You are on page 1of 15

Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat


Terapi Seni
a. Terapi Seni 2-4
b. Pelaksanaan Kaunseling Terapi Seni 5-6
c. Faktor Kesesuaian Kes Dengan Intervensi Yang Dipilih 7-8
Justifikasi Mengapakah Murid 6 Mawar Berkelakuan 9 - 10
Sedemikian
Tindakan Guru Untuk Membantu Murid 6 Mawar Mengenal 11 - 13
Pasti Minat dan Kerjaya Mereka
Rumusan 14
Rujukan 15

1
Terapi Seni
Terapi secara umumnya ialah kaedah-kaedah yang digunakan untuk
mengubati penyakit atau masalah tubuh badan. Istilah terapi berasal daripada
perkataan Greek iaitu Therapeia yang membawa maksud perkhidmatan. Perkataan
ini berkait rapat dengan satu lagi perkataan Greek, therapeuo (kata kerja) yang
bermaksud "i wait upon". Oleh yang demikian, terapi ialah satu perkhidmatan yang
diberi kepada pesakit.

Dalam konteks pendidikan pula, istilah terapi dapat didefinisikan sebagai


kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu
aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Dalam bahasa yang lebih mudah,
terapi adalah perkhidmatan atau tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah
yang berlaku dalam aktiviti pendidikan. Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh
digunakan dalam pendidikan. Antaranya ialah terapi bermain, terapi muzik, terapi
bercerita, terapi seni dan terapi biblio.

Bagi mengatasi masalah murid-murid kelas 6 Mawar, saya telah memilih


terapi seni sebagai intervensi bimbingan. Terapi seni ialah terapi yang menggunakan
media seni, imej, proses kreativiti seni serta tindak balas klien atau pesakit untuk
menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan,
personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Dalam hal ini, seni visual dijadikan
sebagai instrumen untuk membantu klien mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi
dan tekanan dalam kehidupan seharian.

Terapi seni adalah suatu bentuk kaunseling yang menggunakan kelebihan


dan bahan-bahan seni dalam proses kaunseling. Dalam sesi kaunseling
menggunakan terapi seni, klien biasanya akan diminta melukis atau
menggambarkan sesuatu imej melalui lukisan dan juga penggunaan warna. Dalam
sesi terapi ini, masalah klien akan dapat dikenal pasti melalui pentafsiran imej yang
digambarkan oleh klien. Lukisan yang terhasil akan menggambarkan perasaan dan
pandangan klien masa itu.

American Art Therapy Association pula mendefinisikan terapi seni sebagai


suatu bentuk terapi yang boleh menyeimbangkan klien daripada aspek fizikal
(melalui lukisan), kognitif (pandangannya), emosi (perasaan) serta keadaan sosial

2
klien (sama ada diterima oleh rakan sebaya atau sebaliknya). Hal ini dapat dinilai
melalui penggunaan warna oleh klien semasa proses terapi. Warna cerah dan
berwarna-warni biasanya menggambarkan perasaan atau personaliti positif
seseorang klien. Manakala penggunaan warna yang gelap, hitam dan putih oleh
klien akan menggambarkan perasaan klien yang sedang muram, murung, tidak puas
hati atau kehilangan sesuatu yang disayangi. Perasaan yang disampaikan melalui
lukisan boleh diklasifikasikan seperti berikut:

Gembir
a

Sedih
Lukis Risau
an

Marah

Dari segi matlamat dan objektifnya pula, terapi seni memberi penekanan
terhadap aspek seperti berikut:

Melalui ekspresi seni, klien dapat memahami cara untuk mendedahkan


keperluan dalaman dan konflik yang berlaku dalam dirinya.
Dunia seni akan dapat dimartabatkan lagi melalui proses apresiasi yang
dilakukan oleh klien.
Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih,
bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri
dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam
karya.

Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu
kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

3
Memberi peluang kepada murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran, tingkah laku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal supaya
dapat membina keyakinan diri untuk menjalani kehidupan seharian.

Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja
murid yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja
seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat. Seseorang insan belum
tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk
melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai
menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya. Misalnya
kaum kulit hitam di Amerika Syarikat, mereka cenderung melukis dan menulis pada
dinding-dinding untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Seni ini dikenali
sebagai grafitti.

Hal ini kerana, emosi manusia yang tertindas adalah tidak stabil. Hanya
dengan cara ini sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan
keinginan atau mesej yang mereka kehendaki. Secara positifnya, terapi seni akan
dapat membentuk insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar
dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu
cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

4
Pelaksanaan Kaunseling Terapi Seni
Dalam tugasan ini, kami telah menjalankan sesi kaunseling menggunakan
terapi seni. Dalam sesi ini, kami telah membuat simulasi pelaksanaan, iaitu rakan
sekelas PISMP 7A1 telah memainkan peranan sebagai murid 6 Mawar. Sesi
kaunseling menggunakan terapi seni ke atas murid 6 Mawar ini telah kami jalan
dalam dua peringkat, iaitu peringkat yang pertama murid diminta melukis perkara
yang terlintas atau mengganggu fikiran mereka. Manakala pada peringkat yang
kedua, murid telah diminta untuk menuliskan mutiara kata atau kata-kata semangat
berkaitan perkara yang telah mereka lukiskan. Perincian aktiviti yang telah
dijalankan dalam sesi ini adalah seperti berikut :

Aktiviti 1

Murid diedarkan sehelai kertas A4 setiap seorang.


Murid mendengar arahan daripada guru. Guru menerangkan aktiviti yang
perlu dilaksanakan oleh murid semasa sesi kaunseling berlangsung. Dalam
langkah murid telah diminta untuk melukiskan satu perkara yang terlintas di
fikiran mereka atau sesuatu perkara yang sering mengganggu fikiran mereka.
Murid melukis perkara yang terlintas di fikiran mereka atau sesuatu perkara
yang sering mengganggu fikiran mereka dalam masa yang telah ditetapkan.
Selesai melukis, murid diminta mewarnakan lukisan yang telah mereka lukis.
Dalam aktiviti mewarna ini, murid bebas untuk menggunakan apa sahaja
warna untuk mewarnakan lukisan mereka.
Setelah murid selesai mewarnakan lukisan mereka, guru pun memulakan sesi
kaunseling dengan menilai terlebih dahulu lukisan yang dihasilkan oleh murid.
Penilaian dilakukan dengan melihat perkara yang dilukis serta warna yang
digunakan dalam lukisan tersebut. Melalui penilaian ini, guru dapat mengenal
pasti dan membuat jangkaan masalah apakah yang sedang dialami oleh
murid.
Seterusnya, murid diberi peluang untuk menerangkan perkara yang telah
dilukiskannya. Aktiviti ini adalah untuk mewujud perasaan dihargai dalam diri
murid.

5
Aktiviti 2

Murid mendengar arahan daripada guru. Guru meminta murid untuk


menuliskan kata-kata semangat atau mutiara kata yang boleh memotivasikan
diri murid.
Murid menulis kata-kata semangat dan mutiara kata dalam masa yang telah
ditetapkan. Dalam aktiviti ini, murid bebas menggunakan apa-apa jenis media
termasuk pensel, pensel warna, marker, dan magic pen.
Setelah murid selesai menulis kata-kata semangat, murid diminta
membentangkan kata-kata semangat yang telah mereka tulis kepada rakan-
rakan sekelas. Di samping itu, guru turut memainkan peranan memotivasikan
murid untuk mencapai apa yang telah mereka tuliskan.
Selesai sesi pembentangan, guru telah mengumpulkan semua hasil kerja
murid dan menampalnya di dalam kelas untuk menceriakan lagi kelas 6
Mawar. Hal ini adalah untuk mewujudkan rasa kepunyaan terhadap bilik
darjah serta menjadi elemen motivasi kepada murid semasa mereka belajar
di dalam kelas. Murid akan sentiasa melihat mengingati apa yang mereka
tuliskan itu. Dengan ini, secara tidak langsung, masalah murid 6 Mawar akan
dapat diatasi.

