You are on page 1of 12

SULIT PERCUBAAN STPM 2020

946/2 STPM 2020

PENGAJIAN PERNIAGAAN

PENGGAL 2 TAHUN 2020


( Satu jam empat puluh lima minit )

SKEMA JAWAPAN

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak

Bahagian A [50 markah]

1
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

SKEMA JAWAPAN DICADANGKAN SAHAJA

Jawab semua soalan

1. Huraikan dua peranan pengurus sebagai pembuat keputusan (decision maker).


[4 markah]

Peranan pengurus sebagai pembuat keputusan ialah


i. Sebagai usahawan[1]
- bertanggungjawab mengurus dan menggendalikan pengurusan, berusaha
meningkatkan perniagaan dengan melaksanakan idea-idea baharu, berfikir kreatif,
kritis dan inovatif.[2]
ii. Sebagai pengagih sumber[1]
- Bertanggungjawab mengagihkan sumber organisasi atau faktor pengeluaran
seperti bahan mentah, kewangan, modal, dan sumber manusia kepada jabatan
tertentu mengikut keperluan organisasi.[1]
iii. Sebagai penyelesai masalah[1]
- Berperanan menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi dan menangani
masalah yang timbul di dalam dan luar organisasi[1] 2F=2H=4M

1. Terangkan konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah


pasaraya. [4 markah]

Konsep keberkesanan dalam pengurusan sesebuah pasaraya.


- [Kemampuan pengurus atau pekerja pasaraya untuk melaksanakan segala aktiviti
atau kerja yang][1] mempunyai sistem susun atur barangan di rak-rak dan
pelabelan mampu meningkatkan keuntungan syarikat yang telah di rancang agar
matlamat organisasi dapat dicapai. [1]

Konsep kecekapan dalam pengurusan sesebuah pasaraya.


- Kemampuan pengurus atau pekerja pasaraya untuk melaksanakan segala aktiviti
atau kerja dalam organisasi dengan cara terbaik[1] melebihi matlamat yang
dirancang iaitu memastikan pelanggan atau pekerja dengan mudah dan cepat
mencari barangan di rak-rak kerana adanya sistem susun atur dan pelabelan
barangan yang sistematik. [1] MAKSUD+CONTOH=2+2=4M

2. Huraikan konsep perorganisasian yang berikut dalam syarikat pengangkutan awam:


(i) Rantaian arahan [2 markah]

- Merupakan rantaian perintah yang jelas, tiada sekatan, dan tidak putus-putus
dalam menghubungkan antara setiap pekerja][1]
-CONTOH pemandu dalam organisasi dengan pekerja di peringkat lebih
tinggi daripada penyelia dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
pengurus operasi yang wujud dalam carta organisasi.[1]

2
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

(ii) Pemusatan autoriti [2 markah]


- Merupakan konsep yang berkaitan dengan segala pembuatan keputusan
mengenai sesuatu aktiviti atau kaedah penyelesaian masalah[1].
- Contohnya, tugas mengenai jadual pemandu dan haluan perkhidmatan
hanya dibuat oleh pengurus atasan sahaja.[1]

(iii) Pemencaran autoriti [2 markah]

- merupakan konsep yang berkaitan tentang segala pembuatan keputusan


mengenai sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah.[1]
- contohnya, tugas menyediakan jadual pemandu dan laluan perkhidmatan
didelegasikan oleh pengurusan peringkat atasan kepada peringkat penyelia.[1]
1H+1C=2x3=6m

3. Nyatakan proses kawalan dalam perniagaan. [4 markah]

Proses kawalan dalam perniagaan:


i. Menetapkan standard
ii. Mengukur pencapaian atau prestasi semasa
iii. Mengukur pencapaian dengan standard
iv. Membuat langkah pembetulan 4F=4M[urutan betul]

4. Seseorang yang berkontrak mesti merupakan seorang dewasa. Di Malaysia,


seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas di anggap dewasa. Oleh itu, mana-mana
kontrak yang dibuat oleh mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah
batal. Namun, wujud pengecualian terhadap syarat ini.
Huraikan tiga pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan
berkontrak menurut Akta Kontrak 1950. [6 markah]

