You are on page 1of 3

Latihan Bab 4: Pembuatan keputusan

1. Huraikan 3 langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan. (6m)


F mengenalpasti masalah
H pembuat keputusan perlu mengenalpasti punca atau sebab masalah dan mentakrifkannya
dengan jelas.
C pengurus mendapati untung syarikat telah merosot, maka pengurus harus mengenalpasti
sama ada ia disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran, penurunan dalam permintaan atau
sebab lain.

F mengutip data
H pengurus harus mengutip data dari sumber dalaman organisasi atau sumber luaran
organisasi seperti pasaran dan pengguna.
C kaedah yang boleh digunakan ialah soal selidik, temubual,bahan bukti,pemerhatian

F menganalisis data
H pengurus harus menganalisis maklumat untuk mengesahkan masalah sebenar yang
dihadapi oleh syarikat.
C pengurus boleh mengkaji data tentang trend kos pengeluaran tahun-tahun yang lepas
sebagai langkah untuk mengurangkan kos pengeluaran

2. Huraikan 3 faktor kecekapan pembuat keputusan . (6m)


F personality
H Jika pengurus bersikap konservatif, dia akan sentiasa berhati-hati dalam mengambil
tindakan manakala pengurus yang bersikap kesempurnaan mementingkan keputusan yang
lengkap

F kreativiti
H Kemampuan menjana idea baharu untuk menyelesaikan masalah

F kebijaksanaan
H merujuk kepada tahap pengetahuan, pengalaman dan pendidikan yang dimiliki oleh
seseorang mempengaruhi proses membuat keputusan

3. Jelaskan teknik Delphie dan teknik nominal dalam pembuatan keputusan. (6m)
F teknik delphie
H kaedah pembuatan keputusan yang kreatif dan memerlukan masa yang lama. Ahli
kumpulan akan meyumbangkan idea melalui beberapa pusingan. Ahli tidak akan bersemuka
dan identity ahli dirahsiakan.

F teknik nominal
H kumpulan panel yang berstruktur yang memberi peluang kepada ahli untuk memberi idea
dan alternatif. Digunakan untuk mendapatkan idea yang terhad. Keputusan dibuat melalui
persetujuan majoriti dalam masa yang singkat.
4. Jelaskan 2 jenis keputusan dalam pengurusan organisasi pengeluaran automobile (6m)
F keputusan rutin/keputusan yang diprogramkan
H keputusan yang dibuat berdasarkan masalah yang sering berlaku
- Dibuat berdasarkan polisi , prosuder dan peraturan
C membeli komponen-komponen yang biasa bagi pengeluaran automobile

F keputusan tidak rutin/keputusan yang tidak diprogramkan


H keputusan yang tidak dirancang dan digunakan pada masa tertentu sahaja untuk
menyelesaikan masakah yang tidak berstruktur.
C pekerja berhenti secara tiba-tiba
- Persaingan daripada pengeluar automobile yang lain

5. Terangkan 2 kebaikan penggunaan alat pembuatan keputusan dalam bentuk data dan graf
(2m)
i. Persembahan grafik lebih jelas dan mudah difahami
ii. Lebih tepat dan memberi gambaran yang menyeluruh
iii. Menjimatkan kos masa dan tenaga

6. Takrifkan maksud pembuatan keputusan (1m)


-merujuk kepada satu proses penyelesaian masalah dengan memilih satu cara atau tindakan
yang terbaik antara beberapa alternatif.

7. Berikan 3 kebaikan pembuatan keputusan menggunakan teknik delphie (3m)


i. Boleh memperoleh data yang banyak daripada pelbagai pihak
ii. Setiap idea dan pendapat yang diperoleh perlu dirahsiakan identiti orang yang
memberi idea dan pendapat tersebut.
iii. Ia amat sesuai untuk mendapatkan idea yang berkaitan dengan isu-isu sensitive

8. Huraikan 2 faktor situasi pembuatan keputusan (4m)


F pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian
H merujuk kepada situasi pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap, jelas dan
tepat tentang punca masalah dan alternative penyelesaian. Kesannya, hasil yang akan
diperoleh daripada keputusan yang dibuat adalah tepat.

F pembuatankeputusan dalam keadaan risiko


H merujuk kepada situasi pembuat keputusan mempunyai maklumat yang kurang lengkap,
mencukupi dan jelas tentang punca masalah. Kesannya, hasil yang kan diperoleh daripada
keputusan yang dibuat adalah tidak jelas dan masih tertakluk kepada kebarangkalian.

9. Huraikan 2 faktor yang boleh mempengaruhi pembuat keputusan (4m)


F faktor kedapatan maklumat
H merangkumi cara atau kaedah, kualiti, kuantiti dan jangka masa mendapat maklumat yang
berkaitan dengan pembuat keputusan

F faktor kecekapan pembuat keputusan


H meliputi aspek pengalaman, pengetahuan dan ciri-ciri personaliti yang ada pada pembuat
keputusan.

You might also like