You are on page 1of 4

SOALAN ULANGKAJI

ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN 1 (20 markah)

a) Senaraikan EMPAT (4) tujuan pembentangan dalam perniagaan.


[4 markah]

b) Terangkan TIGA (3) kaedah penyampaian ketika pembentangan.

[6 markah]

Encik Shahrizan bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di Syarikat


Kirei Sdn Bhd. Beliau perlu membentangkan kertas kerjanya yang
berkaitan promosi produk syarikat.

c) Bantu Encik Shahrizan dengan menyediakan proses –proses yang perlu


beliau lalui sebelum melakukan pembentangan tersebut. [10 markah]

SOALAN 2 (20 markah)

a) Semasa menulis resume, terdapat jurang dalam kerjaya yang menjadi


perhatian majikan.
Senaraikan EMPAT (4) jurang tersebut.
[4 markah]

b) Terangkan TIGA (3) format asas yang boleh digunakan untuk menyusun
resume.
[6 markah]

c) Dalam penulisan resume, tiga perkara utama perlu dimasukkan seperti


objektif kerjaya, ringkasan kelayakan dan ringkasan kerjaya. Berikan
maksud ringkasan kelayakan dan ringkasan kerjaya.
[2 markah]

d) “ Resume diedarkan adalah bergantung kepada bilangan majikan yang


disasarkan dan keutamaan mereka untuk menerima resume”
Terangkan bagaimana resume boleh diedarkan kepada majikan?
[8 markah]
Soalan 1

a) - Menyampaikan maklumat
- Meyakinkan pendengar
- Mempromosikan produk atau perkhidmatan
- Menyampaikan idea

b) Antara kaedah penyampaian ketika perbentangan ialah persembahan


manuskip. Persembahan manuskip dilakukan semasa penutur memberikan
persembahan dengan membaca teks dalam bentuk teks. Seterusnya ialah
penyampaian menghafaz. Penyampaian menghafaz dilakukan dengan menghafal
teks yang telah disiapkan sebelumnya. Namun, semasa membuat persembahan,
penutur tidak membaca skrip. Akhir sekali ialah persembahan ekstempore.
Penceramah yang menggunakan kaedah ini menyediakan bahan dengan
membuat perkara penting yang mesti didedahkan kepada penonton. Kemudian
dijelaskan secara terperinci semasa pembentangan.

c) Proses-proses yang Encik Shahrizan lakukan yang pertama ialah


Buat kajian secara mendalam dalam tajuk yang telah berikan. Cara
membuat kajian yang betul ialah menggunakan sistem piramid. Kaji sesuatu
tajuk itu dari umum kepada spesifik.
Kedua ialah draft apa yang ingin dibentangkan. Ini adalah proses
menguruskan data. Data ialah bahan mentah yang tidak membawa apa-apa
makna/ tidak berguna sehingga pembentang memproses data itu menjadi
maklumat. Maklumat merupakan input yang sangat penting. Proses draft
pembentangan boleh dilakukan dengan mengasingkan maklumat yang paling
penting dahulu dan mengetepikan maklumat yang tidak perlu. Ini memastikan
pembentang tidak mengalami masalah overload information di dalam
pembentangan. Dalam fasa ini juga, pembentang sudah mempunyai hanya
maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam pembentangan.
Seterusnya adalah bina sendiri ayat yang akan digunakan di dalam slide.
Jangan pernah copy dan paste ayat-ayat di internet terus menerus kepada slide
Power Point. Sebaiknya ialah draft dan compose sendiri satu persatu ayat yang
akan digunakan. Ini penting untuk mengelakkan kita terlepas pandang maklumat-
maklumat baru yang dipindah semasa copy dan paste. Gunakan ayat sendiri. Ayat
yang ringkas dan lebih mudah difahami oleh pendengar. Tidak terlalu panjang.
Cukup sekadar isi penting. Ini kerana pembentang akan menerangkan dengan
lebih lanjut mengenai isi-isi penting.
Selain itu, siapkan nota sisipan. Ambil A4 paper, lipat sehingga menjadi 4
bahagian dan kerat. Keratan kertas-kertas kecil yang terbentuk itu akan digunakan
untuk menulis penerangan tentang isi penting yang diletakkan di dalam slide
Power Point. Jangan tulis ayat lengkap di dalam keratan tersebut. Dikhuatiri
pembentang akan membaca dan terus membaca sepanjang pembentangan.
Tuliskan kata kunci sahaja sebagai rujukan supaya pembentangan menunjukkan
flow. Susun kertas itu mengikut kedudukan slide pembentang. Letak nombor di
hujung keratan kemudian kepilkan keratan-keratan berikut. Ini membantu
pembentang merasa lebih bersedia dan mengelakkan penggunaan kertas yang
terlalu banyak semasa pembentangan.
Akhir sekali, berlatih dan terus berlatih. Fasa ini merupakan fasa terakhir
sebelum pembentangan berlangsung. Pembentang harus terus berlatih dan cuba
meningkatkan kefahaman kepada topik yang ingin dibentangkan. Pembentang
boleh berlatih di hadapan cermin untuk meningkatkan keyakinan. Hayati setiap
minit pembentangan. Bayangkan, ketika membuat pembentangan anda adalah
orang yang paling pandai di dalam dunia. Dapatkan komen rakan-rakan dan cuba
perbaiki mana-mana kelemahan. Ini untuk memberi impak yang paling maksimum
sepanjang pembentangan.
Soalan 2

