You are on page 1of 22

960727 14 5154

1.0 PENGENALAN

Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta,

mengembangkan, dan megekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran

barang dan perkhidmatan. Mengikut (American Marketing Association (2007), pemasaran

ialah satu proses perancangan dan pelaksanaan konsep, perletakan harga, promosi, serta

pengagihan idea, barang, dan perkhodmatan yang dapat memuaskan keperluan individu dan

objektif organisasi. Menurut (Philip Kotler dan Gary Armstrong (2012), pemasaran

merangkumi semua aktiviti yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan pengguna di

samping mencapai objektif pemasaran organisasi.

Kajian ini lebih menekankan kepada campuran pemasaran. Campuran pemasaran

merupakan satu set pemboleh ubah yang dikenali sebagai 4P iaitu produk,

pengedaran/pengagihan, penetapan harga, dan promosi. Pembentukan campuran pemasaran

yang berkesan boleh membantu pemasar untuk meningkatkan permintaan produk dan

seterusnya menjadi keuntungan yang lumayan. Oleh itu pengkaji telah memilih sebuah

syarikat multinasional untuk mengkaji tentang campuran pemasaran syarikat. Pengkaji telah

memilih syarikat Nestle Berhad sebagai lokasi kajian.

Pengkaji dikehendaki untuk mengenal pasti campuran pemasaran yang dijalankan oleh

syarikat Nestle Bhd.. Nestle Bhd. merupakan sebuah syarikat pembuat makanan dan

minuman berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland.

Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk

Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik beradik Page di Cham,

Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactee Henri Nestle yang didirikan pada tahun 1867

oleh Henri Nestle yang menghasilkan produk makanan bayi.

1|Page
960727 14 5154

Pengkaji juga perlu mencadangkan campuran pemasaran yang sesuai untuk

diaplikasikan di Syarikat Nestle Berhad bagi meningkatkan lagi mutu syarikat ini. Pengkaji

akan mengenal pasti campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Nestle bagi

meningkatkan lagi mutu 4p.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


2|Page
960727 14 5154

Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini :

1. Mengenal pasti campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek produk

melalui klasifikasi produk, atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan

dan keputusan campuran produk.


2. Menjelaskan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek promosi

melalui pengiklanan, promosi Nestle dan publisiti.


3. Menghuraikan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek

pengedaran/pengagihan dan melalui saluran agihan.

3.0 LATAR BELAKANG ATAU LOKASI KAJIAN

3|Page
960727 14 5154

3.1 Latar Belakang Syarikat

Nestle adalah sebuah perusahaan multinasional di Vevey, Swiss yang bergerak dalam

bidang makanan dan minuman. Pengasas Nestle adalah Henri Nestle dan telah ditubuhkan

pada tahun 1867. Perusahaan ini menghasilkan makanan dan minuman seperti makanan bayi,

susu, kopi, coklat, aiskrim, dan lain-lain. Perusahaan ini masuk dalam bursa saham SWX

Swiss Exchange. Pada tahun 1842, Henri Nestle membeli salah satu industri yang produktif

pada masa tersebut. Ia juga menghasilkan dan menjual air mineral bergas dan lemonade.

Nestle Bhd. mulai tumbuh dan berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan

terbesar di Malaysia, serta perusahaan makanan dan minuman yang telah dipercayai oleh

orang ramai.

3.2 Latar Belakang Kajian

Campuran pemasaran meerujuk kepada empat pemboleh ubah yang dikenali sebagai

4p iaitu produk, pengedaran/pengagihan, penetapan harga, dan promosi tetapi kajian ini

tertumpu kepada 3p iaitu produk, pengedaran dan promosi

Produk ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk pembelian dan

penggunaan yang dapat memenuhi keperluan atau kehendak pengguna

(https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-

pemasaran/produk/). Menurut (Fandy Tjiptono, 1997), produk merupakan sesuatu yang

dapat ditawarkan untuk diperhatikan, dicari, diminta, dibelikan atau digunakan untuk

memenuhi permintaan pasaran. Produk yang dipasarkan termasuk produk fizikal, produk

perkhidmatan (servis), idea, informasi, orang, organisasi, dan tempat. Produk Nestle

4|Page
960727 14 5154

merupakan produk yang sangat dikenali ramai dan pengguna kerap kali membeli produk ini.

