You are on page 1of 7

JAWAPAN PERCUBAAN P3 2017

BAHAGIAN A

1(a) BERDASARKAN CONTOH YANG SESUAI, HURAIKAN TIGA KEADAAN


BAGAIMANA SESEORANG USAHAWAN MAMPU MENGENALPASTI DAN
MEREBUT PELUANG PERNIAGAAN YANG WUJUD DIPERSEKITARANNYA.[6]

Usahawan mengenalpasti dan merebut peluang perniagaan melalui:


1. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Contoh; tiada kemudahan kenderaan
Usahawan yang mempunyai kesedaran akan merebut peluang untuk
mewujudkan sistem pengangkutan yang sesuai.
2. Perubahan dalam persekitaran ekonomi
Contoh; perubahan struktur ekonomi daripada perindutrian kepada
pertanian
Usahawan akan mewujudkan perniagaan hidroponik bagi merebut peluang
tersebut
3. Dasar-dasar kerajaan
Contoh ; mewajibkan penggunaan talipinggang keledar penumpang belakang
Usahawan akan mencipta pelbagai jenis dan kaedah yang sesuai untuk
digunapakai oleh semua kenderaan.

(b) TERANGKAN TIGA PERANAN USAHAWAN DARI SUDUT MIKRO.[6]

Peranan usahawan dari sudut mikro ialah:


1. Memaksimumkan keuntungan
Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti peluang atau cara-cara bagi
memaksimumkan keuntungan perniagaannya
2. Meningkatkan produktiviti
Usahawan sentiasa mencari atau mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan
aktiviti pengeluaran produknya
3. Melatih pekerja
Usahawan melatih para pekerjanya dengan menghantar pekerjanya
menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan kerja

(c) HURAIKAN TIGA CIRI ORANG YANG EFEKTIF BERDASARKAN STEPHEN


COVEY.[6]

Ciri-ciri individu yang efektif menurut Stephen Covey ialah:


1. Bersikap proaktif
Individu yang bersikap proaktif dapat menjangkakan sesuatu perubahan,
mampu berfikiran jauh, sentiasa bersedia, dan berinisiatif.
2. Mulakan dengan mengingati matlamat
Individu yang sentiasa memulakan suatu kerja dengan mengingati matlamat
sentiasa mempunyai tujuan dan halatuju, bijak mengurus masa, sentiasa
membuat senarai semak, dan sentiasa fokus kepada hasil kerja.
3. Berfikiran menang-menang
Individu yang sentiasa berfikiran menang-menang akan membuat keputusan
yang positif yang tidak menjejaskan pihak lain, di mana semua pihak
mendapat faedah berdasarkan keputusan tersebut.

(d) 1. SENARAIKAN LAPAN ELEMEN LATAR BELAKANG SYARIKAT DALAM


PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN SESEBUAH ORGANISASI
PERNIAGAAN.[4]

Antara elemen latar belakang syarikat dalam penyediaan rancangan perniagaan


sesebuah organisasi perniagaan ialah:
1. Nama syarikat
2. Nombor pendaftaran syarikat
3. Alamat syarikat
4. Alamat surat-menyurat (jika berlainan daripada alamat syarikat)
5. Nombor telefon
6. Alamat e-mel
7. Alamat laman web
8. Bentuk perniagaan
9. Bentuk pemilikan syarikat
10. Kegiatan utama
11. Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan)
12. Modal permulaan atau sumber pembiayaan
13. Nama dan alamat pemegang saham

(e) 2. JELASKAN DUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN SEBAGAI SASARAN


RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK MENDAPATKAN MODAL.[6]

Pihak berkepentingan sebagai sasaram penyediaan Rancangan Perniagaan untuk


mendapatkan modal ialah :
1. Pembiaya/bank
Pembiaya/bank merujuk kepada pihak yang memberi pinjaman bentuk
kewangan kepada usahawan.
Usahawan boleh mendapatkan sumber modal dari pihak bank kerana pihak
ini dapat memberi pinjaman jangka pendek dan panjang untuk
mengembangkan pernigaan

