You are on page 1of 9

JAWAPAN BAHAGIAN A – PENGURUSAN

1. Konsep keberkesanan dan kecekapan dalam sebuah kilang membuat sos cili ialah :
i. Keberkesanan
- Keberkesanan ialah melakukan sesuatu kerja yang betul seperti menetapkan matlamat yang betul
dan memilih kaedah yang tepat dalam mencapai matlamat yang ditetapkan
- Keberkesanan sebuah syarikat bererti menyediakan suatu produk atau perkhidmatan yang
mempunyai nilai kepada pelanggan
- KIlang pembuat sos cili telah menetapkan pembuatan sos cili yang mempunyai spesifikasi yang
ditetapkan dan pekerja Berjaya membuat sos cili mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

ii. Kecekapan
- Kecekapan ialah melakukan sesuatu kerja yang betul iaitu sesuatu tugas yang dilakukan dengan
menggunakan sumber yang minimum iaitu dapat mengurangkan kos pengeluaran dan
mengurangkan pembaziran sumber.
- Kilang sos cli mengeluarkan produk sos cili berkualiti tinggi pada kos yang rendah dikatakan cekap.

2. Dua jenis kawalan yang digunakan oleh organisasi ialah :


i. Kawalan dalaman
- Sistem dalaman yang digunakan oleh organisasi untuk memastikan bahawa organisasi berjalan
pada landasan yang betul.

ii. Kawalan luaran


- Kawalan di luar organisasi yang bertindak untuk mengawal tindak tanduk organisasi dan pekerja
seperti kerajaan atau organisasi lain.

3.
i. Bentuk penjabatan yang sesuai untuk Kumpulan Media Prima ialah :
- Penjabatanan mengikut divisyen

ii. Gambar rajah carta organisasi bagi Kumpulan Media Prima ialah :

Kumpulan Pengerusi

Kumpulan Pegawai Kumpulan Pengarah Ketua Pegawai


Pengerusi Pengurusan Eksekutif

Kumpulan
Pengurusan
Penyutingan

4. Empat kepentingan pembinaan pasukan dalam sesebuah organisasi ialah :


- Meningkatkan motivasi ahli pasukan dalam usaha mencapai matlamat pasukan secara berkesan.
- Membantu dan mengawal gelagat dan disiplin ahli-ahli kumpulan.
- Kerjasama antara ahli paukan dapat meningkatkan persefahaman dan sosialisasi antara mereka.
- Membantu organisasi dalam melatih pekerja memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu.
5. Maksud kemahiran teknikal dan contoh yang berkaitan dengan pengurusan sebuah kilang perabot
ialah :
- Kemahiran pengurus untuk menggunakan kaedah-kaedah, prosedur, teknik, sistem, peralatan dan
pengetahuan dalam bidang yang khusus untuk melaksanakan tugas atau kerjanya.
- Kemahiran ini mampu membuat penyeliaan yang berkesan berkaitan dengan aspek teknikal
semasa proses pengeluaran.
- Penyeliaan penggunaan mesin dalam pengeluaran perabot,mahir dalam sistem maklumat
pengurusan (MIS) untuk meneliti pelbagai pelaporan.

6. Langkah X, Y, Z ialah :
X : Membentuk alternatif tindakan
- Pengurus menyenaraikan beberapa tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif
organisasi.
Y : Menilai alternatif
- Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif yang dihasilkan
Z : Menilai alternatif tindakan
- Pengurus akan memilih tindakan alternatif yang terbaik dan dijangkakan boleh memberikan
kejayaan kepada syarikat.