Hal ini kerana Nestle Bhd. mempunyai pelbagai jenis produk.

Pengedaran ialah satu proses memindahkan produk daripada pengeluar kepada

pengguna (https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-

pemasaran/pengedaran/). Strategi pengedaran mempunyai dua komponen yang utama, iaitu

saluran agihan dan pengurusan logistik. Menurut (Philip Kotler), pengedaran merujuk

kepada komoditi atau perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna oleh proses

pemindahan, untuk mengambil pemilikan barang-barang atau perkhidmatan itu, atau untuk

membantu semua perniagaan dan individu untuk memindahkan pemilikan. Saluran agihan

merupakan satu set pengantara pemasaran atau orang tengah yang berfungsi memindahkan

produk secara fizikal daripada pengeluar kepada pengguna akhir atau pengguna, perniagaan.

Pengantara pemasaran ini terdiri daripada pemborong, peruncit, broker, dan ejen.

Terdapat dua jenis reka bentuk saluran agihan yang utama, iaitu saluran agihan

menegak dan saluran agihan mendatar. Saluran agihan menegak mengandungi satu atau lebih

pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit, dan ejen untuk mengagihkan produk

kepada pengguna. Saluran agihan mendatar merujuk kepada bilangan pengantara pemasaran

yang digunakan oleh pengeluarpada setiap peringkat saluran untuk mengagihkan produk

kepada pengguna.

Peruncitan ialah aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk

kegunaan persendirian. Nestle Bhd. menggunakan kaedah ini untuk memasarkan produk

dengan menghantar produk-produk ini ke pasar raya.

Pemborongan merujuk kepada aktiviti membeli produk secara pukal daripada pengeluar

atau pengilang dan menjual semula kepada peruncit dalam kuantiti yang kecil. Pemborong

akan membeli produk-produk Nestle Bhd. terus dari kilang untuk dijual kepada peruncit.

5|Page
960727 14 5154

Promosi merujuk kepada satu proses komunikasi untuk mendedahkan maklumat

tentang sesuatu produk kepada pengguna (: https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-

1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/promosi/). Menurut (William J. Stanton (1993),

promosi ialah kegiatan memberikan informasi kepada konsumen dan mempengaruhi

khalayak ramai. Menurut (Zimmerer (2002) pula, promosi adalah segala macam bentuk

komunikasi yang dirancang untuk menginformasikan pelanggan tentang produk atau jasa

dan untuk mempengaruhi mereka agar membeli barang atau jasa tersebut dengan

menggunakan publisiti, penjualan perorangan dan periklanan. Campuran promosi

merupakan gabungan alat promosi yang terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan dan

publisiti. Pengiklanan ialah satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk

mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar,

majalah, radio, televisten, dan Internet. Publisiti ialah bentuk komunikasi yang bercorak

cerita atau berita tentang produk melalui media massa ecara percuma dan tidak berbayar serta

ditujukan kepada pihak tertentu bagi tujuan meningkatkan permintaan produk. Promosi

jualan ialah insentif yang diberikan kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli

produk. Nestle Bhd. menggunakan pelbagai cara seperti periklanan, promosi jualan dan

perhubungan awam bagi mempromosikan jenama produk Nestle Bhd. kepada orang ramai.

6|Page
960727 14 5154

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian digunakan untuk memperoleh data dalam kajian adalah dengan

menggunakan kaedah sekunder. Pengkaji telah mengumpulkan maklumat bagi mendapatkan

kesahihan terhadap syarikat yang dikaji. Antara maklumat yang dapat diperolehi ialah

daripada laman sesawang, akhbar, dan laporan tahunan.

4.1 Laman Sesawang

Kajian ini menggunakan laman sesawang sebagai salah satu data sekunder bagi

memperoleh maklumat tambahan tentang latar belakang Syarikat Nestle Berhad dan

campuran pemasaran syarikat serta jenis saluran agihan yang digunakan. Pengkaji telah

mendapatkan maklumat dari laman web rasmi syarikat Nestle Berhad dan wikipidea untuk

maklumat tambahan.

https://www.academia.edu/7718129/Perniagaan_Diurus_Secara_Tempatan_Nestl

%C3%A9_Malaysia_Berhad_110925-W_Pengurus_Perniagaan_Minuman_Nestl

%C3%A9_Pengarah_Eksekutif
http://www.nestle.com.my/

4.2 Akhbar

Kajian ini turut mendapatkan sumber daripada akhbar iaitu Metro dan Berita Harian.