2. Rakan kongsi
Rakan kongsi ialah pihak yang menyumbang modal bentuk kewangan, aset
dan tenaga fizikal dan mental kepada perniagaan.
Usahawan boleh mendapatkan sumber modak dari rakan kongsi untuk
menambah sejumlah modal ke dalam perniagaan bagi menampung kos yang
semakin meningkat.

f 1. HURAIKAN DUA CABARAN DALAM ASPEK EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH


SESEBUAH SYARIKAT MULTINATIONAL.[6]

CONTOH JAWAPAN :
Cabaran dalam aspek ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah syarikat multinational ialah:
1. Cabaran terhadap kepelbagaian sistem ekonomi
Berkemungkinan sistem ekonomi yang diamalkan adalah secara
berpusat ataupun secara campuran.
Negara yang mengamalkan sistem ekonomi komunis akan berkongsi
sama segala kekayaan yang syarikat multinational miliki dan pihak
kerajaan mudah untuk memiliknegarakan segala harta ataupun
kekayaan yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

2. Cabaran untuk memahami sistem ekonomi negara dimasuki


Pengurus syarikat multinational perlu memahami sistem ekonomi
negara yang dimasuki bagi membantu syarikat membuat
perancangan jangka panjang.
Ia juga penting untuk syarikat multinational mengamalkan corak
pengurusan yang sesuai dari segi pentadbiran di negara tersebut.
3. Cabaran terhadap permintaan dan pasaran
Syarikat multinational perlu menempuhi cabaran permintaan dan
pasaran yang tidak pasti yang dipengaruhi oleh keadaan inflasi, tahap
pendapatan penduduk setempat, kadar pengangguran, tahap
kemiskinan dan sebagainya.

g 1. BERIKAN LIMA ALASAN MENGAPA KEBANYAKAN PENIAGA-PENIAGA KECIL


MENOLAK UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL.[5]

Alasan peniaga-peniaga kecil menolak untuk menunaikan tanggungjawab sosial


ialah:
1. Peniaga kecil-kecilan kurang berkemahiran dalam menangani masalah dalam
tanggungjawab sosial.
2. Kos tanggungjawab sosial yang tinggii memandangkan modal perniagaan yang kecil
atau mereka terpaksa menaikkan harga barangan untuk menampung kos tersebut.
3. Tanggungjawab sosial akan melemahkan matlamat utama perniagaan terutama
perniagaan kecil yang mementingkan keuntungan semata-mata.
4. Entiti perniagaan kecil tidak mempunyai akuntabiliti ke atas masyarakat awam
menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab tersebut.
5. Tidak mampu berhadapan dengan perniagaan yang telah kukuh dan mempunyai
kuasa dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

h Tiga objektif penubuhan Better Business Bureau


(BBB) ialah:
-Membekalkan maklumat tentang sesebuah syarikat kepada pengguna.
-Membantu menyelesaikan aduan pengguna tentang sesebuah syarikat.
-Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa.

i Maksud kepenggunaan ialah:

Satu pergerakan bersifat sosial, ekonomi, dan politik yang bertujuan untuk memperjuang serta
melindungi kepentingan dan hak pengguna secara keseluruhan.

Dua sebab pengguna memerlukan perlindungan ialah:

(i) Kewujudan amalan perniagaan yang curang demi mengaut keuntungan yang maksimum.

(ii) Tidak prihatin terhadap kewujudan barang yang boleh membahayakan kesihatan.

j Dua hak pengguna menurut Kesatuan Pertubuhan Pengguna Antarabangsa ialah:

(i) Hak mendapat kepsrluan asas

Setiap pengguna berhak mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan seharian. Keperluan
tersebut ialah makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan, infrastruktur, dan sebagainya.

