You are on page 1of 6

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2020

946/4
Soalan kerja kursus :

Calon dikehendaki menganalisis amalan pengambilan sumber manusia dengan meneliti dua
contoh iklan daripada dua syarikat yang berlainan bagi jawatan berikut :

i. Peringkat pengurusan pertengahan


ii. Peringkat pengurusan bawahan

Calon juga dikehendaki mendapatkan satu iklan yang sesuai untuk dipohon bagi seorang
pemohon jawatan lepasan STPM dan menyediakan satu resume bagi memohon jawatan
tersebut.

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.

Perancangan awal :
a) Cari dua atau empat iklan bagi setiap satu peringkat pengurusan jawatan; peringkat
pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan.
b) Iklan mestilah daripada organisasi atau institusi swasta.
c) Iklan perjawatan daripada organisasi kerajaan, NGO dan koperasi tidak sesuai
digunakan di dalam kajian ini.
d) Boleh memilih iklan perjawatan daripada syarikat/organisasi/institusi yang
mengeluarkan produk atau perkhidmatan, domestik atau multinasional.
e) Iklan di dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan. Walaubagaimanapun, huraian, terma
dan laporan hendaklah ditulis di dalam Bahasa Melayu.

Cth jawatan pengurusan pertengahan :


Pengurus Cawangan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Kewangan,
Pengurus Pengeluaran.
- Melaksanakan perancangan taktikal
- Menghubungkan rancangan pengurusan atasan dan bawahan

Cth jawatan pengurusan bawahan :


Penolong Pengurus, Penyelia (Supervisor), Leader (Ketua Kumpulan)
- Memantau dan menyelia pekerja bawahan
- Pelaksanaan operasi

f) Iklan yg dipilih perlu berupaya menjelaskan :


i. Sumber iklan – internet, surat khabar, bercetak, laman sesawang, jobstreets
ii. Spesifikasi kerja- dokumen formal yg melayakkan seseorang menjawat jawatan
tertentu, cth : kelayakan akademik spt Ijazah Sarjana Muda Perakauanan
untuk mengisi jawatan Penolong Pengurus Jabatan Kewangan.
iii. Huraian kerja – d okumen formal menghuraikan tugas dan t/j sesuatu jawatan.
Cth : Penolong Pengurus Perakaunan perlu menyemak dan melapor kpd Ketua /
Pengurus Kewangan berkaitan akaun belum terima,akaun hutang, inventori dan data
kewangan lain.
iv. Aspek pemilihan – proses memilih individu yg paling layak utk mengisi kekosongan
jawatan. Bagaimana syarikat mengambil pekerja baru ( Borang permohonan ->
Semakan Rujukan -> Temuduga -> Ujian)
v. Faktor penentu pampasan - bentuk atau jenis tugas, ganjaran oleh pesaing, kelayakan
pekerja, risiko pekerjaan dll.
*Jika tiada elemen (iv) dan (v) di dalam iklan atau di dalam laman sesawang rasmi syarikat yang
dikaji, calon tidak perlu membuat analisis terhadap elemen tersebut tetapi perlu menyatakannya secara
umum.

CARA PENULISAN LAPORAN KERJA KURSUS :


Margin atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
Tulisan : Times New Roman (font 12), spacing 1.5 (abstrak spacing 1.0)
Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta dan senarai
rujukan tetapi tidak termasuk lampiran.

Susunan penulisan kerja kursus:


i. Kulit hadapan kerja kursus (Lampiran 1)
ii. Borang Perakuan Calon (BPC)(Lampiran 2)
iii. Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
iv. Penulisan laporan kerja kursus

PENULISAN LAPORAN KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN (946/4) 2020


1.0 TAJUK, ABSTRAK DAN PENGENALAN
Cara penulisan tajuk :
a) ANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA BAGI JAWATAN
……………………….. DAN JAWATAN …………………………..YANG
DILAKSANAKAN OLEH………... SYARIKAT …………………… DAN
SYARIKAT……………………….
b) KAJIAN TERHADAP AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA UNTUK
PERJAWATAN ………………………………. DAN ………………………………….
BAGI SYARIKAT …………………………………. DAN
……………………………………….
c) ANALISIS TERHADAP AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA BAGI
SYARIKAT ……………………………. DAN …………………………………. UNTUK
JAWATAN……………………………. DAN ……………………………………
d) KAJIAN TERHADAP AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA BAGI
SYARIKAT …………………………DAN ………………………………….. UNTUK
JAWATAN……………………………DAN ………………………………….
PENULISAN ABSTRAK :
Penulisan abstrak mestilah mengandungi elemen berikut :
Tajuk Kajian  Tujuan Kajian  Kaedah Kajian  Sumber Data dan Maklumat  Dapatan Kajian
(5)Cadangan (>1)

