You are on page 1of 27

[Document title]

1.0 PENGENALAN

Peranan pemasaran dalam meningkatkan daya saingan dan keterusan hayat


sesebuah organisasi dalam pasaran semakin disedari oleh kebanyakan organisasi.
Organisasi yang berjaya dalam dunia perniagaan pada hari ini banyak bergantung
kepada pengurusan pemasaran. Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (2014),
menyatakan bahawa pemasaran dikatakan merangkumi semua aktiviti yang bertujuan
untuk memaksimumkan kepuasan pengguna di samping mencapai objektif pemasaran
organisasi. Pemasaran meliputi lima aspek iaitu, pendekatan pemasaran, penyelidikan
pemasaran, gelagat pengguna, segmentasi dan campuran pemasaran. (Principles of
Marketing 2014)

Pengkaji telah memilih Syarikat Padini Holdings Berhad bagi melaksanakan kajian
campuran pemasaran. Syarikat Padini Holdings Berhad merupakan syarikat dari
Malaysia yang berasaskan pelaburan syarikat induk. Syarikat ini merupakan sebuah
perniagaan yang berasaskan barangan pakaian bagi lelaki dan wanita, bag dan aksesori,
produk sampingan, dan kasut melalui pelbagai anak syarikat. Syarikat ini mula
beroperasi sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun 1971 di mana ia
bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Jenama ini memasuki industri
peruncitan pada tahun 1975 dengan jenama utama, Padini. Jenama yang paling terkenal
dari Syarikat Padini Holdings Berhad ialah PADINI dan VINCCI. Barangan ini mula
dieksport ke luar negara terutamanya di serantau Asia. Kini, Padini Holdings Berhad
menjadi industri tekstil dan pakaian yang terkemuka di Malaysia dan terdapat sebanyak
330 cawangan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga menceburi industri
makanan dan minuman dengan penubuhan Seed Café pada tahun 2000.
(https://en.wikipedia.org/wiki/Padini n.d.)

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui campuran pemasaran yang


diamalkan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad dalam aktiviti perniagaan mereka.
Campuran pemasaran amat penting dalam sesebuah entiti perniagaan. Campuran
pemasaran merupakan konsep yang harus diterapkan oleh usahawan dalam
mengalikasikan strategi campuran pemsaran untuk menarik perhatian pelanggan,
meningkatkan jualan dan memajukan sesebuah perniagaan. Menurut Kotler dan
Armstrong (1997), campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah yang
digabungkan untuk menghasilkan tanggapan yang diharapkan dari pasaran. Apabila
sesebuah organisasi telah mengenal pasti pasaran sasaran dan menentukan segmentasi,
peringkat yang selanjutnya ialah membentuk campuran pemasaran. Pengetahuan
strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. (Marketing: An Introduction 1997)

1
[Document title]

Campuran pemasaran merujuk kepada gabungan instrument atau strategik


pemasaran yang dikenali sebagai 4P iaitu produk, penetapan harga, pengedaran atau
pengagihan, dan promosi. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan
melibatkan strategik yang dilakukan oleh organisasi dalam menggabungkan 4P dalam
satu rancangan aktiviti pemasaran untuk meningkatkan permintaan produk yang
dipasarkan. Dengan menggunakan elemen campuran pemasaran, firma boleh
mempengaruhi permintaan pengguna terhadap produknya. Permintaan pelanggan
terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan boleh berubah mengikut 4P iaitu produk,
harga, pengagihan dan promosi.

Mengikut Kamus Dewan (2010), Edisi Keempat, produk merupakan sesuatu


barang, perkhidmatan dan sebagainya yang dikeluarkan oleh kilang atau ditawarkan
oleh institusi dan sebagainya. Produk juga merupakan apa sahaja barang atau
perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk menarik perhatian,
pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan.

Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010) menyatakan bahawa saluran pengedaran


adalah saluran yang digunakan oleh penjual atau peniaga untuk menyalurkan produk
tersebut dari penjual sampai ke pengguna atau industry pemakai. Pengedaran atau
pengagihan merujuk pada aktiviti menentukan lokasi pengagihan dan waktu
pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan
penyelarasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan,
cara penyimpanan stok, dan pengawalan inventori.

Menurut Monroe (2005) menyatakan bahawa harga merupakan perbelanjaan


ekonomi yang dilakukan pelanggan untuk memperoleh produk atau perkhidmatan.
Selain itu, harga salah satu factor penting dalam mengambil keputusan untuk
melakukan transaksi atau tidak Harga dikatakan mahal, murah atau biasa-biasa saja
dari setiap individu tidaklah harus sama, kerana tergantung dari perspeksi individu
yang dilator belakangi oelh lingkungan kehidupan dan tahap individu (Schifman dan
Kanuk, 2001). Harga juga merupakan salah satu elemen yang paling fleksibel dalam
campuran pemasaran kerana harga mudah diubah mengikut kesesuaian pasaran.

Mengikut Kamus Dewan (2010), Edisi Keempat, promosi merupakan segala usaha
dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkat jualan barang atau
perkhidmatan. Campuran promosi yang dilakukan oleh sesebuah syarikat dengan
penggunaan perantaraan seperti jualan persendirian, promosi jualan, pengiklanan,
perhubungan awam dan pemasaran secara langsung.

2
[Document title]

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan campuran
pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad:

2.1 Menganalisis ciri-ciri produk, klasifikasi produk, lini produk dan atribut produk
yang dipasarkan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad.

2.2 Menganalisis reka bentuk saluran pengedaran yang digunakan oleh Syarikat
Padini Holdings Berhad.

2.3 Meneliti strategi penyelarasan harga dan faktor yang mempengaruhi penetapan
harga diamalkan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad berdasarkan perubahan
situasi dan jenis pengguna.

2.4 Menetukan campuran promosi yang merangkumi pengiklanan, promosi jualan


dan perhubungan awam yang digunakankan oleh Syarikat Padini Holdings
Berhad untuk memasarkan produk yang dikeluarkan.

3
[Document title]

3.0 LATAR BELAKANG

Padini Holdings Berhad merupakan syarikat dari Malaysia yang berasaskan


pelaburan syarikat induk. Syarikat ini menjual kedua-dua barangan untuk wanita dan
lelaki seperti pakaian, kasut, bag dan aksesori, produk sampingan, pakaian kanak-
kanak dan pakaian mengandung melalui pelbagai anak syarikat. Barangan-barangan ini
dieksport ke negara-negara luar terutamanya Asia dan dijual di kedai runcit utama dan
concept stores. Padini Concept Store adalah satu konsep yang menempatkan semua
jenama Padini Holdings Berhad di bawah satu bumbung atau one-stop-shopping.
Padini Holdings Berhad memberi tumpuan kepada peruncitan cepat, di mana produk
baru datang dalam beberapa minggu.

