You are on page 1of 32

PUSAT TINGKATAN SMK LABUAN

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


OLEH : NORITAH @ NORIANI BINTI MADINA
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga
sehingga tamat semester tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil
daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan
laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja


(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25
inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah
perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar
rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk
lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk
menyokong penulisan.
Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna merah muda (pink)
(Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk
bercetak dan berjilid.
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop
dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan
bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang
lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-
perkara yang berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian
yang telah ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan
berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian

▪ Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian.

▪ Data primer - penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal

selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan.

▪ Data sekunder - maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut

seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada

sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau

sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.


(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon mesti mengemukakan dua iklan bagi setiap satu peringkat pengurusan jawatan
yang dikaji:
i. Peringkat pengurusan pertengahan
ii. Peringkat pengurusan bawahan

Penelitian perlu menjelaskan perkara berikut:


• Sumber iklan
Fokus kepada
• Spesifikasi kerja Deskripsi Kerja

• Huraian kerja
Tidak perlu
• Aspek pemilihan dianalisis
• Faktor penentu pampasan
Calon mesti mengemukakan satu resume

bagi jawatan lepasan STPM berdasarkan

satu contoh iklan yang sesuai.


(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk
penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut
(cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga
harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
7.0 Penskoran markah

▪ Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.

▪ Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan

sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar.

▪ Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran

berkenaan.

▪ Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik

oleh MPM.
Calon juga dikehendaki mendapatkan satu iklan yang
sesuai untuk dipohon bagi seorang pemohon jawatan
lepasan STPM dan menyediakan satu resume bagi
memohon jawatan tersebut.

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian


yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan


Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2020
Calon dikehendaki menganalisis amalan pengambilan
sumber manusia dengan meneliti dua contoh iklan
daripada dua syarikat yang berlainan bagi jawatan
berikut:

i. Peringkat pengurusan pertengahan


ii. Peringkat pengurusan bawahan

.
1. Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Bagi Jawatan Pengurus Di
Syarikat A, B, C dan D.
2. Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Bagi Peringkat Pertengahan dan
Peringkat Bawahan Di Syarikat A dan B.
3. Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Di Syarikat A & B Bagi Jawatan
Pengurus
4. Analisis Pengambilan Sumber Manusia : Kajian Ke Atas Syarikat A dan B
5. Menyediakan Resume Bagi Calon Lepasan STPM Untuk Permohonan Jawatan.
Tajuk :

Analisis Pengambilan Sumber Manusia :


Kajian Ke Atas Syarikat A dan B
Dan
Menyediakan Resume Bagi Calon Lepasan
STPM Untuk Permohonan Jawatan.
▪ Ulangkaji tajuk Pengurusan Sumber Manusia

▪ Pelajar mesti memahami apa itu SPESIFIKASI KERJA, HURAIAN KERJA agar pelajar

dapat mengenal pasti maklumat yang tersurat dan tersirat dalam iklan.
▪ Iklan hendaklah daripada dua syarikat yang berbeza bagi jawatan peringkat
pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan

▪ Dua iklan mewakili peringkat pertengahan dan bawahan daripada sebuah syarikat
yang sama untuk dibandingkan dengan dua iklan yang mewakili peringkat
pertengahan dan bawahan di sebuah syarikat sama yang lain adalah dibenarkan.

▪ Pelajar juga boleh memilih iklan untuk setiap peringkat pengurusan daripada empat
syarikat yang berbeza. Syaratnya analisis perbandingan mestilah berdasarkan iklan
daripada dua syarikat yang berbeza.

▪ Penekanan adalah kepada ANALISIS IKLAN sahaja.