Pengecualian terhadap syarat umur dewasa dalam unsur keupayaan berkontrak


menurut Akta Kontrak 1950.
1. Kontrak untuk keperluan hidup [1]
 Kontrak yang membolehkan seorang kanak-kanak bawah 18 tahun membeli
barang keperluan hidup seperti makanan, pakaian dan pendidikan (tidak
termasuk barang mewah seperti telefon bimbit). [1]

2. Kontrak Biasiswa [1]


 Perjanjian biasiswa yang dibuat antara seorang pelajar berumur 17 tahun
dengan mana-mana badan kerajaan atau swasta dianggap mengikat.[1]

3. Kontrak Insurans[1]
 Seorang kanak-kanak di bawah 16 tahun boleh memasuki perjanjian insurans
dengan mana-mana syarikat insurans dengan mendapat kebenaran daripada ibu
bapa atau penjaga. [1] 3F+3H-6M

3
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

4. Kontrak Perkahwinan[1]
 Merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak
tidak boleh membuat kontrak. Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa
boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat
dikuatkuasakan di mahkamah.[1]
[Fakta=1m,
Huraian=6M]

5. Nyatakan lima elemen penting penerimaan. [5 markah]

Lima elemen penting penerimaan ialah,


1. Jelas, pasti dan tidak bersyarat. [1]
2. Dibuat secara biasa dan munasabah. [1]
3. Penerimaan mestilah dikomunikasikan. [1]
4. Penerimaan dalam jangkamasa yang munasabah[1]
5. Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.
[1] 5F=5M

6. Berikan empat tujuan komunikasi dari atas ke bawah. [4 markah]

a. Pihak atasan menerangkan berkaitan polisi seperti kenaikan pangkat, kenaikan gaji
dan skim pencen.[1]
b. Pihak atasan menerangkan tentang maklumat terkini operasi syarikat.[1]
c. Pihak atasan menerangkan kaedah penilaian prestasi.[1]
d. Pihak atasan menerangkan tentang latar belakang organisasi[1]
[ 4F DAN FAKTA LAIN SESUAI]

7. Nyatakan enam jenis perniagaan e-dagang yang wujud sekarang. [6 markah]

a. Pengiklanan
b. Pendidikan
c. Kewangan
d. Bidang profesional
e. Peruncitan
f. Pelancongan. [6F DAN LAIN BERSESUAIAN]

8. Berikut adalah maklumat tentang bilangan penumpang bagi Syarikat Bas Ekspres
KKBP bagi minggu pertama operasinya.

Hari Bilangan penumpang


Isnin 31
Selasa 38
Rabu 42
Khamis 38
Jumaat 42
Sabtu 40

4
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

Ahad 42

i) Jelaskan maksud min, median dan mod. [3 markah]


 Maksud min: purata semua nombor dalam sampel ATAU, diperolehi dengan
menjumlahkan semua nilai data dan kemudian membahaginya dengan
bilangan data. [1]
 Maksud median : merupaka nilai yang terletak di tengah-tengah bagi set data
yang disusun secara menaik.[1]
 Maksud mod: nombor yang berulang paling kerap dalam set data atau
sampel. [1]
ii) Hitung min, median dan mod penumpang bas ekspres itu bagi minggu tersebut.
[3 markah]

Min = Jumlah Penumpang


Bil. Hari

= 31+38+42+38+42+40+42
7
= 39 [ jalan kerja yang lengkap, 1M]

Median = 40 [1]
31,38,38,40,42,42,42,
Nilai cerapan yang terletak di tengah data setelah disusun dengan tertib
menaik adalah 40.