Maklumat yang diperoleh ialah mengenai promosi yang dijalankan oeh syarikat Nestle

Berhad untuk menarik minat pelanggaan bagi membeli produk mereka.

4.3 Laporan tahunan

Kajian ini juga merupakan sumber daripada laporan tahunan Nestle Bhd. Sumber yang

diperoleh ialah latar belakang syarikat Nestle dan penjenamaan Nestle.

7|Page
960727 14 5154

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan tentang aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat

Nestle Berhad yang berkaitan dengan campuran pemasaran yang digunakan oleh Nestle

Berhad. Aktiviti yang dijalankan ialah barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

syarikat Nestle Berhad.

5.1 Mengenal pasti klasifikasi produk dalam pasaran syarikat Nestle Berhad ke atas
klasifikasi produk, atribut produk, penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan Nestle

5.1.1. Klasifikasi produk

5.1.1.1. Produk pengguna

Produk pengguna ialah produk yang dibeli oleh penguna untuk kegunaan perseorangan.

Produk pengguna boleh dibahagikan kepada tiga iaitu produk mudah beli, produk beli belah

dan produk istimewa. Produk-produk Nestle Berhad lebih sesuai dikelaskan pada produk

mudah beli. Antara contoh produk pengguna Nestle Bhd. produk ternusu, minuman, bahan

masakan, bijirin dan sebagainya.

5.1.2. Keputusan Produk Individu

Keputusan produk individu merupakan keputusan yang dibuat dalam usaha

pembangunan dan pemasaran produk individu. Keputusan ini memberi tumpuan ke atas lima

elemen yang penting.

5.1.2.1 Atribut produk

Atribut produk merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam

pembangunan produk individu. Atribut produk boleh dilihat dari segi kualiti produk, ciri

produk, dan reka bentuk produk.

8|Page
960727 14 5154

Kualiti produk ialah keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya dan

berdaya saing dalam pasaran sasaran . Syarikat Nestle Bhd. sangat mementingkan kualiti

produk bagi menjaga imej syarikat ini. Hal ini kerana terdapat banyak syarikat-syarikat yang

mengeluarkan produk makanan dan minuman yang menjadi persaingan Syarikat Nestle Bhd.

di pasaran dunia. Oleh itu setiap produk Nestle Bhd. mempunyai kualiti tersendiri berbeza

dengan produk-produk lain. Nestle Bhd. juga akan memastikan produk mereka selamat

digunakan oleh pengguna.

5.1.2.2 Penjenamaan

Jenama merupakan nama, istilah, simbol, tanda, atau reka bentuk yang membentuk

identiti firma dan produk keluaran mereka. Jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk

dan boleh menambahkan nilai kepada produk tersebut.

Syarikat Nestle Bhd. sangat dikenali ramai dengan simbolnya yang berbentuk sarang

burung. Menurut laman web rasmi Nestle Bhd., Henri Nestle telah menggunakan lambang

keluarganya sebagai tanda perniagaan pada tahun 1867 dan perkataan Nestle yang

bermaksud sarang kecil dalam bahasa ibundanya hari ini difahamkan di serata dunia

sebagai lambang kemesraan, keselamatan, khasiat, kekeluargaan, pemupukan nilai-nilai

murni dan keprihatinan.

Selain simbol, Syarikat Nestle Bhd. juga mempunyai cogan kata tersendiri iaitu Good

Food, Good Life. Cogan kata ini mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut laman web

rasmi Nestle Bhd., Nestle Bhd. mempercayai bahawa makanan yang baik merupakan asas

kepada kehidupan yang baik, kerana kekurangan akses kepada makanan dari segi mutu serta

kuantiti boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan serta isu-isu kompleks yang lain,

9|Page
960727 14 5154

manakala pemakanan yang tidak seimbang dan keterlaluan boleh membawa kepada obesiti.

