You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan
MNC dikonsepkan sebagai rangkaian Transaksi yang terlibat dalam proses pemindahan
pengetahuan (Gupta & Govindarajan, 1991). Terdapat 4 kriteria syarikat multinational (Daft,
2008) antaranya, 25% daripada hasil jualan atau pendapatan yang diperoleh daripada pasaran
luar Negara. Syarikat diuruskan sebagai 1 sistem perniagaan bersepadu di seluruh dunia,
syarikat multinational juga diurus secara berpusat dan pengurus atasan mengamalkan
persektif global.
Antara sebab-sebab sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat multinasional kerana
syarikat ingin meningkatkan jualan dan keuntungan yang lebih tinggi dan syarikat juga ingin
meluaskan operasi perniagaan ke negara lain. Selain itu, syarikat juga ingin memanjangkan
kitar hayat produk daripada pesaing global dan ingin mengumpulkan pengguna yang setia
disebabkan memperoleh banyak publisiti serta syarikat dapat meningkatkan kualiti produk
yang sedia ada. Disamping itu, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh sebuah
syarikat multinasional iaitu dari aspek struktur organisasi dan kawalan pengurusan, politik
dan perundangan, ekonomi dan sosiobudaya.

2.0 Objektif Kajian


Antara objektif kajian Starbucks Corporation yang dikaji adalah :2.1 Mengenal pasti aktiviti perniagaan Starbucks Corporation.
2.2 Menjelaskan pendekatan Starbucks Corporation dengan menggunakan analisis
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).
2.3 Menjelaskan perancangan strategik organisasi termasuk visi, misi dan objektif.
2.4 Menjelaskan pendekatan strategik Starbucks Corporation dan perkaitannya
dengan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang relevan.
2.5 Menjelaskan strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan oleh Starbucks
Corporation yang dipilih.

3.0 Latar Belakang


Syarikat Starbucks merupakan sebuah pemanggang kopi utama, pemasar dan peruncit
kopi istimewa di dunia serta sebuah syarikat multinational. Syarikat Starbucks ditubuhkan
pada tahun 1971 dan Pike Place Market merupakan kedai pertama yang dibuka oleh syarikat
tersebut. Syarikat induk Starbucks terletak di Seattle, Washington, Amerika Syarikat.
Sebelum Howard Schultz dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat, beliau menjawat
jawatan sebagai pengarah pengurusan di syarikat tersebut pada tahun 1982 namun keluar dari
Syarikat Starbucks pada 1985 disebabkan oleh keenggganan Ketua pada waktu tersebut iaitu
Jerry Baldwin, yang tidak menginginkan Syarikat tersebut ditukar menjadi sebuah perniagaan
berbentuk sebuah restoran apabila Howard bercadang untuk meluaskan pasaran produk
baharu ke luar negara, lalu pada tahun 2008 Howard kembali ke Syarikat Starbucks dan
menjadi ketua pegawai eksekutif pada tahun tersebut.
Pada tahun 1980-an, harga jualan kopi di Amerika Syarikat jatuh, namun jualan kopi
istimewa Syarikat Starbucks meningkat dan mendapat 10% daripada pasaran pada tahun
1989, berbanding dengan 3% pada tahun 1983. Menjelang tahun 1986 Syarikat Starbucks
mengendalikan enam kedai di Seattle dengan memulakan perniagaan dengan menjual kopi
espreso. Pada tahun 1987, pemilik asal Starbucks menjual syarikatnya kepada bekas
kakitangan iaitu Howard Schultz. Beliau melakukkan penjenamaan semula Kedai Kopi II
Giornale sebagai Starbucks dan syarikat tersebut mula berkembang sejak itu. Pada tahun
yang sama, lokasi pertamanya di luar Seattle di Stesen Waterfront di Vancouver, British
Columbia, Kanada dan Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Negara Jepun dan Singapura
merupakan antara cawangan yang pertama dibuka oleh Syarikat Starbucks di Benua Asia.
Saham syarikat tersebut pada bulan Jun 1992, berkembang kepada 140 cawangan,
dengan pendapatan sebanyak AS $ 73500000, meningkat kepada AS $ 1.3 juta pada tahun
1987 nilai pasaran syarikat itu ialah AS $ 271,000,000 pada masa ini. 12% daripada
sebahagian syarikat yang telah dijual dibangkitkan kira-kira AS $ 25 juta untuk syarikat itu,
yang akan memudahkan dua kali ganda bilangan kedai-kedai dalam tempoh dua tahun akan
datang. Pada bulan September 1992, harga saham Starbucks telah meningkat sebanyak 70 %
kepada lebih 100 kali ganda daripada perolehan sesaham bagi tahun sebelumnya. Pada bulan
Julai 2013, lebih daripada 10% daripada pembelian InStore telah dibuat melalui telefon
pintar pelanggan menggunakan app Starbucks itu.