Mod = 42 [1]
Nilai cerapan yang paling kerap berulang adalah 42, sebanyak tiga kali

9. Jelaskan tiga maklumat yang relevan untuk membuat keputusan dalam pembelian
sebuah rumah untuk kegunaan keluarga. [5 markah]

i) Harga - Rumah yang dibeli perlu selaras dengan kemampuan keluarga


Tersebut[2]
ii) Kualiti - Rumah yang dibeli mempunyai kualiti yang seperti kandungan
bahan binaan yang sepatutnya, rumah disiapkan dalam tempoh
yang dijanjikan dan lain-lain.[2]
iii) Saiz - Saiz rumah seperti rumah teres, berkembar dan banglo yang cukup
besar untuk keperluan keluarga.[2]
iv) Keselamatan - Mempunyai ciri-ciri keselamatan asas seperti mempunyai pagar,
kawalan keselamatn dll.[2]
3F+H/C=3x2=6M[BERI 5MARKAH]
BERI MARKAH IKUT KESESUAIAN JAWAPAN PELAJAR

5
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

Jawab semua soalan


Bahagian B
[50 markah]

V’ Asia Cosmetic & Healthcare

11. Aura One Resources ( M) Sdn. Bhd., syarikat pengeluar produk kosmetik dan
kesihatan berasaskan herba asli jenama V’Asia Cosmetic & Healthcare (V’Asia)
menyasarkan jualan sebanyak RM 70 juta tahun ini berbanding RM 48 juta tahun lalu melalui
penubuhan dua anak syarikat baru iaitu Herba Timur (M) Sdn. Bhd. dan Awet Muda Beauty
& Health Sdn Bhd. Pengasasnya, Datuk Dr. Azril Mohd Radzi berkata, syarikat optimis
mampu mencapai sasaran tersebut kerana penubuhan dua syarikat baru itu memberi ruang
untuk lebih fokus kepada setiap bidang perniagaan termasuk pemakanan kesihatan moden
dan tradisional. Langkah ini dilihat melengkapkan variasi produk yang ditawarkan, sekali gus
memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai dan menjana pendapatan yang lebih tinggi
kepada syarikat.

Menurut pengasasnya Datuk Dr Azril, kelebihan produk V’Asia adalah terletak pada
ciri-cirinya yang memenuhi keperluan orang ramai dengan tawaran produk berkualiti pada
harga mampu milik. Produk V’Asia menerima maklum balas baik daripada pengguna sejak
empat tahun lalu sehingga syarikat meningkatkan kapasiti operasi pejabat melalui pembelian
tiga unit rumah kedai dan menyewa tiga unit lagi di Shah Alam serta merancang untuk
membeli tiga unit rumah kedai di kawasan yang sama dalam masa terdekat. Selain faktor
produk, ia juga dibantu oleh 120 stokis dan 10,000 agen jualan seluruh negara selain jualan
di toko-toko jamu. Untuk tahun ini syarikat akan mempelbagaikan lagi saluran pemasaran
kepada Pasaraya Besar Mydin dan beberapa farmasi terkemuka.

Pada saat beberapa pengasas produk berlumba-lumba untuk dikenali, dengan menaja
program televisyen popular, pengasas V’Asia tampil menggunakan pendekatan berbeza.
Baginya populariti tidak menjamin peningkatan penjualan produk kerana apa yang penting
adalah mengekalkan kualiti agar produk lebih dikenali berbanding dirinya sendiri. Ada orang
berasa menonjolkan diri dapat meningkatkan penjualan produk. Ada pula yang berpendapat,
penajaan program popular sebagai langkah mengingati jenama dan nama tuan empunya
produk. Tetapi sejauh mana ia mampu meningkatkan penjualan?. Bergantung kepada
pandangan masing-masing. Sebab itu beliau lebih suka bersikap “kurang dikenali” dan berada
di belakang tabir, asalkan jenama V’Asia diketahui umum dan terbukti berkesan. Baginya
populariti tidak menjanjikan apa-apa pulangan kerana kuasa beli masih di tangan pengguna.
Sebab itu beliau fokus kepada penghasilan produk berkualiti bagi memenuhi permintaan
pelanggan seterusnya menjadi pelanggan tetap dan percaya kepada produk V’Asia. Semua
produk V’Asia mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak

6
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

menggunakan bahan berbahaya serta diformula khusus melalui kepakaran teknologi


makanan.

