You are on page 1of 38

ABSTRAK

ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN YANG DIAMALKAN OLEH


SYARIKAT NESTLE.

Kajian ini dijalankan ke atas sebuah perniagaan yang berorientasikan syarikat


perniagaan antarabangsa. Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan antarabangsa iaitu
Syarikat Nestle yang telah mula beroperasi sejak tahun 1866. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk menganalisis campuran pemasaran yang diaplikasikan oleh Syarikat
Nestle yang meliputi beberapa elemen. Antara eleman yang telah dikenal pasti oleh
pengkaji adalah produk, promosi dan pengedaran. Bagi mendapatkan semua maklumat
berkaitan analisis yang dijalankan ke atas Syarikat Nestle, pengkaji telah menggunakan
data sekunder sebagai kaedah kajian. Hal ini kerana, dengan menggunakan data
sekunder pengkaji dapat menjimatkan masa dan kos. Antara data sekunder yang
digunakan oleh pengkaji ialah laman sesawang, surat khabar, dan juga brosur. Setelah
menjalankan analisis pengkaji mendapati bahawa Syarikat Nestle menggunakan
keputusan campuran produk iaitu kedalaman dan kelebaran serta menekankan strategi
pembungkusan dan pelabelan produk sebagai fokus utama. Seterusnya, pengkaji juga
mendapati bahawa Syarikat Nestle mengaplikasikan kaedah campuran promosi iaitu
pengiklanan, publisiti, perhubungan awam bagi memasarkan produk Nestle kepada
pasaran sasaran disamping turut membuat promosi jualan sebagai langkah menarik
perhatian pelanggan. Nestle juga turut menggunakan saluran agihan mendatar dan
menegak. Justeru itu, pengkaji ingin mencadangkan bahawa Syarikat Nestle seharusnya
mempertingkatkan taraf teknologi dan inovasi untuk menghasilkan produk yang
berkhasiat, lazat, mudah disediakan dan berkualiti tinggi bagi para pengguna sebagai
produk diet yang tidak menjejaskan kesihatan.

i
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Abstrak (i)

1.0 PENGENALAN 1-3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 Latar Belakang Kajian

4.0 Kaedah Kajian

4.1 Data Sekunder

4.1.1 Internet/ laman sesawang

4.1.2 Brosur

4.1.3 Surat Khabar

4.1.4 Buku Rujukan

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Produk

5.2 Promosi

5.3 Pengedaran

6.0 RUMUSAN

RUJUKAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Marketing Mix atau Campuran Pemasaran merupakan satu set elemen


pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategik di mana setiap firma
menggabungkannya untuk menghasilkan maklum balas yang dikehendaki di dalam
pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran,
firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan
terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan
dan promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price, place and promotion).

Menurut laman sesawang Kotler & Armstrong (1997:48), “campuran pemasaran


atau marketing mix adalah peringkat alat pemasaran yang merangkumi produk, harga,
pengedaran, dan promosi yang digabungkan oleh perniagaan untuk menghasilkan
respons yang diinginkan dalam pasaran sasaran”. Seterusnya, menurut
http:/www.scribd.com/doc/Marketing-Mix#scribd Sumarmi dan Soeprihanto
menyatakan bahawa, “Marketing mix adalah kombinasi dari pemboleh ubah atau
kegiatan yang merupakan inti dari sistem pemasaran iaitu produk, harga, promosi, dan
pengedaran. Dengan kata lain campuran pemasaran adalah kumpulan dari pemboleh
ubah yang dapat digunakan oleh perniagaan untuk dapat mempengaruhi tanggapan
pengguna.”

Menurut laman sesawang http://ms.swewe.net/word Teori_pemasaran_4P


Produk ialah memberi tumpuan kepada pembangunan fungsi, yang memerlukan satu
titik jualan yang unik bagi produk, Permintaan fungsi produk di tempat pertama. Selain
itu, Harga pula bergantung kepada kedudukan pasaran, membangunkan strategi harga
yang berbeza, harga produk adalah berdasarkan kepada strategi jenama korporat,
memberi tumpuan kepada kualiti jenama. Seterusnya, Pengedaran ialah memberi
tumpuan kepada membina dan memupuk rangkaian jualan peniaga, perniagaan dan
pengguna untuk menghubungi dijalankan melalui pengedar.

Tambahan pula, Promosi ialah sesebuah syarikat memberi tumpuan kepada


perubahan tingkah laku untuk merangsang jualan pengguna dalam tingkah laku jangka
pendek (seperti perkongsian keuntungan, membeli satu dapat satu, suasana pemasaran,
dan lain-lain) telah menyumbang kepada pertumbuhan dalam penggunaan, untuk
menarik pengguna atau membawa kepada jenama lain lebih awal daripada penggunaan
untuk menggalakkan pertumbuhan jualan.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti


campuran pemasaran yang dilakukan oleh syarikat Nestle. Dengan mengenal pasti
campuran pemasaran juga, pengkaji juga dapat mengetahui elemen-elemen campuran
pemasaran iaitu produk, pengedaran, penetapan harga, dan promosi yang digunakan
oleh syarikat nestle untuk mengambil hati para pengguna. Dengan ini, pengkaji juga
dapat mencapai objektif mengenal campuran pemasaran yang dilakukan oleh syarikat
Nestle.

Menurut laman sesawang http://www.englishteastore.com/nestle-history.html


dan https://www.academia.edu_Nestle_Global_Strategy_INTRODUCTION Syarikat
Nestle merupakan sebuah syarikat untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada
rakyat Malaysia sejak hampir 100 tahun yang lalu. Nestlé bermula di Malaysia pada
tahun 1912 sebagai Syarikat Anglo-Swiss Susu Pekat di Pulau Pinang dan kemudian
bertumbuh dan berkembang dengan pesat. Pada tahun 1939, syarikat ini telah berpindah
ke Kuala Lumpur. Bermula pada tahun 1962, dengan kilang pertama di Petaling Jaya,
Nestlé Malaysia kini mengeluarkan produknya di 7 kilang dan beroperasi dengan ibu
pejabat di Mutiara Damansara. Syarikat ini telah secara terbuka disenaraikan di BSKL
yang dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad pada 13 Disember, 1989. Sehingga kini,
Syarikat nestle mempunyai lebih daripada 5000 orang dengan pasaran lebih daripada
300 produk Halal di Malaysia. Antara jenama nestle adalah MILO®, NESCAFÉ®,
MAGGI®, NESPRAY® dan KIT KAT® yang telah menjadi produk isi rumah
dipercayai dan dinikmati untuk generasi kini.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran
pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Nestle.

2.1 Mengenalpasti campuran pemasaran produk berdasarkan kedalaman,


kelebaran, pembungkusan, dan pelabelan produk.

2.2 Mengenalpasti saluran agihan produk secara mendatar dan menegak.

2.3 Mengenalpasti campuran promosi iaitu pengiklanan, publisiti,


penghubung awam dan promosi jualan.
3.0 LATAR BELAKANG

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh


dikawal, di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan tindak balas
yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di
dalam campuran pemasaran, syarikat boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk
mempengaruhi permintaan terhadap produk yang dihasilkan. Campuran pemasaran
mempunyai empat elemen atau dikenali sebagai 4p iaitu produk, pengedaran, promosi
dan penetapan harga.

Merujuk kepada laman sesawang http//:marketing mix.com.my produk ialah


barang atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pasaran sasaran. Dalam kajian ini,
pengkaji mendapati bahawa setiap produk keluaran Syarikat Nestle akan dikupas
melalui kedalaman dan kelebaran produk yang akan dinyatakan dalam bahagian dapatan
kajian.

Elemen seterusnya adalah harga. Harga merupakan jumlah wang yang dikenakan
untuk sesuatu produk atau perkhidmatan berdasarkan pelbagai istilah harga. Pengkaji
mendapati bahawa harga yang dimiliki oleh Syarikat Nestle bergantung kepada pasaran
setiap produk individu. Keputusan meletakkan harga adalah penting dalam perbentukkan
strategi pemasaran.

