You are on page 1of 5

STPM 2015

1. (a) Huraikan dua fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam sesebuah


organisasi. (4m)

Dua fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi ialah:

1.Perancangan

-Proses mengenal pasti atau menentukan dan membentuk visi , misi ,

matlamat atau objektif , strategi , serta taktik sesebuah organisasi .

2.Pengawalan

-Proses memantau aktiviti dan pencapaian supaya rancangan yang dibuat

mencapai matlamat atau sasaran

(b) Huraikan tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi . (6m)

Tiga peringkat pengurusan dalam esebuah perniagaan ialah :

1. Pengurusan atasan atau pengurus atasan

-Merupakan pengurus besar , presiden , ketua eksekutif atau pemegang

Jawatan tertinggi .

2. Pengurusan pertengahan atau pengurus pertengahan

-Merupakan pengurus fungsian atau jabatan seperti pengurus bahagian


pemasaran , pengeluaran , kewangan , atau pengurus jabatan mengikut
produk .

3. Pengurusan bahawan atau pengurus bawahan

- Tugas atau kerja mengikut kemahiran khusus seperti penyelia pengeluaran ,


Penyelia mesin , penyelia pemasaran , penyelia akaun dan sebagainya .

Encik Amir ialah seorang pemilik syarikat pengeluar kasut . Beliau dalam
perjalanan ke sebuah negara di Afrika untuk mengenal pasti peluang
perniagaan di luar negara tersubut . Setelah beliau melawat ke beberapa
daerah di negara tersubut , beliau mendapati bahawa kebanyakan
penduduk di daerah itu tidak memakai kasut .

(c) Berdasarkan petikan di atas , dengan meggunakan analisis Strength ,


Weaknesses , Opportunity , and Threats (SWOT) , terangkan aplikasi analisis
peluang (opportunity) bagi syarikat Encik Amir . (4m)

Aplikasi analisis peluang (opportunity) bagi syarikat Encik Amir ialah :

Analisis peluang (opportunity)

-Mengenal pasti faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif
kepada pencapaian objektif .

-Pengaplikasian analisis peluang melihat kepada faktor luaran yang boleh


memberi impak positif terhadap syarikat pengeluar kasut .

Kaitan analisis peluang dalam petikan :

-Keadaan penduduk di kebanyakan daerah di sebuah negara di Afrika tersubut


yang kebanyakannya tidak memakai kasut .

-Ini memberikan peluang yang baik kepada syarikat Encik Amir untuk
memasarkan produk kasut keluarannya ke pasaran baharu bagi meluaskan
pasaran perniagaannya .

(d) Terangkan pengaruh kuasa ganjaran dan kuasa desakan ke atas


produktiviti sesebuah organisasi . (6m)

Pengaruh kuasa ganjaran ke atas produktiviti sesebuah organisasi ialah :

-Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan
wang bagi mempengaruhi produktiviti organisasi .

-Sekiranya ganjaran yang diberikan tinggi atau memuaskan hati pekerja , maka
pekerja akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi
meningkat .
Contohnya , pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang
mempunyai produktiviti yang tinggisebagai motivasi seperti kenaikan pangkat ,
pemberian bonus dan lain-lain .

Pengaruh kuasa desakan ke atas produktiviti sesebuah organisasi ialah :

-Kuasa yang mengenakan tindakan yang negatif kepada pekerja yang tidak
mematuhi kehendak organisasi .

-Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti


supaya meraka tidak dikenakan tindakan negatif .

-Contohnya , desakan dalam bentuk penurunan pangkat , pemecatan ,


pemotongan gaji dan lain-lain boleh merangsang pekerja mematuhi arahan
organisasi .

(e) Nyatakan empat kegunaan fail meja . (4m)

Empat kegunaan fail meja ialah :

i)Mengetahui senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan .

ii)Mengetahui dan memahami prosedur kerja yang perlu dilaksanakan .

iii)Menerangkan kedudukan sesuatu jawatan dalam organisasi .

iv)Mengtahui bidang kuasa yang dipunyainya .

3.(b) Terangkan lima faktor pekerjaan yang boleh mendatangkan stres


kepada pekerja dalam sesebuah organisasi . (20m)

Lima faktor pekerjaan yang boleh mendatangkan stres kepada pekarja dalam
sesebuah organisasi ialah :

1. Keperluan tugas

-Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran atau
tidak cukup kemahiran .

-Lebihan kelayakan daripada pekerjaan .


-Kekurangan kelayakan daripada pekerjaan .

2. Konflik peranan

-Merujuk kepada subordinat bertanggungjawab kepada lebih dari satu


peranan .

-Subordinat menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan


yang lebih utama . Hal ini lebih serius jika peranan pekerja lain
dipertanggungjawabkan kepada subordinat .

Contohnya , seorang penyelia akaun diarahkan oleh pengurus untuk


menjalankan peranan sebagai penyelia pemasaran . Hal ini akan menimbulkan
konflik kepada beliau .

3.Kekaburan peranan

-Pengurus tidak memberi penerangan yang jelas tentang peranan yang harus
dimainkan oleh subordinat .
-Hal ini akan menyebabkan subordinat tidak faham akan tugas dan
tanggungjawabnya .
Dalam kes ini , pengurus harus menjelaskan peranan yang harus dimainkan
oleh subordinat .
4. Gangguan seksual
-Gangguan seksual di tempat kerja mungkin kerap berlaku kepada pekerja
wanita .

-Gangguan seksual ini akan menyebabkan pekerja berasa tidak selesa dan akan
menimbulkan tekanan dan emosi .

-Bagi mengatasi masalah ini , pihak pengurusan syarikat harus menyediakan


tempat rujukan , bantuan , dan penasihat kepada pekerja wanita yang
diganggu .

5. Tempat masa

-Tempoh masa yang pendek menyebabkan pekerja mengalami kesulitan untuk


menyiapkan tugasan.
-Tempat masa yang panjang menyebabkan pekerja berasa tertekan kerana
tidak dapat melakukan aktiviti lain di luar waktu bekerja .

You might also like