You are on page 1of 25

KAJIAN TERHADAP PENGARUH

PERSEKITARAN UMUM
PERNIAGAAN DAN PERANAN
INTERNET DALAM MELUASKAN
PELUANG PERNIAGAAN
SYARIKAT ADABI CONSUMER
INDUSTRIES SDN.BHD.
1.0 PENGENALAN

Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan


salah satu peneraju utama di kumpulan adabi. Syarikat Adabi diterajui secara profesional
dan berpandukan sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan terhadap
Penyelidikan dan Pembangunan serta Jualan dan Pemasaran. Adabi telah menghasilkan
produk lebih daripada 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut iaitu serbuk rempah
campuran, pes sedia proses, campuran tepung, sos, makanan dalam tin dan minuman1.

Persekitaran umum ialah persekitaran diluar organisasi yang memberi tekanan


dan kesan tidak langsung terhadap operasi dan prestasi sesebuah perniagaan. Pengaruh
persekitaran umum perniagaan merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan,
sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana dan antarabangsa2.

Internet merupakan rangkaian komputer antarabangasa yang membolehkan


pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai
maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Menurut Sibero (2011:10) “internet
(Interconneted Network) adalah jaringan komputer yang menghubungkan antara jaringan
secara global dan internet juga dapat disebut jaringan alam suatu jaringan yang luas” 3.
Internet berperanan dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan organisasi Adabi
Consumer Industries Sdn.Bhd.

1)https://www.adabi.com/ms/

2)https://anyflip.com/hhxjp/vwrf/basic

3)https://www.scribd.com/doc/142145086/Definisi-Dan-Pengertian-Internet-Menurut-Para-Ahli
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objektif utama kajian bagi syarikat Adabi
Consumer Industries Sdn.Bhd seperti berikut:

1. Menganalisis persekitaran umum perniagaan bagi Adabi Consumer Industries


Sdn.Bhd iaitu

a) Persekitaran teknologi
b) Persekitaran ekonomi
c) Persekitaran sosiobudaya

2. Mengkaji peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan iaitu melalui

a) Promosi
b) E-pemasaran
c) Pengambilan pekerja
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji akan membuat kajian ke atas Syarikat Adabi Consumer Industries


Sdn.Bhd. terhadap pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada operasi syarikat dan
peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan. Terdapat tujuh persekitaran umum
perniagaan yang mempengaruhi operasi syarikat.

Persekitaran umum perniagaan ialah satu set elemen yang mampu mempengaruhi
sistem perniagaan walaupun elemen-elemen ini bukan di bawah kawalan perniagaan.
Persekitaran terdiri daripada persekitaran ekonomi, persekitaran persaingan dan jaringan,
persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan perundangan, persekitaran teknologi,
persekitaran prasarana dan persekitaran antarabangsa. Persekitaran ekonomi merujuk
kepada situasi ekonomi di dalam dan di luar negara. Perubahan ekonomi akan
mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Jika ekonomi meleset,
pendapatan pengguna jatuh dan kuasa beli menurun.

Persekitaran persaingan dan jaringan. Persaingan merujuk kepada organisasi yang


mengeluarkan produk yang sama pada pasaran yang sama dengan produk usahawan.
Jaringan pulak merujuk kepada hubungan baik antara peniaga dengan pihak lain seperti
bank, pengedar, pembekal, pelanggan, media, kerajaan dan pesaing atas urusan
perniagaan. Jaringan perniagaan adalah penting dalam perniagaan bagi peniaga untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan membentuk rangkaian untuk
menghadapi persaingan perniagaan pada peringat domestik dan global.

Persekitaran teknologi. Persekitaran teknologi merujuk kepada ciptaan atau cara


baru yang dihasilkan untuk melaksanakan tugas dengan cepat dan sistematik. Teknologi
telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak hidup dan ekonomi
masyarakat.
Persekitaran sosiobudaya. Persekitaran sosiobudaya merujuk kepada satu set
gabungan kepercayaan, nilai, adat dan amalan yang serupa yang terdapat dalam sesuatu
kumpulan manusia yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Persekitaran budaya dipengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat
yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat.