Selain itu, promosi pula bermaksud segala aktiviti yang dilakukan bagi
membuatkan produk atau servis yang ditawarkan diketahui oleh pelanggan. Pengkaji
mendapati bahawa Syarikat Nestle mengadakan promosi melalui pengiklanan dalam
televisyen dan radio serta surat khabar. Salah satu promosi yang paling dikenali adalah
lagu nescafe. Ia adalah salah satu kempen pengiklanan yang terbaik dan telah
dilancarkan sekurang-kurangnya 2 dekad yang lepas.

Manakala, pengedaran bermaksud satu proses memindahkan barangan dari pusat


pengedaran kepada pengguna di lokasi dan mana yang dikehendaki oleh mereka.
Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Nestle mengunakan strategi pengedaran yang
melibatkan pecah pukal. Strategi pengedaran khas dari Nestle adalah saluran agihan
menegak.

Syarikat Nestle diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé. Syarikat Nestle
merupakan pengeluar makanan terbesar di dunia dan memiliki beribu pejabat di
Switzerland. Syarikat Nestle beroperasi di lebih 100 buah negara serta mempunyai
276,000 warga kerja di seluruh dunia. Seterunya, Syarikat Nestle mempunyai 456 buah
kilang di 84 buah Negara. Syarikat Nestle juga mengeluarkan lebih 8,500 jenama dan
lebih dari 10,000 produk yang berbeza.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang beberapa jenis kaedah yang digunakan


bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Antara tujuan menyediakan kaedah
kajian ini adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Kaedah
kajian yang digunakan dalam kerja kursus ini adalah menggunakan kaedah pendekatan
kualitatif yang melibatkan data sekunder. Melalui kaedah ini, kajian yang dijalankan
akan lebih sempurna dan tersusun supaya ia selaras dengan matlamat dan objektif kajian
yang dibuat.

Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya
mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan
seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Bagi menyiapkan
objektif kajian, segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan kajian
dapat disiapkan dengan lancar. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam
menjalankan kajian ini ialah:

4.1 Data sekunder

Data sekundar adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh


pengkaji dalam kajian. Menurut laman sesawang www.campuranpemasaran.com
Sugiyono menyatakan bahawa, data sekunder adalah data tidak langsung yang
memberikan data kepada peneliti. Data ini diperoleh dengan menggunakan
kajian teks yang dilakukan terhadap banyak buku, catatan yang berhubung
dengan penelitian. Semasa menjalankan kajian ini, data sekunder yang
digunakan oleh pengkaji adalah dengan melayari internet, brosur, dan surat
khabar.

4.1.1 Internet/ Laman Sesawang

Menurut laman sesawang www.campuranpemasaran.com Strauss


El – Ansary, Frost menyatakan bahawa, Internet adalah seluruh jaringan
yang saling berhubung satu sama lain. Beberapa komputer dalam
jaringan ini menyimpan fail, seperti halaman laman sesawang yang dapat
diakses oleh seluruh jaringan komputer. Pengkaji telah melayari laman
rasmi Syarikat Nestle iaitu http://www.nestle.com.my/ untuk
mendapatkan maklumat tentang Syarikat Nestle. Laman rasmi ini
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah dan latar
belakang Syarikat Nestle. Selain itu, pengkaji juga melayari
www.campuranpemasaran.com bagi mendapatkan maklumat secara
mendalam berkaitan definisi campuran pemasaran dan elemen - elemen
campuran pemasaran iaitu produk, saluran pengederan dan promosi.

Seterusnya, antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji


ialah https://www.academia.edu/Abstrak_docx_Pengajian_Perniagaan,
https://www.academia.edu/SEJARAH_NESTLE dan https://www.
academia.edu Pengurus_Perniagaan_ NestlePengarah_Eksekutif.
Pengkaji melayari laman sesawang tersebut untuk mendapatkan
maklumat berkaitan abstrak dan sejarah Syarikat Nestle. Selain itu,
pengkaji juga melayari laman sesawang
https://www.rumahnutrisinestle.co.id/ produk/kategori-produk/bubur-
mpasi, untuk mengetahui tentang kedalaman produk keluaran Nestle.

Di samping itu, pengkaji juga melayari laman sesawang


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NestletambahpelaburandiM
alaysia, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?Varia&.htm,
http://www.utusan.com.my/utusan/Utusan_Malaysia&sec=Korporat&.ht
m, http:/www.utusan.com.my /berita/nasional/nestle-malaysia-
maggiselamat.com, http://www.bharian.com.my/node/451,
http://www .utusan.com.my/ utusan /Korporat/Nestle-kekalkan-harga-
kompetitif, http://www.sinarharian.com.my /bisnesnestle-pindah-
penjimatan-gst-kepada-peruncit dan http://www.sinar
harian.com.my/hiburan/ komitmen-nestle-malaysia-diiktiraf untuk
mengetahui tentang berita-berita yang berkait dengan Syarikat Nestle.
Melalui laman sesawang ini, pengkaji juga dapat mengetahui tentang
sumbangan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Syarikat Nestle.
Tambahan pula, pengkaji juga melayari laman sesawang
http://www.scribd.com /doc/Marketing-Mix#scribd untuk mendapatkan
maklumat tentang maksud campuran pemasaran.
https://www.nestle.com.my// documents/pdf/nestle_annual_report_2012
_bm.pdf turut dilayari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat
tentang kelebaran produk keluaran Nestle.

Justeru itu, antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji


ialah http://ms.swewe.net/word Teori_pemasaran_4P. Pengkaji melayari
laman sesawang tersebut untuk mendapatkan maksud produk,
pengedaran, promosi dan juga harga. Seterusnya,
https://www.google.com/definisi produk menurut tokoh.com,
https://www.google.com/definisi produk menurut tokoh.com,
www.scribd/campuran produk.com dan https://www .google.com
/definisi produk menurut tokoh.com untuk mendapatkan maksud produk
serta campuran produk. Tambahan pula, laman sesawang
http://www.scribd .com/Pembungkusan#scribd dan
http://repository.usu .ac.id /bitstreamChapterII .pdf turut dilyari oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan maksud pembungkusan dan
pelabelan Nestle.

Di samping itu, pengkaji turut melayari laman sesawang


http://elib. unikom.ac.id/files /jbptunikompp -gdl-didinbasir.pdf,
https://www.academia .edu/BABII, dan http://www.pengertianahli.com/
pengertian-promosi-menurut-para -ahli.html untuk memdapatkan definisi
tentang promosi menurut para ahli. Selain itu, http://marketinghrd
presentation.com dan http://www.scribd. com /doc/kritikan-iklan#scribd
turut dilayari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang
pengiklanan. Untuk mendapatkan maklumat tentang publisiti dan
penghubung awam, pengkaji melayari laman sesawang
http://marketingpresentation.com, http://www.mbpp.gov.my/web/guest
dan http://kpdnkk.bernama.com /news Bm.com.
Manakala, untuk mendapatkan definisi pengedaran, pengkaji
melayari laman sesawang sesawang https://pengajianperniagaan
.wordpress.com/bab-1/bab-3campuran-pemasaran/pengedaran/ dan
http://www.scribd.com// Marketing-Mix. Justeru itu, pengkaji juga
melayari laman sesawang http://www.nestle.com.my/careers untuk
mengetahui tentang orang tengah Syarikat Nestle. Untuk mendapatkan
maklumat tentang peruncit pengkaji melayari laman sesawang
http://www.pengertianperuncit.com/ pasarraya.html dan https://www.
scribd.com/doc/Peruncitan.

4.1.2 Brosur

Brosur adalah suatu alat untuk promosi barang jasa dan lain –
lain, yang dibuat daripada kertas di mana di dalamnya terdapat
penawaran mengenai jasa atau produk tersebut. Pengkaji telah
mendapatkan brosur dari pusat membeli-belah yang menjual produk
Syarikat Nestle untuk mengetahui tawaran yang dibuat oleh Syarikat
Nestle dengan pelbagai barisan produk serta atribut produk tersebut
sehingga di iktiraf di peringkat antarabangsa.

