You are on page 1of 34

INTERVENSI

MENANGANI TINGKAH
LAKU BERMASALAH
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH
LAKU

• Teknik ini merupakan satu intervensi yang


boleh digunakan oleh guru dalam
menguruskan disiplin di dalam bilik darjah.
• Teknik ini menggunakan prinsip peneguhan
• Teori peneguhan menyatakan bahawa:
– Tingkahlaku dipengaruhi oleh akibat selepas
tingkahlaku ditunjukkan
– Tingkahlaku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan
atau dilemehakan berdasarkan akibat yang diberikan
– Teknik ini bertindak bersdasarkan tingkah laku yang
diberi ganjaran akan diulangi manakala yang tidak
diberikan ganjaran akan dilupuskan
– Peneguhan positif (ganjaran) lebih berkesan daripada
dendaan
• Dalam memberi peneguhan beberapa faktor
perlu diambil kira seperti umur, latar
belakang, tingkah laku yang ingin dibentuk,
kedukaran aktiviti dan tahap kemahiran murid
akan mempengaruhi keberkesanan
peneguhan.
• Peringkat-peringkat peneguhan ialah:
– Bahan makanan
– Barangan
– Token
– Aktiviti
– Keistimewaan
– Pengiktirafan rakan
– Perakuan guru
– Kepuasan kendiri
• Kadangkala perlu bagi guru untuk
mengadakan suatu bentuk sistem modifikasi
tingkahlaku yang formal dan berstruktur.
• Dua sistem yang boleh digunakan untuk
memodifikasi tingkahlaku yang formal dan
berstruktur ialah sistem kontrak tingkahlaku
dan sistem token
• Sistem kontrak tingkahlaku ialah satu kontrak
bersturktur yang dibentuk oleh guru dan murid
setelah mendapat persetujuan daripada kedua-
dua belah pihak terhadap tingkahlkau yang
diingini.
• Sisitem token berfungsi seperti wang yang dapat
ditukar dengan barangan yang digemari atau
aktiviti yang menyeronokkan. Sistem ini selalu
digunakan dalam kelas-kelas pendidikan khas dan
kelas pemulihan.
Kemahiran melaksana
intervensi
•Terapi bermain
•Terapi bercerita
•Terapi seni
•Terapi muzik
DEFINISI

• “Penggunaan secara sistematik model tereotikal


untuk membentuk proses interpersonal.”
(Persatuan Terapi Bermain)

• “Suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal


kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan
proses pembelajaran kanak-kanak.” (Carmichael
2006)
RASIONAL
• Menolong kanak-kanak mengambarkan masalah yang
dihadapi dan bukan melalui bahasa verbal.

• Objek mainan dan main – perkataan dan bahasa


kanak-kanak
 Membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif
 Memperkembang kognitif dan memberi persepsi untuk
menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanak-
kanak.
KEGUNAAN
Carmichael (2006): kanak-kanak (3-12 tahun)
• Pelan rawatan digunakan sebagai intervensi asas
untuk pelbagai keadaan kesihatan mental.
– pengurusan marah, kebimbangan, ADHD,
Autism, tingkah laku bermasalah dll

• Digunakan sebagai alat untuk diagnosis.


- Terapis memerhati klien bermain dengan
objek mainan untuk menentukan punca
gangguan tingkah lakunya.
Menurut pandangan psikodinamik,
• Digunakan sebagai mekanisma pertolongan diri.
- Kanak-kanak melibatkan diri dalam
main untuk menangani kebimbangan
dan halangan dalaman.
- Kanak-kanak diberi masa bermain
bebas atau bermain bukan berstruktur.
PENDEKATAN
• Penggunaan proses desensitizasi secara
sistematik atau pembelajaran semula
untuk mengubah gangguan tingkah laku
kanak-kanak.
- Menolong kanak-kanak mengadaptasi
gangguan mental dan mengenalpasti
penyelesaian masalah.
MANFAAT
Menolong kanak-kanak:
• Lebih bertanggungjawab dan membentuk strategi yang
lebih berkesan
• Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah.
• Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain.
• Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan
orang lain.
• Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional
dengan keluarganya.
• Membentuk keberkesanan kendiri dan meningkatkan
keyakinan terhadap kebolehannya.
DEFINISI

• Suatu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan


menggunakan perkataan, imej dan suara.

Elemen penting dalam cerita:


• Plot, watak serta pandangan, nilai murni

Bercerita untuk terapi:


Pendekatan berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah.
TEKNIK TERAPI BERCERITA
Matlamat:
membolehkan kanak-kanak yang mengalami
pengalaman traumatik memproses pengalaman
yang diceritakan.

