You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

81550 GELANG PATAH,

KERTAS CADANGAN
SAMBUTAN BULAN BAHASA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH
TAHUN 2015

ANJURAN

PANITIA BAHASA MELAYU


SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

BAHASA MEMARTABATKAN BANGSA


1.0 PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di sekolah rendah.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama-
sama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi melengkapkan murid
dengan ketrampilan pendidikan dan pekerjaan , maka Panitia Bahasa Melayu
SK Gelang Patah telah menganjurkan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat
Sekolah 2015.

2.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti
mampu dijalankan bagi menarik penyertaan dikalangan murid agar lebih
mahir berkomunikasi dan melahirkan rasa cinta terhadap Bahasa Kebangsaan.

3.0 MATLAMAT

Bulan Bahasa membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang


aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan berbahasa
dan tatabahasa.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan
citra bangsa Malaysia.
4.2 Melahirkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
4.3 Menanamkan semangat cinta akan bahasa dalam jiwa murid
4.4 Mengembangkan bakat dan potensi pelajar melalui pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan
4.5 Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berbahasa dalam kehidupan
4.6 Memantapkan penguasaan bahasa para pelajar

5.0 TEMA

BAHASA MEMARTABATKAN BANGSA

2
6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Pengerusi : Tuan Haji Sungkono Bin A Hamid


Guru Besar

NaibPengerusi : Puan Fatimawati Binti Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Amriruden Bin Mohamad Ali


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Pauziah Binti Md Taib


Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras : Puan Rosalita Binti Abd Hir


Ketua Panitia Bahasa Melayu

Setiausaha : Encik Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat

Dokumentasi : Puan Rohani Binti Tambi Adam

AJK Hadiah/ : Puan Haslinda Binti Sairan


Cenderahati Puan Norma Binti Ahmad

AJK Buku Program : Cik Azatul Binti Ismail

AJK PersiapanTempat : Encik Fauzi Bin Mohd Arshad

Penyelaras Majlis
Perasmian dan Penutup : Puan Rosalita Binti Abd Hir

Pengacara majlis/ Siaraya : Encik Muhammad Izudin Bin Sulaiman

AJK Disiplin : Encik Khairurazaq Bin Mohd Fadilah

3
7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Gelang Patah (Prasekolah hingga Tahun 6).

8.0 TARIKH PELAKSANAAN

4 Oktober 2015 – 15 Oktober 2015

9.0 CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI BULAN BAHASA

(4 – 15 Oktober 2015)

Bil Aktiviti Tindakan


1. Perasmian Program Pn Rosalita Bt abd Hir
En Raja Mohd Arif Bin Raja
2. Berpantun
Mamat
3 Bercerita Pn Rohani Bt Tambi Adam
4. Bersajak Cik Azatul Bt Ismail

Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan:

Bil Aktiviti Tindakan


Pertandingan Mengarang esi
1. Pn Rosalita Bt Abd Hir
Tahun 6
2. Permainan Bahasa Pn Norma Bt Ahmad
3 Teka-Teki En Khairurazaq Bin Mohd Fadilah
4. Pertandingan Tulisan Cantik En Fauzi Bin Mohd Arshad

4
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlahharga
Bil Perkara
(RM)
1. Banner 40.00
2. Hadiah Pertandingan Esei 30.00
Tahun 6
3. Hadiah Pertandingan Mencari Perkataan 20.00
Tahun 6
4. Hadiah Pertandingan Teka Silang Kata 30.00
Tahun 4 dan 5
5. Hadiah Pertandingan Teka-Teki 30.00
Tahun 2 dan 3
6. Hadiah Pertandingan Tulisan Cantik 30.00
Prasekolah dan Tahun 1
Jumlah 250.00

11.0 PENUTUP

Program ini merupakan salah satu program Panitia Bahasa Melayu pada tahun
ini.Diharapkan semoga program yang telah dirancang ini akan dapat
mencapai matlamat yang diharapkan.Kerjasama daripada pihak pentadbiran,
guru-guru serta murid-murid Sekolah Kebangsaan Gelang Patah akan dapat
menjayakan program dan memberi manfaat kepada semua murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

PUAN ROSALITA BT ABD HIR TN HJ SUNGKONO BIN A HAMID


Ketua Panitia Bahasa Melayu Pengetua
SK Gelang Patah SK Gelang Patah
81550 Gelang Patah 81550 Gelang Patah
Johor Johor

You might also like