Nestle Bhd. berazam menjadi syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang

terulung serta menjadi rujukan untuk prestasi kewangan. Nestle Bhd. juga ingin memastikan

bahawa syarikat mereka dipercayai oleh semua pemegang berkepentingan.

5.1.2.3. Pembungkusan

Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau

bungkusan untuk produk. Pada umumnya, pembungkusan berfungsi untuk menyimpan

produk dan melindungi produk daripada kerosakan sebelum diagihkan kepada pengguna.

Pembungkusan yang mempunyai reka bentuk yang menarik boleh menarik perhatian

pengguna terhadap produk, menghuraikan produk kepda pengguna, mempromosikan peoduk

pengeluar, dan meningkatkan daya saing serta hasil jualan pengeluar.

Syarikat Nestle Berhad mempunyai cara pembungkusan yang berlainan bagi setiap

produk Nestle. Sebagai contoh bagi produk makanan segera Maggi, terdapat dua jenis

pembungkusannya. Jenis pertama ialah Maggi tersebut dibungkus dalam plastik kecil. Selain

itu, mee segera Maggi juga dibungkus dalam cawan plastik iaitu Maggi Cup. Cara ini adalah

bagi memudahkan pengguna untuk makan mee segera tersebut.

Selain itu, bagi produk minuman iaitu Milo, terdapat beberapa jenis bungkusan yang

berbeza. Bagi Milo biasa, terdapat dua jenis pembungkusan. Jenis yang pertama ialah

dibungkus dalam bentuk tin. Pembungkusan ini adalah bertujuan untuk memastikan produk

bertahan dengan lebih lama.

10 | P a g e
960727 14 5154

5.1.2.4. Pelabelan

Label merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah yang

dilekatkan pada bungkusan produk. Label membekalkan maklumat penting tentang sesuatu

produk seperti jenama produk, nama, dan alamat pengeluar atau pengimport, tarikh

pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, serta cara penggunaan produk.

Bagi produk Nestle, terdapat pelbagai label yang telah disediakan. Antaranya ialah

Petua Berguna. Label ini memberi maklumat tentang bagaimana para pengguna boleh

menikmati produk tersebut dengan lebih sedap. Selain itu, terdapat juga Maklumat

Pemakanan. Label ini memberi maklumat tentang jumlah nutrisi yang terkandung dalam

produk-produk Nestle. Nestle juga melabelkan tarikh luput untuk makanan dan minuman

Nestle. Nestle juga menyediakan label Tahukah Anda dimana Nestle menyatakan tentang

khasiat-khasiat dan kebaikan bagi setiap produk Nestle.

11 | P a g e
960727 14 5154

5.1.3. Keputusan Campuran Produk

Campuran produk ialah beberapa lini produk yang ditawarkan oleh pengeluar.

Kelebaran produk

Kedalaman Produk

Minuman Produk Mee Segera Bijirin Sos


Ternusu
Milo Cerelac Maggi Kari Cookies Crisp Sos cili

Nescafe Neslac Maggi Ayam Corn Flakes Sos tomato

Nestea Nan Grow Maggi Mee Fitnesse Sos tiram


Goreng
Ducth Lady Nespray Maggi Tomyam Koko Krunch Sos lada hitam

Yogurt - Maggi Asam Milo -


Laksa

Kedalaman Produk

Merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan bagi setiap produk dalam lini produk.

Sebagai contoh minuman. Nestle menawarkan pelbagai jenis minuman. Antaranya ialah

Milo, Nescafe, Nestea, Ducth lady dan Yogurt. Bagi produk ternusu bayi, Nestle telah

menyediakan Cerelac, Neslac, Nan Grow dan Nespray.

12 | P a g e
960727 14 5154

Kelebaran Produk

Merujuk kepada bilangan lini produk yang berlainan yang ditawarkan oleh pengeluar.

Syarikat Nestle telah menyediakan pelbagai jenis produk. Antaranya adalah seperti minuman,

mee segera, sos, bijirin, dan produk ternusu bayi.

Secara kesimpulannya, Nestle Bhd. telah menghasilkan pelbagai produk. Produk-

produk yang dihasilkan oleh Nestle Bhd. merupakan produk yang digunakan oleh pengguna

setiap hari.