Padini Holdings Berhad diasaskan oleh Yong Pang Chaun yang berusia 64 tahun.
Beliau merupakan pengarah syarikat ini sehingga kini. Beliau mempunyai pengalaman
dalam bidang tekstil selama 26 tahun. Beliau merupakan individu yang
bertanggungjawab mengatur strategi perniagaan untuk masa depan Syarikat Padini
Holdings Berhad. Beliau pernah menyertai saudagar Singapura dalam bidang tekstil
sehingga ia menjadi seorang pengarah di Syarikat Padini Holdings Berhad.

Padini Holdings Berhad mempunyai visi dimana syarikat ini ingin menjadi sebuah
syarikat fesyen yang paling terbaik di Malaysia. Syarikat ini juga berhasrat hendak
menjadi ketua dalam dunia fesyen dan industri runcit dengan reka bentuk, pembuatan,
kualiti, khidmat pelanggan, penjenamaan dan inovasi yang mempunyai standard tinggi.
Syarikat ini ingin mengeluarkan fesyen yang memberi kesesuaian kepada pengguna
dengan kedudukan seseorang itu.

4
[Document title]

Padini mula beroperasi sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun
1971 di mana ia bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Jenama ini
memasuki industri peruncitan pada tahun 1975 dengan jenama utama, PADINI.
VINCCI telah ditubuhkan untuk pasaran pengguna wanita yang menawarkan barangan
seperti kasut, beg, tali pinggang dan aksesori lain pada tahun 1986. Banyak jenama
termasuk MIKI, Seed, ROPÉ, P&Co, PDI dan label Padini Authentics telah
dilancarkan pada dekad yang seterusnya.

Pada tahun 1991, Home Stores Sdn. Bhd. telah dilancarkan untuk memegang semua
syarikat yang terlibat dalam perniagaan runcit, borong dan pembuatan. Ia kemudiannya
dinamakan semula kepada nama kini, Padini Holdings iaitu pada setahun kemudian.
Pada tahun 1995, status Padini Holdings Sdn. Bhd. telah bertukar kepada sebuah
syarikat awam terhad oleh saham dan menerima pakai nama Padini Holdings Berhad
yang kemudiannya disenaraikan di Second Board, Bursa Saham Kuala Lumpur pada
tahun 1998. Pada tahun 1999, PDI telah menyertai kumpulan keluarga di bawah label
ini. Syarikat yang merangkumi pelbagai jenama ini telah membuka Padini Shop di City
Square, Johor Bahru yang keluasan 11,000 kaki persegi menawarkan barangan
daripada Seed, Padini, PDI, Vincci, P&Co dan Rope. Kini, terdapat 22 concept stores
di seluruh negara.

Pada tahun 2000, Padini Holdings Berhad telah menceburi industri makanan dan
minuman dengan penubuhan Seed Café dan Vincci store memulakan operasinya di
Brunei. Pada tahun yang sama, Padini Dot Com Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk
menyediakan perkhidmatan perniagaan elektronik dan penyelesaian bagi kumpulan ini.
Pada tahun 2001, Padini Holdings Berhad memasuki pasaran Thailand. Pada tahun
2003, syarikat ini bertumbuh dengan pasaran serantau dengan mengembangkan ke
Filipina dan Arab Saudi.

Pada tahun 2005, Padini Holdings Berhad telah dipindahkan ke Main Board KLCI
Bursa Malaysia dan memasuki pasaran Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Kemboja
pada tahun yang sama. Pada tahun 2009, Padini Holdings Berhad telah memenangi
anugerah Malaysia’s Most Valuable Brands dan Putra Brand Awards dan memasuki
pasaran Syria pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, syarikat ini telah memasuki
pasaran Qatar dan Pakistan. Pada tahun 2011, Padini Holdings Berhad
mengembangkan pengaruhnya ke luar negara dan menambahkan kedai di Timur
Tengah, Asia Tenggara dan Afrika Utara untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama
ini di rantau ini.

Hari ini Syarikat Padini Holdings Berhad telah mencapai visinya dimana syarikat
ini berjaya menjadi pemimpin dalam tekstil dan industri pakaian di Malaysia. Syarikat

5
[Document title]

ini terdapat sembilan jenama yang boleh didapati di 330 buah kedai yang terdiri
daripada kedai bebas, kedai francais dan kaunter konsainan di Malaysia dan seluruh
dunia.

Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menerangkan emapat campuran pemasaran


yang dijalankan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad iaitu produk, pengedaran, harga,
dan promosi dalam kajian ini.

Produk merupakan elemen penting dan apa jua yang boleh ditawarkan kepada
pasaran dalam bentuk barangan dan perkhidmatan. Syarikat Padini Holdings Berhad
menghasilkan produk fizikal iaitu pakaian, aksesori dan kasut. Kesemua produk yang
dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai jenama tersendiri antaranya Padini, Padini
Authentics, VINCCI Accessories, Seed, Miki, PDI, P&Co, dan sebagainya. Jenama
yang yang paling terkenal adalah Padini dan VINCCI.

Pengedaran merupakan elemen pemasaran untuk memastikan produk sampai


kepada pembeli. Pembuatan keputusan dalam membuat pengedaran adalah melibatkan
aspek penilaian, penyelarasan dan pemilihan saluran agihan termasuk kaedah
penghantaran yang diaplikasikan, pengangkutan, penyimpanan inventori serta
pengawalan inventori. Syarikat Padini Holdings Berhad menjalankan aktiviti
pengedaran dengan memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia dan antarabangsa
melalui saluran agihan menegak dan saluran agihan mendatar.

Harga merupakan nilai yang perlu dibayar oleh pembeli kepada peniaga sebagai
pulangan kepada barangan yang dibeli. Dalam menetapkan harga pula ianya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti objektif pemasaran, strategi campuran
pemasaran, pasaran dan permintaan, kos pengeluaran dan banyak lagi. Syarikat Padini
Holdings Berhad menggunakan tiga kaedah penyelarasan harga iaitu penentuan harga
psikologi, penentuan harga promosi dan penentuan harga geografi.

Promosi didefinisikan sebagai bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan oleh


peniaga untuk memberitahu dan menarik perhatian pengguna untuk memberitahu dan
menarik perhatian pengguna. Syarikat Padini Holdings Berhad menjalankan promosi
melalui kaedah seperti pengiklanan dan promosi jualan. Padini Holdings Berhad
menjalankan pengiklanan dengan menggunakan media internet. Antaranya laman
social dan laman sesawang sendiri untuk memudahkan pengguna memperoleh
maklumat mengenai produk-produk yang dijualnya. Tambahan pula, syarikat ini sering
melakukan promosi jualan seperti premium, potongan harga, dan tawaran istimewa
untuk menarik minat pengguna.

6
[Document title]

4.0 KEADAH KAJIAN

Menurut Webster New World Dictionary, data ditakrifkan ‘things known’ atau
‘assumed’, yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau dianggap. Diketuai
ertinya yang sudah terjadi merupakan fakta iaitu bukti. Data yang dikumpul dapat
memberikan gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan. Data yang lengkap dan
baik adalah data yang boleh dipercayai kebenarannya (reliable) dan tepat waktu. Data
ini boleh dikumpul secara dua jenis iaitu, data primer dan data sekunder.