Teknik terapi bercerita yang berkesan:


• Harus sensitif
• Harus kreatif
• Harus positif
• Menggalakkan kanak-kanak mereka cerita
KEGUNAAN

1. Cerita mengambarkan hidup emosi dalaman


2. Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapan
3. Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif
4. Cerita menunjukkan tindakan dan akibat
5. Cerita mencermin keadaan manusia secara universaliti
6. Membolehkan kanak-kanak menyusun, menstruktur,
memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara
rasional.
PRINSIP-PRINSIP PANDUAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN BERCERITA

• Memilih cerita yang sesuai (minat, kebolehan,


umur, pengalaman murid, objektif pelajaran)
• Sebelum sesi bercerita bermula:
- menghafal isi-isi penting
- Menyediakan alat bantu mengajar dan
soalan-soalan untuk aktiviti susulan
- Pastikan murid bersedia mendengar cerita
- Pastikan murid boleh melihat dengan jelas
wajah dan ekspresi guru (duduk atau berdiri)
- Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh
emosi
- Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir
- Pastikan suara guru jelas dan lantang
• Semasa sesi bercerita:
- Mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid
meramal perkembangan cerita selanjutnya.
- Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan boleh
difahami oleh murid.
- Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-
geri secara semula-jadi

• Selepas bercerita:
- aktiviti susulan (soal jawab, lakonan)
PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI
BERCERITA
Perancangan dan Persediaan:
• Memilih tajuk cerita yang sesuai
Tema: nilai murni
 Isi: menarik, perkataan sesuai
 Panjang-pendek cerita: sepadan dengan peruntukan masa
•Berlatih menghafaz dan bercerita secara sendiri
•Menyediakan alat bantu mengajar dan soalan
•Menyusun tempat duduk murid
•Tempat bercerita dihias dengan alat-alatan yang sesuai dengan isi
cerita
Sesi Bercerita:
• Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
• Menggunakan dengan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian murid-
murid
• Menggunakan soalan-soalan membimbing murid
mengikut perkembangan cerita
Penutup:
Tujuan- membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang
diterapkan

Aktiviti penutup
- Menyoal murid –murid tentang isi cerita yang disampaikan
- Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan
menggunakan perkataan sendiri
- Berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni
yang terkandung dalam isi cerita
- Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang
telah didengar
DEFINISI
“Satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses
kreatif dalam lukisan untuk menambahbaik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di
bawah semua peringkat umur.” (American Art Theraphy Association)

Suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media


warna, kapur, pensil dan marker, diintegrasikan dengan
teori psikoterapeutik dan teknik proses kreatif untuk
mendiagnosis punca masalah yang dihadapi oleh kliennya.
Tujuan
• Menambahbaikkan dan mengekalkan
kesihatan mental individu.

• Mengenalpasti fikiran dan perasaan yang


sebenar melalui lukisannya.
TERAPI SENI
• Sasaran:
remaja, dewasa, orang tua, kumpulan dan keluarga
Masalah- kebimbangan, depresi, gangguan
mental, penyalahgunaan dadah dll
• Ahli terapi seni
– profesional yang memperolehi ijazah sarjana
dan ijazah terapi seni
- mahir dalam aplikasi pelbagai modaliti seni
• Berdasarkan kemahiran dan psikoterapi, terapis seni
memilih bahan-bahan seni dan intervensi yang sesuai
dengan keperluan klien dan mereka bentuk sesi
terapi untuk mencapai objektif terapeutik.

Terapi seni:
Melukis boleh menjadi proses pemulihan dan
produk seni yang dihasilkan dapat memberi
komunikasi maklumat yang relevan adalah penting
untuk terapi.
JENIS LUKISAN UNTUK TERAPI
• Tiga jenis lukisan yang digunakan di
dalam terapi seni ialah:
– potret diri
– lukisan bebas atau spontan
– lukisan keluarga.
DEFINISI
• Suatu profesion penjagaan kesihatan yang
menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu
dari aspek fizikal, emosi kognitif dan sosial.
• “Intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat
individu di bawah hubungan terapeutik yang
dilaksanakan oleh terapisyang telah dilatih dan berjaya
dalam program terapi muzik yang diakui.”
(American Music Theraphy Association)
TERAPI MUZIK
• Intervensi teraputik berbentuk bukan-verbal.
• Digunakan:
- mengurus tekanan
- memulihkan kesihatan
- mengekspres perasaan
- meningkatkan ingatan
- menambahbaikkan komunikasi
- menggalakkan pemulihan fizikal
• Sasaran: kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua
- gangguan mental, pembelajaran bermasalah,
penyakit Alzheimer, termasuk bersalin
SEJARAH
• Zaman Tamadun Yunani
- Bermula daripada penulisan Aristotle dan
Plato lebih 2000 tahun dahulu

• Abad ke-20
- mula diaplikasikan di hospital selepas Perang
dunia 1 dan Perang dunia 2.
- muzik amatur dan profesional bermain
instrumen muzik untuk anggota tentera yang
mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi
dari medan perang
TERAPI MUZIK DENGAN AUTISM
SPECTRUM DISORDER (ASD)
Ciri-ciri Autisme:
- Suka bersendirian, pasif, aktif tetapi ganjil melebihi
formal, kaku dan kekok, masalah komunikasi seperti
masalah berucap, dan kefahaman verbal

Terapi muzik memainkan peranan signifikan dalam


proses penilaian kanak-kanak yang menghadapi
gangguan komunikasi kerana ciri muzik adalah bukan
verbal dan medium digunakan dalam sistem
komunikasi praverbal
PROSES PERANCANGAN DAN
PELAKSANAAN
1. Mendapat persetujuan dengan rancangan rawatan dan etika
intervensi.
2. Mengatur prasesi untuk klien menghadiri di bilik terapi
3. Mengadakan tempoh penilaian
4. Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan
setiap sesi terapi
5. Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setiap sesi
6. Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan
sesi berikutnya
7. Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai dan
membenarkan masa yang cukup bagi klien memahaminya

You might also like