You are on page 1of 3

SULIT*

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan

1. Jelaskan dua peranan usahawan menurut pendekatan ekonomi dalam


Teori Keusahawanan (6)

2. Jelaskan bagaimana faktor emosi dan rohani boleh menjadi penentu


kejayaan seimbang (4)

3. En. Amer hendak mengambil alih sebuah perniagaan milikan


tunggal tetapi kekurangan sumber kewangan. Nasihatkan En. Amer,
tiga sumber pembiayaan yang beliau boleh peroleh untuk mengatasi
masalah berkenaan. (6)

4. Pn. Rahimah ingin menjalankan perniagaan pakaian di Kluang. Sebelum


memulakan perniagaan beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan.
Huraikan tiga tujuan Pn. Rahimah menyediakan rancangan perniagaan
tersebut. (6)

5. Nyatakan dua elemen rancangan kewangan dalam penyediaan rancangan


perniagaan. (4)

6. Selain daripada import dan eskport, jelaskan dua strategi yang boleh digunakan
oleh syarikat multinasional dalam memasuki perniagaan antarabangsa. (6)

7. Huraikan dua jenis risiko Syarikat Multinasional. (4)

8. Jelaskan maksud MATRADE dan huraikan tiga peranannya dalam


menggalakkan pemasaran antarabangsa. (4)

9. Huraikan tiga jenayah kolar putih. (6)

10. Jelaskan dua hak pengguna untuk memilih ketika membeli produk penjagaan
diri. (4)

STPM 946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

IKEA dan tanggungjawab sosial

11. Syarikat dari Sweden IKEA juga merupakan contoh baik pengamal ‘logistik lestari’. IKEA
telah menggabungkan prinsip kemapanan alam dalam operasi dan amalan perniagaannya dengan
memastikan yang para pembekal perabot dan barangan kayu yang berurusan dengannya
menggunakan kayu yang tidak berasal dari spesies pokok yang terancam. Ini berdasarkan
pendekatan ‘IKEA Green’ yang diamalkannya yang menjadi sebahagian dari budaya
korporatnya. IKEA percaya yang amalan hijau nya dalam menguruskan rangkaian bekalannya
bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar malah juga memastikan bekalan jangka
panjang bahan mentah secara lestari.
Ia juga yakin yang empat amalan falsafah ini boleh menghasilkan kos pengeluaran yang
rendah yang kemudiannya boleh dialihkan kepada para pelanggan mereka. Ini membantu IKEA
membina imej sebagai antara pemimpin amalan lestari korporat dan membina kesetiaan jenama
di kalangan para pelanggan mereka. Modal insan merupakan aset terpenting kepada IKEA
kerana perjalanan operasi perniagaan bergantung kepada pekerjanya. Pelbagai kemudahan
ditawarkan kepada pekerja syarikat ini seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan hospital,
skim perlindungan insurans, jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan
kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.
IKEA juga menjaga kepentingan pemegang saham dengan menggunakan model
perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat serta tadbir urus korporat yang
cekap. Pemegang saham juga boleh melayari laman web rasmi syarikat ini untuk mendapatkan
maklumat seperti prestasi kewangan syarikat. Untuk memastikan hubungan baik dengan
pembekal, IKEA memastikan, prosedur pembelian mengikut standard yang telah ditetapkan serta
memastikan produk yang dibekalkan sesuai dengan keperluan syarikat. Syarikat juga
menjalankan audit ke atas syarikat bekalan untuk meningkatkan standard rantaian bekalan.
IKEA juga memastikan produknya bermutu, inovatif, kos rendah agar sentiasa mendapat
sambutan pelanggan. Risalah IKEA direka bentuk untuk memberi maklumat produk yang lebih
terperinci. Penyediaan sistem maklum balas dan aduan pengguna yang cekap dibentuk dengan
menyediakan alamat e-mel, Facebook dan twitter, peti cadangan agar semua aduan pelanggan
diterima dan diselesaikan secara efektif. Melalui dasar privasi pelanggan dijamin keselamatan
dari segi segala maklumat diri pelanggan yang dikumpulkan, bagaimana IKEA
menggunakannya, siapa yang akan didedahkan dengan maklumat itu dan bagaimana anda boleh
mengakses, menukar dan menyingkir maklumat anda.
(Dipetik dan disesuaikan dari laporan tahunan syarikat yang diperoleh dari www.ikea.com)

Berdasarkan kes di atas,


(a) Huraikan komitmen IKEA terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang. [6]
(b) Huraikan tanggungjawab sosial yang telah dijalankan oleh IKEA kepada pihak
berkepentingannya. [15]
(c) Jelaskan hak yang boleh diperjuangkan oleh pengguna daripada IKEA. [9]
946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 4

Jawab satu soalan sahaja.

12. a) Jelaskan lima alasan usahawan memilih untuk memulakan perniagaan sendiri. [10]

b) Pembangunan usahawan ialah pihak kerajaan dan swasta menyediakan program dalam
melahirkan usahawan tekno dan menawarkan kursus untuk mewujudkan masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputera Malaysia. Jelaskan lima program yang ditawarkan
oleh pihak kerajaan dan swasta dalam pembangunan usahawan. [10]

13. a) Akta Promosi Pelaburan memperuntukkan pelbagai insentif dalam sektor penternakan,
perkilangan dan pelancongan untuk menggalakkan pelaburan asing. Huraikan lima insentif yang
diberikan. [10]

b) Huraikan lima objektif perlindungan perdagangan. [10]

946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

You might also like