Terdapat juga publisiti melalui televisyen telah dibuat melalui rancangan bual bicara
Jom Singgah (TV3), Wanita Hari Ini (WHITV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9),
Assalamualaikum ( TV Al HIJRAH). Ada juga penajaan dibuat melalui drama Mak Cun 2
dan Marhaban Kome Oi di TV3 dan penajaan solo rancangan bual bicara Teh Tarik Che Ta
musim 1 dan 2 di TV 2. Seiring perkembangan syarikat Datuk Dr. Azril, fokus meluaskan
produknya di peringkat antarabangsa menjelang akhir tahun ini serta menyasarkan untuk
mengeluarkan lebih 10 produk dengan jumlah pelaburan melebihi RM 1 juta.

(Disesuaikan daripada www.vasia.my/about-us dan Kualiti Bukan Populariti, dicapai


www.hmetro.com.my 10 Mac 2017)

Berdasarkan kes di atas,

a) Jelaskan dua jenis keputusan yang dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi sebagai
pengasas V’ Asia Cosmetic & Healthcare . [10 markah]

b) Jelaskan strategi perniagaan yang telah dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi bagi
mengukuhkan lagi jenama V’ Asia Cosmetic & Healthcare dipasaran. [20 markah]

Dua jenis keputusan yang dibuat oleh Datuk Dr. Azril Mohd Radzi sebagai pengasas V’ Asia
Cosmetic & Healthcare.

11 a) i. Keputusan Rutin[1]
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang sering
berlaku dan boleh dijangka dalam operasi harian organisasi.[1]

Kaitan kes:
-Mewujudkan banyak variasi produk yang berkualiti kepada pengguna
pada harga mampu milik.[1]
-Mempelbagaikan saluran pemasaran kepada pasaraya besar Mydin dan
beberpa farmasi terpilih.[1]
-Membuat publisiti melalui program televisyen seperti rancangan Bual
Bicara JOM SINGGAH (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak
Kopi O (TV9), Assalamualaikum (TV AlHijrah).[1]
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih sepuluh produk dengan
jumlah pelaburan melebihi RM 1 juta.[1]
-Meningkatkan kerjasama dengan 120 stokis dan 10 ribu ejen jualan
seluruh negara selain jualan di toko-toko jamu.[1]
1F=1H=2M
3K= 3M
JUMLAH =5M
ii. Keputusan Tidak Rutin[1]
-Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang baru dan

7
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

jarang berlaku.[1]

Kaitan kes:
-Pengasas V Asia, mengambil pendekatan bersikap tidak di kenali dan
berada di belakang tabir.[1]
-Populariti tidak menjamin penigkatan penjualan produk kerana apa
yang penting adalah mengekalkan kualiti agar produk lebih dikenali
berbanding dirinya sendiri.[1]
-Semua produk V Asia mengikut piawaian Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan tidak menggunakan bahan berbahaya.[1]
-Diformulasi khusus melalui kepakaran teknologi makanan[1]
-Meningkatkan kapasiti operasi pengeluaran melalui pembelian 3 unit
rumah kedai dan menyewa 3 unit lagi di Shah Alam serta merancang
untuk membeli 3 unit rumah kedai di kawasan yang sama dalam masa
terdekat.[1M]
(1F=1m, 1H=1m, 1KK=3m)
Terhad 3 kaitan kes setiap fakta
b) i. Merangka sasaran yang jelas[1]
-Fokus perniagaan lebih realistik.[1]

Kaitan Kes:
-Menyasarkan jualan sebanyak RM70 juta tahun ini berbanding RM48
juta tahun lalu.[1]
-Penubuhan dua syarikat baru itu memberi ruang untuk lebih fokus
kepada setiap bidang perniagaan termasuk pemakanan kesihatan moden
dan tradisional.[1]
-Meluaskan produknya keperingkat antarabangsa menjelang akhir
tahun.[1]
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 10 produk dengan jumlah
pelaburan melebihi RM1 juta.[1]
ii. Menekankan kepada kualiti dan variasi produk di pasaran[1]
-Menghasilkan kepelbagaian dan pilihan produk di pasaran.[1]

Kaitan Kes:
-Kelebihan produk V Asia adalah terletak pada ciri-ciri nya yang
memenuhi keperluan orang ramai dengan tawaran produk berkualiti
pada harga mampu milik.[1]
-Apa yang penting ialah mengekalkan kualiti agar produk lebih
dikenali.[1]
-Penubuhan syarikat baru, memberi lebih fokus kepada setiap
perniagaan termasuk pemakanan kesihatan moden dan tradisional.
Langkah ini dilihat melengkapkan variasi produk yang ditawarkan.[1]
-Menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 10 produk.[1]
iii. Meningkatkan rangkaian perniagaan.[1]