Persekitaran politik dan perundangan. Persekitaran politik merujuk kepada


keadaan politik di dalam negara. Persekitaran perundangan pula merujuk kepada
pelaksanaan undang-undang yang mempengaruhi aktiviti perniagaan. Peraturan atau
undang-undang perlu digubal oleh kerajaan bagi melindungi pengguna daripada
dikelirukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Persekitaran prasarana. Persekitaran prasarana ialah persekitaran kemudahan atau


infrastruktur yang tersedia bagi memudahkan perniagaan beroperasi. Syarikat perlu
mempunyai prasarana yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan berteknologi
tinggi untuk mempercepatkan dan memudahkan proses pengeluaran.

Persekitaran umum yang terakhir ialah persekitaran antarabangsa merujuk kepada


semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia yang luar daripada sempadan sesebuah
negara. Persekitaran ini memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan
syarikat pada peringkat domestik dan berpotensi meningkatkan keuntungan pada kadar
yang lebih tinggi4.

4)Hasni Che Ismail: Teks Pra-U STPM Pengajian Perniagaan Semester 1: Terbitan Sasbadi: Hlm 11
Seterusnya, peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan ialah E-
pemasaran. E-pemasaran ialah satu kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk
memasarkan produk keluaran secara dalam talian (online). Kaedah ini memberi
kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan dengan segera serta pelanggan
dapat mengetahui maklumat berkaitan dengan produk dengan mudah.

Peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan ialah e-dagang. E-dagang


ialah urusan perniagaan berkaitan dengan tempahan, pembelian dan pembayaran yang
dilakukan secara dalam talian (online). Penggunaan kaedah ini membolehkan perniagaan
mendapat faedah dalam peningkatan hasil jualan kerana memudahkan pekerja memenuhi
kehendak pelanggan dengan segera5.

Akhir sekali, penggunaan e-mel. Urusan perniagaan menggunakan elektronik


yang melibatkan perniagaan lain dan pelanggan. Penggunaan e-mel membolehkan pihak
perniagaan menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak pelanggan dan
menjimatkan kos perniagaan.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat


pengeluaran makanan Malaysia. Syarikat Adabi telah ditubuhkan pada tahun 1984.
Syarikat Adabi bermula dengan sebuah kilang kecil yang terletak di kawasan perusahaan
ringan Batu Caves, Adabi melebarkan operasinya ke kilang yang lebih besar di kawasan
industri Taman Kepong pada tahun 1986. Produk ciptaan pertama Syarikat Adabi ialah
serbuk kari Adabi seperti kari ikan, kari daging dan kurma6.

5)Mokhtar Pet: Ace Achead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Semester 2: Edisi Keempat Terbitan Oxford Fajar: Hlm
234

6)https://www.adabi.com./
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji bagi menghasilkan kajian ini
adalah menggunakan data primer dan data sekunder.

4.1 Data Primer

Data primer bermaksud maklumat pertama yang dikumpulkan dalam membuat


sesuatu kajian7. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data primer
ialah melalui soal selidik dan pemerhatian.

4.1.1 Soal selidik

Soal selidik ialah sejumlah soalan yang dikemukan secara berterusan dalam
borang untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mendapatkan
maklumat tertentu8.Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dengan melalui pautan
https://docs.google.com/forms/d/1N_0YsrLmrWB8FlEtbBbx9xoRpZUMtbzPBHhJf4yU
plo/edit bagi mendapatkan maklumat tentang syarikat yang dikaji.

7)https://www.scribd.com/doc/281035951/keadah-kajian

8)https://makna.online/soal-selidik/
4.1.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk


mengukur pemboleh ubah penyelidikan9. Pengkaji akan pergi ke tempat salah satu
pembekal produk Adabi untuk membuat pemerhatian iaitu syarikat Amalan Sanjung (M)
Sdn.Bhd. Pengkala Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan.