7. Amalan gaya kepimpinan yang sesuai bagi pengurus syarikat swasta berdasarkan pekerja
bercirikan Teori X dan Teori Y ialah :
i. Teori X : Kepimpinan autokratik
- Pekerja diandaikan tidak suka berkerja,perlu dipaksa bekerja ,malas,hanya bekerja apabila ada
insentif kewangan dan tidak suka kepada perubahan.
- Oleh itu,pengurus syarikat swasta perlu sentiasa memberi arahan,meningkatkan kawalan dalaman
dan luaran serta menawarkan insentif kepada pekerja.

ii. Teori Y : Kepimpinan Demokratik


- Pekerja diandaikan suka bekerja ,bertanggungjawab,mempunyai komitmen terhadap
kerja,bermotivasi tinggi ,bijak dan bertenaga.
- Oleh itu,pengurus syarikat swasta perlu sentiasa memberi kuasa dan autonomi,memberi
kepercayaan dan melibatkan pekerja dalam proses pembuatan keputusan.

8. Langkah proses kawalan ialah:


i. Menetapkan standard
ii. Mengukur pencapaian
iii. Membandingkan pencapaian dengan standard
iv. Membuat langkah pembetulan

9. Konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasar raya ialah :
i. Keberkesanan
- Melakukan sesuatu kerja yang betul dan tepat seperti menetapakan matlamat yang betul dan
memilih kaedah tepat dalam mencapat matlamat ditetapkan.
- Pasar raya yang menerima pesanan daripada pelanggan akan menyiapkan pesanan tersebut seperti
yang dipesan oleh pelanggan.

ii. Kecekapan
- Melakukan kerja dengan betul supaya mengurangkan pembaziran atau meningkatkan output
- Pasar raya yang menerima pesanan daripada pelanggan dan memastikan pesanan disiap tepat
pada waktunya.
10. Dua jenis perancangan mengikut peringkat dalam sesebuah organisasi ialah :
i. Rancangan strategik
- Merupakan rancangan menyeluruh dan menetapkan hala tuu organisasi.

ii. Rancangan taktikal


- Menetapakan cara atau langkah untuk mencapai rancangan strategik.

11. Dua kebaikan pemencaran autoriti dalam pengorganisasian ialah :


- Mengurangkan beban tugas pengurus atasan.Ini dapat membolehkan pengurus atasan
menumpukan perhatian kepada tugasan yang lebih utama.
- Meningkatkan motivasi dan kepuasan pekerja menyebabkan pekerja berasa dihargai oleh pihak
pengursan.

12. Pengaruh kuasa ganjaran dan kuasa desakan ke atas produktiviti sesebuah organisasi ialah :
i. Kuasa ganjaran
- Kuasa yang memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang kepada perkerja
bagi mempengaruhi produktiviti organisasi atau mendatangkan kebaikan kepada organisasi.
- Sekiranya ganjaran diberikan tinggi,maka pekerja akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan
produktiviti organisasi meningkat.
- Pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi
sebagai motivasi seperti bonus ,kenaikan pangkat dan lain-lain.

ii. Kuasa Desakan


- Kuasa untuk mengenakan tindakan yang negative kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak
organisasi.
- Oleh itu,pekerja akan bersungguh-sungguh meningkatkan produktiviti supaya mereka tidak
dikenakan tindakan negatif.
- Pengurus mengugut untuk mengambil tindakan tatatertib pekerja ingkar arahan.

13. Tiga keperluan kemahiran konseptual bagi pengurusan atasan ialah :


- Pengurus boleh melihat organisasi secara keseluruhan, memahami perkaitan antara setiap jabatan
dalam organisasi ,mengenal pasti pengaruh persekitaran dalaman dan luaaran terhadap organisasi.
- Pengurus dapat melihat perkaitan antara organisasi perniagaan dengan persekitaran seperti
pelanggan,pesaing,pembekal ,kerajaan dan sebagainya.
- Pengurus mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
organisasi,melihat peluang serta ancaman daripada persekitaran luaran.