(ii) Hak mendapat maklumat

Setiap pengguna berhak mendapat maklumat yang benar mengenai barang atau perkhidmatan yang
dijual untuk membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian yang bijak. Sebagai contoh,
pengguna berhak mendapatkan maklumat tentang kesan sampingan apabila menggunakan sesuatu
produk.

(iii) Hak mendapat keselamatan

Setiap pengguna berhak mendapat perlindungan terhadap barang atau perkhidmatan yang boleh
memudaratkan kehidupan dan kesihatan pengguna. Sebagai contoh, barang elektrik harus
mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu yang melindungi pengguna daripada sebarang bahaya.
Jika ciri-ciri ini diabaikan, pengeluar barang tersebut boleh didakwa.

BAHAGIAN B

2a Faktor yang mempengaruhi National Instruments Corporation (NI) memilih Malaysia sebagai hab
operasinya bagi Asia Pasifik:

1. Tenaga kerja yang mahir


Tenaga kerja bermaksud individu yang menyumbangkan masa, kepakaran, kemahiran, dan
tenaga dalam aktiviti perniagaan, dan dibayar dengan gaji atau upah.
National Instruments Corporation (NI) memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai
tenaga kerja yang mahir dalam bidang yang dipcrlukan,
Mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan untuk operasi NI.
Tenaga kerja Malaysia mempunyai bakat dan kreativiti untuk menjayakan operasi NI.
Sistem universiti yang cemerlang mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja pakar dalam
bidang yang dikehendaki.
2. Persekitaran perniagaan yang baik
Persekitaran perniagaan dari aspek kemudahan infrastruktur yang lengkap dan moden
memudahkan operasi perniagaan NI dijalankan.
Kemudahan bekalan tenaga elektrik dapat menjamin kelancaran operasi NI.
Jaringan jalan raya dan kemudahan pengangkutan lain memudahkan NI untuk berurusan
sama ada untuk mengeksport hasil atau membawa bahan mentah.
Kemudahan komunikasi seperti telefon dan jalur lebar membantu NI untuk berhubung
dengan pelbagai pihak dengar mudah dan cepat.
Persekitaran kos yang berdaya saing akan membantu mengurangkan kos pengeluaran NI dan
seterusnya menjana keuntungan.

3. Sokongan daripada kerajaan


Sokongan kerajaan merujuk pada pelbagai galakan pelaburan yang disediakan oleh
pihak kerajaan sesebuah negara untuk menarik lebih ramai pelabur asing untuk
melabur ke dalam negara.
Malaysia memberikan sokongan yang kukuh kepada NI untuk beroperasi di negara
ini.
Pelbagai insentif seperti taraf perintis disediakan oleh kerajaan kepada pelabur asing.

2 Kesan positif yang diterima oleh Malaysia akibat daripada pelaburan yang dibuat oleh
b National Instruments (NI):

Mengurangkan kadar pengangguran


Pembukaan hab operasi NI memerlukan tenaga pekerja untuk menjalankan
operasinya.
Syarikat NI menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Mewujudkan antara 1 000 hingga 1 500 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun
hingga sepuluh tahun.
Peluang pekerjaan akan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dan dapat
mengurangkan kadar pengangguran di negara.

Membantu pcrkembangan ekonomi negara


Kemasukan pelabur asing ke negara akan menjana ekonomi negara.
NI berperanan untuk menyokong sektor ujian dan ukuran negara.
NI merupakan projek permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi.
NI membantu menjayakan transformasi negara dan seterusnya mengembangkan
ekonomi negara.
NI dapat mempercepatkan perkembangan sektor elektronik di Malaysia.
NI membantu mencapai Pendapatan Nasional Kasar (GNI) RM1.3 bilion dan 7 000
peluang pekerjaan menjelang akhir tahun.
Mendapal pemindahan teknologi
Syarikat NI menggunakan teknologi tinggi dalam menjalankan operasinya.
Syarikat yang terkenal di seluruh dunia dan berpangkalan di AS.
Pekerja yang bekerja di Syarikat NI dapat menggunakan teknologi syarikat
berkenaan.
-Pemindahan teknologi dan kepakaran akan berlaku semasa pekerja tempatan
melakukan tugasnya, kesannya negara akan memperoleh teknologi yang baharu.

