You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KEDUA TAHUN 2021

Tarikh : 28 April 2021


Hari : Rabu
Masa : 2.30 – 5.20 petang
Tempat : Auditorium

Kehadiran :
1. Pn. Shaharatul Iza binti Mohd Yusop - Ketua Bidang Bahasa
2. Cik Nirmala a/p Rahman - Ketua Panitia Bahasa Inggeris
3. En Mohd Ali Hanifiah b Mohd Ariffin - Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4. Pn. Salasiah binti Masran
5. En. Mohd Dhiyauddin bin Mohd Azraie
6. Pn. Noorakmar bt Mahmood
7. Pn. Shamini a/p Thirucelvam ( Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris)

Agenda

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi, Cik Nirmala a/p Rahman mengalu-alukan kehadiran semua ahli panel.
1.2 Pengerusi terus menyarankan agar perkara-perkara yang dibentangkan oleh Ketua
Bidang Bahasa dibincangkan.
Makluman

2.0 Kata Aluan Ketua Bidang Bahasa


2.1 Ketua Bidang Bahasa, Pn. Shaharatul Iza binti Mohd Yusop mengucapkan terima kasih
kepada semua guru kerana meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia kali ke-
2 ini.

2.2 Ketua Bidang Bahasa turut menegaskan Misi, Visi, Matlamat dan aspirasi sekolah iaitu
menyampaikan ilmu dan merealisasikan mis dan visi KPM.

2.3 Beliau mengingatkan semua guru untuk patuh dan akur kepada preintah KPM.
Kesepakatan dan integriti sebagai kakitangan kerajaan harus dipelihara.

2.4 Beliau merujuk kepada SKPMg 2 Standard 3.1.2 dan 3.2.2 mengenai pengurusan
pengajaran dan pengurusan program pembangunan profesonalisme. Di antara perkara
yang perlu ada dalam fail panitia ialah RPT, Analisis Data , Post Mortem, Pentaksiran,
OPPM, PLC, Latihan Dalaman dan Kertas Kerja Program. Selepas program dilaksanakan
harus ada laporan bertulis berserta gambar dan keberkesanan program tersebut.

2.5 Program Peningkatan Pencapaian Murid perlu ada kertas kerja dan jawatankuasa
bertindak. Beliau merakamkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam
program sekolah.

2.6 Baki PCG bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun 2020 ialah RM 2590.92 dan
PCG 2021 ialah RM 5360.00. Diharapkan 70% harus dibelanjakan sebelum 1 Nov
2021.Guru perlu isi nota minta dan mendapatkan sebut harga dari 3 pembekal serta tulis
baki peruntukan bila membuat pembelian. Pembelian online tidak digalakkan. Anggaran
Belanja harus selaras dengan tarikh mesyuarat ini dan harus difailkan dalam fail panitia.
Peruntukan PCG yang tidak habis dibelanjakan akan digunakan untuk penyelenggaraan
sekolah.

2.7 Beliau menyentuh tentang SKPMg 2 Standard 4 mengenai Pengajaran, Pembelajaran dan
Pemudahcaraan. Pihak pengurusan sedang giat melakukan pencerapan. Objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan harus dijelaskan kepada murid-murid. PdPc mesti
berpusatkan murid dan berunsur kolaboratif antara murid-murid.
Guru-guru diminta menyerahkan borang SKPMg 2- Penilaian Kendiri dan Borang
Keberhasilan kepada pegawai penilai masing-masing.

2.8 Guru-guru diminta mempelbagaikan PLC.

2.9 Transformasi TS25 –Ketua Panitia ialah Pemimpin Pertengahan yang boleh melaksanakan
coaching dan mentoring untuk ahli-ahli panitia.

2.10 Program Reading Session harus ditingkatkan dengan membuat pertandingan secara
kolaboratif dengan Pusat Sumber Sekolah. Guru harus membuat kertas kerja untuk
memohon peruntukan dari PSS.

2.11 Pencerapan buku latihan dilakukan 2 kali setahun pada April dan Ogos. Semua guru
diminta hantar buku latihan untuk pemantauan sebelum 7 Mei 2021.

2.12 PDPR akan bermula 17hb – 24 Mei 2021. Semua guru perlu sediakan modul bercetak
untuk pelajar.
Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pencadang : En. Mohd Dhiyauddin bin Mohd Azraie
Penyokong : En. Mohd Ali Hanifiah b Mohd Ariffin

4.0 Perkara Berbangkit


Sila rujuk Maklum balas Mesyuarat PK-15. Tiada perkara berbangkit.
Makluman

5.0 Pengurusan Panitia


5.1 Setakat hari ini semua program co-akademik ditangguhkan sebab PKPB.
Makluman

5.1.1 Cadangan Tokoh Nilam 2021


Bahasa Melayu : NUR DAMIYA ALEA BINTI MOHD NIZAM
Bahasa Inggeris : NURAISYYAH AQILAH BINTI ABD RAHMAN

Guru boleh mula melatih murid untuk Anugerah Tokoh Nilam dari sekarang.
Tindakan : Pn. Salasiah

5.2 Guru-guru diminta membuat laporan bagi program-program panitia yang telah
dijalankan setakat ini.
Tindakan : Pn. Salasiah, En. Dhiyauddin dan Pn. Shamini

5.3 Penggubalan Kertas Peperiksaan Dalaman 2021


5.3.1 Penggubal kertas peperiksaan dalaman adalah seperti berikut:

Bi Guru Bertanggungjawab Peperiksaaan Pertengahan


l Tahun
1. Nirmala a/p Rahman Tingkatan 4 ( Kertas 2)
2. Rozaime bin Ishak Tingkatan 3 ( Kertas 1 & 2)
3. Salasiah bt Masran Tingkatan 4 ( Kertas 1)
4. Shamini a/p Thiruchelvam Tingkatan 5 ( Kertas 1 & 2)
5. Siti Zunaizan bt Sallip Tingkatan 2 ( Kertas 1 & 2)
6. Mohd Dhiyauddin Tingkatan 1 (Kertas 1 & 2)
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.4 Pelaksanaan PdPR

PDPR akan bermula 17hb – 24 Mei 2021. Semua guru perlu sediakan modul bercetak
untuk pelajar.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.5 Kewangan – Anggaran Belanja Mengurus Panitia (PCG)


5.5.1 Baki kewangan Panitia Bahasa Inggeris adalah sebanyak RM2590.92. PCG
2021 ialah RM 5360.00.
5.5.2 PCG Panitia akan digunakan untuk pembelian buku rujukan, buku kerja ,
projector panitia dan camera untuk rakaman hasil kerja murid dan rakaman
PdPc untuk tujuan PLC.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Bahasa Inggeris

5.6 PLC
5.6.1 Terima kasih diucapkan pada Pn. Salasiah kerana berjaya melaksanakan PLC
Learning Walk pada 21 April 2021. Guru diminta menyediakan laporan bertulis.

5.6.2 Cik Nirmala akan melaksanakan sesi PLC kedua – Lesson Study Guru
sebelum 07 Mei 2021.
Tindakan : Pn. Salasiah dan Cik Nirmala

6.0 Hal-hal lain.


6.1 Borang penilaian lisan untuk menengah atas akan dikongsikan dalam
telegram panitia
6.2 Perkongsian telegram sebagai platform PDPR alternative kepada Google
form.
Makluman

7.0 Penutup
Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris
atas kerjasama dan maklum balas yang diberikan sepanjang mesyuarat
dijalankan.

Mesyuarat tamat pada jam 5.20 petang.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris

You might also like