You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN JUS,

77500 SELANDAR MELAKA

KERTAS KERJA CADANGAN


PENUBUHAN PERSATUAN
BAHASA ARAB SK JUS
SELANDAR MELAKA

Disediakan oleh,

Hidayahtul Hasanah Binti Baharudin

Setiausaha Jawatankuasa Penaja

Persatuan Bahasa Arab SK Jus

Selandar, Melaka

SEKOLAH KEBANGSAAN JUS (2018)


KERTAS KERJA JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN BAHASA ARAB SK JUS

CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA ARAB SK JUS

1.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Bahasa Arab SK Jus

2.0 CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN

Guru-guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Jus

3.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kelulusan pihak pentadbir SK Jus terhadap cadangan penubuhan Persatuan
Bahasa Arab SK Jus oleh Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Arab SK
Jus pada tahun 2018.

4.0 PENDAHULUAN

Bahasa Arab merupakan matapelajaran yang wajib bagi semua pelajar


sekolah rendah. Pada tahun 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia
mengarahkan supaya Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Rendah dilaksanakan
sepenuhnya. Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi disediakan untuk
enam tahun persekolahan dan masa yang diperuntukan adalah 60 minit dalam
seminggu. Namun begitu, pencapaian murid-murid SK Jus dalam Bahasa Arab
masih belum mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Justeru, penubuhan
persatuan Bahasa Arab merupakan satu inisiatif untuk mencapai objektif yang
diharapkan.

Persatuan Bahasa Arab SK Jus merupakan persatuan yang


menyediakan aktiviti pengayaan dan memupuk minat murid-murid tahap 2 SK
Jus dalam Bahasa Arab. Persatuan ini memainkan peranan penting dalam
meluaskan aktiviti keterlibatan murid-murid dan menaik taraf kemahiran
mereka dalam Bahasa Arab berdasarkan huraian sukatan Bahasa Arab yang
merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Persatuan Bahasa Arab SK Jus juga berfungsi untuk memupuk perpaduan,
toleransi dan persaudaraan dalam kalangan ahli persatuan.

5.0 RASIONAL

Cadangan penubuhan persatuan ini diutarakan berdasarkan beberapa


rasional iaitu:

5.1 Menerusi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM


(2013-2015) yang menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan
selain Bahasa Inggeris. Maka, guru-guru Bahasa Arab dan Pendidikan
Islam SK Jus menyahut seruan tersebut dengan mengambil inisiatif
menubuhkan Persatuan Bahasa Arab SK Jus sebagai salah satu usaha
untuk menggalakkan pembelajaran Bahasa Arab di dalam kalangan
murid SK Jus kerana mengambil kira keperluan generasi baru untuk
menguasai lebih daripada satu bahasa.

5.2 Menerusi penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab


yang amat penting dan diberi penekanan pada masa kini. Oleh itu,
persatuan ini dicadangkan penubuhannya dalam meningkatkan
kesediaan murid-murid SK Jus untuk berinteraksi dalam wacana sosial
di sekolah mahupun dalam kehidupan sebenar. Hal ini kerana,
persatuan ini menekankan aspek penguasaan murid terhadap
kemahiran bahasa dan kosa kata serta mampu menggunakannya
dalam situasi yang sesuai. Oleh itu, Persatuan Bahasa Arab SK Jus
wajar ditubuhkan bagi membantu merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dapat
dicapai.

5.3 Membantu dalam menyuburkan minat dan mencambahkan bakat murid


dalam berbagai-bagai bidang melalui aktiviti seni bahasa yang
mengunakan konsep bermain sambil belajar sekaligus menyokong
penguasaan kemahiran berbahasa mereka dan sebagai pegukuhan
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.
Contoh cadangan aktiviti seni bahasa yang sesuai dalam konteks
pembelajaran Bahasa Arab seperti nyanyian, kalam jama’ei, lakonan,
penghasilan buku skrap, bercerita dan lain-lain. Hal ini bertepatan
dengan pendapat Mastura (2009) yang menyatakan bahawa belajar
sambil bermain sesuai sebagai pendekatan utama dalam
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak terutamanya dalam
pembelajaran bahasa asing bagi murid-murid sekolah rendah.

