You are on page 1of 3

BAB 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

LATIHAN ESEI PENDEK (BAHAGIAN A)

1. Huraikan empat elemen penting dalam perniagaan. [4]


2.

SYARIKAT ABC KELAB FOTOGRAFI


SDN BHD MALAYSIA

Terangkan tiga perbezaan antara kedua di atas. [6]

3. Huraikan empat kepentingan untung kepada sesebuah perniagaan. [4]


4. Jelaskan kepentingan perniagaan kepada pengguna. [6]
5. Selain faktor bahan mentah, terangkan tiga faktor pengeluaran yang lain. [6]
6. Terangkan proses perniagaan bagi sesebuah perniagaan. [5]
7. Terangkan proses perniagaan bagi sebuah perniagaan yang mengeluarkan pakaian sukan
untuk kanak-kanak. [5]
8. Huraikan bagaimana perniagaan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat disuatu
tempat. [4]
9. Huraikan dua kesan dari perubahan teknologi yang berlaku terhadap perniagaan di
Malaysia. [4]
10. Terangkan tiga cabaran berikut yang bakal dihadapi oleh perniagaan pada masa hadapan.
i) Globalisasi [2]
ii) Kewujudan blok-blok perdagangan [2]
iii) Perubahan dalam struktur demografi [2]
11. Jelaskan bagaimana kecekapan pengurusan, kreativiti dan inovasi pengurus menjadi cabaran
masa kini buat perniagaan [4]
12. Terangkan bagaimana politik dan perundangan memberi kesan kepada perniagaan. [4]
13. Huraikan persekitaran tugas yang berikut :
i) Pembiaya ii) Pemodal [4]
14. Jelaskan tanggungjawab Hotel Villa Sdn. Bhd. terhadap dua pihak persekitaran tugasnya. [4]
TEKNIK MENJAWAB PP
Contoh :
1. Huraikan tiga isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa hadapan. [6]
Cara menjawab: Sebelum memberi jawapan, WAJIB utk
calon menulis penyataan ayat / kepala
ayat seperti ini. Calon boleh tiru semula
penyataan ayat ini dari soalan.

Tiga isu perniagaan yang perlu ditangani oleh para pengurus pada masa hadapan ialah :
1. Sumber makin berkurangan (Fakta khusus – 1m)

H1 - Sumber semulajadi seperti petroleum akan semakin berkurangan yang mana kreativiti
dan
inovasi diperlukan untuk memastikan produktiviti meningkat melalui penciptaan kaedah
baharu. (1m)

 H1 – Kebanyakkan masa, H1 adalah untuk maksud, konsep atau merujuk kepada


sesuatu. Walaubagaimanapun, adakalanya sesuatu soalan itu tidak perlu diberi
maksud, Sebaliknya terus diberi huraian seperti contoh soalan di atas.

Persoalannya ; Bila perlu bagi maksud dan bila tidak perlu bagi maksud?
i) Beri maksud apabila ianya fakta khusus (ada dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran)
ii) Kebanyakkan masa, apabila fakta khusus itu pendek maka H1 perlu beri
maksud/definisi/merujuk kepada apa.
(Contoh : Proses perniagaan, faktor pengeluaran, persekitaran umum dan
tugas dan lain-lain)
iii) Apabila fakta khusus itu agak panjang dan selepas membaca, calon terus
faham akan maksudnya, maka untuk H1 tidak perlu lagi beri maksud.
(Contoh : seperti soalan yang diberikan di atas, soalan-soalan mengenai
kebaikan dan keburukan, kepentingan dan lain-lain)
 H2 – Diberikan apabila peruntukan markah besar dan kebanyakkannya apabila
menjawab soalan dari Bahagian B (kajian kes dan soalan esei pendek)
 C1 – Kadang kala soalan memerlukan contoh (terutama bagi soalan yang kata
tugasnya bermula dengan “Jelaskan….” (Contoh : Jelaskan mengapa entiti milikan
tunggal dianggap sesuai untuk perusahaan kecil [4m]. Untuk soalan ini, tak perlu
fakta, terus beri sebab (lihat contoh di bawah)

2. Jelaskan mengapa entiti milikan tunggal dianggap sesuai untuk perusahaan kecil. [4m]

Entiti milikan tunggal dianggap sesuai untuk perusahaan kecil kerana :


a) Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat pada syarat-syarat yang ketat.
b) Keuntungan yang diperoleh akan dinikmati oleh pemilik sahaja.
c) Pemilik tidak perlu membayar cukai perniagaan sebaliknya hanya perlu membayar cukai
pendapatan individu.
d) Modal adalah daripada simpanan peribadi, tidak perlu membayar balik pembiayaan pada
pembiaya

You might also like