You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PELANCARAN BULAN BAHASA


2019

PENDAHULUAN

Bulan Bahasa merupakan salah satu aktiviti yang diadakan pada bulan Julai setiap tahun.
Bulan Bahasa ini diadakan selaras dengan Bulan Membaca peringkat kebangsaan, iaitu
menyelitkan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan murid membaca mengikut panitia bahasa
masing-masing. Antara panitia yang terlibat dalam Bulan Bahasa ialah Panitia Bahasa
Inggeris, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Arab dan Pusat Sumber. Pada tahun ini,
Pelancaran Bulan Bahasa akan dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Tema Bulan
Bahasa pada tahun ini ialah “Budi Bahasa Budaya Kita”.

Pada Bulan Bahasa murid-murid akan mengikuti setiap aktiviti yang akan dijalankan
mengikut panitia yang terlibat mengikut minggu panitia tersebut, seperti;

PANITIA MINGGU
PANITIA BAHASA INGGERIS 1 – 5 JULAI 2019
PANITIA BAHASA MELAYU 8 – 12 JULAI 2019
PANITIA BAHASA ARAB 15 – 19 JULAI 2019
PUSAT SUMBER 22 – 26 JULAI 2019
PENUTUP BULAN BAHASA 31 JULAI 2019

MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan mempunyai


keterampilan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Ini adalah sejajar dengan Prinsip
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan individu yang seimbang.
Program ini jugabertujuan mencungkil bakat terpendam murid dan menggalakkan mereka
berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain itu, program ini
berhasrat untuk menanamkan kecintaan murid terhadap Bahasa Kebangsaan ini.
OBJEKTIF

a) Menggalakkan penggunaan Bahasa dengan betul dan terkawal.


b) Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti sekolah Bahasa di sekolah.
c) Mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa kebangsaan.
d) Mengcungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
e) Membina pemikiran yang positif
f) Melahirkan murid yang mempunyai 3 kemahiran berbahasa, iaitu Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

ANJURAN

i. Jawatankuasa Induk Pusat Sumber, Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber dan


Jawatankuasa NILAM, SK Taman Seri Rampai.
ii. Panitia Bahasa Inggeris
iii. Panitia Bahasa Melayu
iv. Panitia Bahasa Arab

TEMA

Budi Bahasa Budaya Kita

SASARAN

Semua pelajar, staf dan guru SK Taman Seri Rampai


Persatuan Ibu Bapa dan Guru

TARIKH PELAKSANAAN

1 Julai 2019
JAWATANKUASA PELAKSANA
PELANCARAN BULAN BAHASA 2019

PENASIHAT : En. Mohd Rashed b Sahroni


(Guru Besar)
PENGERUSI : Pn Normah bt Abu Kasim
(GPK. Tadbiran dan Kurikulum)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn Zaliza bt Bakhri
(GPK. Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI 2 : Pn Najihah bt Lokman
(GPK. Ko-Kurikulum)
PENYELARAS : En Kasteriya b Shuib
(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
SETIAUSAHA : Pn Nor Azlina bt Mat Lazih
(Guru Pusat Sumber dan Media)
KETUA PANITIA BI : En Kasteriya b Shuib
KETUA PANITIA BM : Pn Raja Zaidah bt Raja Abd Wahab
KETUA PANITIA BA : En Zaidie b Ab Aziz
JURUGAMBAR : Pn Nuraini bt Abdullah
Pn Noorashikin bt Bujang
PENGACARA MAJLIS : Cik Hanis Arini bt Mohamad Sayuti
BUKU PROGRAM : Pn. Nor Azlina bt Mat Lazih
BACAAN DOA : En. Mohd Idris b Mohd Said
BACKDROP : Pn Rafidah bt Chuang
Pn Noormi bt Yob
GIMIK PERASMIAN : Guru-guru Bahasa Inggeris
PERSIAPAN TEMPAT : Guru-guru Bahasa Melayu
DOKUMENTASI/ LAPORAN : Pn. Nor Azlina bt Mat Lazih
PA SISTEM : En Mohd Zaid b Yob
En Sarizat b Salleh
PENGURUS PEMENANG : Semua Ketua Panitia
AJK HADIAH : Pn Zakiyanah bt Alias
Cik Adlin Syahirah
Pn Bibi Nasrin bt Aliff Shah
Pn Noraziah bt Draman
Pn Zuryanee bt Ahmad
Pn Normi Suzila bt Kamaruzzaman
Pn Nur Diyana bt Badarussmin
TENTATIF PELANCARAN BULAN BAHASA 2019

7.40 pagi : Berkumpul di Dewan

7.55 pagi : Bacaan Doa

8.05 pagi : Ucapan Penyelaras

( En Kasteriya b Shuib)

8.15 pagi : Ucapan Guru Besar

(En Mohd Rashed b Sahroni)

8.30 pagi : Gimik Pelancaran

8.35 pagi : Persembahan Murid

8.45 pagi : Nyanyian Lagu Budi Bahasa Budaya Kita

8.55 pagi : Bersurai


IMPLIKASI KEWANGAN

PENDAPATAN

BIL BUTIRAN / ITEM KUANTITI JUMLAH (RM)

1 PCG Pusat Sumber 40

JUMLAH 40

PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

(RM) (RM)

1 BANNER PELANCARAN 1 40 40

JUMLAH 40

PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan golongan murid
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan
dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

(PN NOR AZLINA BT MAT LAZIH)


Penyelaras Program
SK TAMAN SERI RAMPAI
SETAPAK, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN BAHASA
2019

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NOR AZLINA BT MAT LAZIH
SETIAUSAHA PROGRAM
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA

You might also like