4.1 Metod

4.1.1 Data Sekunder

Pengkaji akan menggunakan data sekunder untuk mendapatkan


maklumat untuk menyelesaikan kajian yang akan dijalankan. Data sekunder
ialah maklumat yang dikumpul dan diperoleh dengan merujuk maklumat
tambahan seperti buku, majalah, artikel, jurnal dan bahan ilmiah serta
internet yang menjadi sumber utama untuk mengumpul dan mendapatkan
data. Dengan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa sumber penting
untuk mendapatkan maklumat mengenai Syarikat Padini Holdings Berhad.
Maklumat yang diperoleh oleh pengkaji daripada sumber penting seperti
internet dan bahan-bahan yang bertulis.

4.1.1.1 Buku

Pengkaji telah menggunakan buku rujukan Pengajian Perniagaan


Penggal 1 STPM karya Shanti Subramaniam dan Mah Boon Kiet.
Maklumat yang diperoleh melalui buku ini adalah definisi campuran
pemasaran, produk, klasifikasi produk, lini produk, atribut produk, reka
bentuk saluran pengagihan, penyelarasan harga produk, campuran promosi
dan lain-lain. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk mengkaji
campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat Padini Holdings
Berhad.

4.1.1.2 Majalah
Pengkaji turut merujuk majalah yang dikeluarkan Syarikat Padini
Holdings Berhad iaitu “PADINI” untuk mengkaji tentang penetapan harga
produk yang digunakan oleh syarikat tersebut. Tambahan pula, pengkaji
juga memperoleh maklumat tentang kedalaman dan kelebaran produk
syarikat ini.

7
[Document title]

4.1.1.3 Laman sesawang

Pengkaji juga melayari laman web rasmi Padini Holdings Berhad


iaitu http://www.padini.com/ bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan syarikat ini. Antara maklumat yang diperoleh dari laman web
tersebut adalah latar belakang, sejarah penubuhan, visi dan misi, jenis
produk yang dihasilkan, jenis jenama yang dihasilkan, jenis promosi, lokasi
syarikat di peringkat domestik dan antarabangsa serta segmentasi pasaran
yang digunakan oleh Padini Holdings Berhad.

Selain itu, pengkaji turut menggunakan laman web Sinar Harian


online bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang Syarikat
Padini Holdings Berhad di peringkat domestik dan antarabangsa. Dalam
laman web tersebut menyatakan bahawa Padini Holdings Berhad telah
berjaya mencapai misinya dimana ia telah menjadi pemimpin dalam
industri fesyen di Malaysia. Selain itu, Sinar Harian online juga menyatakan
tentang latar belakang pengasas syarikat ini dan pengalaman beliau dalam
industri tekstil.

4.1.1.4 Laporan tahunan

Pengkaji telah merujuk laporan tahunan Syarikat Padini Holdings


Berhad untuk mengetahui perkembangan yang telah dialami oleh syarikat
tersebut.

8
[Document title]

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Campuran pemasaran

Kajian ini akan membincangkan campuran pemasaran yang digunakan oleh


syarikat Padini Holdings Berhad. Campuran pemasaran yang merujuk kepada strategi
pemasaran yang dikenali 4P iaitu produk, pengedaran atau pengagihan, penetapan
harga, dan promosi. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan merupakan
strategi yang dilakukan oleh pemasar untuk meningkatkan permintaan produk yang
dipasarkan.

5.1 Produk

Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai ciri-
ciri tertentu yang dapat menarik perhatian pengguna. Produk mungkin berbentuk objek
fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea atau kombinasi unsur-unsur
tersebut. Produk juga merujuk kepada keluaran yang dibeli oleh pengguna daripada
pemasar.

Berdasarkan kajian yang dibuat, pengkaji telah mendapati bahawa Syarikat Padini
Holdings Berhad menawarkan pelbagai produk untuk wanita dan lelaki iaitu pakaian,
kasut, produk sampingan, pakaian kanak-kanak, pakaian mengandung dan aksesori
melalui pelbagai anak syarikat. Kesemua produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini
mempunyai jenama tersendiri antaranya Padini, Padini Authentics, Vincci Accessories,
Seed, MIKI, PDI, P&Co, dan sebagainya.

5.1.1 Jenis Produk

Produk pula terbahagi kepada dua iaitu produk fizikal dan produk perkhidmatan.
Menurut Sabri Hj Hussin (2010), produk fizikal merupakan produk yang ditawarkan
semasa jualan dalam bentuk yang boleh disentuh, dilihat dan mempunyai ciri fizikal
tertentu serta menggambarkan pemilikan sesuatu. Produk perkhidmatan pula adalah
salah satu bentuk produk yang mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang
ditawarkan semasa atau selepas jualan serta tidak boleh disentuh atau dipegang.

Pengkaji mendapati Padini Holdings Berhad merupakan syarikat yang


mengeluarkan produk fizikal dimana syarikat ini mengeluarkan produk yang boleh
disentuh seperti pakainan dan kasut yang boleh dilihat dan dipakai oleh pengguna.
Produk ini juga boleh dibungkus dan disimpan dengan baik. Tambahan pula, produk
yang dihasilkan oleh syarikat ini boleh dikira mengikut kuantiti dan tidak sukar untuk
menetapkan harga.

9
[Document title]

5.1.2 Ciri-ciri produk

Mengikut Phlips Kotler, ciri-ciri produk boleh diterangkan berdasarkan tiga tahap
produk, iaitu produk teras, produk sebenar, dan produk tambahan.

i) Produk teras atau asas

Produk teras ialah faedah utama atau kepuasan yang diperoleh oleh
pengguna daripada pembelian dan penggunaan sesuatu produk atau tujuan
utama pembelian dibuat. Pengguna akan mengambil kira faedah utama sebelum
membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk. Produk teras bagi Syarikat
Padini Holdings Berhad adalah pakaian yang memberi kesesuaian kepada
pengguna dengan kedudukan seseorang itu. Tujuan seseorang pengguna
memilih untuk membeli produk dari syarikat ini mungkin disebabkan konsep
yang menempatkan semua jenama Padini Holdings Berhad di bawah satu
bumbung atau one-stop-shopping. Dengan konsep ini pengguna dapat membeli
produk keperluannya dan disukainya dengan senang kerana kepelbagaian
jenama yang ditawarkan dalam satu kedai.

