You are on page 1of 5

Farm Fresh

Syarikat Farm Fresh merupakan pengeluar produk tenusu tempatan dari susu lembu
yang menawarkan aneka pilihan seperti susu segar, minuman kultur, minuman soya, susu
kurma, krimer dan yogurt. Jualan produk Farm Fresh mencecah RM16 juta bagi pasaran
tempatan dan RM7.3 juta bagi pasaran eksport ke Singapura. Kejayaan ini tidak datang
bergolek bagi syarikat ini dan tentunya, bagi Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh,
Encik Azmi Zainal, beliau mempunyai kenangan sentimental yang tersendiri terhadap
pembinaan empayar ini.

Perkongsian beliau adalah dari kisah peribadi sebagai usahawan yang memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah juga
menghantar susu Farm Fresh ke seluruh negara menggunakan bas ekspress sahaja.
Walaupun sebagai COO Farm Fresh, beliau sendiri melakukan jualan ke kedai-kedai
runcit ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Pada waktu petangnya
pula, beliau akan menjual susu di pasar malam dan pasar tani. Beliau juga pernah merasa
saat kesusahan, seperti hanya minum air paip di RnR semasa membuat penghantaran susu,
dipandang hina oleh orang sekeliling dan sebagainya, tetapi beliau tetap bangkit untuk
meneruskan perniagaan ini.

Keistimewaan Susu Farm Fresh ini kerana rasanya amat sedap dengan
menggunakan 100% susu asli tanpa bahan pengawet. Jika dibandingkan dengan jenama
lain, Farm Fresh tidak menggunakan langsung susu yang diimport. Sebagai COO Farm
Fresh, beliau memastikan bahawa pemasaran produk susu segar ini mempunyai tempoh luput
susu adalah lebih singkat berbanding susu jenama lain yang dipasteurkan. Ini untuk
memastikan kesegaran susu bila diminum oleh pelanggan. Bagi menampung pengeluaran
yang berterusan, dimana susu lembu yang dihasilkan benar-benar segar (diedarkan dalam
tempoh 48 jam), beliau perlu memastikan persekitaran dan kebajikan lembu yang terjaga bagi
memastikan pengeluaran jumlah susu yang berkualiti. Untuk mencapai matlamat ini,
kerjasama dengan pakar di UPM Serdang dan mempunyai lebih 4000 ekor lembu dengan
pengeluaran 9 juta liters susu segar setahun bagi menampung permintaan. Encik Azmi sendiri
bertindak sebagai all-in-one demi memastikan kelangsungan jualan dan penjenamaan Farm
Fresh. Beliau lah yang jadi driver lori, promoter, pekerja pemprosesan dan sebagainya.

Farm Fresh Berhad melancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim dalam usaha
mengumpul dana pendidikan anak-anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19. Kempen
kutipan dan sumbangan bagi Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh itu akan
berlangsung secara berterusan dan menyasarkan kutipan berjumlah RM3 juta. Selain itu,
melalui Program Pembangunan Usahawan, mereka melantik agen jualan yang
kebanyakannya suri rumah atau mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan, yang
memanfaatkan sehingga 3000 orang, termasuklah mereka yang berada di luar bandar. Farm
Fresh juga menaja rancangan hiburan yang memberi keuntungan kepada kedua-dua belah
pihak secara publisiti dan juga kelangsungan penajaan, selain bantuan kebajikan kepada
selebriti yang sudah uzur dan tidak bernasib baik. malahan beliau juga turut melakukan
sumbangan untuk penggiat seni yang kurang bernasib baik. Hal ini kerana beliau pernah
susah dan takkan lupakan kesusahan serta nasib yang pernah dialaminya dahulu.