4.1.3 Surat Khabar

Menurut Onong Uchjana Effendy, ( 1993 ), surat khabar adalah


lembaran tercetak yang memuat laporan yang terjadi dalam masyarakat
dengan sifat sendiri, bersifat umum, isu semasa dan mengenai apa – apa
sahaja dan dimana sahaja di seluruh dunia untuk diketahui pembaca.
Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mendapatkan maklumat tentang
koleksi – koleksi barangan dan promosi jualan Syarikat Nestle dalam
surat khabar seperti Berita Harian pada 31/7/2015 dan hari jumaat.
Pengkaji juga telah dapat mengenalpasti promosi jualan yang dilakukan
oleh Syarikat Nestle dari akhbar tempatan seperti kosmo 20/8/2015.
4.1.4 Buku Rujukan

Menurut laman sesawang http://www.pkgdaerahpg /index.php


/bahan.com, American Library Association Glossary of Library Terms
menyatakan bahawa buku rujukan adalah sebuah buku yang disusun dan
diolah sedemikian rupa untuk digunakan sebagai sumber menemukan
informasi tertentu dan tidak untuk dibaca keseluruhan. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menggunakan beberapa buah buku rujukan. Antaranya,
buku Asas Pemasaran yang ditulis oleh Siti Rahayu Hussein, Zakiah
Abdul Malek, Rosli, dan buku Pengurusan Perniagaan karya Sabri Hj.
Hussin sebagai buku rujukan untuk mencari definisi produk, pengedaran,
penetapan harga dan promosi secara umum. Selain itu, pengkaji turut
menggunakan buku Asas Pengurusan Perniagaan ditulis oleh Jaafar
Muhamad, buku Marketing: An Introduction ditulis oleh Armstrong, G
dan Kotler, dan buku Prinsip Pemasaran karya Abu Bakar Abdul, Md
Mohar Muhammad bagi memahami lebih dalam tentang campuran serta
menjadikan panduan untuk menyiapkan kajian ini.
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi berdasarkan


campuran pemasaran dalam aspek-aspek yang berikut iaitu jenis produk yang
ditawarkan, saluran agihan produk dan promosi yang dijalankan oleh Syarikat Nestle
Sdn. Bhd.

5.1 PRODUK
Menurut laman sesawang https://www.google.com/definisi produk
menurut tokoh.com William J. Stanton menyatakan bahawa, produk adalah
sekumpulan sifat-sifat fizikal secara nyata yang berkaitan dalam sebuah
bentuk yang boleh dikenal pasti. Secara umumnya, produk adalah sekumpulan
sifat-sifat yang nyata dan tidak nyata yang didalamnya termasuk warna, harga,
pembungkusan, prestasi pembekal, dan perkhidmatan dari pembekal yang
mungkin diterima oleh pembeli sebagai sesuatu yang boleh memuaskan
keinginannya.

Seterusnya, menurut laman sesawang https://www.google.com/


definisi produk menurut tokoh.com Kotler menyatakan bahawa produk
mempunyai pengertian yang luas iaitu segala sesuatu yang ditawarkan,
dimiliki, dipergunakan sehingga dapat memuaskan keinginan dan keperluan
termasuk didalamnya adalah fizikal, perkhidmatan, individu, tempat,
organisasi serta idea. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat
Nestle Sdn. Bhd telah menghasilkan pelbagai produk dalam pasaran. Syarikat
Nestle dilihat telah menggunakan keputusan campuran produk iaitu kelebaran
dan kedalaman dalam memasarkan keluarannya.

Justeru pengkaji telah merungkai tentang definisi campuran produk.


Menurut laman sesawang https://www.google.com/definisi produk menurut
tokoh.com Kotler dan Keller menyatakan bahawa, keputusan campuran produk
ialah sekelompok barang dalam lini produk yang sama-sama memiliki salah
satu unsur yang dapat mempengaruhi keputusannya dalam membeli suatu
produk. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis keputusan campuran
produk iaitu kelebaran dan, kedalaman produk keluaran Syarikat Nestle.
Kelebaran produk

Kopi Minuma Bijirin Ais krim Coklat dan Pemakana


dan n dan sarapan konfeksi n
minuma makanan penjagaan
n bayi kesihatan
Nestea Alfare Honey star Sorbetes Chunky Boost
Nescafe Nan Ha Corn flakes Skinny cow Chokito Nutren
Nesfruta Nesles Gold flakes Oreo Milkybar Glytrol
Supligen Cerelac fitness Frigor Munchies Crucial
Yogurt Alfare Clusters Maxibon Almonds Optifibre
Dan Dan lain- Dan lain- Dan lain-lain Dan lain- Dan lain-
lain-lain lain lain lain lain
K

kedalaman produk

Jadual 1.0: kelebaran dan kedalaman produk Nestle

Menurut laman sesawang www.scribd/campuran produk.com kelebaran


campuran produk bermaksud bilangan lini produk yang dipasarkan kepada
pengguna dalam sesuatu pasaran. Campuran produk yang besar dapat menarik
perhatian pengguna pelbagai segmen pasaran. Seterusnya, menurut laman
sesawang https://user:presna.com.my, Philip Kotler menyatakan bahawa
kelebaran produk ialah semua lini atau barisan produk yang telah ditawarkan
syarikat kepada sasaran pelangannya. Oleh yang demikian, menurut laman
sesawang https:/nestle.com.my seperti dalam jadual 1.0, pengkaji telah
menganalisis dan mendapati kelebaran produk Syarikat nestle terdiri daripada
pelbagai jenis barang seperti kopi dan minuman, minuman dan makanan
kanak-kanak/bayi, bijirin sarapan, ais krim, coklat dan konfeksi serta
pemakanan penjagaan kesihatan. Kesemua barisan ini merupakan produk
berasaskan makanan. Dengan menawarkan pelbagai jenis barisan produk
dalam pasaran, ini telah menjadikan Nestle mampu meluaskan pasaran yang
berteraskan kepada pemakanan.

Seterusnya, kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item


produk yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap barisan
produk tersebut. Menurut laman sesawang www.scribd/campuran produk.com
kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan item produk yang
terdapat dalam satu barisan produk. Seterusnya, menurut Philip Kotler dalam
laman sesawang https://user:presna.com.my kedalaman produk pula merujuk
kepada variasi produk yang ditawarkan syarikat di dalam setiap lini produk.

Hasil kajian pengkaji, pengkaji mendapati bahawa, syarikat nestle


mempunyai lebih 8,500 jenama dan lebih dari 10,000 produk yang berbeza.
Menurut laman sesawang https://nestle.com.my seperti dalam jadual 1.0,
kedalaman produk kopi dan minuman yang dikeluarkan oleh syarikat nestle
ialah bonka, buondi, christina, dolca, dolce gusto, ecco, el chana, international
roast, kirma loumidis, nescafe, sunrise, nespresso, partner's blend, icoffy, milo,
ristretto, ricoré, sical, tofa, taster's choice, zoégas, mountain blend, carnation,
caro, chocolate d'onofrio, enviga, good host, growers direct organic fruit juices,
juicy juice, libby’s, nescao, nescan, nesfruta, nesquik, nestea, nestomalt,
ovaltine, sjora, yogurt dan cereal, supligen, sweet leaf tea dan vascolet. MILO
menyentuh hati rakyat Malaysia melalui sokongannya terhadap pelbagai
program pembangunan belia dan sukan, serta aktiviti-aktiviti pensampelan.

Seterusnya, kedalaman produk ice cream yang dikeluarkan oleh Syarikat


Nestle ialah dibs, dreyer's, edy's, eskimo, frigor, fruit selection yogurt, frisco,
heaven, Hjem-IS, kimo, kimy (Philippines), maxibon, motta (Italy), mövenpick
(Switzerland), mivvi, nestlé drumstick - the original sundae cone, nestlé ice
cream, nestlé princessa, oreo, outshine, peters (Australia), push-up, savory,
schöller, skinny cow, sorbetes, temptations, underground is (Denmark) dan
pingviini. Dengan pemakanan ais krim, masyarakat dapat mengurangkan stress
mereka dan juga dapat mengurangkan suhu panas dalam badan mereka.
Aiskrim Nestle ditawarkan dengan pelbagai perisa yang menarik bagi
memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai dalam pasaran.