13 | P a g e
960727 14 5154

5.2 Menjelaskan campuran pemasaran dalam Syarikat Nestle Berhad dari aspek

promosi melalui pengiklanan dan promosi Nestle Bhd.

Campuran Promosi

Campuran promosi merupakan gabungan alat promosi yang terdiri daripada pengiklanan,

promosi jualan dan publisiti.

5.2.1. Pengiklanan

Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk

mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar,

majalah, radio, televisyen, dan Internet.

Nestle Bhd. telah menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan produk Nestle.

Sebagai contoh, Nestle menggunakan surat khabar bagi mempromosikan produknya kepada

pengguna. Pengguna sering membeli surat khabar dan cara ini dapat mempromosikan Nestle

dengan lebih cepat. Nestle juga menggunakan Internet bagi mempromosi produknya. Dengan

cara ini, Nestle akan lebih dikenali oleh pengguna di peringkat global. Nestle bukan sahaja

mempromosikan produknya, malah Nestle juga memberi maklumat tentang Nestle dan

kebaikan-kebaikan produk-produk Nestle. Nestle juga kerap membuat peraduan untuk

pengguna. Cara ini juga dapat menyebarkan produk Nestle dengan lebih cepat.

14 | P a g e
960727 14 5154

5.2.2. Promosi Jualan

Promosi jualan ialah insentif yang diberikan kepada pengguna untuk mendorong

mereka membeli produk. Antara insentif yang biasa digunakan ialah harga promosi, potongan

harga kupon, sample percuma, beli satu dapat percuma satu, dan peraduan.

Nestle menggunakan kaedah harga promosi. Menurut akhbar Sinar Harian, baru-baru

ini, Nestle telah melancarkan promosi Lebih Nilai, Lagi Hebat selama sebulan. Pengguna

dapat menikmati penjimatan 10 hingga 30 peratus. Promosi Lebih Nilai, Lagi Hebat telah

menawarkan penjimatan untuk lebih 11 juta pek promosi dari Nestle termasuklah beberapa

jenama kegemaran Nestle yang popular seperti Maggi, Milo, dan Nescafe.

Nestle juga telah menggunakan kaedah peraduan untuk mempromosikan Nestle.

Kaedah ini juga dapat menarik minat pengguna dengan lebih cepat. Nestle telah melakukan

peraduan Meriahkan Raya Bersama Nestle bersempena dengan musim hari raya ini. Nestle

telah menyediakan hadiah-hadiah yang lumayan bagi pemenang-pemenang peraduan ini.

Secara kesimpulannya, Nestle Bhd. mempunyai pelbagai cara untuk mempromosikan

produk-produk. Antaranya seperti prmosi jualan dan pengiklanan. Nestle Bhd. telah

menghasilkan iklan-iklan yang menarik bagi menarik minat pelanggan. Nestle juga telah

menawarkan pelbagai jenis promosi bagi menambahkan lagi jumlah pelanggan mereka.

15 | P a g e
960727 14 5154

5.3 Menghuraikan campuran pemasaran dalam syarikat Nestle Berhad dari aspek

pengagihan/pengedaran dan saluran agihan

5.3.1. Saluran agihan menegak

Saluran agihan menegak mengandungi satu atau lebih pengantara pemasaran seperti

pemborong, peruncit, dan ejen untuk mengagihkan produk kepada pengguna.

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat


Sifar Satu Dua Tiga
Pengeluar Pengeluar Pengeluar Pengeluar

Pemborong Pemborong

Ejen

Peruncit Peruncit Peruncit

Pengguna Pengguna Pengguna Pengguna

16 | P a g e
960727 14 5154

Syarikat Nestle Bhd. menggunakan saluran peringkat satu dan saluran peringkat dua.

Saluran peringkat dua merangkumi pengeluar, peruncit dan pengguna. Bagi saluran peringkat

dua pula ialah pengeluar, pemborong, peruncit, dan pengguna. Syarikat Nestle Bhd. ialah

pengeluar tersebut.

5.3.2. Peruncitan

Peruncitan ialah aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk

kegunaan persendirian. Terdapat dua jenis peruncit, iaitu peruncitan kedai dan peruncitan

tanpa kedai. Peruncitan kedai menjalankan perniagaannya di premis yang tetap seperti kedai

mudah beli, kedai istimewa, kedai berjabatan, pasar raya, superstore, dan pasar raya hiper.

