You are on page 1of 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

Pada 24 dan 25 Februari 2013, Unit PISMP Kajian Sosial dan PISMP Tesl 3 Semester 5
telah mengajurkan Program Sukan Tara bertempat di Stadium Mini Gong Badak jam 2.30 hingga
6.00 petang. Program sukan tara unit diadakan bagi menghasilkan guru yang berkemampuan,
berkeyakinan dan berkemahiran dalam melaksanakan aktiviti sukan dan permainan di sekolah
kelak di samping mendedahkan guru pelatih dengan acara olahraga daripada segi pengurusan,
pengelolaan dan kepegawaian. Sukan tara yang diadakan melibatkan empat acara iaitu 100
meter, 400 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Bagi menjayakan program ini, jawatankuasa
proram telah dibentuk. Selaku ahli jawatankuasa kebajikan dan keselamatan, beberapa
persediaan telah dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas program

. Sebelum program dilaksanakan, peralatan seperti kit bantuan kecemasan, ais bagi
merawat kecederaan dan kain bagi membalut luka dan sebagainya. Hasil kerjasama bersama
ahli jawatankuasa peralatan, peralatan yang diperlukan, dapat disediakan. Kit kecemasan juga
dikemaskini dan memastikan kandungannya lengkap . Pertolongan cemas merupakan penjagaan
awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Selain itu, ahli jawatankuasan keselamatan dan
kebajikan juga menyediakan borang kehadiran yang perlu ditandatangani oleh peserta-peserta
sebagai tanda mereka hadir sebelum dan selepas program dilaksanakan.

Semasa program dilaksanakan, ahli-ahli jawatankuasa kebajikan dan keselamatan


memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan baik. Namun demikian, terdapat
seorang peserta program mengalami kesakitan perut. Walaubagaimanapun, peserta berjaya
dirawat dengan panadol dan air masak yang telah disediakan. Peserta-peserta yang lain tidak
mengalami sebarang kecederaan sehingga program selesai dijalankan. Setelah selesai program,
peserta-peserta bersiap sedia untuk pulang. Sebelum menaiki bas ahli jawatankuasa
memastikan semua peserta cukup dan setiap peserta diwajibkan untuk menandatangani boring
kehadiran yang telah disediakan.

Ahli jawatankuasa keselamatan dan kebajikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah bertungkus-lumus serta mengembeleng tenaga bagi menjayakan aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang . Diharapkan program yang akan dilaksanakan nanti dapat memberi
input yang bermakna untuk semua. Semoga ahli jawatankuasa keselamatan dan kebajikan akan
terus memberi sumbangan yang bermakna untuk kesejahteraan semua peserta.
Disediakan oleh,

____________________________________

(ZAHRATUL JANNAH BT BASHEER AHMED)


AJK Keselamatan dan Kebajikan

You might also like