Selain itu, kedalaman produk coklat dan konfeksi yang dikeluarkan oleh
Syarikat Nestle ialah chokito, cocosette, coffee crisp, chunky, d'onofrio, drifter,
fizzfindle, frigor, milkybar, goobers, herculesbars, JOJO, Icebreakers, kitkat,
Matchmakers, Munchies,Negrita, Nestlé Alpine White, Nestlé with Almonds,
Nestlé Crunch, Nestlé Crunch Crisp, Nestlé Crunch with Caramel, Nestlé
Crunch with Peanuts, Nestlé Crunch Pieces, Nestlé Crunch White, Nestlé Milk
Chocolate, Nestlé Princessa, Nestlé Wonder Ball, Nestlé yes, Nestlé nips, nuts,
oh henry, orion, peppermint crisp, perugina baci, restígio, princessa, quality
street, braisinets, rolo, rowntrees (fruit pastilles, jelly tots, pick & mix,
randoms, fruit gums, tooty frooties, juicy jellies), sahne nuss dan smarties.
Nestle juga menghasilkan coklat yang enak-enak, dan tanpa bahan pengawet
serta tanpa pemanis buatan dan tidak ada campuran bahan-bahan kimia.
Dengan ingin Syarikat Nestle sangat mengambil berat tentang kesihatan para
pengguna. Oleh yang demikian, Syarikat Nestle meyakinkan pengguna bahawa
produk Nestle dapat menjaga kesihatan diri mereka.

Manakala, kedalaman produk pemakanan penjagaan kesihatan yang


dikeluarkan oleh Syarikat Nestle pula ialah boost, Carnation Instant Breakfast,
Nutren, Glytrol, Crucial, Impact, Isosource, Fibersource, Diabetisource,
Compleat, Optifast, Resource, Meritene, Optifibre, Peptamen, Resorb, dan
Modulen. Melalui pemakanan penjagaan kesihatan Pemakanan Syarikat Nestle
dapat mengekalkan kesejahteraan rakyat. Melalui pemakanan tersebut syarikat
nestle dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif serta
mengurangkan obesiti dan penyakit berkaitan. Syarikat nestle juga melakukan
sebuah kempen dalaman iaitu Diabetes Alert yang diadakan untuk memberi
warga kerja kami pengetahuan yang relevan untuk pemahaman yang lebih
mendalam bagi mencegah atau mengawal penyakit diabetes. Oleh yang
demikian, para pengguna produk Nestle dapat hidup dengan kesihatan yang
sempurna.
Seterusnya, kedalaman produk bijirin sarapan yang dikeluarkan oleh
Syarikat Nestle ialah chocapic, cini minis, clusters, crunch (chocolate),
curiously cinnamon, curiously strawberry, estrelitas, fitness, force flakes, gold
flakes, golden grahams, golden nuggets, golden morn, honey stars, koko
krunch, lion cereal, milo cereals, nesquik breakfast cereal, nestlé corn flakes
dan shreddies. Dengan mengambil sarapan bijirin keluaran Syarikat Nestle
pengguna yang mempunyai anak kecil lebih mudah untuk menyediakan
sarapan pagi yang berkhasiat terutamanya bagi pengguna yang bekerja. Hal ini
kerana, ianya tidak peru dimasak dan juga tidak perlukan masa yang lama
untuk menyediakan. Malah sarapan yang diambil oleh mereka dan anak
mereka lebih berkhasiat dan berzat.

Tambahan pula, kedalaman produk minuman dan makanan kanak-


kanak/bayi yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestle ialah alfare, beba, bona,
cérélac, farinha láctea, FM 85, gerber, good start, guigoz, lactogen, NAN HA,
nansoy, naturnes, neslac, nestogen, nestum, nido, piltti, dan PreNan. Dengan
ini, Syarikat Nestle dapat membekalkan produk minuman dan makanan bayi
yang lebih berkhasiat dan membekalkan vitamin yang secukupnya yang perlu
ada pada kanak-kanak dan juga bayi. Produk nestle juga dapat melahirkan
masyarakat yang sihat dan sempurna.

Selain dari campuran produk, pengkaji juga mendapati Nestle turut


menitik beratkan aspek pembungkusan dan pelabelan dalam produknya kerana
pengeluaran Nestle adalah berteraskan kepada produk pemakanan. Menurut
laman sesawang http://www.scribd.com/doc/Pembungkusan#scribd Vidales
Giovannetti menyatakan bahawa pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu
bekas yang mempunyai hubunganlansung dengan produk itu sendiri, ianya
memegang, melindungi, menyimpan danmengenal pasti produk selain untuk
memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk.

Menurut laman sesawang http://repository.usu.ac.id/bitstream


ChapterII.pdf Gitosudarmo menyatakan bahawa,pelabelan adalah bahagian dari
sebuah produk yang berupa keterangan atau penjelasan mengenai barang
tersebut atau penjual. label merupakan suatu bahagian dari sebuah produk yang
membawa maklumat verbal tentang produk atau tentang penjualannya.
Lanjutan daripada huraian di atas, pengkaji telah menganalis bahawa
Syarikat Nestle telah menggunakan pembungkusan dan pelabelan untuk produk
syarikat ini dapat menarik perhatian pelanggan.

Menurut laman sesawang http://ms.swewe.net/word_show.htm/&Nestle


aspek pembungkusan produk Nestle memainkan peranan yang penting dalam
memastikan khasiat pemakanan dan kualiti produk terjamin sepanjang tempoh
hayatnya. Ia juga mengelakkan pembaziran akibat kerosakan fizikal dan
pencemaran benda asing sambil memenuhi kehendak pengguna yang mahukan
bungkusan yang berfungsi dengan baik. Nestle turut mengurangkan sisa bahan
buangan setelah bungkusan dibuka kekal sebagai sesuatu yang diberi perhatian
teliti dan merupakan objektif utama dalam program inovasi. Aktiviti
pengurangkan sumber telah dijalankan oleh Syarikat Nestle untuk menjaga
kesejahteraan alam sekitar. Hal ini demikian kerana Nestle menyokong
penggunaan bahan kitar semula seperti yang dinyatakan dalam prinsip asas
Nestle. Oleh yang demikian, pembungkusan Syarikat Nestle yang
menggunakan bahan-bahan yang boleh kitar semula telah meyakinkan
pengguna mengenai pentingnya aspek pembungkusan yang mesra alam dalam
Syarikat Nestle. Sebagai contoh, produk keluaran Nestle telah menggunakan
bahan pembungkusan seperti tin dan plastik yang boleh dikitar semula
menggunakan kaedah yang bersesuaian.

Syarikat Nestle juga telah menggunakan Label Standardisasi


(PELABELAN STANDARD), ini hanya satu dokumen panduan, yang terdiri
daripada pelbagai elemen reka bentuk label yang dibuat jelas. Seperti Nescafe
logo, font dan warna yang digunakan, dan juga semua butiran nisbah antara
satu sama lain. Pelabelan membekalkan maklumat penting tentang sesuatu
produk seperti jenama produk, nama dan alamat pengeluar atau pengimport,
tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk serta cara penggunaan
produk. Memandangkan produk Nestle yang berasaskan makanan, aspek
pelabelan sangat dititik beratkan kerana ia akan mempengaruhi tempoh hayat
penggunaan sesuatu produk Nestle.

Selain itu, bagi pengguna yang mengalami alergi terhadap sesuatu bahan
makanan, pelabelan akan dijadikan sumber rujukan dan disemak terlebih
dahulu bagi mengetahui bahan-bahan yang digunakan dalam Syarikat Nestle.
Pelabelan yang terperinci dan akan memuaskan pengguna terhadap produk
tersebut. Melalui pelabelan juga pengguna boleh mengetahui vitamin-vitamin
yang diperoleh melalui kolum ‘vitamin pemakanan’. Oleh yang demikian,
aspek pelabelan adalah sangat penting yang perlu ada pada sesuatu produk
sebagai bahan rujukan kepada pengguna yang hendak mengetahui tentang
bahan tersebut.

5.2 PROMOSI

Promosi merujuk pada cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk
memberitahu, memberi penerangan, memujuk, dan mempengaruhi pengguna
untuk membeli sesuatu produk. Setiap pemasar akan berusaha untuk
mengetengahkan imej produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk
melalui promosi. Malah, promosi merupakan salah satu cara untuk melariskan
jualan produk melalui penjualan terus produk kepada pengguna.