6
Faktor Kesesuaian Kes Dengan Intervensi Yang Dipilih
Kami memilih terapi seni dalam mengatasi masalah murid 6 Mawar
berdasarkan beberapa faktor. Jika dilihat kembali pada masalah dan juga
bagaimana sikap mereka, terapi seni merupakan intervensi yang paling berkesan
bagi mengatasi masalah tersebut.

Pertama, murid 6 Mawar dikenali di sekolah sebagai kumpulan murid yang


nakal namun suka membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti sekolah seperti
menyusun dan membersihkan dewan, kawasan sekolah serta membaiki peralatan-
peralatan yang rosak. Situasi ini menunjukkan murid 6 Mawar merupakan murid
yang kreatif dan rajin. Seni adalah berkait rapat dengan kreativiti dan kerajinan. Oleh
sebab inilah kami telah memilih terapi ini kerana kami akan dapat menggunakan
kelebihan mereka dalam aktiviti kaunseling yang akan dijalankan sekali gus akan
dapat menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, pemilihan terapi ini juga disebabkan oleh faktor kebolehtadbiran
aktiviti. Melalui aktiviti dalam terapi seni, kami sebagai guru akan dapat mengenal
pasti masalah murid dengan lebih mudah, iaitu melalui proses pentafsiran lukisan
yang dihasilkan oleh murid dan juga melalui warna yang digunakan oleh murid
dalam aktiviti tersebut. Setelah guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-
muridnya, barulah guru dapat merancang tindakan-tindakan yang boleh
dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.

Dalam pada itu, kami juga mengambil kira sikap murid 6 Mawar yang rajin
membantu guru untuk membersihkan kawasan sekolah. Oleh yang demikian, kami
sekali lagi menggunakan kelebihan yang ada dalam diri murid 6 Mawar untuk
menceriakan sekolah. Lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh murid boleh digunakan
untuk tujuan keceriaan kelas. Dengan menggunakan hasil lukisan mereka, akan
wujud satu perasaan dihargai dalam diri mereka dan akan memadamkan perasaan
negatif yang ada apabila mereka dilabel sebagai kelas bermasalah sebelum ini.
Situasi ini seterusnya melahirkan satu bentuk motivasi di samping memupuk rasa
kepunyaan terhadap kelas mereka. Dengan ini, masalah tidak mahu belajar yang
timbul selama ini akan dapat diatasi kerana mereka sudah berasa suka terhadap
kelas mereka.

7
Kami turut mengambil kira pandangan-pandangan tokoh dalam memilih terapi
yang sesuai digunakan dalam menangani masalah murid 6 Mawar. Menurut Dyer
Friedman dan Sanders (1997), Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur
mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan
seni. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk
mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada
kebaikan. Justeru, melalui seni (lukisan dan warna) murid 6 Mawar dapat
meluahkan perasaan serta menzahirkan perkara yang mengganggu fikiran mereka.
Dengan ini, guru akan dapat mentafsir masalah yang dihadapi oleh murid
seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Tuntasnya, melalui terapi seni kita akan dapat memberi banyak manfaat
kepada murid. Kita akan dapat mengurangkan tekanan kepada murid, memberi
peluang murid untuk merasai keseronokan semasa sesi pembelajaran, memberi
peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka di samping menjadi
motivasi kepada mereka untuk terus berusaha dan berjaya.

Bagi guru pula, melalui terapi seni guru dapat mengesan masalah dalam diri
murid dengan mudah. Misalnya melalui warna, guru akan dapat mentafsir perasaan
murid berdasarkan warna yang murid gunakan semasa aktiviti melukis dan
mewarna. Dalam masa yang sama, guru juga dapat mengenali murid dengan lebih
mendalam. Misalnya, guru boleh mengaitkan hasil seni dan warna yang digunakan
oleh murid dengan kehidupan mereka sehari-hari. Contohnya, jika murid cenderung
menggunakan warna gelap, mungkin murid tersebut mengalami masalah
kemurungan, eksploitasi atau mungkin menjadi mangsa penderaan di rumah. Oleh
yang demikian, jelaslah bahawa terapi seni berkesan dalam menangani masalah
murid 6 Mawar.

