You are on page 1of 5

KERTAS KERJA CADANGAN

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU  MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


& HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (H.I.P)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN, KEDAH DARUL AMAN

1.0     PENDAHULUAN
           Rentetan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai, 2009, maka Dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah mengambil tempat. Sejak sekian
lama, Bahasa Melayu telah dianggap sebagai Lingua Franca dan sesuai menjadi bahasa ilmu
serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan Negara Bangsa berlandaskan prinsip 1Malaysia.
Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang amat perlu dikuasai
oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama ada di peringkat nasional
mahupun global. Justeru Dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah amat
relevan dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan pada
masa akan datang. 

Dalam usaha menuju era globalisasi ini, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di
kalangan masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras
dengan dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam meningkatkan
kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid serta komuniti dengan
mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ yang bertujuan untuk membudayakan Bahasa
Inggeris. Suasana berbahasa Inggeris ini sesungguhnya boleh diwujudkan secara formal di
dalam kelas atau secara tidak formal di luar bilik darjah dengan memperkenalkan aktiviti-
aktiviti yang seronok dan menarik perhatian

2.0    OBJEKTIF
 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
 Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid,
guru serta komuniti sekolah.
 Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah
.
3.0     TARIKH
12 Februari sehingga 8 Mac 2018
   
4.0     TEMPAT
    Sekolah Menengah Kebangsaan Yan, Kedah.

5.0 SASARAN
Semua Warga Sekolah SMK Yan

6.0     KEWANGAN
    RM500 Panitia Bahasa Inggeris SMK Yan
7.0    AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI BAHASA INGGERIS MBMMBI & HIP

Pengerusi : Pn Fazilah bt Mat ( Pengetua SMK Yan)


Timbalan Pengerusi : Pn Noriah bt Mat Jusoh(Penolong Kanan)
Naib Pengerusi : Tn Hj Ehsam bin Said(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mohamed Hamdan bin Bidin(Penolong Kanan KoKurikulum)

Penasihat : Pn Harlina bt Abd Rahman (Guru Kanan Bahasa)


Pn Naemah bt Abdul Mutalib (Guru Kanan Kemanusian)
Pn Noraini bt Ramli (Guru Kanan Sains & Matematik)
Pn Idawati bt Yaacob (Guru Kanan Teknik & Vokasional)

Penyelaras : Pn Ezatulhamsiah bt Mohamid Salih (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Setiausaha : Pn Daing Nazatul Shima Daing Osman

Pelaksana :
Program Tingkatan 1 : Cik Lim Gaik Yea
Program Tingkatan 2 : Pn Masliha bt Abdul Samad
Program Tingkatan 3 : Pn Ezatulhamsiah bt Mohamid Salih
Program Tingkatan 4 : Cik Nurul Izzati bt Mustaffa
Program Tingkatan 5 : Pn Harlina bt Abdul Rahman

Juruacara penyampaian hadiah : Pn Daing Nazatul Shima Daing Osman


Hadiah : Pn Ezatulhamsiah Mohamid Salih& Pn Masliha Abdul Samad
Dokumentasi & Fotografi : Pn Ainie Zuliana bt Abdul Jamai & Pn Nor Syahida bt Saidin
Brochure : Cik Nor Izzati bt Mustaffa & Cik Lim Gaik Yea

8.0 TENTATIF PROGRAM

12 FEBRUARI – 8 MAC 2018


AKTIVITI BAHASA INGGERIS PENYELARAS PROGRAM
ROLE PLAY TINGKATAN 1 CIK LIM GAIK YEA
NURSERY RHYMES TINGKATAN 2 PN MASLIHA ABDUL SAMAD
SPELL IT RITE TINGKATAN 3 PN EZATULHAMSIAH MOHAMID SALIH
LITERATURE POSTER TING 4 CIK NOR IZZATI MUSTAFFA
(THE LIVING PHOTOGRAPH)
LITERATURE POSTER TING 5 PN HASLINA ABDUL RAHMAN
(WHAT HAS HAPPENED TO LULU)
HUMONGOUS SCRABBLE PN EZATULHAMSIAH MOHAMID SALIH
CHALLENGE
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN RM500.00

PERBELANJAAN

1. Role Play ( 3 hamper) 250.00


2. Nursery Rhymes ( 10 hadiah individu)
3. Spell It Rite ( 5 hadiah individu)
4. Literature Poster Form 4 ( 3 hamper)
5. Literature Poster Form 5 ( 3 hamper)
6. Hadiah Penghargaan (20 hadiah individu)
6. Scrabble Board and Tiles (H.I.P) 250.00
JUMLAH BESAR 500.00

10.0 PENUTUP
           Konklusinya, sebenarnya selama ini pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh
Panitia Bahasa Inggeris ke arah meningkatkan prestasi pelajar dalam bahasa tersebut.
Bezanya kini, segala aktiviti dan program berkanaan diterjemahkan dalam bentuk
perlaksanaan Dasar MBMMBI dan H.I.P yang sudah semestinya beberapa usaha pemurnian
dan penambahan baikan dijalankan agar segala aktiviti dan program yang dirancang
mencapai sasaran dan matlamatnya. Menjadi harapan juga agar segala aktiviti dan program
yang direncana akan mendapat sokongan dari semua pihak.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Disediakan oleh:

(DAING NAZATUL SHIMA DAING OSMAN)


Setiausaha,
Jawatankuasa MBMBI HIP Panitia Bahasa Inggeris

Disahkan oleh :

(FAZILAH BINTI MAT)


Pengetua
SMK Yan

You might also like