4.2 Data Sekunder

Data sekunder merupakan maklumat sampingan yang boleh digunakan dalam


melaksanakan kajian. Antara kaedah mengutip sumber data sekunder ialah analisis
dokumen, rujukan dan pembacaan dan tinjauan persuratan 10. Dalam menjalankan kajian
ini, pengkaji akan menggunakan sumber maklumat yang diperlukan iaitu melalui
rujukan kepustakaan, laman sesawang dan surat khabar.

4.2.1 Rujukan kepustakaan

Rujukan kepustakaan yang digunakan oleh pengkaji ialah buku ilmiah. Pengkaji
mengunakan kaedah ini untuk mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian melalui
buku teks STPM Pengajian Perniagaan. Buku teks STPM ini mengandungi maklumat
tentang persekitaran umum perniagaan yang mempengaruhi operasi sesebuah syarikat.

9)https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian

10)https://www.scribd.com/doc/281035951/kaedah-kajian
4.2.2 Laman sesawang

Laman sesawang atau laman web merupakan laman yang mengandungi pelbagai
maklumat dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video yang berdasarkan kepada
citarasa dan kreativiti pembina laman web tersebut 11. Pengkaji menggunakan laman
sesawang rasmi syarikat melalui pautan https://www.adabi.com/ms/ bagi mendapatkan
maklumat berkaitan dengan syarikat yang dikaji.

4.2.3 Media sosial

Media sosial ialah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah menyertai, berkongsi, dan mencipta isi
meliputi blog dan rangkaian sosial12. Pengkaji telah menerokai beberapa media sosial
untuk mendapatkan bahan maklumat bagi menyiapkan kajian yang telah diberikan.
Media sosial yang digunakan oleh pengkaji ialah Facebook13, Instagram14 dan Youtube15.

11)https://www.scribd.com/doc/286649259/DEFINISI-LAMAN-WEB

12)https://www.scribd.com/document/139757731/Media-Sosial-Bahas

13)https://m.facebook.com/AdabiMY

14)https://instagram.com/Adabi_consumer/igshid=MmU2YjMzNjRlOQ

15)https://www.youtube.com/@AdabiMalaysiaOfficial
5.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian merupakan hasil kajian yang telah di analisis oleh pengkaji
menerusi instrumen terhadap pemerhatian, temu bual serta soal selidik yang di analisa
bagi mencapai objektif kajian yang dilakukan16.

5.1 Persekitaran teknologi

Persekitaran teknologi ialah perubahan penggunaan sains yang membolehkan


manusia melakukan sesuatu yang baharu, membentuk tugas atau prosedur kerja yang
baharu dan lebih baik17.Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan
kemampuan daya saing sesebuah perniagaan.

Pengkaji mendapati faktor teknologi turut mempengaruhi aktiviti perniagaan


Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. Buktinya, menurut Ketua Pengawai Kewangan dan
Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor berkata, penggunaan teknologi dapat
meningkatkan pengeluaran produk adabi sebanyak lebih lima kali ganda dan mampu
manghasilkan lebih 200 peratus keluaran produk adabi. Pengeluaran produk adabi
menyebabkan syarikat melebarkan perniagaan dengan menerusi pembukaan kilang
baharu yang berkeluasan kira-kira 1.6 ekar. Pembukaan kilang baharu dilengkapi
teknologi yang canggih seperti teknologi automasi. Teknologi automasi digunakan untuk
mengisi makanan dalam tin dan menjaga kualiti makanan tersebut. Kilang baharu ini juga
mempunyai mesin pengimbas x-ray untuk membolehkan pekerja mengesan sebarang
benda asing yang ada seperti kayu, paku dan sebagainya. Adabi mempunyai teknologi
automasi untuk mengisi makanan dalam tin dan menjaga kualiti makanan tersebut18.