8
Justifikasi Mengapakah Kelas 6 Mawar Berkelakuan
Sedemikian

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, murid kelas 6 Mawar menghadapi


berkelakuan seperti berikut :

a. Berada di kantin pada waktu pembelajaran.


b. Tidak mempedulikan teguran guru.
c. Menggunakan kata-kata kesat terhadap guru.
d. Ponteng kelas.
e. Tidak menyiapkan kerja rumah.
f. Mengganggu pelajar lain.

Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan, terdapat beberapa kemungkinan


mengapa murid kelas 6 Mawar berkelakuan sedemikian. Bagi masalah pertama,
murid kelas 6 Mawar mungkin berasa tidak seronok berada di dalam kelas. Hal ini
mungkin disebabkan oleh persekitaran kelas yang kurang kondusif sehingga
membuatkan mereka tidak suka berada di dalam bilik darjah dan mencari tempat
yang lebih menyeronokkan. Selain itu, mungkin juga mereka tidak minat dan berasa
bosan dengan pengajaran yang dijalankan oleh guru pada masa tersebut. Sudah
menjadi lumrah manusia, sukakan perkara yang memberi keselesaan mereka. Maka
tidak hairanlah mengapa murid-murid 6 Mawar berkelakuan sedemikian, ini kerana
mereka perlukan keselesaan.

Selain itu, bagi masalah tidak mempedulikan teguran guru, perkara ini mungkin
berlaku disebabkan oleh label kelas bermasalah yang diberikan oleh guru-guru
kepada mereka. Tindakan melabel sebegini merupakan sesuatu yang tidak sihat
dalam amalan pendidikan. Hal ini akan menyebabkan murid hilang motivasi serta
mewujudkan rasa negatif atau rasa rendah diri dalam diri mereka. Di samping itu,
tindakan melabel ini juga boleh mengakibatkan murid hilang rasa hormat terhadap
guru. Bak kata pepatah, Guru kencing berdiri, murid kencing berlari, jika guru
sudah menunjukkan contoh yang tidak baik begini dengan melabel-labelkan murid,
murid apatah lagi. Pastinya mereka akan melakukan perkara yang lebih teruk
daripada itu. Misalnya tidak mempedulikan teguran guru juga menghamburkan kata-
kata kesat terhadap guru. Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang
murid lihat dan alami, jika contoh yang guru berikan tidak baik, maka tidak baiklah
juga kelakuan muridnya.

9
Seterusnya, bagi masalah ponteng kelas dan tidak menyiapkan kerja rumah, hal
ini mungkin berlaku disebabkan oleh ketandusan minat murid terhadap
pembelajaran. Seperti yang kita tahu, murid 6 Mawar sangat suka menolong guru-
guru dalam aktiviti sekolah seperti menyusun dan membersihkan kawasan. Mereka
bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti ini. Hal ini kerana mereka meminati
perkara yang mereka lakukan. Murid-murid 6 Mawar sebenarnya tidaklah malas
ataupun tidak mahu belajar, cuma mereka tidak mempunyai minat untuk
mempelajari perkara tersebut. Oleh yang demikian, sebagai guru kita perli memupuk
minat murid agar mereka bersemangat untuk belajar sekali gus tidak akan
mendatangkan masalah disiplin di sekolah.

Murid-murid 6 Mawar juga perlukan perhatian. Oleh sebab itulah mereka sering
mengganggu murid-murid lain serta membuat kacau di sekolah. Ini semua
sebenarnya disebabkan mereka mahukan perhatian serta mahu membuktikan yang
mereka juga hebat. Secara psikologinya, manusia akan memberontak apabila
dikecam. Begitulah juga dengan murid 6 Mawar, apabila mereka dilabel sebagai
murid kelas bermasalah, mereka akan memberontak, akan berusaha mencari
seberapa banyak peluang tidak kira peluang itu baik ataupun tidak untuk mereka
kelihatan lebih hebat dan dikenali di sekolah.