ii) Produk ketara atau sebenar

Produk sebenar merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh produk untuk


menyokong faedah utama seperti reka bentuk, kualiti, jenama, dan
pembungkusan. Ciri-ciri atau produk ketara yang ada dalam produk Syarikat
Padini Holdings Berhad ialah jenama yang sudah menjadi sebutan dalam
kalangan masyarakat malahan terkenal di seluruh negara. Hal ini secara tidak
langsung pengguna akan berpuas hati dan menyakin dengan produk tersebut.
Tambahan pula, produk yang ditawarkan oleh syarikat ini mempunyai pilihan
yang banyak. Misalnya, jenama Padini yang memberi tumpuan kepada pakaian
formal seperti baju, kot, tali leher, tali pinggang dan lain-lain. Jenama Padini
Authentic pula memberi penekanan kepada pakaian bergaya kasual yang
disasarkan kepada remaja, contohnya jaket, baju, jeans, dan skirt yang moden
dan bergaya.

iii) Produk tambahan

Produk tambahan atau sampingan merujuk kepada faedah tambahan yang


diperoleh oleh pengguna selepas pembelian dan penggunaan sesuatu produk.
Produk tambahan yang ada dalam produk Syarikat Padini Holdings Berhad
adalah perkhidmatan penghantaran yang memudahkan para pengguna. Syarikat
ini menyediakan kemudahan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna

10
[Document title]

yang membeli produk mereka melalui laman sesawang. Perkhidmatan ini


disediakan untuk pengguna di seluruh Malaysia. Selain itu, perkhidmatan ini
akan dikenakan bayaran yang berpututan iaitu sebanyak RM15.00 sahaja.
Sekiranya pengguna membuat pembelian sebanyak RM120.00 ke atas akan
mendapat perkhidmatan penghantaran secara percuma.

5.1.3 Klasifikasi Produk

Produk yang dipasarkan oleh pengeluar boleh diklasifikasikan kepada dua jenis
yang utama, iaitu produk pengguna dan produk perindustrian. Produk yang dikeluarkan
oleh Syarikat Padini Holdings Berhad adalah produk pengguna.

a) Produk Pengguna

Produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada produk mudah beli, produk beli
belah, produk istimewa dan produk tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini
mempunyai aras permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi
pemasaran yang berbeza. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa produk
pengguna yang dihasilkan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad merupakan
produk beli-belah dan produk istimewa.

i) Produk beli belah

Produk beli belah merupakan produk yang tidak kerap dibeli oleh pengguna.
Produk ini kebiasaanya dijual dan didapati di pusat beli belah dan menjadi
tumpuan pengguna semasa membuat pilihan. Pengguna yang ingin membeli
sesuatu produk kebiasaanya mengambil masa yang lama untuk memperoleh
maklumat serta membuat perbandingan sebelum membeli produk tersebut.
Lazimnya pengguna akan membuat perbandingan dari segi harga, kualiti,
kesesuaian dan gaya. Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Padini Holdings
Berhad mengeluarkan produk yang tidak kerap dibeli. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pengguna yang ingin membeli produk dari syarikat ini akan
mengambil masa yang lama untuk membuat perbandingan produk tersebut dari
segi harga, kualiti, kesesuaian dan gaya mengikut cita rasa pengguna. Misalnya
bagi memenuhi kehendak pengguna, Padini Holdings Berhad mengeluarkan
produk yang mempunyai harga paling tinggi iaitu RM169.00 dan harga paling
rendah iaitu RM19.00 demi memberi kepuasan kepada pengguna.

11
[Document title]

ii) Produk istimewa

Produk istimewa merujuk kepada produk yang mempunyai ciri yang unik
atau tarikan istimewa dari segi jenama, jenis dan gaya sehingga pengguna
sanggup membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan produk tersebut.
Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Padini Holdings Berhad mengeluarkan
produk yang berjenama malah terkenal di seluruh Malaysia dan antarabangsa.
Antara jenama yang terkenal ialah Vincci, MIKI dan Seed. Jenama ini
mengeluarkan produk pakaian formal dan tidak formal malah pakaian untuk
kanak-kanak dan ibu mengandung.

5.1.4 Atribut produk

Atribut produk merupakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu
produk yang boleh membezakannya daripada produk yang lain meliputi jenama,
pembungkusan, label, jaminan dan produk tambahan. Atribut produk boleh dilihat dari
segi fizikal produk seperti kualiti produk, ciri produk, dan reka bentuk produk.

a) Kualiti produk

Kualiti produk ialah keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya


dan berdaya saing dalam pasaran. Syarikat Padini Hodings Berhad amat
menitikberatkan kualiti pakaian yang dikeluarkan dengan menggunakan bahan-
bahan yang mampu memberi keselesaan kepada pengguna yang membeli produk
tersebut seperti pemilihan kapas yang berkualiti untuk pembuatan pakaian dan
bahan sintetik yang digunakan untuk membuat kasut. Bahan ini digunakan dalam
pembuatan kasut oleh syarikat ini kerana ianya bersifat tahan lama dan ringan. Hal
ini akan menjamin keselesaan para pengguna terutama bagi mereka yang memakai
kasut sepanjang hari di pejabat.

b) Ciri Produk

Ciri produk merupakan strategi persaingan yang boleh meningkatkan daya


saing sesuatu produk dalam pasaran sasaran. Pengeluar yang mampu
memperkenalkan ciri produk yang baharu dan unik boleh membezakan produknya
daripada produk pesaing lain. Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Padini
Holdings Berhad membezakan produknya dengan pesaing adalah berdasarkan ciri
yang unik dan moden tetapi sesuai untuk dipakai ke pejabat. Ciri pakaian yang
dikeluarkan adalah tidak terlalu menonjol namun mampu menjadikan pemakainya
kelihatan bergaya.

12
[Document title]

c) Reka bentuk produk

Reka bentuk produk meliputi gaya produk secara luaran dan fungsi atau
kegunaan produk. Reka bentuk yang baik boleh menarik minat pengguna,
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing produk dalam pasara
sasaran. Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Padini Holdings Berhad
menghasilkan produknya dengan reka bentuk yang mampu menjadikan
pemakainya kelihatan bergaya dan moden terutama bagi pakaian yang berjenama
SEED iaitu khusus kepada pengguna yang ingin bergaya. Produk yang dihasilkan
dengan jenama ini mempunyai reka bentuk yang sangat menarik dan sesuai untuk
dipakai ke pejabat.

Penjenamaan

Menurut Ujang Sumarwan, jenama adalah istilah, tanda nama atau simbol yang
merupakan identiti sesuatu produk. Jenama juga mengambarkan imej dan kualiti produk
yang dikeluarkan oleh syarikat. Jenama produk yang popular mempunyai keistimewaan
dari segi undang-undang, pengedaran, langganan tetap, dan pemetakan pasaran.

Pembungkusan

Menurut Ujang Sumarwan, pembungkusan merupakan salah satu strategi yang


digunakan oleh pengeluar untuk menghadapi persaingan yang sengit dan mencabar dalam
pasaran. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai suatu produk dan
mempromosikan produk pengeluar serta meningkatkan daya saing serta hasil jualan
pengeluaran. Aspek keselamatan juga harus diambil kira dalam pembungkusan untuk
mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses penghantaran. Kajian mendapati bahawa,
Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan pemgbungkusan yang berbeza dan unik
mengikut reka bentuk produk. Contohnya, kasut dibungkus dengan kotak yang ringan dan
boleh dikitar semula.