Sumber Iklan Huraian
JobStreet (data sekunder) Melalui Internet - JobStreet.com (Malaysia
atau seluruh dunia)
Laman sesawang syarikat Syarikat multinasional, syarikat domestic,
(data sekunder) syarikat yang tersenarai dalam Bursa
Malaysia
Suratkhabar (data sekunder) Beli suratkhabar – contohnya Berita Harian,
New Sabah Times, Harian Metro
Iklan yang ditampal di premis Ditampal di bangunan premis
perniagaan atau di tempat tertentu syarikat/perniagaan, atau di tempat2
(data primer) tertentu. Contohnya di Ujana Kewangan
Labuan
Contoh
Iklan
Jawatan
Kosong di
internet
▪ Iklan daripada agensi kerajaan TIDAK diterima – proses
pengambilan sektor awam berbeza kerana ada saringan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam
▪ Classified Ads TIDAK diterima - kurang berlaku ‘learning process’ &
“thinking process’
▪ Iklan yang dipilih seboleh-bolehnya yang terkini (2019-2020)
▪ Analisis juga boleh dibuat mengenai SEBAB syarikat mengiklankan
kekosongan jawatan dalam syarikat mereka melalui medium/saluran
tertentu.
▪ Persoalan yang perlu dijawab spt : “mengapakah syarikat
mengiklankan kekosongan jawatan tersebut dalam Jobstreet, laman
sesawang atau suratkhabar?”
▪ Mengapakah iklan kekosongan jawatan yang sama tetapi syarikat-syarikat
memilih medium pengiklanan yang berbeza. WHY?
▪ Analisis tentang sumber iklan boleh merangkumi kelebihan/kelemahan
pemilihan medium pengiklanan, kaitan dengan jenis aktiviti perniagaan
syarikat
▪ Info tentang latar belakang syarikat, nama jawatan dan bidang tugas jawatan
tersebut iaitu bertanggungjawab kepada apa – sekiranya ada dinyatakan
dalam iklan boleh digunakan untuk membuat analisis yang menyeluruh.
▪ Industri yang berbeza – salah satu faktor yang boleh dianalisis.
▪ Saluran yang digunakan itu juga boleh menjelaskan amalan pengambilan
sumber manusia syarikat
▪ Pelajar tidak boleh cepat membuat dakwaan bahawa iklan di suratkhabar
tidak sesuai hanya kerana banyak iklan dibuat secara maya.
▪ Justifikasi perlu mempunyai hujah-hujah yang menyokong.
Penelitian perlu menjelaskan perkara berikut:
• Sumber iklan
• Spesifikasi kerja Hanya 3 perkara ini sahaja yang
WAJIB dianalisis
• Huraian kerja
• Aspek pemilihan
• Faktor penentu pampasan

TIPS : Iklan yang dipilih mempunyai perbezaan dari segi kecukupan kandungan
dalam setiap perkara yang akan dianalisis. Contohnya terdapat perbezaan jumlah
maklumat yang dalam huraian kerja dan spesifikasi kerja.
SPESIFIKASI KERJA HURAIAN KERJA
Faktor Fizikal, Nama Jawatan,
Pencapaian, Lokasi,
Kelulusan Akademik/Tahap Pengredan,
pendidikan
Hubungan Autoriti
Kecenderungan,
Hubungan Antara Pekerja,
Kebijaksanaan,
Minat Dan Sifat Semulajadi Pemikiran Penyata Ringkas Tentang Tujuan Kerja,
Dan Sikap Senarai Tugas Dan Tanggungjawab,
Pengalaman Tempoh Dan Syarat-syarat Kerja.
1. Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di Syarikat A
dan Syarikat B.
2. Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat
pengurusan pertengahan di Syarikat A dan Syarikat B.
3. Menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di peringkat
pengurusan bawahan di Syarikat A dan Syarikat B.
4. Menyediakan resume untuk jawatan Pembantu Farmasi di Farmasi
Sejati Bedong bagi pemohon lepasan STPM.
▪ Perbandingan adalah berasaskan PERINGKAT PENGURUSAN.

▪ Adakah perlu dihuraikan kandungan iklan ataupun terus fokus kepada perbandingan?

▪ Urutan perbincangan - sebelum spesifik kepada PERINGKAT PENGURUSAN, calon perlu


bercerita tentang fakta teori iaitu iklan sepatutnya mengandungi apa. Selepas itu, calon
perlu membuat analisis iklan.
▪ Contoh ayat mukadimah dalam bahagian DAPATAN ANALISIS PERBANDINGAN “Dalam
penelitian ke atas syarikat yang dipilih….berdasarkan teori yang telah dibincangkan…,
dapatan yang diperolehi …”
▪ Dalam bahagian dapatan, akan dihuraikan apa yang ada dan tidak ada dalam iklan yang
dikeluarkan oleh setiap syarikat. Huraian lebih terperinci.
▪ Disusuli dengan cadangan penambahbaikan khususnya IKLAN dan seterusnya

mengenai amalan pengambilan sumber manusia di syarikat itu sendiri.

