You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA

JALAN RAJA NONG, 41000 KLANG SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

SMK KAMPONG JAWA, KLANG

BIL. 1/2018
Tarikh: 28 Disember 2018
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Bilik PSS

Kehadiran:

Puan Noraidah bt. Jaafar - KP Bahasa Melayu


Puan Hong Geok Ling - Guru Bahasa Melayu
Puan Roziah bt. Ibrahim - Guru Bahasa Melayu
Puan Noor Shahida bt. Rasid - Guru Bahasa Melayu
Puan Puziah bt. Tuban - PK HEM
Puan Zamzurina bt. Zainol - Guru Bahasa Melayu
Puan Moganam a/p Perumal - Guru Bahasa Melayu
Puan Kumutha a/p Sandrasegaram - Guru Bahasa Melayu
Puan Noraniza bt. Jusoh - Guru Bahasa Melayu
Puan Siti Aminah bt. Awang Teh - Guru Bahasa Melayu
Encik Ahmad Zawal b. Ab Razak - Guru Bahasa Melayu
Puan Norsharliati bt. Salleh - Guru Bahasa Melayu
Encik Raja Ahmad Talmizi b. Raja Abdullah - Guru Bahasa Melayu
Puan Fuziah bt. Abdul Samad - Guru Bahasa Melayu
Puan Zainun bt. Mat Noor - Guru Bahasa Melayu

Tidak Hadir Bersebab:

Puan Roslina bt. Daldiri - Guru Bahasa Melayu


Puan Marina bt. Omar - Guru Bahasa Melayu
Puan Siti Farhana bt. Haidzir - Guru Bahasa Melayu
Puan Azreenorlidawati - Guru Bahasa Melayu
Puan Siti Noruashikin - Guru Bahasa Melayu

Urus Setia:

1. Puan Noor Shahida bt. Rasid - Guru Bahasa Melayu


AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu Kali Pertama bagi sesi 2018. Pengerusi memaklumkan kepada
semua guru bahawa setiap panitia perlu mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun.

Tindakan: Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil. 3/2012

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan. Pn Hong Geok Ling
mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Puan Roziah
binti Ibrahim.
Tindakan: Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangki

Tindakan: Makluman

4.0 Perkara-perkara Baharu.

4.1 Guru-guru perlu menyediakan Rancangan pelajaran tahunan bagi setiap tingkatan. RPT
tingkatan 1 disediakan oleh Pn Hong Geok Ling, tingkatan 2 Puan Azreenorlidawati,
tingkatan 3 Puan Zainun, tingktan 4 dan 5 Puan Noraidah. Rancangan perlu mengikut
takwin yang terkini.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.2 Rancangan pelajaran harian boleh ditulis atau bertaip. Rancangan tersebut perlu
menggunakan format yang disediakan oleh pihak Amanah.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.3 buku latihan untuk tingkatan 1 hingga 3 sebanyak 5 buah manakala tingkatan 4 dan 5
sebanyak 4 buah. Buku penulisan tingkatan 4 wajib dibeli dikoperasi sekolah.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu


4.4 Jumlah latihan bagi tingkatan 1, 2, 3 minimum 10-15 setahun bagi karangan,
tingkatan 4 dan 5 15 karangan setahun. Ulasan 1,2,3 dan rumusan 4 dan 5 10-15
setahun komsas min 15, ttabahasa 15, novel 10 setahun.

Tindakan: Makluman

4.5 Guru-guru telah diberikan tugasan bagi penyediaan dan pengendalian soalan ujian
bulanan/peperiksaan. Guru-guru diharapkan dapat menyediakan soalan lebih awal
sebelum ujian/peperiksaan dijalankan.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.6 Semakan buku kali pertama akan bermula pada bulan April. Guru-guru perlu
menghantar Lima buah buku Tatabahas untuk semakan.

Tindakan: Makluman

4.7 target PT3 2018 25%murid lulus semua subjek dan SPM

4.8 Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2018 iaitu MBMMBI,
Hip, minggu bahasa, kelas tambahan, modul untuk MMI, teknik menjawab dan juga
kem bahasa. Prigram MBMMBI perlu disediakan laporan. Pengerusi mengharapkan
semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Tindakan: Makluman

5.0 Hal-hal lain

5.1 guru-guru meminta agar pembelian kertas A4 diperbanyakkan untuk tujuan pengajaran
dan pemudahcaraan (pdpc)

Tindakan: Makluman

5.2 Puan Hong meminta pengerusi supaya membeli permainan Sahiba kerana memudahkan
murid untuk menjalani latihan dan menyertai pertandingan

Tindakan: Makluman
6.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru bahasa Melayu.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3..30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

----------------------------------- --------------------------------------------

(PN. NOOR SHAHIDA BT RASID) (PN. NORAIDAH BT. JAAFAR)

Urus Setia Mesyuarat Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like