Pelabelan

Menurut Ujang Sumarwan, label ialah penerangan ringkas tentang sesebuah produk
seperti tarikh pengeluaran, tarikh luput, kadungan produk, alamat pengeluar atau
pengimport, dan cara penggunaan serta penyimpanan. Pelabelan juga merupakan suatu
bentuk promosi tidak langsung untuk memperkenalkan produk kepada pengguna. Dalam
kajian ini, Syarikat Padini Holdings Berhad melabelkan maklumat mengenai bahan yang
digunakan untuk menghasilkan pakaian serta cara-cara memelihara pakaian tersebut agar
awet dan tahan lama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap jenis bahan yang digunakan
untuk menghasilkan pakaian mempunyai cara yang berbeza untuk memelihara.

13
[Document title]

Khidmat sokongan

Khidmat sokongan merupakan perkhidmatan sampingan kepada produk sebenar.


Penawaran khidmat sokongan dapat menambahkan nilai produk sedia ada. Sebagai contoh,
perkhidmatan pelanggan adalah suatu aspek baharu dalam bidang pemasaran yang
diperkenalkan untuk mengawal mutu produk dan memastikan usaha memasaran berjalan
lancar. Pengkaji mendapati bahawa Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan talian
telefon untuk mendapatkan sebarang aduan dan pandangan mengenai produk keluaran
syarikatnya. Pelanggan boleh membuat aduan di talian 0350210600.

5.1.5 Keputusan campuran produk

5.1.5.1 Lini Produk

Lini produk merupakan sebarisan produk yang lebih kurang sama jenis atau yang
berkaitan anatara satu sama lain yang dijual oleh sesebuah organisasi perniagaan.
Setiap satu lini produk mempunyai ciri-ciri, penggunaan, dan kegunaan yang sama.
Item produk tersebut mungkin menggunakan teknologi, pengedaran, harga dan
promosi yang sama.

a) Kedalaman produk

Kedalaman produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat


sesuatu lini atau barisan produk. Kedalaman bagi produk Syarikat Padini
Holdings Berhad seperti pakaian adalah baju, seluar, skirt, dress, hoodies dan
sweaters. Kasut pula ialah sandal, pump, wedge, boots dan sneakers. Manakala
untuk bag dan aksesori adalah dompet, tali penggang, jam tangan, sunglasses,
bowling bag, shoulder bag, hobo bag, tote bag, dan satchel bag.

b) Kelebaran produk

Kelebaran produk merujuk kepada bilangan lini atau barisan produk yang
berlaian yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna. Kelebaran bagi
produk Syarikat Padini Holdings Berhad ialah pakaian, kasut, bag dan aksesori.

c) Ketekalan produk

Ketekalan produk merujuk kepada kepelbagaian produk yang terhad kepada


satu kategori. Syarikat Padini Holdings Berhad mengekalkan ketekalannya
dimana syarikat ini hanya menjual produk yang berasaskan pakaian dan
aksesori.

14
[Document title]

5.2 Pengedaran atau Pengagihan

5.2.1 Saluran Agihan Produk

Pengedaran atau pengagihan ialah satu proses memindahkan produk daripada


pengeluar kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh pengguna.
Lazimnya, pengedaran dikaitkan dengan saluran agihan dimana saluran agihan
merupakan satu set pengantara pemasaran atau orang tengah yang berfungsi
memindahkan produk secara fizikal daripada pengeluar kepada pengguna akhir.

5.2.1.1 Reka Bentuk Saluran Agihan Produk

Reka bentuk saluran agihan merujuk kepada keputusan yang diambil oleh
pengeluar untuk membentuk pelbagai system saluran agihan bagi mengedarkan sesuatu
produk kepada pasaran sasaran. Terdapat dua jenis reka bentuk saluran agihan yang
utama iaitu saluran agihan menegak dan saluran agihan mendatar.

i) Saluran agihan menegak

Pemasar akan mengedarkan produk dengan menggunakan saluran pengagihan


yang berbeza berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Saluran agihan menegak
mengandungi satu atau lebih pengantaraan pemasaran seperti pemborong, peruncit, dan
ejen. Saluran ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu peringkat satu, peringkat dua,
peringkat tiga dan peringkat empat.

Pengkaji mendapati bahawa, Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan


saluran peringkat satu yang dikenali sebagai pemasaran dimana syarikat ini tidak perlu
menggunakan pengantaraan pemasaran. Saluran ini hanya melibatkan pengagihan
produk oleh pengeluar secara terus kepada pengguna. Pengguna yang menginginkan
produk dari Syarikat Padini Holdings Berhad boleh diperolehi di kedai-kedai yang
menawarkan produk jenama keluaran Padini.

Saluran 1:

Pengeluar Peruncit Pengguna

15
[Document title]

ii) Saluran agihan mendatar

Saluran agihan mendatar merujuk kepada bilangan pengantaraan pemasaran


yang digunakan oleh pengeluar pada setiap peringkat saluran untuk mengagihkan
produk kepada pengguna. Saluran ini bergantung kepada liputan pasaran bagi produk
yang ingin dicapai. Saluran agihan terbahagi kepada tiga jenis iaitu agihan intensif,
agihan selektif, dan agihan ekslusif. Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan
saluran agihan selektif dan agihan ekslusif.

a. Saluran agihan selektif

Agihan selektif melibatkan strategi penghadkan pengedaran kepada


beberapa pengantara atau orang tengah. Agihan ini memilih segmen tertentu
untuk jualan produk khususnya jualan produk kepada golongan pengguna
tertentu atau lokasi tertentu. Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan
agihan ini kerana syarikat ini menjual produk beli belah dimana syarikat ini
memerlukan usaha jualan yang berbeza kerana syarikat ini mempunyai saingan
yang ramai.

b. Agihan eksklusif

Agihan eksklusif melibatkan pengagihan produk secara eksklusif melalui


satu outlet atau kedai sahaja bagi sesuatu lokasi tertentu. Agihan ini melibatkan
pengedaran produk yang dianggap istimewa oleh pengguna lain. Syarikat
Padini Holdings Berhad menggunakan agihan ini kerana syarikat ini
menawarkan produk yang berjenama malah produknya juga hanya diperolehi
di kedai jenamanya atau laman web rasminya.

5.2.1.2 Perantaraan Dalam Saluran Agihan Produk

Pengantara dalam saluran agihan merupakan pengantara atau orang tengah


yang bertanggungjawab menyalurkan produk pengeluar kepada pengguna. Antara
pengantara yang digunakan dalam menjalankan perniagaan ialah pemborong, ejen, dan
peruncit.

Pengaji mendapati bahawa, Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan


peruncit sebagai pengantara dalam menyalurkan produk keluarannya. Peruncit adalah
pihak yang menjual produk secara terus kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang
kecil mengikut keperluan pengguna tersebut. Peruncit terbahagi kepada dua jenis iaitu
peruncitan kecil-kecilan dan peruncitan besar-besaran.