(Disesuaikan daripada majalahlabur.com.20202/03/06/inspirasi/kisah-kejayaan-pengasas-


farm-fresh dan Harian Metro Online pada 3 November 2021)
Berdasarkan kes di atas

(a) Jelaskan ciri-ciri usahawan yang berjaya yang terdapat pada COO Farm Fresh Encik
Azmi [20]

(b) Jelaskan pihak-pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh Syarikat
Farm Fresh. [10]
SKEMA JAWAPAN

(a) Ciri-ciri usahawan yang berjaya yang terdapat pada COO Farm Fresh Encik Azmi [20]

Fakta Huraian Kaitan Kes


1)Sanggup Usahawan berkorban K1 - Beliau pernah juga menghantar susu
Berkorban dari aspek masa, wang, Farm Fresh ke seluruh negara
tenaga dan sebagainya menggunakan bas ekspress sahaja.
bagi memastikan
perniagaan berjaya K2 - Beliau sendiri melakukan jualan ke
kedai-kedai runcit ketika mula-mula
berkecimpung dalam dunia perniagaan.

K3 - Pada waktu petangnya pula, beliau


akan menjual susu di pasar malam dan
pasar tani.

K4 - Beliau juga pernah merasa saat


kesusahan, seperti hanya minum air paip di
RnR semasa membuat penghantaran susu,

K5 - Beliau dipandang hina oleh orang


sekeliling dan sebagainya, tetapi beliau
tetap bangkit untuk meneruskan perniagaan
ini.
2) Inovatif Menambah baik/ K6 Keistimewaan Susu Farm Fresh ini
membuat pembaharuan kerana rasanya amat sedap dengan
terhadap produk dan menggunakan 100% susu asli tanpa bahan
perkhidmatan sedia ada. pengawet.

K7 Farm Fresh tidak menggunakan


langsung susu yang diimport.
3) Inisiatif yang Usahawan mempunyai K8 Encik Azmi sendiri bertindak sebagai
tinggi semangat untuk all-in-one demi memastikan kelangsungan
melaksanakan jualan dan penjenamaan Farm Fresh.
tanggungjawab tanpa
diarah atau dipaksa. K9 Beliau lah yang jadi driver lori,
promoter, pekerja pemprosesan dan
sebagainya

K10 Beliau sendiri melakukan jualan ke


kedai-kedai runcit ketika mula-mula
berkecimpung dalam dunia perniagaan.
4)Berani Usahawan yang berani K11 Susu lembu yang dihasilkan benar-
mengambil risiko mengambil risiko, akan benar segar (diedarkan dalam tempoh 48
menghadapi
ketidakpastian di dalam jam).
perniagaannya pada
masa akan datang K12 Untuk mencapai matlamat ini,
kerjasama dengan pakar di UPM Serdang
dan

K13 mempunyai lebih 4000 ekor lembu


dengan pengeluaran 9 juta liters susu segar
setahun bagi menampung permintaan.

[4F + 4H + 12 KK = 20 M]

(b) Pihak-pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh Syarikat Farm
Fresh. [10]

Fakta Huraian Kaitan Kes


1) Pelanggan Pihak yang menggunakan K1 Keistimewaan Susu Farm Fresh
produk Farm Fresh ini kerana rasanya amat sedap dengan
menggunakan 100% susu asli tanpa
bahan pengawet.

K2 Susu lembu yang dihasilkan benar-


benar segar (diedarkan dalam tempoh
48 jam).

2) Masyarakat Komuniti / masyarakat K3 Farm Fresh Berhad melancarkan


setempat / rakyat disesebuah Tabung Didik Kasih Anak Yatim
negara dalam usaha mengumpul dana
pendidikan anak-anak kehilangan ibu
bapa akibat Covid-19

K4 Program Pembangunan Usahawan,


mereka melantik agen jualan yang
kebanyakannya suri rumah atau mereka
yang ingin mencari pendapatan
sampingan, yang memanfaatkan
sehingga 3000 orang, termasuklah
mereka yang berada di luar bandar.

K 5 Farm Fresh juga menaja


rancangan hiburan yang memberi
keuntungan kepada kedua-dua belah
pihak secara publisiti

K6 Bantuan kebajikan kepada selebriti


yang sudah uzur dan tidak bernasib
baik. malahan beliau juga turut
melakukan sumbangan untuk
penggiat seni yang kurang bernasib
baik.
[2F + 2H + 6 KK = 10 M]

You might also like