16) https://www.scribd.com/document/467546502/Dapatan-kajian-kajian-literatur

17)https://anyflip.com/hhxjp/vwrf/basic

18)https:www.utusan.com.my/ekonomi/2023/01/kilang-baharu-adabi-penuhi-permintaan-produk-dalam-tin/
Bukti kedua, menurut Ketua Pengawai Eksekutif Adabi, Tuan Syed Mahadzir bin
Dato Syed Manshor berkata, penggunaan teknologi moden dalam aktiviti pengeluaran
produk Adabi dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Syarikat Adabi telah
menggunakan teknologi moden yang menggunakan bateri litium forklift yang
mempunyai kemampuan untuk mengecas dengan cepat antara 1.5 jam hingga 2 jam.
Penggunaan bateri ini mampu mengurangkan waktu caj bateri serta dapat mengurangkan
kos lebih-lebih lagi teknologi bateri litium adalah mesra alam dan bebas
penyelenggaraan. Penggunaan teknologi moden telah berjaya mengembangkan
perniagaan syarikat Adabi. Walaupun Adabi merupakan jenama yang terkenal, Adabi
tetap bertegas dalam memastikan pertumbuhan lebih lanjut pada bahagian pasarannya
melalui teknologi canggih serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan
produk makanan sentiasa berkualiti tinggi19.

19)https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3867617459967393&id=119849788077531&locale=es_LA .
5.2 Persekitaran ekonomi

Persekitaran ekonomi merujuk kepada risiko dan ketidakpastian pasaran,


kedudukan pasaran wang dan keadaan atau pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi.
Ekonomi yang stabil dapat meningkatkan produktiviti dalam sesebuah syarikat20.

Pengkaji mendapati faktor ekonomi turut mempengaruhi aktiviti perniagaan


Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bdn. Buktinya, menurut Ketua Eksekutif, Syed
Mahadzir bin Datuk Syed Mashor, pendapatan Adabi pada tahun 2017 adalah sebanyak
RM540 juta meliputi produk yang berasakan rempah ratus, pes perencah masakan,
makanan dalam tin dan pelbagai produk lain. Keadaan ekonomi syarikat Adabi yang
stabil mendorong Adabi untuk mengeluarkan produk baharu iaitu perencah mee goreng.
Idea untuk mengeluarkan produk ini timbul setelah Adabi membuat kajian ke atas tukang
masak restoran dan gerai yang mendakwa sukar untuk mendapatkan pes yang sesuai.
Syarikat Adabi yang menggunakan tagline Mudah, Cepat dan Sedap menyebabkan
produk adabi menjadi pilihan utama pelanggan. Keadaan ini menyebabkan syarikat Adabi
dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dimana syarikat Adabi berjaya
menyasarakan pendapatan syarikat sebanyak RM648 juta pada tahun 2018 iaitu lebih 20
peratus berbanding dengan tahun 201721.

20)https://anyflip.com/hhxjp/vwrf/basic

21) https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/04/410709/adabi-sasar-pendapatan-meningkat-20-peratus .
Bukti kedua, menurut Presiden Adabi, Adrian Roslan, pandemik covid-19 telah
menyebabkan ekonomi negara tidak stabil sehingga mempengaruhi kenaikan harga
barang dan terpaksa menjual dengan harga yang mahal. Kenaikan harga barang secara
tidak langsung telah memberi kesan kepada aktiviti perniagaan Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd. Pandemik covid-19 ini juga menyebabkan syarikat Adabi tidak
dapat lari daripada menaikkan harga kerana kos pembungkusan telah melonjak naik
sepanjang pandemik berlaku. Contohnya, harga botol kaca naik antara 30 dan 40 peratus
manakala tin makanan juga naik kepada 40 hingga 50 peratus. Ekonomi yang tidak stabil
akibat pandemik menyebabkan kos bahan mentah, kos operasi yang melibatkan gaji
pekerja dan kos elektrik juga meningkat naik. Sekiranya tidak menaikkan harga, Adabi
akan berdepan dengan isu aliran tunai, namun Adabi cuba mengawal kenaikkan harga
produknya dengan memberikan promosi. Pada masa yang sama, Adabi juga sedar akan
kedudukan ekonomi pengguna ketika ini, jadi bermula tahun lalu dan 2023 Adabi
memfokuskan kepada pengeluaran pes masakan bagi membantu pengguna yang ingin
menjimatkan kos dan masa untuk memasak di rumah22.