16
[Document title]

Peruncitan kecil-kecilan dibahagikan kepada dua jenis iaitu peruncit berkedai


dan peruncit tanpa kedai. Peruncit berkedai adalah perniagaan kecil yang beroperasi di
premis tetap manakala peruncit tanpa kedai tidak mempunyai premis tetap. Peruncit
besar-besaran pula adalah kedai seperti kedai sejaras, gedung aneka jabatan, francais,
pasar raya, superstore dan pasar raya hiper. Dalam kajian ini didapati Syarikat Padini
Holdings Berhad merupakan peruncit besar-besaran kerana produk yang dijual hanya
dapat dijumpai di pasar raya. Misalnya, Padini Concept Store adalah satu konsep yang
menempatkan semua jenama Padini Holdings Berhad di bawah satu bumbung atau one-
stop-shopping.

17
[Document title]

5.3 Penatapan Harga

Menurut henry Simamora (2002), dalam buku yang berjudul “Akauntansi


Basis Pengambilan Keputusan Bisnes”, menjelaskan bahawa harga adalah sejumlah wang
yang dibebankan atau dikeluarkan atas sebuah perkhidmatan atau produk. Harga
merupakan wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang
diberikan melalui proses pertukaran dan merupakan campuran pemasaran yang
mengeluarkan hasil dan eleman-eleman lain hanyalah kos.

5.3.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penentuan Harga

a) Faktor-Faktor Dalaman

Faktor dalaman merujuk pada faktor keputusan penentuan harga oleh pemasar.
Pemasar akan menetapkan objektif penentuan harga terlebih dahulu sebelum
menetapkan harga untuk barisan produk yang dihasilkan. Faktor dalaman yang boleh
mempengaruhi keputusan penentuan harga adalah seperti yang berikut:

Objektif penentuan harga

i) Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa Syarikat


Padini Holdings Berhad. Kebiasaannya, harga yang tinggi diletakkan bertujuan untuk
menanggung kos yang telah dilaburkan ketika pemprosesan produk dilakukan untuk
mengeluarkan produk yang berkualiti seperti perkhidmatan syarikat iaitu pakaian
yang menarik perhatian para pelanggan daripada pelbagai lapisan umur.

ii) Strategi campuran pemasaran

Strategi campuran pemasaran melibatkan penggunaan harga untuk mencapai


objektif pemasaran. Pemasar akan menetapkan harga sesuatu produk sebelum
membentuk kombinasi campuran pemasaran ideal berdasarkan harga yang telah
ditetapkan. Keputusan mereka bentuk produk, pengagihan dan promosi serta
penyiasatan dan pemprosesan yang telah Syarikat Padini Holdings Berhad jalankan
untuk menghasilkan pemasaran yang konsisten dan berkesan.

iii) Kos pengurusan pemasaran

Kos pengurusan pemasaran diambil kira oleh pemasar semasa menetapkan harga
sesuatu produk. Pengeluar yang menggunakan input tetap dan input berubah dalam
aktiviti pengeluarannya akan menanggung kos tetap dan kos berubah. Kos tetap
meliputi bayaran yang dikenakan terhadap penggunaan input tetap seperti mesin,
18
[Document title]

jentera, sewa bangunan dan tapak kilang. Kos berubah pula ialah bayaran yang
dikenakan terhadap penggunaan input berubah seperti bahan mentah dan pekerja.
Contohnya, kos bahan mentah untuk menghasilkan pakaian melibatkan kos
penggunaan kapas, bahan kimia, grafit dan lain-lain. Syarikat Padini Holdings
Berhad mengenal pasti pelbagai jenis kos yang terlibat dalam sesuatu aktiviti
pengeluaran dan seterusnya menetapkan harga yang paling kompetitif.

iv) Pertimbangan organisasi

Faktor ini melibatkan kaedah pengurusan sesebuah organisasi dalam


menetapkan harga sesuatu produk. Misalnya, Syarikat Padini Holdings Berhad akan
penentukan harga produk oleh pengurus bahagian atau pengurus lini produk.

b) Faktor-Faktor Luaran

Faktor luaran merujuk pada faktor keputusan penetapan harga produk berdasarkan
keadaan persekitaran perniagaan, jumlah permintaan dalam pasaran, dan desakan serta
tekanan persaingan. Faktor luaran yang mempengaruhi keputusan penetapan harga adalah
seperti yang berikut:

Pasaran dan permintaan

Keadaan pasaran memainkan peranan penting dalam usaha penetapan harga


sesuatu produk. Jenis pasaran yang perlu dikenal pasti oleh pemasar adalah seperti
yang berikut:

i) Pasaran persaingan sempurna

Dalam pasaran ini, firma bersaing dengan sempurna tanpa berlaku sebarang
penindasan atau diskriminasi harga produk. Harga setiap produk di dalam pasaran
ini adalah sama kerana produk yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan kegunaan
yang hampir sama. Harga produk tidak boleh dinaikkan dengan sewenang-
wenangnya kerana bilangan pemasar dalam pasaran adalah banyak dan pengguna
mengetahui harga setiap produk di dalam pasaran. Contohnya, Syarikat Padini
Holdings Berhad mengeluarkan produk seperti pakaian, kasut, bag dan assesori.

ii) Harga, kos dan tawaran pesaing

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan


harga Syarikat Padini Holdings Berhad. Apabila pelanggan ingin membeli pakaian,
mereka akan mempertimbngkan pakaian keluaran dengan perkhidmatan Padini
Holdings Berhad dan produk-produk pesaing syarikat tersebut. Antara pesaing
Padini Holdings Berhad ialah Nichi, Cotton On, Uniqlo dan H&M. Oleh itu,
Syarikat Padini Holdings Berhad perlulah mengetahui harga dan kualiti yang

19
[Document title]

ditawarkan oleh syarikat pesaing bagi memastikan kedudukannya sebagai sebuah


syarikat pengeluar pakaian yang popular di Malaysia.

iii) Faktor-faktor lain

Untuk menetapkan harga, Syarikat Padini Holdings Berhad perlulah


mengetahui faktor luaran lain seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada pasaran
dan jug kerajaan. Keadaan ekonomi yang meleset akan mempengaruhi penentuan
harga kerana kedua-dua kos pengeluaran perkhidmatan dan harga serta nilai sesuatu
produk.

5.3.2 Kaedah penentuan harga

5.3.2.1 Penentuan harga secara umum

a) Penentuan harga berasakan persaingan

Syarikat Padini Holdings Berhad menetapkan harga berdasarkan harga


pesaing yang ditawarkan dan tidak tertumpu kepada permintaan atau kos syarikat
itu sendiri. Syarikat Padini Holdings Berhad meletakkan harga yang lebih tinggi,
atau rendah atau harga yang sama dengan syarikat pesaingan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, syarikat ini sangat peka kepada strategi pemasaran dan penentuan
harga antara syarikat pesaing. Selain itu, pengguna akan membuat penilaian dan
perbandingan terhadap produk berasaskan harga pesaing bagi produk yang serupa.