Menurut laman sesawang http://elib.unikom.ac.id/files/jbptunikompp-


gdl-didinbasir.pdf Buchari Alma menyatakan bahawa promosi adalah sejenis
komunikasi yang memberi penjelasan dan meyakinkan para pengguna mengenai
barang dan jasa dengan tujuan untuk memperoleh perhatian, mendidik,
mengingatkan dan meyakinkan calon konsumen. Promosi merupakan alat
komunikasi dan penyampaian pesan yang dilakukan baik oleh syarikat mahupun
perantara dengan tujuan memberikan maklumat mengenai produk, harga dan
tempat. maklumat itu bersifat memberitahukan, memujuk, mengingatkan
kembali kepada para pengguna, para perantara atau kombinasi keduanya.

Menurut laman sesawang https://www.academia.edu/4768228/BAB_II


Evans dan Berman menyatakan bahawa , promosi adalah segala bentuk
komunikasi yang digunakan untuk memberitahu (to inform), memujuk (to
persuade), atau mengingatkan pembeli tentang produk yang dihasilkan oleh
organisasi, individu mahupun rumah tangga. Seterusnya, Kotler menyatakan
bahawa promosi merupakan salah satu cara syarikat melakukan komunikasi
melalui mesej-mesej yang direka untuk merangsang terjadinya kesedaran
(awareness), Minat (interest), Dan berakhir dengan tindakan pembelian
(puchase) yang dilakukan oleh pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan
syarikat. Syarikat biasanya menggunakan iklan, promosi jualan, kerahan tenaga-
tenaga jualan, dan perhubungan awam sebagai alat penyampaian mesej-mesej
tersebut dengan tujuan untuk dapat menarik perhatian dan minat masyarakat.

Menurut laman sesawang http://www.pengertianahli.com/pengertian-


promosi-menurut-para-ahli.html Kotler dan Armstrong menyatakan bahawa,
campuran promosi mengandungi empat elemen yang penting iaitu pengiklanan,
promosi jualan, publisiti dan penghubungan awam serta jualan bersemuka.
Pengiklanan ialah segala kos yang perlu dikeluarkan penaja untuk melakukan
persembahan dan promosi bukan peribadi dalam bentuk idea, barangan atau
perkhidmatan. Promosi jualan pula menerangkan insentif jangka pendek untuk
menggalakkan pembelian atau penjualan suatu produk atau jasa. Seterusnya,
publisiti dan perhubungan awam ialah untuk membina hubungan baik dengan
orang ramai berkaitan memperoleh sokongan, menangani atau menyingkirkan
isu, cerita dan peristiwa yang boleh merugikan. Selain itu, jualan bersemuka
ialah komunikasi langsung dengan pelanggan yang dilancar secara khusus untuk
memperoleh tanggapan langsung. Dengan demikian maka promosi merupakan
kegiatan syarikat yang dilakukan dalam rangka memperkenalkan produk kepada
pelanggan sehingga dengan kegiatan tersebut pelanggan tertarik untuk
melakukan pembelian.

Lanjutan daripada huraian diatas, pengkaji mendapati bahawa


Syarikat Nestle Sdn. Bhd telah menggunakan pengiklanan, publisiti, dan
penghubungan awam bagi menjalankan promosi untuk produk keluaran syarikat
tersebut.

Menurut laman sesawang http://marketinghrdpresentation.com,


Philip Kotler menyatakan bahawa pengiklanan merujuk kepada satu bentuk
komunikasi secara tidak langsung dalam media massa seperti surat khabar,
majalah, radio dan televisyen yang dikenakan bayaran ke atas syarikat. Tujuan
pengiklanan yang dibuat oleh Syarikat Nestle ialah untuk memperkenalkan,
menyedari, merangsang, pembelian, dan mengekalkan ingatan pengguna
terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Saluran media massa sesuai
digunakan oleh Syarikat Nestle ialah melalui media eloktronik dan media cetak.
Menurut laman sesawang http://www.scribd.com/doc/25241426/kritikan-
iklan#scribd, salah satu pengiklanan media elektronik yang dibuat oleh Syarikat
Nestle ialah iklan bijirin ‘koko krunch’ yang sering dipaparkan di saluran-
saluran televisyen. Iklan Nestle meliputi mesej yang ingin disampaikan melalui
iklan tersebut, keberkesanan iklan dalam menarik perhatian penonton, kumpulan
yang menjadi sasaran iklan, propaganda serta cara untuk menentukan kesahihan
maklumat yang disampaikan dalam iklan ini. Iklan Nestle juga cuba untuk
menyampaikan mesej mengenai perlunya amalan pemakanan yang baik bagi
membantu perkembangan kanak-kanak.

Televisyen mempunyai pengaruh yang kuat kerana ia amat rapat


dengan audien, dimana kebanyakan rumah sekarang mempunyai media ini. Iklan
yang disiarkan mengenai produk Nestle adalah menarik di mana terdapat warna-
warna yang hidup dan dapat ditunjukkan dengan jelas. Televisyen mempunyai
audien yang besar dan mempunyai ramai peminat. Iklan televisyen
mendedahkan iklan produk Nestle beberapa kali dalam masa yang singkat dan
ini dapat menjadi motivasi kepada penonton serta penyiaran yang berulang akan
sentiasa menjadi I gatan kepada pengguna.

Seterusnya, ciri-ciri pengiklanan televisyen ialah dapat melibatkan


persembahan awam bagi memastikan semua individu mendapat mesej yang
sama dan maklumat yang disebarkan mengenai produk Nestle dapat
mengesahkan kedudukan sesuatu produk tersebut dalam pasaran. Selain itu,
penyebaran dan pengulangan mendedahkan pengguna kepada mesej yang sama
beberapa kali berbanding kaedah lain. Pengenalan produk Nestle dengan
bantuan suara, gambar, ilustrasi, dan warna. Justeru itu, ia merupakan satu
bentuk komunikasi bukan peribadi dan melibatkan komunikasi sehala daripada
Syarikat Nestle kepada pengguna. Pengiklanan televisyen juga dapat
mewujudkan imej jangka panjang bagi produk.

Di samping itu, Nestle juga turut menggunakan media cetak iaitu


surat khabar dalam pengiklanannya. Menurut laman sesawang
http://www.sinarharian.com.my/ mobile/bisnes/ nestle-lancar-promosi-jimat
menerusi surat khabar Sinar Harian bertarikh 1 Mac 2015, pengkaji mendapati
bahawa Syarikat Nestle juga menggunakan media cetak untuk mempromosikan
produk Nestle. Penggunaan media cetak dalam akhbar ini bukanlah kali pertama
digunakan oleh Nestle malahan sejak dari awal penubuhan Nestle media cetak
adalah medium yang kerap digunakan sebagai promosi Nestle. Menurut surat
khabar tersebut pengkaji mendapati bahawa, Nestle melancarkan iklan bagi
membantu pengguna dalam negara menjimatkan perbelanjaan mereka, Syarikat
Nestle telah melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di seluruh Malaysia.
Pengarah urusannya, Alois Hofbauer berkata, promosi tersebut merupakan yang
terbesar pernah dijalankan oleh Nestle di Malaysia, di mana pengguna mendapat
faedah penjimatan bermula dari 10 hingga 30 peratus. "Promosi 'Lebih Nilai,
Lagi Hebat'” ini menawarkan penjimatan yang tiada bandingan untuk lebih 11
juta pek promosi termasuk beberapa jenama kegemaran Nestle yang popular
seperti Maggi, Milo dan Nescafe.

Kebaikan media cetak yang menjadi pilihan Nestle ialah ianya di cetak
setiap hari dan oleh itu, ia memberi peluang pemasaran kepada pengiklanan
Syarikat Nestle. Akhbar boleh didapati di mana-mana dan harganya murah.
Oleh itu, bilangan pembelinya ramai. Kos bandingannya dengan media yang
lain adalah rendah apabila dilihat dari segi jangkauannya yang tinggi. Akhbar
memberi jangkauan yang cepat. Pada hari pertama akhbar disiarkan, pasaran
sasaran sudah dimaklumi tentang barangan atau perkhidmatan Syarikat Nestle.
Media cetak dapat membuat orang yang berfikir lebih spesifik tentang isi tulisan
mengenai produk Nestle dan ia juga lebih mampu menjelaskan hal-hal yang
bersifat kompleks atau rigid.