8
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

-Mewujudkan jaringan pernuagaan yang meluas.[1]

Kaitan Kes:
-V Asia dibantu oleh 120 stokis dan 10 ribu ejen jualan seluruh negara.
-Jualan di toko-toko jamu.[1]
-Mempelbagaikan lagi saluaran pemasaran kepada pasaraya besar
MyDin dan beberapa farmasi terkemuka.[1]
-Produk V Asia mengikut piawaian KKM.[1]
-Produk Vasia diformulasi pakar teknologi makanan.[1]
iv. Mempelbagaikan strategi pemasaran[1]
-Menggunakan pelbagai pendekatan dalam penjulan produk.[1]

Kaitan Kes:
-Fokus kepada penghasilan produk berkualiti bagi memenuhi
permintaan pelanggan seterusnya menjadi pelanggan tetap dan percaya
kepada produk Vasia.[1]
-Publisiti melalui program televisyen telah dibuat melalui rancangan
program television seperti rancangan Bual Bicara JOM SINGGAH
(TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9),
Assalamualaikum (TV AlHijrah)[1]
-Penajaan dibuat melalui drama Mak Cun 2 dan Marhaban Kome Oi di
TV3 dan penajaan solo rancangan Buall Bicara THE TARIK CHE TA
musim 1 dan 2 di TV2[1]
4F+4H= 8M
3/4/5/6 KX4=12M MINIMUM
JUMLAH=20M
PERINGATAN MARKAH BAGI SAJA JIKA KES ADA
WALAUPUN FAKTA BERLAINAN ATAU MAKSUD SAMA
SOALAN AGAK UMUM

9
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

Jawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada soalan 12 atau soalan 13

12. Huraikan proses membuat keputusan rasional bagi seorang pengurus syarikat tempatan
yang ingin mengembangkan perniagaannya ke pasaran negara luar dengan tumpuan di
Negara Asia Tenggara [ASEAN] [20 markah]

SKEMA JAWAPAN DICADANGKAN SAHAJA

1.Mengenalpasti Masalah[1]
-Pihak pengurusan perlu mengenalpasti masalah utama(sebenar) di samping masalah lain yang boleh
menjadi penghalang kepada syarikat untuk beroperasi di pasaran yang baru[1]
-Contoh masalah yang dijangka seperti pesaing,citarasa pelanggan,dasar perniagaan negara
luar,politik,sosiobudaya,harga,produk,promosi dan kesesuaian lokasi[negara di pilih}[1]

2.Mengutip Data[1]
-Maklumat dan data dikumpul dengan memberi tumpuan kepada masalah tersebut sebanyak mungkin
dengan mengambil kira factor dalaman syarikat[kekuatan] dan mklumat luar organisasi[1] contohnya
masalah yang mungkin datangnya daripada syarikat lain[pesaing yang sama][1]
-Maklumat tentang masalah tersebut boleh diperolehi melalui
soalselidik (kajian/pemerhatian,temudaga,pembacaan,laporan kewangan pesaing[1]
-Contoh makumat tentang sambutan pengguna ke atas perniagaan pesaing dari segi potensi
pasaran,citarasa pembeli,kuasa beli dll[1]

3.Menganalisis Data[1]
-Data yang telah dikutip akan dianalisis dari segi kesahihan/kualiti [kebolehpercayaan] dalam
menyelesaikan setiap masalah yang dijangka akan dihadapi oleh pihak syarikat[1]
-Contohnya, masalah pesaing di negara tersebut dijangka boleh menjejaskan jualan syarikat maka
pengurus dapat menyediakan alternative terbaik mengatasi masalah tersebut seperti
harga,promosi,produk dan pemilihan lokasi[1]