5.3.2.2 Penentuan harga produk baharu

Menurut Shanti Subramaniam, pengguna membuat penilaian produk


berasaskan harga yang pesaing tetapkan untuk produk yang serupa. Oleh itu,
pihak pemasar harus peka dengan harga yang diletakkan oleh pesaing. Antara
strategi dalam menentukan harga berasaskan pesaing ialah penentuan harga lebih
tinggi daripada harga pasaran, penentuan harga kurang daripada harga pasaran,
penentuan harga kadar kini dan penentuan harga bida tertutup. Menurut Ujang
Sumarwan, harga ditentukan berdasarkan harga yang ditawarkan oleh pesaing. Ia
merangkumi harga kadar kini dan harga bida atau tawaran tertutup. Mengikut
pendekatan harga kadar kini, harga ditentukan mengikut harga pesaing, iaitu
boleh sama, lebih atau kurang daripada harga pesaing. Pendekatan harga bida pula
digunakan dalam usaha mendapatkan tender atau kontrak penjualan.

20
[Document title]

5.3.3 Strategi Pelarasan Harga

i) Harga psikologi

Harga psikologi adalah harga yang diletakkan mensasarkan kepada emosi,


perasaan, persepsi dan tidak mengikut rasional pelanggan. Tujuannya untuk
menarik perhatian dan mempengaruhi pelanggan untuk membuat belian.
Bentuk psikologi yang digunakan oleh Syarikat Padini Holdings Berhad adalah
menggunakan harga psikologi dengan meletakkan harga ganjil pada produk
yang dikeluarkan seperti RM39.90, RM49.90 dan RM79.90. Hal ini akan
mempengaruhi persepsi pembeli bahawa harga jualan adalah lebih murah
berbanding daripada RM40, RM50 dan RM80.

ii) Harga promosi

Harga promosi adalah harga yang ditetapkan dengan lebih rendah dari harga
asal kepada produk tertentu secara sementara bagi menarik bakal pembeli yang
mengunjungi kedai. Harga ini dilaksanakan dalam tempoh tertentu sahaja untuk
meningkatkan jualan dalam jangka pendek. Tawaran ini sering dibuat dalam
musim tertentu seperti musim perayaan.

Syarikat Padini Holdings Berhad sering melakukan harga promisi supaya


syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih dalam jangka masih pendek.
Syarikat ini melaksanakan kaedah ini pada musim-musim perayaan dan cuti
umum. Hal ini dapat dilihat dimana syarikat ini melakukan potongan harga pada
produk terpilih seperti filanto casual long dress dan seed basic short sleeve knit
top dengan harga asal RM39 kepada RM19. Dengan melalukan harga promosi
ini akan menarik minat para pengguna berebut-rebut untuk mendapatkan
produk tersebut. Selain itu, Padini Holdings Berhad juga melakukan harga
promosi semasa semperna pembukaan kedai misalnya semperna pembukaan
kedai di AEON Tebrau City, Johor dengan menawarkan harga serendah RM10
kepada pakaian kanak-kanak dan remaja perempuan. Tambahan pula,
pemberian percuma bag beli belah kepada pengguna jika membuat pembelian
produk RM150 ke atas.

iii) Harga pukal

Harga pukal adalah harga yang istimewa yang diletakkan pada dua atau
lebih dari produk yang dijual. Hal ini dapat menarik minat pelanggan kerana
dapat memiliki produk yang lebih dari dua dengan harga yang lebih rendah.

21
[Document title]

Syarikat Padini Holdings Berhad sering menggunakan harga pukal dengan


menawarkan harga yang lebih rendah jika membeli produk antara dua hingga
tiga produk. Contohnya kasut jenama Vincci dijual hanya harga RM100 jika
dibeli dua pasang. Jika beli sepasang, kasut itu berharga RM 79.00.

iv) Harga geografi

Harga geografi dipengaruhi oleh kos pengangkutan atau penghantaran yang


ditetapkan. Penentuan harga geografi ini terdiri daripada lima jenis iaitu
penentuan harga berdasarkan kos pengantaran, umum, mengikut zon, mengikut
titik asas dan menyerap kos pengangkutan. Berdasarkan kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa Syarikat Padini Holdings Berhad menentukan harga
geografi secara umum. Syarikat akan menganakan kos penghantaran yang sama
di semua lokasi pembeli. Hal ini dapat dilihat dengan syarikat ini menetapkan
kos penghantaran yang sama di seluruh Malaysia iaitu RM15.

22
[Document title]

5.4 Promosi

Promosi merujuk kepada satu proses komunikasi untuk mendedahkan maklumat


tentang sesuatu produk kepada pengguna. Promosi ini dijalankan dengan tujuan untuk
menarik perhatian pengguna tentang kewujudan sesuatu produk baharu, mengingatkan
pengguna tetang produk yang sedia ada, memujuk pengguna untuk membeli produk,
menyakinkan pengguna tentang kelebihan produk, meningkatkan jualan dan keuntunga
serta mengekalkan syer pasarsan.

Dalam menjalankan promosi, terdapat beberapa campuran promosi yang bertindak


menggabungkan alat promosi yang terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisti,
perhubungan awam dan jualan bersemuka. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji
mendapati Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan dua jenis campuran promosi
untuk memasarkan produk keluarannya iaitu pengiklanan dan promosi jualan.

a) Pengikalanan

Pengikalanan merupakan satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk


mempromosikan produk kepada orang ramai melaui media massa seperti surat
khabar, majalah, radio, televisyen, dan Internet. Pengiklanan adalah fleksibel
kerana syarikat boleh memilih lokasi, media cetak atau media elektronik yang
sesuai untuk membuat pengiklanan. Secara umumnya, terdapat dua jenis
pengiklanan iaitu pengiklanan produk dan pengiklanan institusi.

Dalam kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Syarikat Padini Holdings


Berhad menjalankan alat promosi ini dengan menggunakan media internet untuk
melakukan pengiklanan produk. Melalui internet, syarikat ini memprompsikan
produk-produknya ke laman social dan laman sesawang rasmi syarikat iaitu
www.padini.com untuk memudahkan pengguna memperoleh maklumat mengenai
produk-produk yang dijualnya. Dalam melaksanakan alat promosi ini, Padini
Holdings Berhad akan menyenaraikan harga setiap produk dari harga yang paling
tinggi sehingga harga yang paling rendah. Tambahan pula, syarikat ini juga
mengkategorikan produk-produk mengikut jenama dan segmen yang telah
ditetapkan.

b) Promosi jualan

Promosi jualan merujuk kepada sebarang aktiviti yang menawarkan insentif


jangka pendek yang diberi kepada pengguna untuk mendorong mereka membeli
produk. Promosi jualan terbahagi kepada tiga jenis iaitu promosi pengguna,
promosi jurujual dan promosi pengedar.