Kedai mudah beli

Kedai mudah beli ialah kedai runcit yang bersaiz kecil yang menjual barangan

keperluan harian pengguna. Kedai ini biasanya terletak berhampiran di kawasan

perumahan. Antara kedai mudah beli ialah 7-eleven dan kedai-kedai runcit

berhampiran kawasan perumahan.

Syarikat Nestle telah mengedarkan produk-produknya di kedai-kedai runcit

bagi memudahkan penduduk-penduduk kawasan perumahan membeli produk-produk

Nestle. Kedai-kedai mudah beli juga menawarkan harga produk yang murah.

Pasar Raya Hiper

Pasar raya hiper lebih besar daripada pasar raya biasa. Pasar raya hiper juga

menawarkan lebih banyak produk berbanding dengan pasar raya biasa dan kedai

runcit. Ramai pengguna lebih gemar membeli barang di pasar raya hiper disebabkan

oleh pelbagai pilihan produk.

17 | P a g e
960727 14 5154

Syarikat Nestle telah menghantar produk-produk Nestle ke pasar raya besar

seperti Giant, Tesco, Mydin, dan Carrefour. Nestle menghantar hampir semua jenis

produk-produknya bagi memudahkan pengguna untuk mencari produk Nestle.

5.3.3. Pemborong

Pemborong merujuk kepada aktiviti membeli produk secara pukal daripada pengeluar

atau pengilang dan menjual semula kepada peruncit dalam kuantiti kecil. Pemborong akan

menjual semula produk-produk bagi tujuan mendapatkan keuntungan

Pasar raya besar akan membeli produk-produk Nestle secara pukal daripada syarikat

Nestle untuk dipasarkan di pasar raya tersebut. Pemborongan ini akan memudahkan peniaga-

peniaga yang ingin membeli barangan Nestle secara pukal. Sebagai contoh, peniaga kedai

makan sentiasa membeli Milo, Nescafe, dan mee segera Maggi secara pukal untuk

menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Kesimpulannya, Syarikat Nestle Bhd. telah mengedarkan produk-produk mereka di

kedai-kedai dan pasaraya yang berdekatan di kawasan perumahan. Hal ini akan memudahkan

pengguna untuk mendapatkan produk-produk mereka.

18 | P a g e
960727 14 5154

6.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, campuran pemasaran iaitu 4p sangat penting penting dalam

memperkenalkan sesuatu syarikat itu kepada pengguna. Syarikat Nestle Bhd. telah

menggunakan kaedah ini untuk memperkenalkan syarikat Nestle di pasaran dunia iaitu

melalui campuran pemasaran produk, pengedaran, penetapan harga dan promosi. Dalam

kajian ini, pengkaji lebih menekankan kepada campuran pemasaran produk, pengedaran, dan

promosi.

Syarikat Nestle telah menghasilkan pelbagai produk yang sering digunakan oleh

pengguna. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan harian pengguna. Produk-produk Nestle

Bhd. sangat mudah untuk didapati oleh pengguna. Pengguna boleh mendapatkan produk-

produk Nestle Bhd. di kedai-kedai dan pasar raya yang berdekatan. Selain itu, kelebihan

produk-produk Nestle berbanding produk-produk syarikat lain ialah Nestle sangat menjaga

kualiti produk mereka dan mereka juga menyediakan maklumat-maklumat penting pada

pembungkus makanan dan minuman untuk kemudahan pengguna. Selain itu, syarikat Nestle

Bhd. mempunyai pelbagai jenis pembungkusan mengikut produk-produk tertentu.

Syarikat Nestle mempunyai dua saluran pengedaran utama iaitu saluran pengedaran

peringkat satu dan saluran pengedaran peringkat dua. Saluran pengedaran ini bukan sahaja

memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk-produk ini dikawasan berdekatan, malah

kepada paengguna yang ingin membeli produk-produk ini secara borong khususnya kepada

para peniaga. Syarikat Nestle telah mengedarkan produk-produk mereka di kedai-kedai runcit

dan pasar raya besar.