14. Maksud perancangan dan pengorganisasian serta perkaitannya ialah :


i. Perancangan merujuk kepada proses menentukan matlamat organisasi dan memilih strategi atau
tindakan yang paling sesuai untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.
ii. Pengorganisasian ialah proses menyusun dan mengagih atau menyelaras sumber manusia dan
sumber fizikal untuk malaksanakan tugas supaya dapat mencapai matlamat organisasi secara cekap
dan berkesan.
iii. Pengorganisasian dan perancangan ialah fungsi pengrusan.
Iv. Perancangan dilaksanakan dahulu, diikuti dengan pengorganisasian.
v. Perancangan bertujuan untuk menetapkan matlamat, sedangkan pengorganisasian bertujuan
untuk mengatur sumber-sumber organisasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

15. Faktor penjagaan (hygiene) mengikut teori dua faktor oleh Frederick Herzberg ialah :
i. Merupakan faktor luaran kerja (ekstrinsik) iaitu persekitaran kerja yang apabila wujud dan
mencukupi akan mengekalkan pekerja dalam organisasi dan menyenangkan perasaan pekerja.
ii. Contohnya, gaji yang berpatutan, faedah yang dinikmati keselesaan tempat kerja, dasar dan
peraturan organisasi yang adil serta hubungan yang harmoni antara pekerja dan majikan.
iii. Faktor kesihatan yang baik dapat mengurangkan atau menghapuskan ketidakpuasan kerja dan
ianya tidak menambahkan kepuasan kerja.

16. Tiga kepentingan pengawalan bagi sebuah kilang biskut ialah :


i. Memberikan maklumat dan maklumbalas mengenai piawai yang telah diarahkan.
ii. Memastikan setiap proses operasi menetapi piawai yang telah ditetapkan dengan
membandingkan prestasi sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan.
iii. Mengelakkan sebarang penyimpangan atau penyelewengan dari matlamat yang ditetapkan.

17. Tiga langkah terakhir dalam proses pembentukan pasukan ialah :


i. Penyesuaian
- Peringkat harmoni wujud apabila semua permasalahan dan konflik yang timbul telah diselesaikan.

ii. Pelaksanaan
- Apabila satu pasukan telah sampai ke peringkat harmoni dalam kalangan ahli, pasukan mula
bertindak sebagai satu unit dan setiap ahli menyokong antara satu sama lain.

iii. Penangguhan
- Pembentukan satu pasukan mempunyai matlamat dan perlu dilaksanakan. Apabila sesuatu tugas
telah disempurnakan, ini bermakna matlamat penubuhan pasukan tercapai.

18. Dua jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam sebuah organisasi ialah :
i. Kuasa sah
- Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang sah disandangnya atau
kedudukan yang formal dalam organisasi.

ii. Kuasa ganjaran


- Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang kepada pekerja
bagi mempengaruhi produktiviti organisasi atau mendatangkan kebaikan kepada organisasi.

19. Dua perbezaan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal ialah :
Dimensi Pemimpin formal Pemimpin tidak formal
Matlamat Untuk memenuhi matlamat organisasi. Untuk memenuhi objektif kumpulan.

Bidang kuasa Mengikut perundangan dan peraturan Kuasa yang diberi oleh kumpulan
organisasi. tertentu.

20. Dua jenis kemahiran pengurusan ialah :


i. Kemahiran konseptual
- Kebolehan pengurus melihat keperluan dan agihan daripada perspektif organisasi secara
keseluruhan yang meliputi interaksi daripada pelbagai jabatan dalam syarikat dan juga kesan
daripada persekitaran luar syarikat seperti pengaruh komuniti, sosial dan lain-lain.

ii. Kemahiran teknikal


- Kemahiran pengurus untuk menggunakan kaedah-kaedah, prosedur, teknik, sistem, peralatan dan
pengetahuan dalam bidang yang khusus untuk melaksanakan tugas atau kerjanya.

21. Tiga jenis keperluan manusia dalam Teori Motivasi McClelland ialah :
i. Keperluan untuk pencapaian
- Merujuk kepada keinginan untuk melaksanakan sesuatu yang sukar, mencapai piawaian kejayaan
yang tinggi, memahirkan diri dalam melakukan tugas-tugas yang kompleks dan menandingi orang
lain.

ii. Keperluan untuk perhubungan


- Merujuk kepada keinginan untuk mengekalkan perhubungan peribadi yang rapat, mengelakkan
konflik dan mewujudkan persahabatan yang mesra dengan orang lain.

iii. Keperluan untuk kuasa


- Merujuk kepada keinginan untuk mempengaruhi atau mengawal orang lain, bertanggungjawab ke
atas orang lain dan mempunyai autoriti ke atas orang lain.