22)https://www.kosmo.com.my/2023/03/27/adabi-prihatin-keperluan-rakyat/.
5.3 Persekitaran persaingan dan jaringan

Persekitaran persaingan ialah ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang


mengeluarkan produk yang sama dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan.
Persekitaran jaringan merujuk kepada pakatan strategik yang dibentuk oleh perniagaan
dengan pembekal, pengilang atau pengedar23.

Pengkaji juga mendapati faktor persaingan mempengaruhi aktiviti perniagaan


Syarikat Adabi. Buktinya, Syarikat Baba Product (M) Sdn.Bhd merupakan syarikat yang
mengeluarkan produk yang sama dengan Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd.
Syarikat Baba Product (M) Sdn.Bhd telah mengeluarkan produk dalam bentuk perencah,
rempah ratus dan tepung. Syarikat baba’s menjual produknya dengan harga berpatutan
yang mampu dibeli oleh orang ramai. Syarikat Baba’s juga membuat promosi
terutamanya pada hari raya Aidilfitri dengan mengadakan potongan harga untuk menarik
minat orang ramai membeli produknya. Syarikat Baba’s yang mengeluarkan produk sama
dengan produk adabi telah memberi tekanan kepada Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan Syarikat Adabi membuat
penamabahbaikan dengan meningkatkan kualiti produknya bagi bersaing dengan Syarikat
Baba Product (M) Sdn.Bhd24.

_______________________________________________________________________

23)https://anyflip.com/hhxjp/vwrf/basic

24)https://www.babas.com.my/
Bukti kedua, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd mempunyai jaringan
antarabangsa dengan PT Adabi Nusa Citarasa (PTANC) Medan, Sumatera, Indonesia. PT
Adabi Nusa Citarasa adalah 75% dimiliki oleh Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd.
Perniagaan PT Adabi di Indonesia diselenggarakan oleh En. Zahari bin Omar yang
bertindak sebagai Perunding Pemasaran. PT Adabi menjalankan operasi perniagaan
sebagai pengimport kepada produk-produk Adabi untuk Indonesia. PT Adabi
mendaftarkan 11 produk adabi dengan setiap keluaran produk adabi akan ditanda dengan
nombor perdagangan yang sah. Semenjak itu, pelbagai produk adabi telah dibawa ke
Indonesia. PT Adabi juga menjadi pihak tengah untuk Syarikat Adabi dalam melakukan
perundingan dengan PT Eshan Rina yang merupakan sebuah syarikat pengedar barang di
Jakarta untuk melantik mereka sebagai pengedar produk Adabi. Jaringan yang baik
dengan PT Adabi dapat membantu Syarikat Adabi memperluaskan perniagaan produknya
di daerah-daerah Indonesia.
5.4 Promosi

Promosi bermaksud proses, kaedah atau cara untuk memberitahu, menyedarkan,


memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Promosi dijalankan dalam pelbagai cara bergantung kepada kehendak
pengeluar atau produk yang dikeluarkan26.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. menggunakan internet bagi


menjalankan promosi. Buktinya, Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd melakukan
promosi jualan yang menarik minat pelanggan untuk membelinya seperti sampel, kupon,
premium, peraduan dan potongan harga. Syarikat Adabi selalu membuat promosi jualan
melalui pusat beli-belah dan melalui aktiviti di luar kawasan seperti mengadakan pesta
adabi di Mydin Subang Jaya. Pesta yang diadakan oleh Syarikat Adabi adalah bermula
pada 20 Oktober hingga 1 November 2022 dan pesta ini bermula dari jam 10 pagi hingga
10 malam. Syarikat Adabi telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh
disertai oleh orang ramai bagi mempromosikan produk seperti promosi barangan adabi,
demo masakan, sampel percuma produk adabi dan pusing dan menang. Syarikat Adabi
juga turut menampilkan selebriti tempatan seperti Fahrin Ahmad dan Maria Tunku Sabri
serta pempengaruh medai sosial seperti Leeza Ramzi bagi menarik lagi minat orang
ramai untuk membeli produk adabi27.