Secara keseluruhannya, setiap apa yang berlaku itu sebenarnya punya kaitan
dengan diri kita sendiri sebagai guru. Renunglah kembali, muhasabahlah diri. Kenal
pasti masalah murid dan masalah diri kita sendiri. Seorang guru yang baik pastinya
dapat membimbing dan memperbetulkan tindakan yang salah yang dilakukan oleh
muridnya. Guru harus peka dan tahu bagaimana cara untuk mengatasi setiap
masalah yang berlaku.

10
Tindakan Guru Untuk Membantu Murid 6 Mawar Mengenal
Pasti Minat dan Kerjaya Mereka

Sebagai seorang guru, sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk


membantu murid mengenal pasti minat dan juga laluan kerjaya yang boleh mereka
ceburi setelah tamat persekolahan. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru
untuk membantu murid mengenal pasti minat dan kerjaya mereka adalah dengan
memberi pendedahan tentang kerjaya-kerjaya kepada murid. Guru juga perlu
menekankan murid supaya memiliki cita-cita. Cita-cita merupakan suatu matlamat
yang ingin dicapai dalam kehidupan. Dengan adanya cita-cita dalam diri murid,
secara automatik murid akan meminati dan menceburi bidang yang berkaitan
dengan cita-citanya itu. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru
untuk memberi bimbingan kepada murid dalam memilih laluan kerjaya mereka.
Sebagai contoh, selepas tamatnya Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau kini
dikenali sebagai Penilaian Tingkatan 3 (PT3), guru perlu memberi bimbingan kepada
murid dalam memilih laluan kerjayanya sama ada dalam bidang sains ataupun
bidang kemanusiaan. Guru juga perlu memberi motivasi dan rasional kepada murid
mengapa mereka perlu memilih laluan tersebut untuk meneruskan pelajaran.

Selain itu, guru boleh membantu murid mengenal pasti minat dan kerjaya
mereka dengan memberi apresiasi kepada setiap perkara yang mereka lakukan.
Misalnya seseorang murid itu pandai melukis bangunan, guru boleh memberi
apresiasi terhadap hasil kerja murid itu dengan menyatakan kerjaya apa yang sesuai
dengan kelebihan murid itu. Contoh apresiasi yang boleh diberikan seperti berikut,
Bagus! kamu pandai melukis bangunan. Nanti sudah besar, boleh jadi arkitek..
Dengan apresiasi atau pujian seperti ini, guru akan dapat menanamkan minat dan
juga memberi motivasi kepada murid untuk terus berusaha menjadi yang lebih baik
dalam minatnya itu.

Dalam pada itu, guru juga boleh menjadi perunding kerjaya kepada murid-
murid. Sebagai seorang perunding kerjaya, guru perlu rasional dalam memberi
pertimbangan kepada murid berkaitan kerjaya yang boleh mereka ceburi. Guru perlu
memberi hujahan pro dan kontra tentang sesuatu kerjaya kepada murid supaya
mereka dapat mengenal pasti manfaat dan risiko sesuatu kerjaya itu. Dengan

11
mengetahui manfaat dan risiko sesuatu kerjaya, murid akan dapat membuat
pertimbangan yang wajar tentang kerjaya yang sesuai dengan mereka. Selain
memberi rasional kepada murid, guru juga perlu memberi rasional kepada ibu bapa.
Hal ini kerana selalunya ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak untuk menceburi
kerjaya yang mereka ingini. Hal ini suatu yang tidak baik kepada anak-anak kerana
minat mereka terhalang dan dikhuatiri akan menyebabkan anak-anak berasa
terpaksa menceburi sesuatu bidang.

Guru juga boleh menggunakan alat-alat psikometrik semasa sesi pengajaran


dan pembelajaran (PdP). Alat-alat ini boleh membantu guru untuk mengenal pasti
kecenderungan dan kelebihan murid. Dengan ini, guru dapat merancang dan
mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperkembangkan lagi
kecenderungan murid itu. Psikometrik ialah suatu bidang berkaitan teori dan teknik
dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan,
kemampuan, sikap dan sifat keperibadian. Oleh yang demikian, alat-alat psikometrik
amatlah sesuai digunakan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran kerana guru
akan dapat mengenal pasti tahap pengetahuan, kemampuan, sikap dan sifat
peribadi murid seterusnya mengetahui minat dan laluan kerjaya yang sesuai untuk
murid.

