You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BEREMBANG,

78100 LUBOK CHINA, MELAKA.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEDUA 2018

Tarikh : 5 April 2018 (KHAMIS)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pemulihan Khas SK Telok Berembang
Kehadiran :

1. Pn. Ramlah bt Yahya - GPK Pentadbiran


2. Pn. Azizah bt. Muzaini - Pengerusi
3. Pn. Noor Hasliza bt.Mohd Hashim - Setiausaha
4. Cik Noraisiah bt Jamal
5. Pn. Zindawati bt Hamzah
6. Pn.Nurul Hayati bt. Amat
7. Pn. Nik Rahimah bt Baharudin
8. Pn.Siti Hajar bt Rahmat
9. En. Mohd Amin b Awalludin
Tidak hadir
1. Pn.Nadhirah bt Zailan - Cuti Bersalin
Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar / GPK
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat .
4. Perkara Berbangkit.
5. Laporan Panitia
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.


1.2 Beliau memaklumkan bahawa terdapat perubahan guru yang mengajar Bahasa
melayu yang menggantikan Pn.Norisam dan penggantian sementara
Pn.Nadhirah yang bercuti bersalin.
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 Penolong Kanan Kurikulum mengucapkan terima kasih kepada ajk di atas
komitmen yang diberikan sehingga ke bulan April tahun 2018.
2.2 Penolong Kanan Kurikulum berharap semoga perjalanan aktiviti panitia dapat
diteruskan dengan jayanya seperti yang telah dirancang di awal tahun.
Tindakan : Makluman
3. Membentangdan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Cadangan: En. Mohd Amin b Awalludin


Disokong : Pn.Nik Rahimah bt Baharudin
Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Perkara berbangkit 5.3.2 dalam penulisan RPH telah dipersetujui ditanda
dengan dalam kurungan dan pen merah untuk menyatakan PAK 21.

4.2 Perkara berbangkit 7.1 Cik Noraisiah memaklumkan bahawa Persatuan Bahasa
Melayu akan mengambil murid GALUS sebagai ahli persatuan. Bimbingan akan
dibuat setiap kali waktu persatuan sebagai inisiatif membantu murid lemah
Bahasa melayu.

4.3 Perkara 7.2 Sudut Bahasa Melayu di dalam kelas hendaklah diletakkan hasil
kerja murid.

Tindakan : Makluman.

5. Laporan Panitia

5.1 Pelaksanaan PdPc

5.1.1 Guru-guru perlu menggunakan KBAT,i-Think dan VLE frog dalam PdP
.
5.1.2 Sekiranya ada guru yang hendak keluar dari sekolah atas urusan
sekolah atau sebagainya perlulah membuat jual beli jadual waktu
terlebih dahulu agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.

5.1.3 Guru-guru juga perlu menulis bilangan murid pada ruangan impak.

Tindakan: Makluman

5.2 Perlaksanaan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2018

5.2.1 Semua guru perlu mengisi markah TOV/ETR didalam SAPS dan
didalam buku RPH.

5.2.2 PPT 2018 akan dijalankan pada 21 Mei 2018.

5.2.3 Penggubal soalan PPT perlu menghantar soalan untuk di semak dan
disahkan oleh KP sebelum dihantar untuk diperbanyakkan sebelum
23 April 2018. Berikut adalah jadual penggubal soalan.

TAHU MATAPELAJARAN PPT PAT


N
1 PEMAHAMAN NIK RAHIMAH SITI HAJAR
PENULISAN NIK RAHIMAH SITI HAJAR
2 PEMAHAMAN ZINDAWATI NADHIRAH
PENULISAN ZINDAWATI NADHIRAH
3 PEMAHAMAN NADHIRAH SITI HAJAR
PENULISAN SITI HAJAR NADHIRAH
4 PEMAHAMAN KHAHAR (GB) RAMLAH
PENULISAN KHAHAR (GB) RAMLAH
5 PEMAHAMAN AZIZAH JPN
PENULISAN NORAISIAH JPN
6 PEMAHAMAN NORAISIAH X
PENULISAN AZIZAH X
5.2.4 Muka depan set soalan telah diseragamkan dan boleh diambil di
dalam emel guru: sktelokberembangguru@gmail.com

5.2.5 Soalan perlu menggunakan kertas jawapan OMR sebagai


pendedahan awal kepada murid tahap 1.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

5.3 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan

5.3.1 Jadual pencerapan telah ditampal di bilik guru. Pencerapan akan


dibuat dua kali setahun.

Tindakan: Makluman

5.4 Borang Perekodan PBS

5.4.1 PBS perlu diisi dari semasa ke semasa dan dimasukkan ke dalam
sistem offline mengikut ketetapan.

5.4.2 Guru perlu memberi Band 6 kepada murid sekiranya murid tersebut
layak mendapatnya.

Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu

5.5 Pengurusan Sistem Fail

5.5.1 Pengerusi menyatakan fail panitia sudah dikemaskini.

Tindakan: Makluman

5.6 Anggaran Belanjawan

5.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa panitia telah menerima


sebanyak RM 918.43

5.6.2 Perbelanjaan telah dibuat sebanyak RM 298.50 iaitu bagi membeli


Beberapa peralatan alat tulis dan sebanyak RM 336.90 bagi membeli
hadiah untuk bulan bahasa. Baki yang tinggal lagi sebanyak
RM 283.23

Tindakan: Makluman

5.7 Bulan Panitia Bahasa Melayu

5.7.1 Minggu Panitia telah diadakan bermula bulan Mac hingga 2 April
2018. Kertas kerja telah dihantar kepada pentadbir.

5.7.2 Aktiviti bulan Panitia telah dijalankan dengan baik namun bebeapa
aktiviti terpaksa ditangguhkan kerana kekangan masa seperti
pertembungan dengan sukan dan cuti pertengahan semesta 1.

5.7.3 Dokumentasi berserta gambar sedang dibuat.

Tindakan: Makluman
6 Hal-hal lain

6.1 Pn.Noor Hasliza selaku guru pemulihan akan membawa dua orang murid
tahun enam yang lemah BM ke bengkel program pemulihan tahap 2 setiap
hari khamis sekali sebulan sehingga bulan Jun untuk dibantu dan dibimbing.
Murid yang terlibat ialah Wan Hijriatul Sofea dan Azmul Khan Tahun 6 IK.

6.2 Cik Noraisiah memaklumkan akan membantu Pn. Azizah dalam kelas BM
Penulisan tahun 6 setiap hari Khamis jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

6.3 Pn. Zindawati memaklumkan bahawa Saringan 1 LINUS Literasi melibatkan


tahun 3 sedang berjalan. Saringan LINUS akan dijalankan 2 kali melibatkan
tahun 3 sahaja dan sekali setahun untuk tahun 1 dan 2. Berikut adalah tarikh
perlaksanaan Saringan LINUS 1 2018.

Saringan Membaca – 1 Mac hingga 6 April 2018


Saringan Menulis – 8 hingga 20 April 2018
Tindakan: Makluman

7.0 Ucapan Penutup


7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________ ____________________
(NOOR HASLIZA BT MOHD HASHIM) (AZIZAH BT MUZAINI)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
SK Telok Berembang SK Telok Berembang

Tarikh : 18 April 2018

You might also like