You are on page 1of 4

RJH BUKTI KEHEBATAN PERNIAGAAN KELUARGA

RJH Consultants & Services Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan keluarga yang ditubuhkan
pada 2002 dengan perniagaan teras menawarkan perkhidmatan penghantaran, insuran dan
cukai jalan. Setahun kemudian RJH mendapat lesen sebagai ejen insurans kenderaan dan
am, seterusnya syarikat memperbagaikan lagi operasi syarikat dalam segmen logistik. Pada
tahun 2004, RJH mendapat lesen daripada Jabatan Kastam sebagai ajen penghantaran
barangan. Pada penghujung 2004, RJH mendapat kontrak besar dengan Weststar Group bagi
penghantaran kenderaan impot sepenuhnya(CBU) yang tiba dari Pelabuhan Klang ke Pusat
Pemeriksaan Pra Penghantaran (PDI) di Kota Kemunting. Apabila kerajaan memperkenalkan
Dasar Automatif Nasional baharu pada tahun 2006 yang mana AP francais hanya diberikan
kepada syarikat berkaitan kerajaan(GLC) pendapatan RJH mula terjejas. "Pendapatan syarikat
susut ketara, tetapi kami berusaha mengekalkan kakitangan di RJH. Tidak ada seorang pun
pekerja dibuang , mereka bagai ahli keluarga kami" kata pengarah urusan RJH En Mohd
Hafiz Abdul Rashid, 38tahun. Berikutan reputasi baik RJH dengan Weststar,DRB Hicom
menawarkan RJH menjadi satu daripada ejen pengangkutan kenderaannya menyebabkan
Syarikat RJH memperbesarkan pengangkutan kenderaan dengan modal berbayar RM1.5 juta.
Lengkaplah kini RJH menjadi usaha niaga keluarga. Bapa beliau selaku pengarah eksekutif
bertindak sebagai penasihat, manakala dia adiknya , Mohd Hanif,37 sebagai Pengarah
Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab mengurus pengangkutan kenderaan,
pengangkutan kargo dan pergudangan. Muhammad Hakim 26,mengurus aspek pemasaran
dan operasi sebagai ejen penghantaran dan perkapalan, manakala sepupunya Muhammad
Ashraff Ismailudin mengetuai perniagaan sebagai ejen insuran.

Bermula dengan dua orang pekerja, Mohd Hafiz dan sepupunya, hari ini RJH terbabit
dalam empat perniagaan iaitu insurans, ejen perkapalan, pengangkutan kenderaan dan
barangan komersial serta fret. Syarikat memiliki kenderaan yang mencukupi dan jumlah
kakitanganya seramai 47 orang, dengan cawangan di seberang Jaya, Pulau Pinang. RJH
mendapat persijilan ISO:9001:2008(Sijil Pengurusan Kualiti) pada 2011 hingga kini.
Mengenai perancangan masa depan, Mohd Hafiz berkata pihaknya akan menceburi dalam
skala yang lebih besar dalam segmen pergudangan. Beliau menyifatkan kekuatan syarikat
terletak pada gabungan ahli keluarga dibawah satu bumbung.

(Disesuaikan daripada info Bisnes Berita Harian Mac 2016

Berdasarkan kes diatas,

a) Jelaskan fungsi pengurusan yang telah dijalankan oleh pengarah Urusan RJH Consultants
dan Services Sdn Bhd (12m)

b) Apakah jenis penjabatan bagi syarikat RJH dan lukis jenis penjabatan tersebut serta
jelaskan ciri-ciri penjabatan syarikat tersebut.(8m)

c)Syarikat RJH telah melakukan perancangan strategi. Jelaskan perancangan ini dari segi
Penyedia, Skop kandungan, jangkan masa, Kapasiti maklumat dan isi kandungan
perancangan. (10m)
Cadangan Skema:

a) Fungsi Pengurusan

Fungsi (1m) Huraian fungsi(1m) Kaitan kes(1m)


Perancangan Satu proses menentukan matlamat En Mohd Hafiz Abdul Rashid, 38tahu
organisasi yang ingin dicapai dan merupakan pengarah urusan RJH, maka belia
membentukan tindakan yang paling dan pasukan pengurusanya bertanggungjawa
sesuai untuk diambil bagi mencapai menentukan matlamat organisasi
matlamat tersebut menceburi dalam skala yang lebih besar dalam
segmen pergudangan.
, tetapi kami berusaha mengekalka
kakitangan di RJH. Tidak ada seorang pu
pekerja dibuang , mereka bagai ahli keluarg
kami