Akhir sekali, berbalik kepada tugas dan peranan utama guru iaitu
membimbing. Guru bukan sekadar mengajar, malahan mendidik murid agar menjadi
insan yang berguna selepas tamat persekolahan dan untuk kesejahteraan hidupnya.
Sebagai seorang guru, kita perlu memberi bimbingan yang berterusan kepada murid
dalam mengenal pasti kerjaya dan minat mereka. Sekali membimbing belum cukup,
guru perlu membuat tindakan susulan yang berterusan untuk memastikan murid
sentiasa berada pada landasan yang betul dalam kerjaya mereka. Melalui bimbingan
ini, secara tidak langsung akan dapat membina hubungan antara guru dan murid.
Sesungguhnya hubungan yang akrab antara guru dan murid akan dapat membantu
memudahkan lagi guru menyebarkan nilai-nilai pendidikan serta membimbing murid
dalam mengharungi laluan kerjayanya.

Tuntasnya, guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid


mengenal pasti minat dan kerjaya. Guru perlu memberi pendedahan tentang kerjaya
kepada murid, memberi apresiasi terhadap apa yang dilakukan oleh murid, menjadi

12
perunding kerjaya yang merasionalkan murid dan ibu bapa, mengaplikasikan unsur
psikometrik dalam PdP serta memberi bimbingan yang berteruskan kepada murid.
Semua ini adalah penting dalam memastikan murid sentiasa berada dalam laluan
kerjaya yang betul.

13
Rumusan
Kesimpulannya, guru mempunyai banyak cara dalam mengatasi masalah
murid. Antara cara yang berkesan adalah dengan menjalankan sesi terapi ke atas
murid-murid yang bermasalah. Terdapat beberapa terapi yang boleh dipilih oleh guru
bagi mengatasi masalah yang timbul dalam kalangan murid. Antaranya ialah terapi
seni, terapi muzik, terapi bermain, terapi bercerita dan terapi biblio. Setiap terapi ini
dijalankan berdasarkan kesesuaian kes yang berlaku.

Guru perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum menjalankan sesuatu


terapi ke atas murid-murid yang bermasalah. Guru perlu membuat penilaian dan
mengkaji terlebih dahulu mengapa sesuatu masalah itu berlaku. Dengan ini, guru
akan dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai digunakan bagi mengatasi
masalah tersebut.

Di samping itu, guru juga tidak lari dari tugas membimbing murid. Guru perlu
membimbing murid dalam setiap perkara terutamanya dari aspek minat dan juga
kerjayanya. Guru perlu membantu murid mengenal pasti potensi diri serta memberi
motivasi kepada murid agar kekal berada pada landasan kerjaya yang betul dan
sesuai dengan minatnya. Seorang guru yang baik akan mampu membimbing
muridnya mencapai kesejahteraan hidup selepas tamatnya persekolahan.

14
Rujukan
Ila Aqilah. (2011, Januari 24). Terapi Seni. Retrieved from Ila Aqilah:
http://ilaqilah.blogspot.my/2011/01/terapi-seni.html
Kong Nee Ping . (2012). Terapi-terapi Kaunseling Dan Bimbingan. Retrieved from
Counseling: http://psikologidplimu2012.blogspot.my/2012/08/terapi-terapi-
kaunseling-dan-bimbingan.html
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taqudin Abd Mukti. (2014).
Bimbingan Dan Kaunseling Kanak Kanak Edisi Kemas Kini. Shah Alam:
Oxforf Fajar Sdn Bhd.
Liza, Fiza, Sha & Ayu. (2011, Oktober 17). Penggunaan Teknik Psikometrik Dalam
Pemilihan Kerjaya. Retrieved from Laman Kaunseling Kerjaya:
http://kaunselingkerjaya1.blogspot.my/2011_10_01_archive.html
Psikometrik. (2013, Mac 15). Retrieved from Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Psikometrik

15

You might also like