22. Kaedah mengurus stres yang boleh dilakukan melalui pendekatan organisasi ialah :
i. Pemilihan dan penempatan pekerja
- Pihak pengurusan harus menggunakan kaedah pemilihan pekerja yag disyorkan agar dapat memilih
pekerja yang benar-benar berkeupayaan dan sesuai dalam menjalankan kerja mereka.

ii. Program kaunseling


- Pekerja yang menghadapi masalah hubungan sosial, kerjaya dan personal, maka mereka boleh
mendapatkan nasihat daripada unit kaunseling.

iii. Program sokongan keluarga


- Program seperti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak dapat membantu pekerja meringankan
masalah keluarga mereka.

23. Dua jenis manual organisasi yang menjadi rujukan pekerja ialah :
i. Fail meja
- Dokumen rujukan bagi peringkat individu atau sesuatu jawatan, mengandungi carta organisasi,
objektif jabatan dan prosedur kerja berkaitan jawatan yang disandang.

ii. Prosedur kualiti


- Dokumen yang disediakan oleh organisasi untuk memastikan rekod kualiti diwujudkan dan
diselenggara sebagai bukti pematuhan standard dan pelaksanaan sisitem kualiti.

24. Prinsip pengurusan Fayol ialah :


i. Ganjaran
- Ganjaran yang diberikan kepada semua pekerja dan majikan hendaklah adil serta sama rata.

ii. Pembahagian kerja


- Pengkhususan kerja dilakukan oleh setiap pekerja untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

25. Perbezaan dua jenis perancangan mengikut peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi
mengikut jangka masa dan kegunaannya ialah :
Dimensi Rancangan strategik Rancangan operasi
Jangka masa Jangka masa panjang iaitu lebih Jangka masa pendek iaitu kurang dari
dari 5 tahun. 1 tahun.

Kegunaan Mencapai objektif menyeluruh Mengawal operasi harian.


syarikat iaitu visi dan misi syarikat.
26. Dokumen-dokumen manual organisasi yang digunakan dalam syarikat T’Lekor Sdn. Bhd. ialah :
i. Fail meja
- Dokumen rujukan bagi peringkat individu atau sesuatu jawatan, mengandungi carta organisasi,
objektif jabatan dan prosedur kerja berkaitan jawatan yang disandang.

ii. Prosedur kualiti


- Dokumen yang disediakan oleh organisasi untuk memastikan rekod kualiti diwujudkan dan
diselenggara sebagai bukti pematuhan standard dan pelaksanaan sisitem kualiti.

iii. Manual prosedur kerja


- Dokumen rujukan utama bagi melakukan sesuatu tugas dalam organisasi atau jabatan meliputi
fungsi dan objektif, prosedur-prosedur yang harus diikuti, pegawai dan pekerja yang
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti.

27. Penggunaan Cara Laluan Genting (CPM) dalam pengawalan suatu projek pembinaan bangunan
ialah :
i. Melicinkan perjalanan projek pembinaan bangunan.
ii. Mengenal pasti jangka masa penyiapan setiap aktiviti dalam projek pembinaan bangunan.
iii. Mengenal pasti aktiviti yang penting dalam projek pembinaan bangunan.
iv. Membantu pengurus melakukan kawalan dari segi kos.

28. Dua prinsip yang diperkenalkan oleh Henry Fayol ialah :


i. Autoriti
- Merupakan hak dan kuasa untuk memberi arahan kerja serta menerima ketaatan melalui
tanggungjawab yang diberikan.

ii. Esprit de Corps


- Menekankan semangat kerjasama dan berpasukan supaya dapat menyempurnakan tugas serta
mengukuhkan organisasi melalui perpaduan yang wujud di kalangan pekerja.