4.Menjana Alternatif[1]
-Pengurus akan mendapatkan beberapa alternatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dijangka
contohnya masalah dari pihak pesaing[1]
-Contohnya melalui pihak pesaing syarikat boleh menyenaraikan beberapa alternatif seperti
memperkenalkan produk baru,harga lebih kompetitif,strategi promosi lebih menarik dan lokasi
[Negara sasaran seperti ramai penduduk dengan kuasa beli yang besar seperti Indonesia}[1]

10
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

5.Menilai Alternatif[1]
-Pengurus boleh membuat penilaian dengan membuat perbandingan ke atas setiap alternatif dengan
memberi wajaran atau kepentingan[dari sudut kecukupan,kebolehsanaan,realistik) dalam
menyelesaikan setiap masalah yang dijangka berlaku[1]
-Contoh masalah dijangka ialah dari pihak pesaing maka setiap alternatif akan dinilai dengan teliti
dari segi kesesuai produk,harga,promosi,lokasi,laporan keuntungan kewangan,bilangan premis
pesaing dan lain-lain[1]

6.Memilih Alternatif[1]
-Pihak pengurusan akan memilih alternatif terbaik berdasarkan penilaian yang telah dibuat dengan
teliti[1]
-Contohnya masalah pesaing wujud di negara seperti Indonesia diatasi dengan cara menyediakan
produk baru yang lebih berkualiti dengan menekankan aspek memaksimumkan output dengan harga
minimum/rendah berbanding dengan harga produk pesaing lain.[1]
-Langkah ini dapat dicapai kerana bilangan penduduk Indonesia yang ramai[269.6 juta]
mengambarkan kuasa permintaan yang tinggi[1] [6F x 3/4 H/C]=18 atau 20 M]

13.Jelaskan lima elemen yang terdapat dalam sesuatu kontrak menurut Akta Kontrak 1950
[2markah]
.Skema Jawapan.

i. Tawaran [F1=1]
- Satu akujanji oleh suatu pihak terhadap pihak yang lain bahawa ia akan melakukan
sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu
bersedia menerima segala syarat yang ditetapkan oleh pembuat tawaran.[1]
Contoh : En Shahid menawarkan untuk menjual kereta dengan harga RM25,000 .00
kepada En Shabaruddin dan Encik Shabaruddin bersetuju menerima tawaran tersebut
dengan syarat-syarat yang ditetapkan. [2]

ii. Penerimaan [F2=1]


-Persetujuan yang telah dibuat oleh penerima tawaran kepada pembuat tawaran
tentang cadangan atau janji yang dibuat oleh pembuat tawaran.[1]
-Contoh : En Shabaruddin bersetuju untuk menerima penjualan kereta daripada
En Shahid dengan syarat syarat yang ditetapkan.[2]

iii. Balasan [F3=1]


- Faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-dua pihak daripada urusniaga mereka
seperti yang telah dipersetujui pihak yang mengikat perjanjian. [1]
-Contohnya En Shahid menyerahkan kereta kepada Encik Shabaruddin dan En.
Shabaruddin membayar RM25000 kepada Encik Shahid[2]

iv. Niat [F4=1]

11
SULIT PERCUBAAN STPM 2020

- Perjanjian antara dua pihak menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat
membuktikan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di
sisi undang-undang antara kedua-dua pihak. [1]
-Contohnya, En. Shahid memang berniat untuk menjual keretanya kepada En.
Shabaruddin [2]
v. Ketentuan [F5=1]
- Terma dan syarat kontrak mestilah jelas, nyata, terang dan tentu kepada sesiapa ia
ditujukan [1]. Perjanjian yang gagal mencapai persetujuan terhadap perkara pokok
atau syarat utama perjanjian juga menyebabkan ketidaktentuan. [1]
Contohnya En Shahid merupakan pemilik sah kepada kereta yang hendak dijual
kepada En Shabaruddin [2]

vi. Keupayaan [F6=1]


- Meujuk kepada kelayakan seseorang untuk membuat kontrak iaitu dewasa, berakal
sempurna dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak. [1]
Contonya En Shahid dan En Shabaruddin memenuhi syarat berkontrak kerana
berusia 18 tahun, waras dan tidak muflis.[2]
IF +1H+2C=4M X5=20M beri markah yang sesuai dengan fakta.

12

You might also like