 Abstrak hendaklah kurang daripada 200 patah perkataan, ditulis di dalam satu perenggan
dengan spacing 1.0
1.0 PENGENALAN ( 1 ½ muka surat)
 Penerangan tentang tajuk kajian yang dijalankan ( amalan pengambilan sumber
manusia…), iklan perjawatan yang dipilih, nama jawatan serta syarikat yang
menawarkan kerja
►syarikat apa, antarabangsa / domestik
►beroperasi dalam sektor apa, keluarkan barangan apa? ( barangan atau perkhidmatan)
 Penerangan tentang jawatan yang diiklankan ( secara ringkas)
 Aspek yang hendak diteliti (tidak perlu terperinci) : pengambilan sumber manusia dan
perjawatan yang diiklankan.
 Pernyataan itu memberi maklumat berkaitan perbezaan pengambilan sumber manusia
oleh dua syarikat yang berbeza serta dua jawatan yang berbeza: menjawab persoalan
kajian dan menyatakan kepentingan pengurusan sumber manusia secara umum.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN : (1 muka surat)


Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga (atau empat atau lima) objektif utama berkaitan amalan
pengambilan sumber manusia bagi syarikat……………………….dan syarikat……………… bagi
perjawatan…………. di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan seperti
berikut :
Objektif tersebut adalah:
2.1 Mengkaji sumber iklan bagi perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat
…………………….dan syarikat……………………….
2.2 Menganalisis maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi sesuatu perjawatan
di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan yang ditawarkan oleh
syarikat…………………………dan syarikat……………………...
2.3 Menerangkan dokumen yang diperlukan di dalam penghuraian kerja bagi sesuatu perjawatan
yang ditawarkan oleh syarikat …………………….. dan syarikat……………………………
2.4 Menjelaskan aspek pemilihan yang diaplikasikan oleh syarikat………………. dan
syarikat………….. di dalam proses pengambilan pekerja baru
2.5 Menganalisis faktor-faktor penentu pampasan yang diamalkan oleh syarikat
……………………. dan syarikat……………………….ke atas pekerja-pekerja mereka.

 Objektif 4 dan 5 adalah pilihan, jika tiada, tidak perlu dianalisis.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN (2 – 2 ½ muka surat)


Huraian terperinci tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan objektif
kajian seperti yang telah ditetapkan (3 @ 4 @ 5 objektif kajian).
- Pengkaji akan membuat kajian ke atas amalan pengambilan sumber manusia oleh syarikat
…… dan syarikat ….. bagi jawatan ………………. dan jawatan ………………….
- masukkan beberapa definisi istilah (buat citation ; thn 2008 dan ke atas)
- menjelaskan latar belakang syarikat …………………… dan
syarikat…………………..yang menawarkan pekerjaan secara terperinci
- menjelaskan sumber iklan bagi perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat
…………………….dan syarikat……………………….

- Menerangkan maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi sesuatu


perjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan yang
ditawarkan oleh syarikat…………………………dan syarikat……………………...

- Menerangkan dokumen yang diperlukan di dalam penghuraian kerja bagi sesuatu


perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat …………………….. dan
syarikat……………………………

*- Menjelaskan aspek pemilihan yang diaplikasikan oleh syarikat………………. dan


syarikat………….. di dalam proses pengambilan pekerja baru (Jika ada)
*- Menganalisis faktor-faktor penentu pampasan yang diamalkan oleh syarikat
……………………. dan syarikat……………………….ke atas pekerja-pekerja mereka.(Jika ada)

Latar Belakang Kajian mesti ditulis secara umum untuk menjelaskan objektif-objektif
kajian.Tiada analisis dibuat di bahagian ini. Penulisan terperinci hanya di bahagian Dapatan
Kajian. (5.0)
- latar belakang kajian adalah cerminan apa yang hendak dikaji, ia menerangkan secara ringkas
bagaimana kajian itu dilaksanakan serta objektif-objektif kajian yang ingin dianalisis dan dicapai.