Pengorganisasian Satu proses penyusunan dan i. Mengagihkan sumber manusia. Bap


pengagihan sumber manusia dan beliau selaku pengarah eksekutif bertinda
sumber lain untuk melaksanakan tugas sebagai penasihat, manakala dia adiknya
yang telah ditetapkan bagi mencapai Mohd Hanif,37 sebagai Pengara
matlamat organisasi Pembangunan Perniagaan bertanggungjawa
mengurus pengangkutan kenderaan
pengangkutan kargo dan pergudangan
Muhammad Hakim 26,mengurus aspe
pemasaran dan operasi sebagai eje
penghantaran dan perkapalan, manakal
sepupunya Muhammad Ashraff Ismailudi
mengetuai perniagaan sebagai ejen insuran
ii. seramai 47 orang, dengan cawangan d
seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kepimpinanan Satu proses mempengaruhi gelagat Menganggap pekerja sebagai ahli keluarga
pekerja agar mereka dapat "Pendapatan syarikat susut ketara, tetapi kam
melaksanakan tugas yang diberikan berusaha mengekalkan kakitangan di RJH
dengan cekap dan berkesan bagi Tidak ada seorang pun pekerja dibuang
mencapai matlamat organisasi mereka bagai ahli keluarga kami" kat
pengarah urusan RJH En Mohd Hafiz.

Pengawalan Satu proses mengukur prestasi i. Menjalankan kawalan yang teliti sehing
organisasi berbanding dengan prestasi RJH mendapat persijilan ISO:9001:2008(Sij
kerja semasa dan mengambil tindakan Pengurusan Kualiti) pada 2011 hingga kini.
susulan untuk memastikan hasil kerja
akhir tercapai seperti yang telah
ditetapkan
b) Penjabatan mengikut Fungsi (1m)

Encik Abdul Rashid


Pengarah Eksekutif RJH(1m)

En Mohd Hafiz Abdul Rashid


Pengarah Urusan RJH (1m)

Mohd Hanif Muhammad Hakim Pengarah Muhammad Ashraff


Pengarah Pembangunan pemasaran dan operasi (1m) Ismailudin
Perniagaan (1m) Ejen insuran(1m)

ciri-ciri

i. Pengumpulan aktiviti,tugas,pekerja mengikut kesamaan kemahiran, kepakaran,aktiviti


kerja dan sumber yang digunakan(1m)-Penjabatanan pembangunan
perniagaan,penjabatanan pemasaran dan operasi, Penjabatanan insurans

ii. Pengasingan jabatan dilakukan bagi mencapai ekonomi berskala berdasarkan


pengkhususan kerja(1m)-cth Jabatan Pembangunan Perniagaan, bertanggungjawab
mengurus pengangkutan kenderaan, pengangkutan kargo dan pergudangan.

iii. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut kesamaan dalam kepakaran, kemahiran dan
aktiviti kerja(1m), cth En Abdul Rashid sebagai penasihat kepada anak-anaknya
c) Perancangan strategik dari segi

Fakta Huraian (1m) Kaitan (1m)


Penyedia o Perancangan dibuat oleh En Mohd Hafiz Abdul Rashid, 38tahun merupaka
pengurus peringkat atasan pengarah urusan RJH, maka beliau dan pasuka
pengurusanya bertanggungjawab menentuka
matlamat organisasi

Skop kandungan o Skop perancangan strategik i. RJH telah terbabit dalam empat perniagaan iait
adalah umum dan menyeluruh insurans, ejen perkapalan, pengangkutan kenderaan da
barangan komersial serta fret dan perancangan mas
depan, Mohd Hafiz berkata pihaknya akan mencebu
dalam skala yang lebih besar dalam segme
pergudangan
ii. mengekalkan reputasi yang baik sebagai eje
pengangkutan kenderaan

Jangka masa o Perancangan strategik Perancangan masa depan, Mohd Hafiz berkata pihakny
merupakan perancangan tempoh akan menceburi dalam skala yang lebih besar dalam
masa panjang.Lima hingga segmen pergudangan
10tahun

Liputan o Perancangan strategik En Mohd Hafiz Abdul Rashid merupakan pengara


maklumat melibatkan perancangan dalaman urusan RJH menyediakan beberapa alternatif kepad
dan luaran organisasi. meliputi perancangan asal seperti ketika kerajaa
aktiviti penganalisisan memperkenalkan Dasar Automatif Nasional bahar
organisasi,persekitaran dalaman pada tahun 2006 yang mana AP francais hanya diberika
dan luaran juga potensinya untuk kepada syarikat berkaitan kerajaan(GLC) pendapatan RJH
berkembang pada masa depan. mula terjejas.

Isi kandungan o Perancangan strategik ialah i. RJH menetapkan matlamat utk menceburi dalam
perancangan satu kerangka kerja dan halatuju skala yang lebih besar dalam segmen pergudangan
untuk mencapai matlamat masa ii. Mengekalkan prestasi bagi mendapat persijila
depan organisasi dan ISO:9001:2008(Sijil Pengurusan Kualiti) pada 2011 hingg
bewrtanggungjawab menentukan kini.
misi, visi dan gol

You might also like