Selain dari pengiklanan, Nestle juga turut menggunakan publisiti sebagai


promosinya. Menurut laman sesawang http://marketinghrdpresentation.com,
Philip Kotler menyatakan bahawa publisiti ialah satu bentuk komunikasi
bercorak cerita atau artikel mengenai produk melalui media massa secara
percuma dan tidak berbayar. Menurut laman sesawang
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.com, pengkaji mendapati bahawa Syarikat
Nestle Sdn. Bhd telah menjalankan beberapa promosi secara publisiti. Dalam
temubual dengan rancangan Bernama, pengarah urusan Nestle Malaysia, Peter
R. Vogt, mengaitkan kecenderungan mendapatkan produk-produk Nestle kepada
inovasi dan hakikat yang syarikat sentiasa faham akan kehendak rakyat
tempatan. Beliau juga berkata satu lagi bidang penting untuk mengekalkan
kedudukan pasarannya ialah khasiat. "Pengguna mahukan makanan yang
berkualiti baik dan berkhasiat yang mempunyai rasa yang enak," kata beliau.
Beliau berkata yang Nestle yakin dengan prestasinya untuk tahun ini, dan
seterusnya menyasarkan trend yang positif untuk syarikat berdasarkan kepada
jualan kukuh di kedua-dua pasaran domestik dan seberang laut.

Promosi lain yang dijalankan oleh Nestle adalah perhubungan awam.


Justeru itu, menurut laman sesawang http://marketinghrdpresentation.com,
Philip Kotler menyatakan bahawa perhubungan awam merujuk kepada aktiviti
yang dibentuk bagi mengekalkan hubungan yang baik antara perniagaan dengan
orang awam. Dengan ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Nestle Sdn. Bhd
telah banyak menggunakan perhubungan awam sebagai salah satu cara dalam
menarik dan memberitahu pelanggan yang bukan dalam sasaran pasaran
mengenai produk keluaran syarikat tersebut. Menurut laman sesawang
http://www.mbpp.gov.my/web/guest/305, pengkaji mendapati bahawa Syarikat
Nestle Sdn. Bhd telah menganjurkan program “NESTLE WALKING DAY” di
taman Metropolitan Relau, Pulau Pinang pada tarikh 13 Mac 2011 (ahad) bagi
tujuan untuk menarik dan memberitahu pelanggan tentang produk nestle. Usaha
syarikat ini yang memulakan langkah yang lebih ke hadapan dengan
menganjurkan program “NESTLE WALKING DAY” dilihat mampu
melonjakkan lagi nama syarikat ini lebih tinggi berbanding pesaing-pesaingnya
dalam pasaran.

Seterusnya, menurut laman sesawang http://www.theborneopost.com


//milo, pengkaji mendapati bahawa Syarikat Nestle buat pertama kalinya
menganjurkan Pergerakan Sarapan Milo di Malaysia Timur iaitu di Kuching
untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengambil
sarapan setiap hari bertarikh 27 April 2015. Demikian ujar Pakar Nutrisi Nestle
Lim Chain Yin dengan mendedahkan bahawa badan manusia kehilangan 80
peratus tenaga sewaktu tidur. Beliau menyatakan pengambilan secawan milo
bersama sandwic tuna misalnya yang mempunyai karbohidrat, protein dan
beberapa mineral lain di dalamnya untuk memulakan hari, yang perlu diambil
dua jam selepas bangun dari tidur. Sementara itu, Pengurus Eksekutif Unit
Perniagaan Milo Nestle Philomena Tan berkata sekitar 4,000 peserta dari bandar
raya Kuching tanpa mengira bangsa, agama dan umur menyertai dan
menyokong program yang diadakan pihaknya. Dengan ini, program
perhubungan awam yang dibuat oleh Syarikat Nestle dapat mengekalkan
kedudukan mereka di seluruh negara Malaysia.

Selain itu, Syarikat Nestle juga membuat promosi jualan yang berupa
peraduan. Secara umumnya, promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti yang
boleh meningkatkan jualan pemasar dalam jangka pendek. Peraduan pula
merupakan suatu pertandingan yang terbuka kepada pengguna dengan mematuhi
beberapa syarat. Menurut borang penyertaan yang terkini bertarikh 25 Ogos – 30
September yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestle, pengkaji mendapati bahawa
Syarikat Nestle melakukan peraduan ‘lagi SIHAT, lagi HAPPY bersama
NESTLE’. Syarikat Nestle memberi peluang untuk 550 pemenang memenangi
baucer sehingga RM 1,000,000.00. Syarat yang dikemukakan oleh Syarikat
Nestle ialah perlu lengkapkan borang penyertaan peraduan Nestle, sertakan 1
resit rasmi sebagai bukti pembelian dalam 1 sampul surat, lekatkan setem yang
mencukupi dan hantarkan ke Syarikat Nestle. Tujuan Syarikat Nestle melalukan
promosi ini ialah untuk menyediakan produk yang pelbagai dan mewujudkan
pembelian ulangan oleh pengguna setia. Seterusnya, melalui promosi ini Nestle
dapat mendorong pengguna mencuba produk baru mereka dan dapat
mewujudkan jualan tanpa dirancang serta melahirkan kesedaran jenama produk
Nestle dalam pasaran.

5.3 PENGEDARAN

Pengedaran melibatkan proses pengeluaran sesuatu produk sehingga


produk tersebut diedarkan dan digunakan oleh pengguna. Oleh itu, pengedaran
ialah proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada
masa dan tempat yang dikehendaki. Lazimnya, pengedaran dikaitkan dengan
saluran agihan dan setiap organisasi yang terlibat dalam proses pengedaran perlu
bekerjasama untuk memastikan produk tersebut selamat sampai kepada
pengguna.
Menurut laman sesawang https://pengajianperniagaan.wordpress.com
/bab-1/bab-3campuran-pemasaran/pengedaran/ saluran agihan bermaksud pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang
ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara
ringkasnya, dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan produk
yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam
kuantiti yang diharapkan. Wujudnya saluran agihan ini akan menggerakkan
produk dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Orang tengah
atau perantara pemasaran inilah yang banyak membantu dalam mengerakkan
produk tersebut. Orang tengah terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen,
broker, wakil pengilang dan sebagainya. Oleh itu orang tengah penting kerana ia
dapat membantu syarikat dalam menjimatkan wang, masa dan tenaga.

Manakala, menurut laman sesawang http://www.scribd.com/doc/


Marketing-Mix#scribd Hundekar menyatakan bahawa saluran agihan merupakan
laluan di mana barangan atau perkhidmatan yangdikeluarkan berpindah dari
pengeluar kepada pengguna. Saluran ini juga menggerakan produk kepada
pelanggan dengan mengatasi jurang masa, tempat serta pemilikan yang
memisahkan produk dari penggunanya. Seterunya, Shanthi Subramaniam &
Mah Boon Kiet menyatakan bahawa ahli-ahli saluran agihan seperti ejen atau
broker, peruncit dan pemborong. Mereka mempunyai peranan yang penting dan
utama iaitu sebagai pengumpul dan penyebaran maklumat, perundingan,
menjalinkan hubungan, memenuhi kehendak pengguna, bantuankewangan,
mengadakan promosi dan mengambil risiko.

Menurut laman sesawang http://www.scribd.com/doc//Marketing-


Mix#scribd Abu Bakar Abdul Hamid menyatakan bahawa saluran agihan
berdimensi menegak. Saluran ini meliputi saluran langsung dan saluran tidak
langsung. Saluran agihan secara langsung adalah di mana pengeluar menjual
barang terus kepada pelanggan. Manakala saluran agihan secara tidak langsung
pula merujuk kepada pengeluar bergantung kepada orang lain untuk menjual
produk kepada pengguna.

Pengedar Orang Tengah Pengguna


Rajah 1: Saluran tidak terus atau tidak langsung yang digunakan oleh Syarikat
Nestle.