29. Jenis perancangan peringkat pertengahan dalam sebuah syarikat automobil ialah :
i. Rancangan taktikal
- Rancangan jangka masa sederhana (1-3 tahun) yang dibentuk oleh pengurusan pertengahan.
- Merupakan cara yang digunakan untuk mencapai matlamat rancangan strategik yang telah
ditetapkan.
- Menterjemahkan rancangan strategik yang luas ke dalam bentuk matlamat yang lebih spesifik dan
lebih mudah difahami.

30. Proses pengorganisasian dalam sebuah perniagaan yang dijalankan ialah :


i. Penentuan objektif
ii. Pengenalpastian altiviti
iii. Pengelasan akitiviti
iv. Pengelompokan aktiviti
v. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab

31. Tiga jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam sebuah organisasi ialah :
i. Kuasa sah
- Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang sah disandangnya atau
kedudukan yang formal dalam organisasi.

ii. Kuasa ganjaran


- Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang kepada pekerja
bagi mempengaruhi produktiviti organisasi atau mendatangkan kebaikan kepada organisasi.

iii. Kuasa rujukan


- Kebolehan seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pekerja melalui ciri-ciri peribadi, perlakuan
atau karisma yang ada padanya dan boleh dicontohi oleh para pekerja.

32. Gaya kepimpinan yang sesuai dalam menangani tingkah laku pekerja mengikut teori McGregor
ialah :
i. Gaya kepimpinan autokratik
- Merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya atau
berunding kepada rakan sejawat ataupun pekerja.
- Penugasan autoriti kurang dilakukan dan sifat tanggungjawab pekerja di tahap minimum.

ii. Gaya kepimpinan demokratik


- Pengurus memberi kebebasan kepada pekerja atau staf bawahan untuk menyumbang idea dan
berbincang dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan akhir masih terletak dalam tangan
pengurus.
- Penugasan banyak dilakukan dengan hasrat memantapkan kemahiran pekerja.

33. Dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan ialah :


i. Usahawan
- Pengurus berusaha untuk meningkatkan perniagaan dengan menjana, memilih dan melaksanakan
idea-idea baru secara inovatif, kreatif dan kritis.

ii. Perunding
- Merupakan juru unding organisasi dengan pihak luar seperti pembekal, pemodal, kerajaan,
kesatuan sekerja dan lain-lain.

34. Konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasar raya ialah :
i. Keberkesanan
- Melakukan sesuatu kerja yang betul dan tepat seperti menetapakan matlamat yang betul dan
memilih kaedah tepat dalam mencapat matlamat ditetapkan.
- Pasar raya yang menerima pesanan daripada pelanggan akan menyiapkan pesanan tersebut seperti
yang dipesan oleh pelanggan.

ii. Kecekapan
- Melakukan kerja dengan betul supaya mengurangkan pembaziran atau meningkatkan output
- Pasar raya yang menerima pesanan daripada pelanggan dan memastikan pesanan disiap tepat
pada waktunya.

35. Konsep pengorganisasian dalam syarikat pengangkutan awam ialah :


i. Rantaian arahan
- Melibatkan rantaian perintah yang jelas dan tidak ada sekatan atau halangan dalam
menghubungkan antara setiap pekerja dalam syarikat pengangkutan awam dengan pekerja di
peringkat lebih tinggi iaitu pengurus pengangkutan awam.

ii. Pemusatan autoriti


- Segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah hanya dibuat
oleh pengurus pengangkutan awam sahaja.
iii. Pemencaran autoriti
- Segala pembuatan keputusan mengenai sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah yang diagihkan
oleh pengurus pengangkutan awam kepada peringkat penyelia adalah besar dan meluas.