4.0 KAEDAH KAJIAN (1 ½ - 2 muka surat)


Definisi umum kaedah kajian…………alat yang digunakan untuk menjawab objektif
kajian….. (citation jika ada)
4.1 Data Primer
Penerangan data primer
4.1.1 Pemerhatian
* Jika calon melawat kilang/syarikat yg dikaji serta mengambil gambar atau mendapatkan
maklumat secara first hand information
4.2 Data Sekunder
4.2.1 Rujukan Kepustakaan (Buku ilmiah, majalah, jurnal, jurnal online)
4.2.2 Laman Sesawang (laman web rasmi syarikat dikaji)
4.2.3 Surat Khabar / Berita Televisyen atau online/ Media Sosial
* perlu ada citation data sekunder
* kamus Dewan Bahasa tidak boleh dijadikan rujukan

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN ( 8 – 10 muka surat)


Pengenalan - - mulakan dengan definisi proses beserta citation
5.1 Analisis berkaitan sumber iklan bagi perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat
…………………….dan syarikat……………………….
- menjelaskan beberapa sumber iklan yang digunakan oleh syarikat-syarikat yg dikaji.
Mengapa ia menjadi pilihan syarikat, buat analisa dan buat perbandingan sumber iklan yg
dipilih oleh kedua-dua syarikat tersebut.
Di mana syarikat mengiklankan jawatan kosong dan mengapa. Kelebihan dan
kekurangan mengiklankan jawatan kosong dari aspek syarikat . Bandingkan iklan
kedua-dua sykt yg dikaji mengikut peringkat pengurusan.

5.2 Analisis maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi sesuatu
perjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan yang
ditawarkan oleh syarikat…………………………dan syarikat……………………...
- membuat perbandingan spesifikasi kerja utk dua perjawatan yang berlainan dari dua syarikat
yang berlainan yang telah dipilih dan memberi beberapa alasan terhadap perbezaan tersebut
daripada iklan yang dipilih.

5.3 Membuat analisis ke atas dokumen yang diperlukan di dalam penghuraian kerja
bagi sesuatu perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat …………………….. dan
syarikat……………………………
- menerangkan perbandingan dokumen di dalam penghuraian kerja oleh kedua-dua syarikat
yang dikaji dan dari aspek perbezaan peringkat pengurusan dan mengapa.

5.4 Analisis ke atas aspek pemilihan yang diaplikasikan oleh syarikat………………. dan
syarikat………….. di dalam proses pengambilan pekerja baru. (Jika ada)
-
5.5 Menganalisis faktor-faktor penentu pampasan yang diamalkan oleh syarikat
……………………. dan syarikat……………………….ke atas pekerja-pekerja mereka.(Jika
ada)

 Objektif no. 4 & 5 serta dapatan no. 4 & 5 adalah pilihan (optional).

6.0 PENUTUP ( 1 ½ - 2 muka surat)


- meliputi kesimpulan kajian dan cadangan utk penambahbaikan yg berkaitan
- membuat rumusan daripada dapatan-dapatan kajian dalam 5.0.
- memberi cadangan utk penambahbaikan berdasarkan analisis dan rumusan setiap objektif
7.0 RESUME (Berdasarkan iklan untuk jawatan lepasan STPM)
8.0 SENARAI RUJUKAN

 Guna gaya Dewan & ikut urutan abjad


 Susunan : BUKU - ATAS TALIAN  JURNAL  MAJALAH/BULETIN
Contoh :

 Buku : Creswell,J.W.,2009. Research Design : Qualitative, Quantitative, And Mixed Methods


Approaches,Edisi ke-3, California : SAGE Publications
 AtasTalian : Samsudin Osman, 2006. Seminar Keusahawanan Bumiputera dari Gerai ke
Ekonomi Global (atas talian). http://www.miti.gov.my/speech1-3ogo02.html (dilayari pada 20
Disember 2012)
 Jurnal : Mokhtar bin Pet,2015. Relationship Domain of Form Six Teachers Thinking in
Teaching with External Factors of Form Six Teacher. IJERE. Mac,Vol 4, No.1,hlm 1-7
 Majalah / Buletin : Abu Bakar Hamed,1991. Usahawan : Satu Panduan Praktikal. Usahawan
Malaysia,55/56, hlm. 52-53

9.0 LAMPIRAN

 Label nombor lampiran (di atas)


 Tajuk lampiran (di bawah)
 Susun lampiran mengikut penulisan

***SEMOGA CEMERLANG***

Cikgu Asiah Suari @ SMK Mutiara Rini, Skudai

You might also like