You are on page 1of 4

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan tentang beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Antara tujuan menyediakan kaedah kajian ini
adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Kaedah kajian yang
digunakan dalam kerja kursus ini adalah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif yang
melibatkan data sekunder. Melalui kaedah ini, kajian yang dijalankan akan lebih sempurna
dan tersusun supaya ia selaras dengan matlamat dan objektif kajian yang dibuat.

Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui
kaedah bagi perlaksanaan kajian.Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan seberapa banyak
data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Bagi menyiapkan objektif kajian,segala
langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan kajian dapat disiapkan dengan lancar.
Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini ialah:

4.1 Data sekunder

Data sekundar adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh pengkaji
dalam kajian. Menurut laman sesawang www.campuranpemasaran.com Sugiyono
menyatakan bahawa, data sekunder adalah data tidak langsung yang memberikan data
kepada peneliti. Data ini diperoleh dengan menggunakan kajian teks yang dilakukan
terhadap banyak buku, catatan yang berhubung dengan penelitian. Semasa
menjalankan kajian ini, data sekunder yang digunakan oleh pengkaji adalah dengan
melayari internet, brosur, dan surat khabar.

4.1.1 Internet/ Laman Sesawang

Menurut laman sesawang www.campuranpemasaran.com Strauss El –


Ansary, Frost menyatakan bahawa, Internet adalah seluruh jaringan yang
saling berhubung satu sama lain. Beberapa komputer dalam jaringan ini
menyimpan fail, seperti halaman laman sesawang yang dapat diakses oleh
seluruh jaringan komputer. Pengkaji telah melayari laman rasmi Syarikat
Nestle iaitu http://www.nestle.com.my/ untuk mendapatkan maklumat tentang
Syarikat Nestle. Laman rasmi ini digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang sejarah dan latar belakang Syarikat Nestle. Selain itu, pengkaji juga
melayari www.campuranpemasaran.com bagi mendapatkan maklumat secara
mendalam berkaitan definisi campuran pemasaran dan elemen - elemen
campuran pemasaran iaitu produk, saluran pengederan dan promosi.

Seterusnya, antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji ialah


https://www.academia.edu/Abstrak_docx_Pengajian_Perniagaanhttps://www.a
cademia.edu/SEJARAH_NESTLE dan https://www. academia.edu
Pengurus_Perniagaan_ NestlePengarah_Eksekutif. Pengkaji melayari laman
sesawang tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan abstrak dan sejarah
Syarikat Nestle. Selain itu, pengkaji juga melayari laman sesawang
https://www.rumahnutrisinestle.co.id/ produk/kategori-produk/bubur-mpasi,
untuk mengetahui tentang kedalaman produk keluaran Nestle.

Di samping itu, pengkaji juga melayari laman sesawang


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NestletambahpelaburandiMalaysi
a, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011Varia&.htm,
http://www.utusan.com.my/utusan/Utusan_Malaysia&sec=Korporat&.htm,
http:/www.utusan.com.my/berita/nasional/nestle-malaysia-maggiselamat.com,
http://www.bharian.com.my/node/451, http://ww1.utusan.com.my/ utusan
/Korporat/Nestle-kekalkan-harga-kompetitif, http://www.sinarharian.com.my
/bisnesnestle-pindah-penjimatan-gst-kepada-peruncit dan http://www.sinar
harian.com.my/hiburan/ komitmen-nestle-malaysia-diiktiraf untuk mengetahui
tentang berita-berita yang berkait dengan Syarikat Nestle. Melalui laman
sesawang ini, pengkaji juga dapat mengetahui tentang sumbangan dan aktiviti
yang dianjurkan oleh Syarikat Nestle.

Tambahan pula, pengkaji juga melayari laman sesawang


http://www.scribd.com /doc/Marketing-Mix#scribd untuk mendapatkan
maklumat tentang maksud campuran pemasaran. https://www.nestle.com.my//
documents/pdf/nestle_annual_report_2012 _bm.pdf turut dilayari oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang kelebaran produk keluaran
Nestle.
Justeru itu, antara laman sesawang yang dilayari oleh pengkaji ialah
http://ms.swewe.net/word Teori_pemasaran_4P. Pengkaji melayari laman
sesawang tersebut untuk mendapatkan maksud produk, pengedaran, promosi
dan juga harga. Seterusnya, https://www.google.com/definisi produk menurut
tokoh.com, https://www.google.com/definisi produk menurut tokoh.com,
www.scribd/campuran produk.com dan https://www .google.com/definisi
produk menurut tokoh.com untuk mendapatkan maksud produk serta
campuran produk. Tambahan pula, laman sesawang http://www.scribd
.com/Pembungkusan#scribd dan http://repository.usu.ac.id /bitstreamChapterII
.pdf turut dilyari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan maksud
pembungkusan dan pelabelan Nestle.

Di samping itu, pengkaji turut melayari laman sesawang http://elib.


unikom.ac.id/files/jbptunikompp-gdl-didinbasir.pdf, https://www.academia
.edu/BABII, dan http://www.pengertianahli.com/pengertian-promosi-menurut-
para -ahli.html untuk memdapatkan definisi tentang promosi menurut para
ahli. Selain itu, http://marketinghrdpresentation.com dan http://www.scribd.
com /doc/kritikan-iklan#scribd turut dilayari oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat tentang pengiklanan. Untuk mendapatkan maklumat tentang
publisiti dan penghubung awam, pengkaji melayari laman sesawang
http://marketingpresentation.com, http://www.mbpp.gov.my/web/guest dan
http://kpdnkk.bernama.com/news Bm.com.

Manakala, untuk mendapatkan definisi pengedaran, pengkaji melayari


laman sesawang sesawang https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-
1/bab-3campuran-pemasaran/pengedaran/ dan http://www.scribd.com//
Marketing-Mix. Justeru itu, pengkaji juga melayari laman sesawang
http://www.nestle.com.my/careers untuk mengetahui tentang orang tengah
Syarikat Nestle. Untuk mendapatkan maklumat tentang peruncit pengkaji
melayari laman sesawang http://www.pengertianperuncit.com/ pasarraya.html
dan https://www.scribd.com/doc/Peruncitan.
4.1.2 Brosur

Brosur adalah suatu alat untuk promosi barang jasa dan lain – lain,
yang dibuat daripada kertas di mana di dalamnya terdapat penawaran
mengenai jasa atau produk tersebut. Pengkaji telah mendapatkan brosur dari
pusat membeli-belah yang menjual produk Syarikat Nestle untuk mengetahui
tawaran yang dibuat oleh Syarikat Nestle dengan pelbagai barisan produk serta
atribut produk tersebut sehingga di iktiraf di peringkat antarabangsa.

4.1.3 Surat Khabar

Menurut Onong Uchjana Effendy, ( 1993 ), surat khabar adalah


lembaran tercetak yang memuat laporan yang terjadi dalam masyarakat
dengan sifat sendiri, bersifat umum, isu semasa dan mengenai apa – apa sahaja
dan dimana sahaja di seluruh dunia untuk diketahui pembaca. Sehubungan
dengan itu, pengkaji telah mendapatkan maklumat tentang koleksi – koleksi
barangan dan promosi jualan Syarikat Nestle dalam surat khabar seperti Berita
Harian pada 31/7/2015 dan hari jumaat. Pengkaji juga telah dapat
mengenalpasti promosi jualan yang dilakukan oleh Syarikat Nestle dari akhbar
tempatan seperti kosmo 20/8/2015.

You might also like