3.1 Subsidiaries
Anak syarikat adalah sebuah syarikat yang dimiliki sebahagiannya atau sepenuhnya oleh
sebuah syarikat yang memegang kepentingan kawalan dalam syarikat subsidiari tersebut.
Anak syarikat berperanan penting kerana MNC bergerak ke arah model transnasional di mana
setiap anak syarikat boleh bertindak sebagai center-of-excellence terhadap barisan produk
tertentu (Bartlett & Ghoshal,1989). Syarikat Starbucks mempunyai beberapa subsidiari
antaranya :1. Seattles Best Coffee
2. Tazo
3. Evolution Fresh
4. Starbucks Coffee Asia Pacific
5. Starbucks Coffee International INC
3.2 Carta Organisasi

3.3 Ciri-ciri yang dipenuhi sebagai syarikat MNC


Dengan ini, syarikat Boeing adalah menepati beberapa ciri yang telah dinyatakan oleh Daft
(2008). Sebagai sebuah syarikat multinasional, syarikat ini beroperasi bukan sahaja untuk
pasaran tempatan malah dalam pasaran antarabangsa juga.
3.4 Aktiviti Perniagaan
Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:i.
ii.

Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran


Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan

Syarikat Starbucks menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan peruncitan.


Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan ialah aktiviti yang melibatkan penawaran
barangan yang ketara dan tidak ketara. Manakala peruncitan merupakan aktiviti perniagaan
yang menjual barang dengan kuantiti yang sedikit kepada pengguna akhir.

4.0 Kaedah Kajian


Kaedah kajian merupakan ___.
4.1 Sumber sekunder

Data sekunder merupakan data yang sudah tersedia sehingga kita tinggal mencari dan
mengumpulkan (Rohana Yusof 2004). Data sekunder diperoleh melalui ceramah,
kepustakaan dan lawatan.
4.1.1 Ceramah
Sesi ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah SMK Labuan, W.P. Labuan
diadakan untuk memberi serba sedikit pengetahuan asas mengenai tajuk kerja kursus
tentang syarikat multinasional ini. Ceramah yang diadakan melibatkan penceramah
daripada pensyarah Pengajian Perniagaan UMSKAL Encik Samsul Bahri dan pegawai
bank dari Public Bank (L) Ltd W.P Labuan iaitu Encik Badrul. Sesi soal jawab turut
diadakan semasa ceramah tersebut berlangsung untuk mengajukan soalan yang
berkaitan dengan tajuk syarikat multinasional ini.
4.1.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data
yang berkaitan dengan Syarikat Starbucks.
Pengkaji mendapat bahan rujukan daripada :1.
Perpustakaan Awam Labuan
2.
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
4.1.3 Lawatan
Sekolah pengkaji mengadakan lawatan untuk pengkaji mendapatkan rujukan
mengenai kajian yang sedang dijalankan oleh pengkaji. Lawatan tersebut diadakan di
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
5.0 Dapatan Kajian
Pendekatan strategik didefinisikan pendekatan strategik sebagai suatu proses mendapatkan
objektif dan komponennya diikuti dengan proses mencari dan menilai pelbagai alternatif
yang ada untuk mencapai objektif tersebut. Perancangan ini dibuat berasaskan kepada
penilaian yang sistematik ke atas ancaman dan peluang luaran dan kekuatan dan kelemahan
audit dalaman. Ringbakk (1968)
5.1 Visi, Misi dan Objektif (VMO)
5.1.1 Visi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, visi merupakan tanggapan dan pandangan yang jauh
dan mendalam terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan.
5.1.2 Misi
Misi merupakan perancangan yang disediakan untuk menggariskan tujuan penubuhan
sesebuah perniagaan. Menurut Peter Drucker, sesuatu kenyataan misi perlu mengandungi tiga
maklumat penting, iaitu bidang perniagaan yang diceburi, nilai yang ditekankan oleh
perniagaan terhadap pelanggan dan hala tuju perniagaan sepanjang tempoh kewujudannya.

