You are on page 1of 7

RINGKASAN EKSEKUTIF

Ahmad Fazil bin Zainal Abidin


JPM IPGK Ipoh
Apa itu Ringkasan Eksekutif
-ringkasan eksekutif merupakan laporan ringkas
tentang perkara-perkara yang dilaporkan dalam
laporan harian (Buku Log dan sebagainya).
-ia bertujuan untuk memberi latihan kepada
pelajar untuk menulis laporan yang berkesan
tentang aktiviti-aktiviti latihan industri yang diikuti.
- pelajar juga diberi peluang untuk membuat
penilaian tentang keberkesanan latihan yang telah
diikuti.
Contoh Format Ringkasan Eksekutif 
• Bilangan halaman: 6-10 muka surat (selang 2 jarak); tidak termasuk muka
hadapan
Saiz kertas: A4
Had ruang teks: 2.5cm dari kiri, kanan, atas dan bawah
Fon: Times New Roman (12pt)

Contoh isi kandungan Ringkasan Eksekutif

a) maklumat tentang pelajar dan organisasi latihan (SATU muka surat sahaja)
• Nama, no.telefon, dan no. pelajar
• Tempoh latihan (dengan tarikh mula dan tarikh tamat)
• Nama dan alamat organisasi latihan (beserta dengan no.telefon dan no. faxs)
• nama dan alamat penyelia latihan (beserta dengan no.telefon dan no.faxs)
• kaedah mendapatkan tempat
• jumlah dan kadar elaun yang diterima
b)maklumat tentang program latihan
• penerangan ringkas tentang organisasi latihan
• senarai tugasan/projek
• jadual kerja

c)penerangan terperinci untuk SETIAP tugasan/projek yang dilaporkan


dalam (b)
• tajuk.tugasan/projek
• penerangan tentang tugasan/projek ini
• perkara-perkara yang dipelajari dari tugasan/projek ini
• hubung kait teori yang dipelajari dengan pengalaman praktikal
(dengan contoh)
d)kesimpulan dan cadangan penambahbaikan program yang disediakan
CONTOH :
RINGKASAN EKSEKUTIF DALAM RANCANGAN PERNIAGAAN
Apakah ringkasan eksekutif? adakah ia penting dalam
sesebuah rancangan perniagaan?...Sejauhmana
ringkasan eksekutif itu memberi kesan terhadap
sesuatu 'proposal'?

Ringkasan eksekutif ini sebenarnya ialah bahagian yang


paling penting dan ia perlu ditulis secara teliti dan
berkesan. Ia merupakan ringkas kepada
idea/rancangan perniagaan yang ingin anda
kemukakan. Ditulis secara ringkas, tepat dan padat, ia
dapat membantu si pembaca memahami keperluan
perniagaan anda.
Antara perkara penting dalam ringkasan eksekutif ialah:

1. Objektif syarikat
Anda perlu menjelaskan dengan terang tentang objektif penubuhan syarikat/perniagaan anda. Mengapa anda
menubuhkan perniagaan dan apakah keperluan anda membuat rancangan perniagaan ini.

2. Produk atau perkhidmatan 


Anda perlu menjelaskan tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Keunikan dan keistimewaan
produk/perkhidmatan anda perlu diterangkan agar ia dpt meyakinkan si pembaca bahawa
produk/perkhidmatan itu mampu memasuki pasaran.

3. Potensi pasaran
Anda perlu menjelaskan tentang potensi produk/perkhidmatan anda dalam memasuki pasaran sedia ada. Siapa
potensi pelanggan dan strategi anda dalam memasarkan produk/perkhidmatan itu.

4. Pengurusan Projek
Jelaskan secara ringkas bagaimana anda bakal menguruskan perniagan ini. Perancangan yang teliti dalam aspek
pengurusan, operasi, pemasaran dan kewangan dapat membantu si pembaca yakin dengan kemampuan anda.

5. Kos Projek
Kos bagi anda menguruskan perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas. Anda perlu memaklumkan tentang
jumlah pinjaman yang bakal dipohon, sumbangan modal dari anda dan keperluan anda membuat pinjaman.

6. Jangkaan Pulangan/Daya maju


Akhir sekali anda perlu nyatakan jangkaan pulangan/daya maju perniagaan anda. Nyatakan juga bahawa anda
yakin tentang perniagaan anda melalui perancangan yang dibuat dan potensi masa hadapan.

You might also like