36. Proses kawalan dalam perniagaan ialah :


i. Menetapkan standard
ii. Mengukur pencapaian
iii. Membandingkan pencapaian dengan standard
iv. Membuat langkah pembetulan

37. Peranan bermaklumat (informational) seorang pengurus mengikut teori Mintzberg ialah :
i. Pengawas
- Pengurus peka terhadap perubahan pesekitaran dalaman dan luaran organisasi dengan
memperolehi maklumat berguna untuk manfaat organisasi sama ada daripada pihak dalam atau luar
organisasi.

ii. Penyampai
- Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada pekerja dalam organisasinya bagi melaksanakan
tugas-tugas berbentuk fakta, pentafsiran dan angka.

iii. Jurucakap
- Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada pihak lain di luar organisasi atau pihak
berkepentingan berkaitan dengan perancangan, polisi, tindakan dan keputusan organisasi.

38. Empat keperluan kemahiran teknikal kepada seorang penyelia pengeluaran ialah :
i. Kemahiran pengurus untuk menggunakan kaedah-kaedah, prosedur, teknik, sistem, peralatan dan
pengetahuan dalam bidang yang khusus untuk melaksanakan tugas atau kerjanya.
ii. Kemahiran ini diperlukan bagi tujuan mengoperasi mesin dan peralatan serta penggunaan
prosedur dan kaedah untuk melakukan kerja dalam organisasi.
iii. Berkebolehan memberi tunjuk ajar dan melatih subordinat tentang perkara teknikal dalam semua
aktiviti dan operasi.
iv. Mampu membuat penyeliaan yang berkesan berkaitan dengan aspek teknikal semasa proses
pengeluaran.

39. Konsep jangkauan kawalan luas dan jangkauan kawalan sempit ialah :
i. Jangkauan kawalan luas
- Merujuk kepada keadaan seorang ketua atau pengurus mengawal bilangan pekerja yang ramai.

ii. Jangkauan kawalan sempit


- Merujuk kepada keadaan seorang ketua atau pengurus mengawal bilangan pekerja yang sedikit.

40. Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi ialah:


i. Pemimpin tidak formal merupakan individu yang dapat mempengaruhi perlakuan orang lain
disebabkan oleh sifat-sifat peribadinya.
ii. Pemimpin tidak formal mungkin pekerja biasa, pengrus, penyelia atau kerani, tetapi mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap pekerja lain.
iii. Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perlakuan orang lain untuk mencapai matlamat
tertentu disebabkan oleh kepakaran, kemahiran, pengetahuan, dan sebagai tempat rujukan pekerja
bagi sesuatu perkara atau isu tertentu.

41. Dua prinsip Teori Birokrasi Pengurusan ialah :


i. Hierarki dan autoriti yang jelas dapat menunjukkan perhubungan dan tanggungjawab terhadap
sesuatu tugas yang ditetapkan.
ii. Pengalaman peraturan dan prosedur formal dapat mewujudkan kesamarataan dalam membuat
keputusan.

42. Langkah X dan Y ialah :


i. X : Peributan
Kesan X : Wujud konflik antara ahli kerana sebarang masalah yang timbul tidak mudah diterima.

ii. Y : Pelaksanaan
Kesan Y : Setiap ahli pasukan komited antara satu sama lain dan menjalankan tugas masing-masing
agar matlamat pasukan tercapai.

43. Carta penjabatanan mengikut matriks ialah :

Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus


Pemasaran Kewangan Pengeluaran

Pengurus Pekerja Pekerja Pekerja


Produk A Pemasaran 1 Kewangan 1 Pengeluaran 1

Pengurus Pekerja Pekerja Pekerja


Produk B Pemasaran 2 Kewangan 2 Pengeluaran 2

44. Pemimpin tidak formal boleh mempengaruhi keberkesanan organisasi ialah:


i. Pemimpin tidak formal merupakan individu yang dapat mempengaruhi perlakuan orang lain
disebabkan oleh sifat-sifat peribadinya.
ii. Pemimpin tidak formal mungkin pekerja biasa, pengrus, penyelia atau kerani, tetapi mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap pekerja lain.
iii. Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perlakuan orang lain untuk mencapai matlamat
tertentu disebabkan oleh kepakaran, kemahiran, pengetahuan, dan sebagai tempat rujukan pekerja
bagi sesuatu perkara atau isu tertentu.

You might also like