23
[Document title]

i) Promosi pengguna

Promosi pengguna dilakukan untuk menarik pengguna untuk membeli sesuatu


produk yang dijual.

a. Premium

Premium adalah sesuatu yang ditawarkan secara percuma atau pada harga
yang rendah kepada pengguna sebagai insentif untuk membeli. Padini
Holdings Berhad sering melakukan premium supaya syarikat ini akan
mendapat keuntungan yang lebih dalam jangka pendek. Contohnya, Padini
Holdings Berhad membuat promosi semperna musim perayaan Hari Raya
dengan memberi percuma bag beli belah dengan membeli baranagan dari
syarikat ini dari harga RM 150 ke atas.

b. Potongan harga

Potongan harga merupakan kaedah promosi jualan yang paling popular bagi
tujuan meningkatkan volum jualan secara mendadak sambal mengharapkan
pengguna akan terdorong membelanjakan wang penjimatnya untuk membeli
barangan lain yang tiada diskaun. Padini Holdings Berhad sering melakulan
promosi potongan harga. Syarikat ini sering menawarkan potongan sebanyak
20% hingga 70% dalam perniagaannya. Hal ini dapat menarik minat pengguna
untuk membeli produk dari syarikat ini.

c. Tawaran istimewa

Tawaran istimewa merupakan pemberian produk percuma bagi


menggalakkan pembelian produk berharga mahal atau meningkatkan volum
pembelian produk berharga murah. Syarikat Padini Holdings Berhad sering
melakukan tawaran istimewa seperti pemberian beg beli belah sekiranya
pengguna membuat pembelian produk dari syarikat ini dari harga RM150 ke
atas.

24
[Document title]

c) Penghubungan awam

Perhubungan awam adalah aktiviti yang dibentuk bagi mewujudkan serta


mengekallkan hubungan yang baik antara perniagaan dengan masyarakat
umum termaksuklah pihak-pihak berkepentingan seperti pelanggan, pembekal,
dan kerajaan. Menurut kajian, Syarikat Padini Holdings Berhad membuat
promosi produk-produk di media social, majalah dan akhbar tempatan.

Komunikasi Pemasaran Bersepadu (IMC)

Komunikasi pemasaran bersepadu (IMC) melibatkan aktiviti penggabungan dan


penyelarasan saluran komunikasi pemasaran untuk menyampaikan mesej yang jelas
tentang syarikat, jenama, dan produk kepada pengguna sasaran. Konsep ini membentuk
satu strategi komunikasi yang menyeluruh supaya mesej yang disampaikan melalui
pengiklanan, promosi jualan, publisti, dan sebagainya. Hal ini dapat memberikan satu
gambaran yang jelaskan konsistan kepada pengguna sasaran.

Tujuan adalah supaya Syarikat Padini Holdings Berhad dapat membentuk jenama
produk yang kuat dan konsisten di dalam pasaran. Selain itu, dapat menyampaikan
maklumat yang jelas tentang produk kepada pengguna. Seterusnya, dapat meningkatkan
permintaan dan jualan produk serta memperoleh keuntungan. Selanjutnya, dapat
mengurangkan kekeliruan pengguna tentang mesej yang disampaikan oleh syarikat melalui
pelbagai saluran komunikasi pemasaran. Akhir sekali, dapat memberikan peluang kepada
pengguna untuk memahami bagaimana Syarikat Padini Holdings Berhad beroperasi di
samping dapat meningkatkan keyakinan terhadap jenama dan produk yang ditawarkan.

25
[Document title]

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati Syarikat Padini


Holdings Berhad melaksanakan campuran pemasaran yang terdiri daripada produk,
saluran agihan, penetapan harga dan promosi bagi memasarkan produk kepada
pengguna.

Dari segi produk, Syarikat Padini Holdings Berhad mengeluarkan produk


pengguna yang dikategorikan sebagai produk beli-belah dan produk istimewa. Produk
ini mempunyai harga yang berpatutan. Produk yang dikeluarkan kebanyakkan
merupakan pakaian bagi kaum wanita dan lalaki yang bekerja di pejabat. Sebagai
contohnya, kot, sut, kasut, stoking, rope casual long sleeve blouse, studio work blazer
skinny dan sebagainya. Selain itu, produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah
produk pengguna seperti produk beli belah dan produk istimewa.

Dari segi saluran agihan, pengkaji dapat merumuskan bahawa syarikat ini telah
menggunakan saluran agihan bagi memasarkan produk kepada pengguna. Saluran
agihan yang digunakan oleh syarikat ini adalah menegak dan mendatar dimana ianya
menggunakan saluran pengedaran secara langsung atau lebih dikenali sebagai saluran
peringkat sifar serta saluran pengagihan selektif dan eksklusif. Penggunaan atau
penatapan cara produk ini disalurkan kepada pengguna akhir bukan sahaja memberi
kesenangan kepada pengeluar malahan juga kepada pengguna.

Manakala dari segi penyelarasan harga kaedah penetapan harga Syarikat


Padini Holdings Berhad dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran seperti
objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, pasaran dan permintaan, dan banyak
lagi. Syarikat Padini Holdings Berhad menggunakan kaedah penentuan harga secara
umum dan penentuan harga produk baharu bagi menentukan harga. Syarikat ini juga
menggunakan strategi pelarasan harga secara psikologi, geografi, promosi dan lain-lain.
Penyelarasan harga ini ditentukan untuk memastikan matlamat yang ditetapkan oleh
syarikat ini untuk memaksimakan pendapatan syarikat dapat dicapai.

Dalam aspek campuran promosi Syarikat Padini Holdings Berhad telah


menggunakan alat promosi seperti pengiklanan dan promosi jualan untuk menarik
minat pelanggan membeli barangan tersebut serta untuk memastikan pengguna
mengetahui tentang kewujudan produk tersebut dalam pasaran.

Dengan ini, pengkaji berpendapat bahawa syarikat ini mempu


mengembangkan perniagaannya ke peringkat yang lebih tinggi kerana produk yang

26
[Document title]

dihasilkannya mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding produk pakaian


syarikat lain. Di samping itu, pengkaji turut berpendapat bahawa syarikat ini perlu
sentiasa menjaga kualiti produk agar keyakinan pengguna terhadap produk akan
berkekalan dan berterusan. Hal ini demikian kerana wujudnya ramai pesaing dalam
pasaran yang mengeluarkan produk pakaian yang mengandungi pelbagai keistimewaan
tersendiri dan kaedah yang berlainan bagi memikat hati pengguna. Akhir sekali,
pengkaji mencadangkan bahawa syarikat perlu menyasarkan rekaan pakaian baru
berdasarkan perkembangan fesyen dan citarasa antarabangsa untuk memenuhi
kehendakan dan keperluan pengguna pada masa hadapan di samping meningkatkan
keuntungan organisasi.

27

You might also like