26)https://bingkisanmyleaf.wordpress.com/maksud-promosi/

27)https://www.instagram.com/p/CpwZI5SJVXp/
Bukti kedua, syarikat Adabi juga menjalankan menjalankan promosi melalui
pengiklanan di media sosial seperti Facebook dengan mempunyai rancangan masakan
sendiri iaitu rancangan ‘Tastenya Adabi’. Syarikat Adabi telah melantik Yatie Kitchen
sebagai Chef masakan dalam rancangan ‘Tastenya Adabi’ dan juga sebagai duta produk
adabi bagi menarik minat orang ramai untuk membeli produknya. Rancangan ini
menyiarkan menu masakan yang akan dimasak oleh Yatie kitchen dengan menggunakan
produk adabi. Rancangan ini membantu suri rumah dalam menyediakan makanan kepada
keluarga dan sekaligus menarik minat untuk menggunakan produk adabi sebagai bahan
utama dalam masakan harian. Rancangan masakan ini ditayangkan pada setiap hari
Khamis jam 1 petang yang di mana pada waktu tersebut merupakan waktu yang sesuai
untuk tontonan orang ramai. Hal ini kerana pada waktu tersebut ramai orang melayari
media sosial untuk merehatkan diri mereka terutamanya suri rumah yang penat berfikir
masakan apa yang ingin di hidangkan kepada keluarga. Rancangan tersebut telah menarik
minat suri rumah untuk menggunakan produk adabi dalam masakan28.

_______________________________________________________________________

28)https://www.instagram.com/p/CpwZI5SJVXp/
5.5 E-pemasaran

E-pemasaran adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium


internet sebagai medium utama. Ia meliputi unsur-unsur pemasaran langsung mahupun
secara tidak langsung dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk membantu
perniagaan berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan29.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. telah menggunakan internet untuk


meluaskan peluang perniagaan seperti E-pemasaran. Buktinya, menurut Pengurus E-
Commerce Adabi, Nurul Zuhaika Hairuddin, Syarikat Adabi memperkenalkan urus niaga
atas talian yang menawarkan lebih 100 produk keluaran syarikat. Syarikat Adabi
memasarkan produknya menerusi aplikasi e-mall dengan menawarkan 11 kategori
produk pilihan kepada pengguna seperti kari, tepung, perencah, sup, sos dan perasa.
Aplikasi e-mall yang digunakan oleh Syarikat Adabi adalah aplikasi Shopee, Lazada dan
Tiktok Shop. Perkhidmatan online yang disediakan oleh Syarikat Adabi dapat
memudahkan urus niaga jual beli dan menjimatkan masa pelanggan. Penggunaan
perkhidmatan online seperti aplikasi e-mall juga dapat memudahkan pengguna
mendapatkan pelbagai jenis produk dengan lebih pantas. Pengguna bukan sahaja dapat
membeli produk secara online, malah pengguna boleh mendapatkan info berkaitan
barangan, resepi masakan dan juga pengguna dapat mengumpul mata pembelian untuk
menikmati tawaran istimewa30.

29)https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-46/46-2.pdf

30)https://www.mstar.com.my/niaga/2016/06/29/emall-adabi
Bukti kedua, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd melakukan
pengiklanan bagi menarik minat orang ramai untuk membeli produknya dan menjadikan
produk mereka sebagai pilihan utama masyarakat. Pengiklanan yang dijalankan oleh
Syarikat Adabi adalah melalui media sosial seperti aplikasi YouTube, Facebook,
Instagram dan televisyen. Adabi consumer mempunyai laman web rasmi di Instagram
yang memiliki hampir 183 ribu pengikut. Terdapat beberapa produk baru yang telah
diiklankan pada bulan September 2023 di Instagram milik Adabi seperti pengiklanan
Sambal Belacan yang mempunyai tiga varian iaitu Sambal Belacan Pedas dan Tradisi,
Sambal Belacan Moden dan Sambal Belacan Ikan Bilis yang boleh didapati segera di
pasaran atau secara online di emall.adabi.com dan Adabi Official Store. Selain itu,
pengiklanan yang dijalankan oleh Syarikat Adabi telah mempengaruhi seorang pengaruh
media sosial iaitu Hamdan Mubarak. Pengaruh media sosial tersebut telah melakukan
sebuah video masakan dengan menggunakan produk adabi sebagai perencah dalam
masakannnya. Pengiklanan di media sosial dan menggunakan selebriti sebagai duta
produk dapat meningkatkan pasaran Syarikat Adabi. Pengiklanan ini mampu
menonjolkan keistimewaan yang terdapat pada produk adabi kepada orang ramai agar
menarik minat mereka untuk membeli dan mencuba masakan dengan menggunakan
produk adabi31.