5.4 Mengisi masa terluang murid sebagai modal insan dengan kegiatan
yang bermanfaat dan mengatasi masalah salah laku dalam kalangan
murid. Hal ini kerana, aktiviti Persatuan Bahasa Arab diharap menjadi
pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi murid yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang
tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6.0 MATLAMAT

Penubuhan persatuan ini bermatlamat untuk melahirkan modal insan


yang berketerampilan dalam Bahasa Arab, berdisiplin dan memiliki sahsiah
yang terpuji serta mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab sebagai
bahasa kedua di sekolah dan di luar sekolah sejajar dengan hasrat PPPM. Di
samping itu, persatuan ini bermatlamat dalam memberikan kesedaran serta
keyakinan diri murid berutur dalam Bahasa Arab yang merupakan satu faktor
penting pada hari ini bagi menjamin kejayaan mereka pada masa hadapan
yang sekaligus juga dapat mengangkat martabat dan imej sekolah dalam
bidang Bahasa Arab.

7.0 OBJEKTIF

Penubuhan Persatuan Bahasa Arab yang dicadangkan ini adalah untuk


memenuhi objektif-objektif seperti berikut iaitu untuk:

7.1 Melahirkan, memupuk serta menambahkan minat murid SK Jus


terhadap Bahasa Arab dengan meyakinkan murid bahawa Bahasa
Arab adalah mudah untuk dipelajari melalui aktiviti seni bahasa
7.2 Membantu murid dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam subjek
Bahasa Arab dan membina intelektual dan personaliti yang cemerlang
mengikut wadah Islamiyyah

7.3 Menggalakkan murid menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa


kedua selaras dengan hasrat PPPM di dalam dan diluar kawasan
sekolah

7.4 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan


kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan Bahasa Arab di
peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan

7.5 Menanam dan memupuk sahsiah yang terpuji, sifat kepimpinan yang
unggul dan peka akan nilai-nilai kemasyarakatan dalam kalangan murid

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu struktur


organisasi Jawatankuasa Penaja dan draf struktur organisasi Persatuan
Bahasa Arab SK Jus.

8.1 JAWATANKUASA PENAJA

Pembahagian jawatan dan tugas ahli Jawatankuasa Penaja


telah dibuat dan dipersetujui oleh semua ahli semasa mesyuarat
Jawatankuasa Penaja. Berikut merupakan struktur organisasi
Jawatankuasa Penaja:

PENGERUSI : PN. FATIMAH BINTI AHMAD


(Guru Panitia Bahasa Arab SK Jus)

NAIB PENGERUSI : PN. NOR HASWANI BINTI CHE MAT


(Guru Bahasa Arab SK Jus)
SETIAUSAHA : PN. HIDAYAHTUL HASANAH BINTI
BAHARUDIN
(Guru Bahasa Arab SK Jus)

NAIB SETIAUSAHA : PN.NURULLAH BINTI ABDULLAH


(Guru Bahasa Arab SK Jus)

BENDAHARI : PN. SITI HAJAR BINTI ASLAM


(Guru Pendidikan Islam SK Jus)

8.2
AJK : TN. ZULKARNAIN BIN AB RAHMAN
(Guru Pendidikan Islam SK Jus)

DRAF STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN BAHASA


ARAB SK JUS

PENAUNG : (GURU BESAR)


PENASIHAT 1 : (GURU)
PENASIHAT 2 : (GURU)
PENASIHAT 3 : (GURU)
PENASIHAT 4 : (GURU)

PENGERUSI : (MURID)
NAIB PENGERUSI 1 : (MURID)
NAIB PENGERUSI 2 : (MURID)
SETIAUSAHA : (MURID)
NAIB SETIAUSAHA : (MURID)
BENDAHARI : (MURID)
NAIB BENDAHARI : (MURID)

AJK : (MURID)
: (MURID)

9.0 TENTATIF PELAKSANAAN

Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penaja, Ahli Jawatankuasa Penaja


telah bersepakat mencadangkan aktiviti Persatuan Bahasa Arab SK Jus agar
dilaksanakan pada ketetapan berikut:

HARI : Selasa

MASA : 14:30 petang hingga 15:30 petang

TEMPAT : Bilik Bahasa Arab SK Jus


PENGGAL 1

BULAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI

MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERJUMPAAN 1
PERJUMPAAN 2
PERJUMPAAN 3
PERJUMPAAN 4
JUALAN BBB
AHLI
PERSATUAN
BAHASA ARAB
SEMASA HARI
GURU (HARI
RABU)

PENGGAL 2

BULAN JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER

MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERJUMPAAN 5
PERJUMPAAN 6
PERJUMPAAN 7
PERTANDINGAN
KAMUS MINI
PERJUMPAAN 8

 Hari dan masa yang dicadangkan adalah selari dengan takwim sekolah tahun
2018. (rujuk lampiran A)
Di bawah merupakan cadangan tentatif sesi pengisian dan anggaran jam
pengisian aktivit persatuan Bahasa Arab SK Jus.