▪ Persoalan yang perlu difikirkan iaitu adakah perkara yang tidak dinyatakan dalam

iklan menggambarkan bahawa perkara tersebut BELUM ADA dalam amalan


pengurusan sumber manusia syarikat tersebut? – analisis dalam bentuk
perbincangan
▪ Calon STPM boleh memohon kekosongan jawatan di bawah kategori peringkat
pengurusan bawahan seperti jawatan penyelia.
▪ Untuk memohon kerja, calon perlu / mesti menyediakan Curiculum Vitae (CV) /
Resume
▪ Tujuan penyediaan CV/Resume adalah untuk menonjolkan kelebihan calon iaitu
apa yang calon boleh tawarkan kepada organisasi tersebut
▪ Sebenarnya tidak ada format yang tertentu untuk menyediakan CV /Resume
▪ CV/Resume tidak boleh kelihatan seperti ‘tebar jala’.
▪ Maklumat hendaklah spesifik dan bersesuaian dengan jawatan/kerja yang
dipohon.
▪ No Kad Pengenalan, Tempat Lahir tidak perlu dinyatakan dalam resume.
SUMUKH MEHTA

CV Sumukh Mehta menjadi


fenomena dan sebutan dalam
penyediaan resume

Usaha beliau menyediakan CV


untuk memohon internship di GQ
menunjukkan kajian tentang
syarikat yang dipohon
menunjukkan satu contoh amalan
terbaik tentang apa perlu ada
dalam resume dengan berdasarkan
syarikat tempat pelajar ingin
mohon kerja.
▪ Resume hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu – dwibahasa pun boleh tetapi
perlu sediakan dua versi.
▪ Resume untuk syarikat Amerika – gambar tidak perlu
▪ Resume untuk syarikat tempatan – opsyenal (boleh tetapi gambar formal)
▪ Maklumat ‘social handle’ kini perlu dimasukkan ke dalam CV/Resume – selalunya
syarikat akan minta.
▪ Ini adalah kerana sebelum calon ditawarkan sesuatu jawatan, syarikat akan menyemak
sikap seseorang calon di laman sosial.
▪ Bukan faktor penentu tetapi menjadi faktor yang mempengaruhi.
▪ Contohnya, pemohon kerap menggunakan bahasa kesat dalam media sosial.
▪ Seterusnya untuk pencapaian calon lepasan STPM, maklumat akademik hendaklah
diperincikan. Contohnya, SPM 10A.
▪ Untuk resume tidak ada format tertentu, WALAU BAGAIMANAPUN – format resume
pelajar mesti rujuk guru pentaksir.
▪ Kemahiran berbahasa menjadi satu kelebihan (score point) walaupun mungkin
tidak diperlukan untuk sesuatu jenis pekerjaan. Kebolehan menguasai bahasa
asing menggambarkan sikap dan keazaman seseorang untuk belajar.
▪ Resume hendaklah disediakan dalam 1-2 mukasurat.
▪ Resume yang disediakan MESTILAH mampu menyerlahkan kelebihan calon.
▪ Resume akan menjawab persoalan organisasi “What makes you better than other
candidates here?” “Why should we hire you?”
▪ (Attn : Guru-guru pentaksir sekolah, sila rujuk JU Negeri masing-masing untuk
format resume)
Langkah Memulakan Kajian Kerja Kursus
1. Setiap pelajar mencari dan memilih iklan yang sesuai
2. Berjumpa dengan guru untuk konsultasi sama ada iklan tersebut diluluskan atau
tidak.
3. Pelajar tidak dibenarkan untuk menganalisis iklan yang sama, kecuali ada
perbezaan kombinasi – Cth A dan B, A dan C atau B dan C. Sekira ada yang
memilih iklan yang sama, salah seorang perlu mencari yang baharu (First come,
first served)
4. Memulakan tugas menganalisis.
5. Mematuhi jadual penghantaran dan konsultasi berikutnya (seperti yang
dijadualkan oleh guru pentaksir)
SELAMAT MENJALANKAN
KERJA KURSUS
GOOD LUCK!!!

You might also like