31)https://www.instagram.com/p/CpwZI5SJVXp/
5.6 Pengambilan Pekerja

Pengambilan pekerja adalah proses menarik dan mengenal pasti calon pekerjaan
yang berpotensi untuk kekosongan jawatan tertentu dalam organisasi. Ia melibatkan
mencari dan menjangkau calon yang berpotensi, mewujudkan jawatan pekerjaan, dan
menjana minat dalam jawatan tersebut32.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd menggunakan internet dalam


pengambilan pekerja untuk meningkatkan lagi pengeluaran produk adabi. Buktinya,
pihak Adabi Consumer Industries Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang
sedang mencari peluang pekerjaan untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang
ditawarkan di Syarikat Adabi. Penawaran pengambilan pekerja hanya kepada
warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi. Syarikat Adabi melakukan
pengiklanan tentang pengambilan pekerja di laman web rasminya di Facebook.
Pengiklanan yang dilakukan oleh Syarikat Adabi adalah pengambilan pekerja tetap
sebagai pemandu lori yang akan ditempatkan di Kuala Lumpur dan Selangor. Gaji yang
ditawarkan oleh Syarikat Adabi adalah bermula dari Rm 2 000 hingga Rm 2 500 sebulan.
Syarat yang diletakkan oleh Syarikat Adabi untuk mengisi jawatan tersebut adalah calon
mestilah berpendidikan sekurang-kurangnya mendapat Sijil Pemeriksaan Malaysia
(SPM). Selain itu, calon mesti mempunyai Lesen Memandu GDL dan E dan mempunyai
pengalaman sebagai pemandu lori serta berpengalaman dalam menghantar barangan
runcit. Syarikat Adabi juga menekankan bahawa pengambilan pekerja adalah calon yang
bertanggungjawab, rajin dan berdisiplin. Pengambilan pekerja oleh Syarikat Adabi
bertujuan untuk meningkatkan penghantaran produk adabi kepada pembekal-pembekal
adabi dan kedai runcit agar memudahkan pengguna mencarinya33.

32)https://www.empuls.io/ms/glossary/recruitment

33)https://m.facebook.com/AdabiMY
Bukti kedua, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd melakukan
pengiklanan pengambilan pekerja di laman web Job Street iaitu satu laman web mencari
pekerjaan. Pada 29 September 2023, Adabi Consumer telah mencari pekerja untuk
mengisi jawatan sebagai Pengurus jualan. Syarikat Adabi menawarkan faedah apabila
bekerja di syarikatnya seperti potensi bonus dan kenaikan gaji, perlindungan insurans
kakitangan dan pertumbuhan kerjaya. Syarat yang diletakkan oleh Syarikat Adabi ke atas
jawatan tersebut adalah calon mestilah mempunyai sijil Pengajian dalam Ijazah Sarjana
Muda (Perniagaan, Pemasaran atau bidang yang berkaitan) dengan sekurang-kurangnya
mempunyai pengalaman komersial selama 5 tahun dalam industri Fast Moving
Consumer Good (FMCG), berkuasa dalam penggunaan bahasa Inggeris, kemahiran
komunikasi yang tinggi, perundingan dan kemahiran pembentangan yang sangat baik.
Selain itu, calon juga perlu berkemahiran tinggi dalam mencari dan menyasarkan
pelanggan FMCG baharu dan juga mempunyai kemahiran analisis dan pemahaman yang
mendalam terhadap proses operasi. Syarikat Adabi juga memberi keutamaan kepada
calon yang dari industri FMCG untuk memohon jawatan tersebut. Pengiklanan di laman
web dapat membantu Syarikat Adabi dalam pengambilan pekerja dengan cepat agar
aktiviti perniagaan tidak tergendala34.