Oleh yang demikian, menurut kajian yang telah dilakukan pengkaji


mendapati bahawa Syarikat Nestle menggunakan saluran agihan menegak secara
tidak langsung seperti dalam rajah 1 dalam memasarkan produk keluaran
syarikat ini. Hal ini kerana, menerusi http://www.nestle.com.my/careers iaitu
laman sesawang rasmi Syarikat Nestle, syarikat ini sering mengadakan hebahan
bagi mencari ejen atau pengedar bagi memasarkan produk keluaran syarikat.
Melalui hebahan ini, ramai yang telah berminat untuk menjadi ejen atau
pengedar Syarikat Nestle kerana modal permulaannya yang sangat rendah dan
ejen yang berdaftar juga mampu mendapat pulangan yang lumayan. Dengan ini,
ejen dapat memudahkan urusan pembelian dan penjualan antara Syarikat Nestle
dengan pembeli serta mendapatkan komisen daripada urusan tersebut.

Sementara itu, menurut laman sesawang https://www.academia.edu


Perniagaan_Nestle Malaysia_Berhad Pengurus pengkaji mendapati bahawa, Kod
Pembekal Nestle mengkhusus dan menyokong pelaksanaan piawaian minimum
yang tidak boleh dirunding untuk pembekal, kakitangan mereka, ejen dan
kontraktor kecil. Melangkaui pematuhan undang-undang, Kod Pembekal
menyediakan orientasi dan sokongan yang merangkumi enam bidang utama iaitu
integriti perniagaan, keselamatan dan kesihatan, kemampanan, piawaian buruh,
alam sekitar dan menyediakan bekalan peladang. Bagi memastikan pematuhan
sepenuhnya terhadap kod tersebut, Nestle telah menyediakan piawaian sumber
bertanggungjawab, yang memerlukan peniaga dan pembekal untuk melakukan
perkara-perkara berikut ialah mendaftar di SEDEX untuk menyediakan
platform terjamin bagi berkongsi maklumat mengenai prestasi sosial dan alam
sekitar pembekal, serta mengelakkan penilaian berganda, penilaian diri, audit
pihak ketiga, menutup Jurang dan Pematuhan Sepenuhnya. Pada tahun 2010,
Sumber Bertanggungjawab telah diaplikasikan kepada 60 pembekal bahan
langsung.
Pusat Pengedaran Nasional Nestlé yang terletak di Kawasan
Perindustrian Bukit Raja di Kelang, Selangor telah dibuka dengan rasminya oleh
Menteri Besar Selangor pada 4 September, 1999. Pusat pengedaran yang moden
dan canggih ini adalah yang terbesar di Malaysia dengan ruang dalaman seluas
470,000 kaki persegi dan mampu memusatkan seluruh rangkaian gudang dan
sistem pengedaran Nestlé. Ini juga dapat menampung permintaan domestik dan
pasaran eksport bagi lebih 40 buah negara di serata dunia.

Syarikat Nestle mempunyai orang tengah atau ejen bagi menyampaikan


produk keluaran mereka kepada para pengguna. Hadirnya orang tengah yang
membantu di dalam kerja-kerja pengagihan ini banyak membantu Syarikat
Nestle dalam menyelesaikan banyak masalah. Saluran agihan ini juga dapat
melengkapkan urusniaga di antara Nestle dengan pengguna. Ahli-ahli saluran
agihan atau orang tengah ini memainkan peranan yang sangat penting. Antara
peranan yang dimainkan oleh orang tengah atau ejen ialah mengumpul dan
mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran serta perisikan pemasaran
berkenaan faktor-faktor dan tekanan-tekanan dalam persekitaran pemasaran
produk Nestle yang diperlukan untuk tujuan pertukaran, perancangan dan
bantuan. Ahli-ahli di dalam saluran agihan ini juga dikatakan dapat mencari dan
berkomunikasi dengan pembeli produk Nestle yang berpotensi. Mereka juga
boleh membentuk dan menyebarkan komunikasi persuasif berhubung dengan
sesuatu tawaran. Seterunsnya, orang tengah dapat membentuk dan
menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuklah aktiviti-
aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan pembungkusan.

Saluran agihan secara tidak langsung Nestle juga menggunakan peruncit.


Nestle juga mengedarkan produknya dengan menggunakan orang tengah iaitu
peruncit. Peruncit terbahagi kepada dua iaitu peruncit berkedai dan peruncit
tidak berkedai. Syarikat Nestle telah menggunakan perruncit berkedai. Peruncit
berkedai yang digunakanoleh Syarikat Nestle untuk memasarkan produknya
adalah seperti pasar raya, kedai mudah beli,dan juga pasar raya hiper.

Justeru itu, menurut laman sesawang http://www.pengertian


peruncit.com/ pasarraya.html pasar raya adalah tempat bertemunya pembeli dan
penjual untuk melakukan transaksi jual beli barang atau jasa. Pasar raya
merupakan kedai runcit berjabatan bersaiz besar yang menawarkan pelbagai
jenis produk pengguna. Jenis produk yang dijual di pasar raya adalah seperti
makanan, minuman, peralatan memasak, dan alat permainan kanak-kanak.
Syarikat Nestle juga memasarkan produk keluarannya di pasar raya. Syarikat
nestle membekalkan bekas makanan sebagai hadiah untuk pembeli produk
Nestle dalam kuantiti yang banyak. Dengan ini, Syarikat Nestle dapat menarik
minat para pengunjung pasar raya untuk membeli banyak produk Nestle.
Syarikat Nestle memilih pasar raya untuk memasarkan produk keluarannya
kerana pasar raya adalah tempat yang dikunjungi oleh orang ramai. Dengan ini,
para pengguna boleh mendapatkan keluaran Nestle dengan mudah terutama bagi
kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa semasa ke pasar raya. Dengan
pengedaran sangat meluas ini, maka produk Nestle mudah untuk didapati di
mana-mana.

Selain daripada pasar raya, Syarikat Nestle juga mengedarkan


keluarannya di kedai mudah beli. Menurut laman sesawang
https://www.scribd .com/doc/Peruncitan kedai mudah beli ialah kedai runcit
bersaiz kecil yang menjual produk keperluan harian pengguna dan mudah beli
dengan lini produk yang terhad. Kedai jenis ini lazimnya beroperasi selama 24
jam dan terletak berhampiran tempat kediaman dan kawasan perumahan. Kedai
mudah beli juga merupakan sasaran Syarikat Nestle untuk memasarkan produk
keluarannya kepada para pengguna kerana para pengguna mudah mendapati
produk Nestle yang ingin dibeli pada bila-bila masa. Contoh kedai mudah beli
yang menjual produk Nestle ialah 7-Eleven dan kedai runcit di stesen minyak
seperti Tiger Mart, Mesra, dan Destina. Syarikat Nestle membekalkan ‘freezer’
dan peti ais beku untuk menyimpan produk air minuman dan ais krim keluaran
Nestle secara percuma. Dengan ini, Syarikat Nestle dapat memudahkan peruncit
menyimpan produk Nestle dan tidak perlu beli ‘freezer’ dan peti ais beku.

Seterusnya, Syarikat Nestle juga menggunakan pasar raya hiper untuk


memasarkan produk Nestle. Menurut laman sesawang
https://www.scribd.com/doc /Peruncitan, pasar raya hiper merupakan lebih besar
daripada superstore dan menawarkan lebih banyak produk yang beraneka
pilihan. Produk yang ditawarkan merupakan kombinasi item produk yang dijual
di kedai diskaun dan pasar raya. Melalui pasar raya hiper, Syarikat Nestle dapat
memasarkan lebih banyak produk bagi memenuhi cita rasa pengguna. Dengan
ini, para pembeli boleh mendapati semua produk Nestle di satu tempat. Contoh
pasar raya hiper yang menjual produk keluaran Nestle ialah Tesco, Giant,
Kipmart dan Mydin.

