You are on page 1of 1

BAB 1 : PENGURUSAN

LATIHAN PENGUKUHAN BAHAGIAN A

1. Huraikan teori pengurusan saintifik dalam meningkatkan produktiviti pekerja. [6]


2. Huraikan kemahiran kemanusiaan yang ada pada seorang pengurus dalam
sesebuah organisasi. [4]
3. Perihalkan tiga unsur yang terdapat dalam perancangan strategic [6]
4. Terangkan maksud konsep-konsep pengorganisasian yang berikut :
i) Autoriti
ii) Tanggungjawab
iii) Akauntabiliti [6]
5. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, huraikan carta organisasi penjabatanan
mengikut fungsi. [6]
6. Terangkan pendekatan kuantitatif dalam sistem pengurusan organisasi. [4]
7. Terangkan maksud empowermen dan berikan tiga kebaikan empowermen kepada
organisasi. [4]
8. Perihalkan kepimpinan transactional sebagai satu jenis kepimpinan dalam
organisasi. [4]
9.
Encik Amir ialah seorang pemilik syarikat pengeluar kasut. Beliau
dalam perjalanan ke sebuah negara di Afrika untuk mengenal pasti
peluang perniagaan di negara tersebut. Setelah beliau melawat ke
beberapa buah daerah di Negara tersebut, beliau mendapati
bahawa kebanyakkan penduduk di daerah itu tidak memakai kasut.

Berdasarkan petikan di atas, dengan menggunakan analisis Strength, Weakness,


Opportunity dan Threat (SWOT), terangkan aplikasi analisis peluang (opportunity)
Bagi syarikat Encik Amir. [4]
10. Huraikan dua kebaikan pemencaran autoriti dalam sesebuah organisasi. [4]

You might also like