Meningkatkan kepakaran tcnaga kerja


Syarikat NI memerlukan jurutera dan tenaga pakar untuk memastikan operasinya
berjalan dengan lancar.
Menggunakan 60 orang jurutera tempatan pada masa kini dan bercadang
menggunakan 250 orang jurutera tempatan dalam masa lima tahun akan datang.
Peningkatan bilangan jurutera dan pekerja profesional tempatan.

3a BERIKAN MAKSUD KEPENGGUNAAN DAN HURAIKAN LIMA HAK-HAK


PENGGUNA.[20]

Definisi kepenggunaan:
Pertubuhan yang tersusun secara kolektif yang ahlinya terdiri daripada pembeli atau
pengguna barangan dan perkhidmatan dan mereka berusaha untuk memelihara
kepentingan pengguna.

Hak-hak pengguna Huraian


Mendapat keperluan asas Hak untuk mandapat keperluan asas untuk terus hidup seperti
makanan yang mencukupi, tempat tinggal, perkhidmatan,
pendidikan dan sebagainya
Mendapat keselamatan Hak untuk dilindungi daripada produk dan proses pengeluaran
produk yang membahayakan atau mengancam kesihatan
manusia.
Mendapat maklumat barangan Hak untuk diberi maklumat yang lengkap tentang sesuatu
produk seperti isi kandungan, tarikh luput, harga, tanda halal
dan sebagainya
Memilih barangan/ Hak untuk diberi peluang memilih pelbagai barangan atau
perkhidmatan perkhidmatan pada harga berpatutan
Mendengar dan menyuarakan Hak untuk menyuarakan pendapat mengenai produk yang
pendapat diingini penggunaan dan perkara-perkara berkaitan dengan
kepentingan pengguna
Mandapat gantirugi Hak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan terhadap
barang rosak, tidak berkualiti atau perkhidmatan yang tidak
memuaskan

Menikmati persekitaran sihat Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih daripada
pencemaran udara, air, darat dan bumi.

Mendapat pendidikan pengguna Hak untuk mendapat pendidikan pengguna bagi menjadi
pengguna yang bijaksana.

3 Kesan sistem kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa:
b Sistem kadar pertukaran mata wang asing terbahagi kepada dua jenis, iaitu kadar pertukaran boleh
ubah dan kadar pertukaran tetap.

(i) Sistem kadar pertukaran:

Sistem kadar pertukaran boleh ubah atau terapung menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan
permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.

Kesan kadar pertukaran boleh ubah:


Kenaikan kos faktor pcngeluaran akan menyebabkan kos seunit keluaran dan kos import
meningkat. Keadaan ini akan menjejaskan kebersaingan keluaran tempatan dalam pasaran
antarabangsa.
Kadar pertukaran boleh ubah akan menggalakkan pergerakan modal dari dalam negara ke
luar negara.
Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi tidak stabil kerana kos import dan kos eksport
akan berubah mengikut kadar pertukaran asing yang sentiasa berubah-ubah.

ii) Sistem kadar pertukaran tetap:

Sistem kadar pertukaran tetap melibatkan tindakan kerajaan sesebuah negara melalui bank pusat
mcnentukan kadar pertukaran mata wang negara berbanding dengan mata wang negara asing pada
satu kadar tertentu.

Kesan kadar pertukaran tetap:


Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabil disebabkan harga barang import
dan eksport yang lebih stabil.
Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan keyakinan pelabur asing dan
peniaga dari luar negara untuk melabur dalam negara.
Kadar pertukaran tetap akan menghapuskan kegiatan spekulator mata wang yang cuba
meraih keuntungan berikutan keadaan turun naik nilai mata wang dalam pasaran pertukaran
boleh ubah.

You might also like