34)https://www.jobstreet.com.my/en/job/sales-manager-5542288?jobstreet-my-job-5542288&sectionRank=5&token=0~38ce66b0-
4ddf-afba-c4aa5f20822a&fr=SRP%20job%20Listing
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengkaji tentang pengaruh persekitaran


umum dan peranan internet yang terdapat dalam Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd bagi meluaskan peluang perniagaan. Berdasarkan hasil kajian, elemen-elemem
utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah
perancangan strategik yang digunakan oleh Syarikat dalam menjalankan aktiviti
perniagaan. Hal ini membolehkan sesebuah syarikat itu mampu untuk bersaing dengan
syarikat-syarikat lain.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd telah memulakan perjalanan yang


berdekad-dekad yang lalu dan berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan
kedudukan sebagai pengeluaran No 1 produk masakan di Malaysia. Pelbagai masalah
yang telah berlaku pada masa lalu untuk Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd
sama ada baik mahupun buruk, tetapi masalah tersebut merupakan strategi yang
membantu mereka untuk terus berjuang dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai
sebuah syarikat pengeluaran produk masakan yang terunggul di Malaysia. Syarikat Adabi
Consumer Industries Sdn.Bhd telah sedaya upaya merancang strategi bagi memasarkan
produknya. Syarikat Adabi turut mengambil peluang untuk memperkembangkan
perniagaan dengan menggunakan kecanggihan terkini seperti internet bagi memasarkan
produknya agar dikenali oleh orang ramai dan juga orang luar negara. Oleh itu, Syarikat
Adabi berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan syarikatnya sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi perniagaan Syarikat Adabi
Consumer Industries Sdn.Bhd adalah mereka perlu memastikan setiap produk yang
dikeluarkan adalah berkualiti tinggi supaya pelanggan dapat menikmati kepuasan
maksimum. Selain itu, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd juga boleh
membuat penambahbaikan dari segi pembungkusan produk dengan menggunakan
bungkusan yang menarik supaya mendapat perhatian daripada pelanggan. Syarikat Adabi
juga hendaklah membuat lebih banyak promosi dengan menjadi penaja kepada program
hiburan televisyen dan mengambil selebriti yang terkenal sebagai duta produknya.

Kesimpulannya, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd merupakan


perniagaan yang telah berjaya mengeluarkan produk muslim. Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd juga berjaya mengekalkan prestasi yang sangat baik dalam pasaran
dengan melalui pengalaman campuran promosi dan juga strategi pemasaran yang telah
dilakukan. Oleh itu, usaha penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan supaya Syarikat
Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd dapat terus kekal dalam memberi saingan kepada
perniagaan pengeluaran produk makanan yang lain.
7.0 SENARAI RUJUKAN

Buku:

1) Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd. Shamsudin, Lim Kong Teong, Norsiah
Mat dan Nurli Yaacob, 2022: Pengajian Perniagaan Semester 1: Anak syarikat
milik penuh Sasbadi Holdings Berhad: Dicetak Di Malaysia oleh: Percetakan
Jiwabaru Sdn.Bhd.: Persekitaran umu: Hlm 11-14.
ABSTRAK

Pengkaji telah menjalankan kajian dan analisis terhadap Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan dua objektif kajian
iaitu menganalisis persekitaran umum perniagaan bagi Syarikat Adabi Consumer
Industries dan mengkaji peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data
primer yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kajian ini ialah soal selidik dan
pemerhatian manakala data sekunder pula ialah rujukan kepustakaan, laman sesawang
dan media sosial. Daripada kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat
persekitaran umum pada Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. seperti
persekitaran teknologi, persekitaran ekonomi dan persekitaran persaingan dan jaringan
serta peranan internet dalam meluaskan perniagaan Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd. seperti promosi, E-pemasaran dan pengambilan pekerja.

You might also like