BIL CADANGAN SESI PENGISIAN ANGGARAN


JAM
PENGISIAN

1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah dan lagu 10 minit


Persatuan

2 Pengucapan guru penasihat 10 minit


3 Aktiviti persatuan 30 minit

4 Sesi Penutup 10 minit

JUMLAH 1 JAM

 Sebarang perubahan boleh dilaksanakan mengikut keputusan Mesyuarat


Agong Persatuan dengan mendapatkan persetujuan semua ahli persatuan.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Anggaran Sumber Pendapatan

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Yuran Ahli
2 Peruntukan akaun wang SUWA

3 Sumbangan PIBG

4 Kutipan Jualan Persatuan


Jumlah Keseluruhan

10.2 Anggaran Perbelanjaan

Setiap perbelanjaan Persatuan Bahasa Arab SK Jus adalah mengikut


jumlah sumber pendapatan yang diterima. Berikut merupakan draf anggaran
perbelanjaan yang dipecahkan mengikut aktiviti persatuan:
Bil Perkara RM Jumlah (RM)

1 Aktivti 1

2 Aktiviti 2

3 Aktiviti 3

4 Lain-lain Perbelanjaan

JUMLAH KESELURUHAN

11.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap 2 SK Jus

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan cadangan penubuhan ini akan mendapat


pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan, agar segala perancangan
dapat dilaksanakan dengan jayanya demi memastikan matlamat dan objektif
penubuhan Persatuan Bahasa Arab SK Jus tahun 2018 ini tercapai. Segala
kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………………..

(HIDAYAHTUL HASANAH BINTI BAHARUDIN) (FATIMAH BINTI AHMAD)


Setiausaha Jawatankuasa Penaja, Pengerusi Jawatankuasa Penaja,
Persatuan Bahasa Arab, Persatuan Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Jus, Sekolah Kebangsaan Jus,
Selandar, Melaka Selandar, Melaka

Diluluskan oleh,

……………………………………

(BURHANUDDIN BIN SAID)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jus,
Selandar, Melaka
Proses Penubuhan Persatuan Bahasa Arab SK Jus

Untuk permulaan proses penubuhan Persatuan Bahasa Arab SK Jus, guru-


guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Jus yang mencadangkan penubuhan
persatuan ini telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan dan
membahagikan tugas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Di dalam mesyuarat
itu juga, Ahli Jawatankuasa Penaja membincangkan objektif dan matlamat penubuhan
persatuan beserta dengan cadangan perlembagaan persatuan yang ingin ditubuhkan.

Setelah mesyuarat diadakan, Setiausaha Jawatankuasa Penaja Persatuan


mengemukakan pemohonan bertulis kepada Guru Besar dengan menulis surat rasmi
“Pemohonan Penubuhan Persatuan” dengan disertai bersama “Kertas Kerja
Cadangan Penubuhan Persatuan” dan “Cadangan Perlembagaan Persatuan”.
Setelah Guru Besar menerima surat pemohonan tersebut, beliau akan mengkaji serta
mempertimbangkannya. Sekiranya disokong, Setiausaha Jawatankuasa Penaja
Persatuan akan memulakan proses permohonan pendaftaran. Namun jika sebaliknya,
Setiausaha Jawatankuasa Penaja Persatuan perlu mengemukakan permohonan
bertulis penubuhan persatuan semula kepada Guru Besar.

Setelah Guru Besar meluluskan permohonan penubuhan persatuan tersebut,


Setiausaha Jawatankuasa Penaja Persatuan akan menulis surat “Permohonan
Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran”. Setelah itu, guru besar akan memberikan
“Surat Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Persatuan” sekiranya diterima.
Namun, jika permohonan ditolak, Setiausaha Jawatankuasa Penaja Persatuan perlu
menyemak semula surat tersebut dan membuat semula surat permohonan yang baru.

Seterusnya, guru besar akan memberikan “Surat Pelantikan Guru Penasihat”


kepada guru yang terpilih. Di dalam surat tersebut juga, terdapat Senarai
Tanggungjawab Guru Penasihat Persatuan. Selepas itu, guru yang telah dilantik
sebagai guru penasihat akan memberikan “Surat Penerimaan Lantikan” kepada Guru
Besar dan Guru Besar akan menulis “Surat Penurunan Kuasa Daripada Guru Besar
Kepada AJK Persatuan” melalui guru penasihat. Setelah itu, guru penasihat akan
mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan dan seterusnya mendaftarkan
ahli persatuan. Sebelum persatuan Bahasa Arab SK Jus dilaksanakan di sekolah,
Guru Besar. Maka, Persatuan Bahasa Arab SK Jus yang dirancang telah tertubuh
secara rasminya dan boleh dilaksanakan di sekolah.

You might also like