19 | P a g e
960727 14 5154

Syarikat Nestle menggunakan campuran promosi untuk melariskan produk mereka di

kalangan pengguna. Nestle Bhd. menghasilkan pelbagai jenis pengiklanan yang unik dan

menarik untuk menarik minat pengguna unutk membeli produk mereka. Mereka memaparkan

iklan mereka melalui televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Dengan cara ini Nestle

Bhd. dapat meningkatkan jumlah pelanggan mereka dengan lebih cepat. Selain itu, Nestle

Bhd, juga menggunakan kaedah promosi untuk meningkatkan jualan mereka. Antara contoh

promosi yang sering digunakan oleh Nestle Bhd. ialah harga promosi, rebat, sampel percuma,

beli satu dapat percuma satu dan peraduan. Oleh itu, Nestle Bhd. dapat meningkatkan jualan

mereka dan menarik lebih ramai pelanggan.

Pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle Bhd. berpotensi untuk kekal maju jika Nestle

Bhd. boleh menambah jenis-jenis produk mereka dari aspek produk. Syarikat Nestle boleh

mencipta produk bahan masakan segera bagi memudahkan pengguna untuk memasak.

Dari aspek promosi pula, pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle perlu meningkatkan

lagi aktiviti perhubungan awam mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan. Syarikat Nestle

boleh meningkatkan aktiviti tajaan mereka terhadap mana-mana pihak yang memerlukan

tajaan.

Pengkaji mencadangkan Syarikat Nestle menambahkan saluran pengedaran supaya

para pengguna mudah untuk mendapatkan produk-produk mereka tanpa perlu pergi ke tempat

yang jauh untuk mendapatkannya.

20 | P a g e
960727 14 5154

RUJUKAN

1. Laman sesawang

I. Blog definisi Pengertian Produk Menurut Para Ahli, Ahad 10 Mei 2015, diakses

daripada : http://blog-definisi.blogspot.my/2015/05/pengertian-produk-menurut-para-

ahli.html
II. Dunia Pengetahuan Ensiklopedia Pengedaran, 2015, diakses daripada :

http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1126845_1&Pengagihan
III. Pengertian Ahli Pengertian Promosi Menurut Para Ahli, diakses daripada :

http://www.pengertianahli.com/2014/04/pengertian-promosi-menurut-para-

ahli.html#_
IV. Anjung Pengajian Perniagaan STPM Produk, Selasa 11 Februari 2014, diakses

daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-

pemasaran/produk/
V. Anjung Pengajian Perniagaan STPM Pengedaran, Selasa 11 Februari 2014, diakses

daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-

pemasaran/pengedaran/
VI. Anjung Pengajian Perniagaan STPM Promosi, Selasa 11 Februari 2014, diakses

daripada : https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-

pemasaran/promosi/
VII. Offerstation Nestle Promosi Lebih Nilai Lebih Hebat, March 2015, diakses

daripada : http://www.offerstation.com/offers-promotions/149186/nestle-promosi-

lebih-nilai-lagi-hebat.htm
VIII. Kumpulan Media Karangkraf Nestle dan Kesatuan Olahraga Malaysia Lahirkan

Atlet Muda, diakses daripada : http://www.karangkraf.com/teknologi-dan-

pendidikan/nestle-dan-kesatuan-olahraga-malaysia-lahirkan-atlet-muda-1.196553
IX. Nestle Brands, diakses daripada : http://www.nestle.com.my/brands
X. Nestle About Us diakses daripada : http://www.nestle.com.my/aboutus

2. Akhbar

21 | P a g e
960727 14 5154

I. Utusan Malaysia Nestle lancer promosi produk edisi 28 februari 2015, halaman 16.

Oleh : Hasnurul Mohamed

3. Laporan tahunan

I. Laporan Korporat 2010, Meningkatkan Pencapaian, diterbitkan oleh : Nestle

Malaysia Berhad
II. Laporan Tahunan 2006, The World Of Nestle, diterbitkan oleh : Nestle Bhd.
III. Laporan Korporat 2012, 100 tahun Nestle di sisimu, diterbitkan oleh : Nestle

Malaysia Bhd.
IV. Laporan Tahunan 2014, GOOD FOOD, GOOD LIFE, diterbitkan oleh : Nestle

Malaysia Bhd.

LAMPIRAN

22 | P a g e

You might also like