You are on page 1of 5

STPM 2016

1.(a) Huraikan tiga peranan pengurus sebagai antara perorangan (interpersonal). [6m]

Tiga peranan pengurus sebagai antara perorangan (interpersonal) ialah:

i.Sebagal orang terpentIng/tonggok/simbol atau lambang

- Menialankan beberapa tugas yong berbentuk simbolik atau upacara.

- Menjadi wakil dalam sebuah jabatan.

ii. Sebagal pensImpin atau ketua

- mengarah pekerja bagl melaksanakan tugas untuk menIngkatkan pencapaian.

- Mengkoordinasi tugas-tugas untuk menIngkatkan pencapaian.

- Memotlvasikan atau mempengaruhi pekerja bagl melaksanakan tugas untuk menIngkatkan


pencapaian.

- Menjadi ikutan atau role model kepada pekerja laln.

iii. Sebagai penghubung/ orang tengah atau pengantara

- mengekalkan hubungan atau membina jaringan (networkIng) dalam organisasi

- mengekalkan hubungan atau membina jaringan (networking) di luar organisasi

(b) Huraikan Jenis kemahiran pengurusan yang berikut:

(i) Pengurusan masa (ii) Pembuatan keputusan [4m]

Kemahiran pengurusan yang berikut ialah:

(i)Pengurusan masa

- Pengurus hendaklah berkemampuan menjadualkan aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam masa
yang sangat terhad

- Menentukon tugas yong manu paling utama perlu dltakukan terlebih dahulu dalam suatu masa
yang terhad.

- contohnya, boleh menyiapkan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.


(ii)Pembuatan keputusan

-Memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

-Contohnya, pengurus pembelian membuat keputusan dalam proses pembelian mesin yang baharu
bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan kualiti produk

(c) Huraikan dua kebalkan pemencaran autoriti dalam sesebuah organisasi. [4m]

Dua kebaikan pemencaran autoriti dalam sesebuah organisasi ialah:

i.Mengurangkan beban tugas pengurus atasan. Membolehkan pengurus atasan menumpukan


perhatian kepada tugasan yang lebih utama

ii.Menggalakkan pembangunan pekerja dengan menyumbang dalam tugasan dan penyelesaian


masalah

3.(a) Jelaskan bagaimana analisis Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats (SWOT)
digunakan dalam membina perancangan strategik bagi sesebuah organisasi. [20m]

Analisis Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats (SWOT) digunakan dalam membina
perancangan strategik bagi sesebuah organisasi ialah dengan :

1.Kekuatan (Strengths)

-Merujuk kepada faktor persekitaran dalaman organisasi yang boleh membantu dalam pelaksanaan
rancangan strategic organisasi perniagaan tersebut

-Kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang
tidak ada pada organisasi lain

-Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut

-Contoh kekuatan dalaman berkaitan dengan pekerja, iaitu pekerja yang mahir,cekap,berbakat,
bersikap positif

-Contoh kekuatan dalaman berkaitan dengan kewangan, iaitu mempunyai kedudukan kewangan
yang kukuh ataupun mendapat sumber kewangan dengan mudah

2.Kelemahan (Weaknesses)

-Merujuk kepada factor persekitaran dalaman organisasi penting yang kurang atau lemah sehingga
boleh menjadi penghalang kepada pelaksanaan rancangan strategic organisasi perniagaan tersebut
-Keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan
kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran

-Kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran dan bahan mentah,
kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi
yang memuaskan

-Contohnya, sumber bahan mentah yang tidak mencukupi, bahan mentah kurang mutunya dan
bahan mental yang mahal harganya

-Contoh-contoh lain seperti pengurusan yang tidak cekap, jenama yang tidak dikenali, reputasi yang
tidak baik dan teknologi yang lapuk dan lain-lain

3.Peluang (Opportunity)

-Merujuk kepada keadaan factor persekitaran luaran organisasi yang boleh menyediakan ruang atau
peluang kepada organisasi untuk meraih pencapaian yang lebih baik

-Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang boleh
dilakukan melalui penemuan baru atau kemunculan idea atau konsep baharu atau inovatif yang
dikenalpasti dalam pasaran

-Menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam
pasaran baru

-Contohnya, perubahan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada syarikat untuk meningkatkan
jualan atau memperkenalkan produk baharu, seperti skim baucer buku untuk pelajar pengajian
tinggi akan memberi ruang untuk meningkatkan jualan bagi syarikat menerbit atau menjual buku

-Contoh-contoh lain seperti kemunculan teknologi baharu, pemansuhan sekatan dagangan


antarabangsa, kelonggaran peraturan, keadaan ekonomi dan lain-lain

4.Ancaman (Threats)

-Merujuk kepada factor persekitaran luaran organisasi yang boleh menghalang atau menyulitkan
pelaksanaan strategi organisasi bagi mencapai matlamatnya

-Kekurangan sumber-sumber yang boleh memberikan kesan negatif kepada perancangan strategi
organisasi

-Contohnya kemasukan pesaing baharu dalam sesebuah pasaran akan menyebabkan persaingan
sengit dan boleh menghalang atau mengurangkan keupayaan syarikat untuk meningkatkan jualan

-Contoh lain seperti perubahan trend dan cita rasa, kemunculan prosedur atau undang-undang
baharu, sekatan perniagaan, bencana alam dan lain-lain
(b) Jelaskan proses perancangan bagi sesebuah organisasi.

Proses perancangan bagi sesebuah organisasi ialah :

1.Menentukan matlamat dan objektif

-Pengurusan atasan akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa
pendek atau jangka masa Panjang

-Matlamat yang telah ditetapkan dijadikan panduan oleh pengurusan pertengahan dan penyelia
dalam membentuk objektif dan strategi bahagian masing-masing

-Contohnya, dalam membentuk objektif jualan, pengurus boleh meletakkan beberapa alternative
untuk objektif, seperi sasaran hasil jualan pada tahun ini ialah RM5 juta, atau sebagainya

2.Menganalisis persekitaran perniagaan

-Mengkaji persekitaran dalaman dan luaran organisasi

-Pengurus harus mengenalpasti corak persekitaran pada masa kini untuk membuat ramalan
perubahan persekitaran pada masa hadapan

-Contohnya, pengurus boleh mengkaji kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun-tahun lepas,
trend permintaan produk, cita ras pelanggan, kedapatan bahan mentah, kadar inflasi, perubahan
teknologi, dan sebagainya

3.Membentuk atau menjana alternative tindakan

-Pengurusa menyenaraikan tindakan-tindakan alternative yang akan diambil bagi mencapai objektif
organisasi

-Pengurus boleh memikirkan alternative tindakan dengan mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman dari persekitaran perniagaan

-Contohnya, untuk meningkatkan jualan, pengurus menyenaraikan alternative tindakan, iaitu


meningkatkan promosi jualan, menurunkan harga, melatih pasukan jurujual, meningkatkan kualiti
produk, dan seumpamanya

4.Menilai alternative tindakan

-Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternative yang telah dibentuk

-Menilai kemungkinan kejayaan setiap alternative yang telah dibentuk

-Penilaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan
syarikat

-Pengurus menyusun alternatf rancangan yang telah dinilai mengikut keutamaannya


-Contohnya, membuat analisis faedah-kos ke atas setiap alternative tindakan yang telah dibentuk

-Contohnya, pengurus menyusun alternative tindakan mengikut faedah yang besar atau kos yang
rendah bagi setiap alternative tindakan

5.Memilih alternative tindakan

-Pengurus akan memilih tindakan alternative yang terbaik dan dijangkakan boleh memberikan
kejayaan terhadap syarikat.

-Contohnya, pengurus memilih alternative tindakan megikut faedah yang besar

-Contohnya, pengurus memilih alternative tindakan mengikut kos yang rendah bagi setiap
alternative tindakan

You might also like