itu dilarang oleh undang2


-perjanjian itu bersifat mengecewakan undang2 iaitu dibuat utk mengelakkan drpd peruntukan undang2
-perjanjian itu merupakan fraud dan penipuan
-perjanjian itu mendatangkan bencana kpd diri dan harta org lain
-perjanjian itu tdk bermoral atau bertentangan dgn kepentingan awam

7.-tumpuan kpd minat dan bukan kedudukan


*Semasa berunding, semua perunding perlu memberikan penekanan atau tumpuan kpd pokok permasalahan, isu atau
matlamat yg ingin diselesaikan
-asingkan manusia drpd masalah
*setiap pihak yg berunding harus memberikan tumpuan kpd masalah yg ingin diselesaikan dan cuba mengelakkan drpd
beremosi dan mengetepikan semua masalah peribadi
-jana pelbagai pilihan
*menjana pelbagai pilihan utk menyelesaikan masalah kerana jika terdapat hanya satu pilihan shj, berkemungkinan akan
memberi kelebihan kpd satu pihak shj

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

8.-bersemuka
*proses berkomunikasi dgn cara bertemu secara berhadapan
Cth. Bermesyuarat, pembentangan
-Pekeliling
*Penyampaian maklumat yg ringkas dan khusus kpd pihak dlm organisasi yg mendorong Tindakan segera oleh penerima

9.-mengenal pasti isu, akibat atau kesan drpd masalah yg berlaku


-mengenal pasti punca2 utama yg menyebabkan masalah itu berlaku
-mengenal pasti punca2 kecilbagi setiap punca utama yg menyebabkan masalah itu berlaku
-mengenal pasti punca kecil sebenar yg menyebabkan masalah itu berlaku berserta data sokongan
-merancang dan melaksanakan Tindakan pembetulan utk menyelesaikan masalah yg berlaku

10.-meningkatkan kualiti dlm membuat keputusan


*sesuatu maklumat yg lengkap membolehkan keputusan yg dibuat lebih berkualiti dan tepat
-utk meramalakan sesuatu perkara di masa hadapan
*data yg berkaitan dgn trend keadaan sesuatu situasi membolehkan pembuat keputusan dpt dijangkakan sesuatu perkara yg
akan berlaku di masa akan dtg

11.a Penjabatan mengikut divisyen geografi


-Pengelompokan aktiviti atau tugas untuk memenuhi keperluan pelanggan mengikut lokasi , kawasan atau
wilayah
-Aktivti-aktiviti kerja dan pekerja dikumpulkan bagi melakukan kerja pada satu lokasi tertentu
-Diwujudkan untuk memudahkan pemasaran produk kepada pengguna di lokasi berkenaan

b
Gaya kepimpinan Huraian Kaitan Kes
Laissez-faire Subordinat bebas membuat - Encik Simon memberi kebebasan
keputusan dan melaksanakan kerja kepada pekerjanya untuk
bagi mencapai objektif syarikat menyuarakan idea dan pandangan
serta sentiasa bekerjasama dengan
Kuasa membuat keputusan dan pekerjanya untuk membuat
mengambil tindakan diserahkan keputusan yang terbaik bagi
PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7
sepenuhnya oleh pengurus kepada cawangannya.
pekerja atau staf bawahan yang
bebas menggunakan kemahiran - Encik Simon juga senang
dan kepakarannya didampingi oleh pekerja apabila
mereka mengalami sesuatu
Pekerja atau staf bawahan masalah
mempunyai kepakaran ,
pengalaman , kemahiran dan - Dia sentiasa mendelegasikan
pengetahuan yang tinggi bagi tugas dan tanggungjawabnya
menyelesaikan masalah dalam kepada pekerjanya kerana dia
bidangnya. percaya ini dapat mengurangkan
beban tugasnya dan membolehkan
beliau menumpukan pada hal-hal
yang lebih penting selain
menjimatkan masanya.

-Selain itu, pekerja Encik Simon


juga berpeluang untuk
meningkatkan kemahiran,
kecekapan dan memudahkan
laluan kenaikan pengkat. Kesan
delegasi ini juga dapat membentuk
sikap positif dalam kalangan
pekerjanya, sekali gus
meningkatkan keyakinan dan
komitmen pekerjanya.

-Beban Encik Simon dapat


dikurangkan dan beliau berasa
kurang tertekan dan lebih
berfokus. Oleh itu, pekerjanya
amat produktif dan bermotivasi
tinggi menyebabkan hasil jualan
cawangan juga semakin
meningkat.

12.Penentuan Objektif
-mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi
-Objektif ditentukan berdasrkan kemampuan dan kebolehan pekerja dalam setiap jabatan atau unit berkenaan untuk
mencapainya
-Contohnya, sebuah organisasi perniagaan perabot menentukan objektif perniagaan iaitu meningkatkan keuntungan ,
memenuhi cita rasa pembeli dan menepati masa penghantaran yang ditetapkan

Pengenalpastian Aktiviti
-Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang sesuai dilaksanakan dengan khusus dan terperinci bagi mendukung fungsi ,
matlamat dan hala tuju jabatan
-Memahami aktivti-aktiviti tugas yang kritikal agar ia dapat membuat pengorganisasian dengan cekap dan berkesan
-Contohnya , aktiviti perniagaan perabot ialah menempah perabot daripada pembekal,memberikan khidmat nasihat kepada
pelanggan.

Pengelasan Aktiviti

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8
-Semua aktiviti yang telah dikenal pasti akan dikelaskan dan disusun mengikut kemahiran, kecekapan dan persamaan
tugas.
-Membuat pengelasan aktiviti-akitiviti mengikut pengkhususan atau kategori tertentu
-Contohnya , Aktiviti memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan , menerima bayaran daripada pelanggan , menerima
tempahan daripada pelanggan , boleh dikelaskan di bawah satu kategori

Pengelompokan Aktiviti
-Aktiviti-akitivti tersebut akan dikelompokkan mengikut unit-unit tertentu yang sepadan dengan fungsi dan sifatnya
-Pengurus cuba mengelompokkan aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan.
-Contohnya , Jabatan khidmat pelanggan akan terlibat dalam aktiviti memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan ,
menerima tempahan dan menerima bayaran daripada pelanggan; Jabatan penghantaran akan terlibat dalam aktiviti
menghantar perabot dan memasang perabot

Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab


-Pihak pengurusan atasan akan memnbuat pengagihan tuas kepada ketua-ketua jabatan atau unit mengikut keupayaan dan
kepakaran masing-masing dan akan memaklumkan objektif yang dicapai
-Menentukan bilangan pekerja yang diperlukan, pihak yang akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab
pekerja serta rantaian arahan selepas unit-unit tertentu
-Contohnya , pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan diberi tugas untuk membuat catatan lejar
berdasarkan dokumen urus niaga

PERCUBAAN STPM 2019- 946/2/P2 [TRG] [Lihat sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like