5.1.3 Objektif
Objektif merupakan matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi
dalam jangka masa yang tertentu. Lazimnya, sesuatu objektif boleh diukur secara kuantitatif
supaya aktiviti perniagaan boleh dibuat secara objektif.
Syarikat Starbucks mempunyai 1 objektif iaitu:1. Memastikan Syarikat Starbucks kekal sebagai sebuah syarikat yang dikenali dan
dihormati di seluruh dunia.

5.2 Aktiviti syarikat yang dilakukan

5.3 Konsep

5.4 Analisis SWOT


Kekuatan
1. Rekod kewangan yang baik
2. Jenama No. 1 dalam segmen kedai
kopi yang bernilai US$ 4 juta
3. Pengalaman Syarikat Starbucks
4. Rangkaian kedai kopi yang terbesar
di dunia.

Kelemahan
1. Harga biji kopi yang membawa
pengaruh besar terhadap keuntungan
firma
2. Penetapan harga produk
3. Publisity yang negatif

5. Pengurusan sumber manusia

Peluang
1. Meluaskan pelbagai jenis pembekal
2. Mengembangkan perniagaan ke
dalam pasaran baru
3. Meningkatkan penawaran produk
4. Mengembangkan operasi runcit

Ancaman
1. Peningkatan harga terhadap biji kopi
dan produk tenusu.
2. Pelanggaran tanda niaga
3. Peningkatan persaingan daripada kafe
tempatan dan keistimewaan
rangkaian kedai kopi yang lain
4. Pasaran yang tepu dalam ekonomi
yang sedang maju
5. Masalah bekalan daripada pembekal

5.4.1 Kekuatan
1. Rekod kewangan yang baik
Keuntungan Syarikat Starbucks telah meningkat untuk beberapa tahun dan kini
berjumlah sebanyak 14%. Syarikat Starbucks juga mengatasi pesaing terdekatnya
dengan 24.54% pulangan ke atas pelaburan dan 29.16% pulangan ke atas ekuiti.
2. Jenama No. 1 dalam segmen kedai kopi yang bernilai USD$ 4 bilion
Jenama Starbucks mempunyai reputasi yang kukuh yang berkaitan dengan kualiti
kopi dan perkhidmatan kepada pelanggan yang cemerlang. Jenama Starbucks
merupakan jenama yang paling berharga dalam segmen kedai kopi yang bernilai
USD$ 4 bilion.rujukan
3. Pengalaman Syarikat Starbucks
Syarikat Starbucks mempunyai pengalaman dengan menyediakan perkhidmatan yang
memuaskan kepada para pelanggannya. Perkhidmatan seperti kopi yang diadun
dengan sempurna, muzik yang premium, kakitangan yang ramah dan suasana Kedai
Starbucks yang mesra menyebabkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan tiada
tandingan.
4. Rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia
Syarikat Starbucks beroperasi sekitar 20,000 buah kedai kopi di 60 buah negara, yang
menjadikannya sebuah rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia.
5. Pengurusan sumber manusia
Pelbagai faedah dan kadar gaji yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh
pesaing yang lain.
5.4.2
1.

Kelemahan

You might also like