You are on page 1of 1

KAJIAN KES PEMASARAN- LINI PRODUK, KEDALAMAN DAN KELEBARAN, PROSES PEMASARAN

Wilton Moss Berhad

Wilton Moss Berhad (WMB) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk
pengguna untuk pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan
mencatat jualan sebanyak RM1.9 bilion pada tahun 2014. Dua kumpulan produk utama WMB ialah
produk penjagaan diri dan produk makanan dan minuman. Produk penjagaan diri terdiri daripada
sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi. Terdapat tiga jenis sabun iaitu untuk kulit lembut, herba
dan sukan. Terdapat empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk
rambut panjang dan Short untuk rambut pendek. Krim muka pula terdiri daripada Lovely untuk kulit
berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut. Terdapat dua jenis ubat gigi iaitu
Sensi untuk gigi sensitif dan Plag untuk mereka yang mengalami masalah karang gigi.Dua produk
makanan WMB ialah ais krim dan teh. Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny. Terdapat
tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau.

Jabatan pemasaran WMB menjalankan proses pemasaran yang sistematik untuk memastikan produk
keluaran syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Proses penyelidikan
dibuat untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan
saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar
produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan
pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan mengambilkira faktor geografi, demografi dan
psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB ditujukan kepada golongan pengguna
yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar. Produk teh WMB mendapat pengiktirafan ISO dan
sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan pengguna muslim.
WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh
didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam
media massa tempatan seperti surat khabar dan rangkaian TV. Kakitangan yang berpengalaman dan
komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar
agar matlamat pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

i) Lakarkan lini produk, kelebaran dan kedalaman produk syarikat WMB. [15]

ii) Huraikan proses pemasaran syarikat WMB. [12]

You might also like