a) - Kerap berubah pekerjaan


- Jurang dalam sejarah kerja
- Tidak berpengalaman
- Rekod jenayah

b) Antara format asas yang boleh digunakan untuk menyusun resume ialah
resume kronologi. Resume kronologi dimulakan dengan menyenaraikan
pengalaman kerjaya anda. Senaraikan pekerjaan terkini terlebih dahulu. Kemudian
senaraikan pekerjaan anda yang lain mengikut urutan kronologi secara terbalik.
Kebajikan majikan biasanya lebih suka resume jenis ini kerana mudah untuk
melihat pekerjaan anda yang terdahulu dan ini adalah resume yang selalu
digunakan oleh pemohon kerja. Seterusnya ialah functional resume. Resume jenis
ini lebih kepada memberi tumpuan pada kemahiran dan pengalaman anda. Pada
bahagian atas resume ini, anda akan menyenaraikan bahagian PENGALAMAN
PROFESIONAL atau PENCAPAIAN yang menyenaraikan pelbagai jenis
kemahiran yang ada pada anda selama anda bekerja sehingga kini. Akhir sekali
ialah resume gabungan. Resume ini merupakan gabungan antara resume
kronologi dan resume functional. Bahagian atas resume ini terdapat senarai
kemahiran dan kelayakan pemohon kerja. Di bahagian bawah resume pula
merupakan kronologi pengalaman kerja pemohon.

c) Ringkasan kelayakan ialah menawarkan pandangan ringkas mengenai


kelayakan utama anda. Ringkasan kerjaya pula ialah menawarkan rekod ringkas
kerjaya anda dengan matlamat menyampaikan peningkatan tahap tanggungjawab
dan prestasi.

d) Antara cara untuk mengedarkan resume kepada majikan ialah menghantar


resume bercetak. Menggunakan sampul surat bersaiz 9×12 yang rata atau sampul
kadar rata Priority Mail menghantar melalui pos. Seterusnya mengghantar resume
melalui e-mel. Terdapat majikan yang mahukan pemohon memasukkan teks
resume mereka dalam badan mesej e-mel. Ada juga majikan yang memilih kaedah
lampiran iaitu pemohon perlu melampirkan fail Microsoft Word atau PDF. Di
samping itu ialah mengemukakan resume anda ke laman web majikan. Ramai
majikan, termasuk kebanyakan syarikat besar, kini lebih suka atau memerlukan
pemohon untuk mengemukakan resume mereka secara dalam talian. Selain itu
ialah menghantar resume anda di laman web perkejaan. Anda boleh menghantar
resume ke laman web pekerjaan umum seperti Monster dan CareerBuilder,
pelbagai job boards yang lebih khusus dengan jawatan yang spesifik, atau dengan
perkhidmatan mencari pekerjaan seperti Volt.

You might also like