Justeru itu, selain daripada saluran pengagihan menegak, Syarikat Nestle


juga turut menggunakan saluran pengagihan mendatar. Saluran agihan mendatar
terbahagi kepada tiga iaitu intensif, selektif, dan ekslusif. Secara umumnya,
intensif ialah suatu saluran yang merujuk kepada kegiatan pengagihan yang
meluas. Syarikat Nestle mengedarkan makanan dan minuman keluaran mereka
secara meluas di seluruh negara Malaysia. Syarikat Nestle memudahkan
pengguna untuk mendapatkan barangan keluaran mereka di mana-mana pusat
penjualan ataupun kedai-kedai runcit seperti Tesco, Kipmart, Fresco, Giant,
Mydin dan sebagainya. Salah satu strategi yang lazim digunakan oleh pusat
penjualan dan kedai-kedai runcit ialah menyimpan stok produk Nestle yang
banyak bagi memenuhi permintaan pasaran atau pengguna. Dengan ini,
pengguna tidak perlu bersusah payah mencari barangan keluaran Nestle dan
mereka juga berasa sangat berpuas hati kerana produk Nestle dapat dibeli di
mana-mana pusat penjualan atau kedai-kedai runcit yang berdekatan.
6.0 RUMUSAN

Syarikat Nestle merupakan sebuah syarikat yang dikaji oleh pengkaji.


Berdasarkan dapatan yang diperolehi, Syarikat Nestle telah mengamalkan campuran
pemasaran yang meliputi beberapa elemen berikut iaitu produk, promosi serta
pengedaran dalam membantu penjualan produk syarikat berkenaan. Berdasarkan hasil
kajian ini, strategi yang diamalkan oleh Syarikat Nestle membantu syarikat tersebut
untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka dan juga untuk perniagaan berjalan
dengan lancar tanpa sebarang halangan. Sebuah syarikat harus mengamalkan strategi
yang berkesan supaya industri mereka terus berkembang ke arah kejayaan.

Bagi elemen produk, Syarikat Nestle mengambil kira campuran pemasaran


produk berdasarkan aspek kedalaman, kelebaran, pembungkusan, dan pelabelan produk.
Kelebaran produk Nestle terdiri daripada kopi dan minuman, minuman dan makanan
kanak-kanak/bayi, bijirin sarapan, ais krim, coklat dan konfeksi serta pemakanan
penjagaan kesihatan. Manakala, kedalaman produk Nestle pula merujuk pada bilangan
item produk yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap kelebaran
produk tersebut.

Seterusnya, antara promosi yang dijalankan oleh Syarikat Nestle ialah


pengiklanan melalui media cetak dan media elektronik. Manakala, promosi jualan yang
dibuat oleh Syarikat Nestle adalah melalui promosi peraduan untuk menarik minat para
pembeli. Syarikat Nestle juga menggunakan publisiti untuk berkomunikasi dengan
pengguna melalui berita. Selain itu, Syarikat Nestle turut menggunakan perhubungan
awam untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat dengan menaja
beberapa program seperti menganjurkan program “NESTLE WALKING DAY” di
taman Metropolitan Relau, Pulau Pinang pada tarikh 13 Mac 2011 (ahad)
Justeru itu, pengkaji mendapati bahawa saluran pengedaran amat menitik
beratkan oleh Syarikat Nestle bagi memastikan pemasaran produk keluaran Nestle
berkembang ke seluruh pasaran. Dengan ini, pengkaji mendapati bahawa Syarikat
Nestle telah mewujudkan saluran agihan secara menegak iaitu dengan menggunakan
orang tengah untuk memasarkan produk keluaran Nestle. Orang tengah yang terlibat
dalam pemasaran produk Nestle adalah ejen dan peruncit. Di samping itu, Syarikat
Nestle juga turut menggunakan saluran agihan secara mendatar iaitu pengagihan yang
dibuat oleh Nestle adalah secara intensif. Ini kerana, pengkaji mendapati agihan
Syarikat Nestle adalah sangat meluas.

Kesimpulannya, Syarikat Nestle merupakan sebuah syarikat yang terkenal dan


antara pesaing utama bagi syarikat keluaran makanan dan minuman. Hal ini kerana,
Syarikat Nestle sentiasa menekankan tiga elemen campuran pemasaran iaitu produk,
promosi, dan pengedaran dalam organisasinya. Bagi memastikan Syarikat Nestle lebih
terus kompetetif dan berdaya saing, pengkaji ingin mencadangkan agar Syarikat Nestle
mengadakan aktiviti roadshow dengan lebih kerap bagi mempromosikan produk Nestle
dengan lebih berkesan. Aktiviti seperti roadshow ini bukan sahaja dapat merapatkan
hubungan dengan masyarakat, malah dapat memberi informasi mengenai produk
keluaran Syarikat Nestle kepada umum serta dapat meningkatkan lagi jualan produk
Nestle. Roadshow ini perlu diadakan di kedai-kedai runcit dan pasar raya hiper kerana
pembeli sentiasa mengunjungi kedai-kedai runcit dan pasar raya hiper untuk membeli
barang-barang keperluan rumah. Dengan ini, Syarikat Nestle juga dapat menarik minat
para pembeli.
RUJUKAN

1. Buku
Abu Bakar Abdul, Md Mohar Muhammad, etc. 2003. Mc Graw Hill, Prinsip
Pemasaran
Armstrong G dan Kotler, P (2000), Marketing: An Introduction
Jaafar Muhammad, 1993, FAJAR BAKTI, Asas Pengurusan Perniagaan
Sabri Hj Hussin 2006, THOMSON, Pengurusan Perniagaan
Siti Rahayu Hussin, Zakiah Abdul Malek, Rosli, etc. 2006, Mc Graw Hill, Asas
Pemasaran

2. Laman sesawang/ internet


https://www.academia.edu/13047302/Abstrak_docx_Pengajian_Perniagaan
https://www.academia.eduPengurus_Perniagaan_NestlePengarah_Eksekutif
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/NestletambahpelaburandiMalaysia
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011Varia&.htm
https://www.rumahnutrisinestle.co.id/produk/kategori-produk/bubur-mpasi?
pager=1
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utusan_Malaysia&sec=Korporat&.htm
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nestle-malaysia-maggi-selamat.com
https://www.nestle.com.my//documents/pdf/nestle_annual_report_2012_bm.pdf
https://www.nestleapps.com.my/heart_age/home/nestle_omega_plus
https://www.scamwarners.com/forum/viewtopic.php?f=12&t=101706
http://www.nestle.com/nestle_corporate_business_principles__malaysia.pdf
http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/448/jbptunikompp-gdl-didinbasirpdf
http://dilihatya.com/pengertian-promosi-menurut-para-ahli
http://www.bharian.com.my/node/451
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat//Nestle-kekalkan-harga-kompetitif
http://www.scribd.com/doc/kritikan-iklan#scribd
https://www.academia.edu/SEJARAH_NESTLE
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/nestle-pindah-penjimatan-gst-kepada-
peruncit
https://www.academia.edu/BAB_II
http://www.nestle.com.my/pdf/2015-contest-nescafe-go-jer-redemption-form.
pdf
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/komitmen-nestle-malaysia-diiktiraf-
1.216044
http://www.slideshare.net/ZaraLumina/strategi-pemasaran-11807974
http://www.slideshare.net/search/slideshow?
searchfrom=header&q=nestle+promosi
http://www.mbpp.gov.my/web/guest/305
http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/nestle_crs2014-bm.pdf
http://tv.selangorku.com/selangor-bekerjasama-nestle-tingkat-pengeluaran-
pertanian/
http://www.scribd.com/doc/166614226/Marketing-Mix#scribd
http://runcit.com.my/backup/pdf/rmm22bmc.pdf
https://www.facebook.com/majalahpama/posts/109138045799578
http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/newsrelease-lnlh-bm.pdf
http://www.nestle.com.my/asset-library pdf/nestle2014_corporate- bm.pdf
http://www.nestle.com.my
LAMPIRAN

Rajah 2: logo Syarikat Nestle

Rajah 3: Produk keluaran Nestle


Rajah 4: Kedalaman coklat produk Nestle

Rajah 5: kedalaman produk kopi dan minuman Syarikat Nestle


Rajah 6: Mempromosikan produk Nestle kepada pembeli

Rajah 7: Mempromosikan produk milo keluaran Nestle kepada pembeli

Rajah 8: ‘MILO KIDS FESTIVAL’ yang dianjurkan oleh Syarikat Nestle


Rajah 9: Brosur produk Nestle

Rajah 10: peraduan yang dianjurkan oleh Nestle


Rajah 11: Berita harian tentang Nestle

Rajah 12: Nestle mempromosikan produk keluaran mereka melalui media sosial

You might also like