You are on page 1of 4

PP 3

MODEL 1

1
Bahagian A [50 markah]

1
(a) Senaraikan peranan usahawan. [4]

(b) Encik Amirul diberi tanggungjawab untuk menguruskan syarikat kewangan terkemuka
manakala Encik Ammar menjalankan perniagaaan pengangkutan bas express di bandar
Butterworth. Terangkan perbezaan kerjaya Encik Amirul dan Encik Ammar. [6]

(c) Huraikan tiga pihak yang boleh menyediakan kemudahan infrastruktur dan premis
perniagaan kepada usahawan. [6]

(d) Berikan Empat elemen yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum
Meluluskan pinjaman. [4]

(e) Huraikan Kepentingan Rancangan Perniagaan kepada pihak yang berikut :


i. Pekerja
ii. Pelabur
iii. Pelanggan [6]

(f) Terangkan maksud rumusan eksekutif dan nyatakan dua kandungan yang perlu ada
dalam rumusan eksekutif yang baik. [4]

(g) Terangkan tiga elemen dalam rancangan organisasi bagi pengilang makanan. [6]

(h) Terangkan dua risiko yang mungkin dihadapi oleh firma-firma asing di Malaysia. [4]

(i) Nyatakan strategi memasuki perniagaan antarabangsa . [4]

(j) Bincangkan tiga blok perdagangan antarabangsa berikut:


i. AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)
ii. NAFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)
iii. EU (Kesatuan Eropah) [6]

PERCUBAAN STPM 2017 – 946/3/P3 [lihat sebelah


2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
SULIT*

Bahagian B [50markah]

Jawab semua soalan.

MAYBANK

2 Maybank telah diasaskan pada tahun 1960 oleh tokoh perniagaan, iaitu Khoo Teck Puat.
Maybank menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan yang merangkumi perkhidmatan
kewangan termasuklah perkhidmatan perbankan Islam dan insurans. Maybank beroperasi
melalui beberapa buah anak syarikat khususnya dalam insurans, perbankan pelaburan dan
pengurusan aset serta sektor kewangan. Anak-anak syarikat kumpulan itu termasuklah Etiqa
Insurance dan Takaful yang menyediakan produk insurans konvensional dan kepatuhan
syariah. Maybank Investment Bank pula merupakan bahagian perbankan pelaburan kumpulan
berikutan pengambilalihan Maybank Discount dan Maybank Securities. Selain itu, Maybank
merupakan bank Malaysia yang pertama diberi hak untuk menubuhkan sebuah pejabat di
China.

Pada tahun 2012, Maybank melengkapkan kewujudannya di 10 buah negara ASEAN


dengan pembukaan di Laos. Sebelum itu, Maybank memiliki 392 buah cawangan di
Malaysia, 22 di Singapura, 376 di Indonesia, 52 di Filipina, 11 di Kemboja, 3 di Brunei dan 2
di Vietnam. Terdapat 45 buah cawangan di Thailand dengan menawarkan perkhidmatan
pembrokeran dan pelaburan melalui Maybank Kim Eng dan satu wakil di Myanmar.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,
pembukaan Maybank di Laos melengkapi kehadiran Maybank di semua 10 buah negara
ASEAN dengan memperuntukkan RM38 juta termasuklah membantu membina kepakaran
dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara tersebut sebagai komitmen jangka
panjang Maybank di Laos. Lokasi Maybank di Laos terletak di Lane Xang Avenue yang
menjadi pusat kewangan utama di Vientiane. Maybank Laos menawarkan perkhidmatan
perbankan lengkap kepada pelanggan, meliputi perbankan runcit dan perniagaan, pertukaran
mata wang asing, perkhidmatan penghantaran wang, perbendaharaan dan mesin juruwang
automatik (ATM). Untuk melaksanakan operasi dengan efektif, perancangan Maybank untuk
meluaskan operasi di tempat lain di Laos.

Perasmian pembukaan cawangan Maybank di Loas dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak. Perdana Menteri menegaskan tentang kemampuan Syarikat Maybank
membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara Laos. Perdana Menteri
mengharapkan institusi kewangan terus membantu perkembangan ekonomi serantau sebagai
merealisasi Komuniti Ekonomi ASEAN. Pelaburan Maybank di Laos sebagai merebut
peluang perniagaan di luar negara, memperoleh kelebihan kompetitif di Asia dan meraih
faedah melalui kerjasama di peringkat rantau Asia.

(Sumber: Disesuaikan daripada Berita Harian Selasa, 6 November 2012. B2 Bisnes;


http://translate.google.com.my capaian 6 November 2012)

PERCUBAAN STPM 2017 – 946/3/P3 [lihat sebelah


3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
SULIT*

Berdasarkan kes pada halaman 3,

(a) Terangkan sumbangan Maybank kepada ekonomi ekoran daripada pembukaan cawangan
di luar Negara. [20]

(b) Jelaskan konsep penting perniagaan antarabangsa yang terlibat dalam perniagaan
Maybank. [15]

Jawab satu soalan sahaja,iaitu sama ada soalan 3 atau soalan 4

3 Terangkan bagaimana faktor kejayaan seimbang dapat memastikan individu mencapai


kejayaan. [15]

ATAU

4 Seorang usahawan bercadang membuka sebuah Kafe Siber di sebuah kawasan


perumahan yang baharu dibuka. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyediakan
rancangan perniagaan bagi perniagaan itu. Untuk membantu usahawan tersebut, anda telah
membuat tinjauan mengenai aspek pemasaran perniagaan Kafe Siber. Sediakan rancangan
perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut. [15]

PERCUBAAN STPM 2017 – 946/3/P3 [lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat *SULIT
4

You might also like