You are on page 1of 4

FAIL PANITIA BAHASA INGGERIS

SK TANJONG BAYAN, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 4/2021

HARI : Selasa
TARIKH : 18 Januari 2022
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan
KEHADIRAN : 4/4

1.PN. NOR HASNAH BT BANIAMAN (GPK KOKO)


2.PN. RUMYLALYZA BINTI ABU BAKRI (KETUA PANITIA)
3.PN. SASIKALA A/P MURTHY
4.CIK NUR FAZLIN BINTI MOHD NAIM

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat 3
4. Perkara Berbangkit
5. Catch Up Plan 2
6. Agihan kelas mengajar bagi tahun 2022/2023
7. Pemilihan Buku Aktiviti bagi tahun 2022/2023
8. Hal-hal lain.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

1.0 Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)

1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali
Ke-empat bagi tahun 2021/2022.
1.2 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab dan mengharapkan mesyuarat berjalan
dengan lancar.
1.3 Mengucapkan terima kasih kepada rakan guru yang dapat membntu bersama untuk
mengumpul data untuk mengisi pautan HIP.

Tindakan : Makluman

SKTB#TOGETHERWETRANSFORM
FAIL PANITIA BAHASA INGGERIS

2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris yang
hadir.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru bagi bersama
menjayakan sesi 2021/2022.
2.3 Dia amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan baik semasa PDPR ataupun sesi
bersemuka.
2.4 Dia amat berharap sesi bersemuka ini telah digunakan sebaik mungkin oleh para guru
untuk
mengenali murid-murid dengan mendalam teruatamanya semasa pemberian band.
2.5 Beliau juga menambah agar perancangan awal boleh dibuat untuk sesi 2022/2023.
2.6 Beliau berharap agar semua usaha yang diambil dapat disampaikan kepada murid-murid
dengan baik untuk memastikan kecemerlangan Bahasa Inggeris di sekolah.

Tindakan: Makluman

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 3.

3.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Nor Hasnah Bt Baniaman dan disokong oleh
Cik Fazlin Bt Mohd Naim.

Tindakan: Makluman

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Sekolah telah menerima seorang guru baharu iaitu Cik Nur Fazlin Bt Mohd Naim
menggantikan Pn. Normala yang telah bersara.
4.2 Beliau diberikan jadual Tahun 2B dan 5A.

Tindakan : Makluman

5.0 Catch Up Plan 2.

5.1 Ketua panitia membentangkan bahawa pelan diatas telah berjaya dijalankan dengan baik.
5.2 Cik Fazlin memberitahu ada peningkatan dalam pemberian band murid-murid dimana
terdapat penambahan tahap band.
5.3 Pn. Hasnah mengucapkan tahniah atas peningkatan tersebut memandangkan sekolah
menitikberatkan pencapaian murid-murid.
5.4 Puan Sasikala pula melaporkan bahawa tiada peningkatan atau pengurangan band yang
diberi memandangkan murid-murid menunjukkan tahap band yang sama.
5.5 Walaubagaimanapun beliau menambah, murid-murid dapat membuat projek dengan
kreatif.
5.6. Pn. Rumy juga telah membentangkan tiada murid yang berada di band 1 dan 2.
Walaubagaimanapun, dia tetap memastikan murid-murod mempunyai penguasaan
kemahiran asas.

Tindakan : Makluman

SKTB#TOGETHERWETRANSFORM
FAIL PANITIA BAHASA INGGERIS

6.0 Agihan kelas mengajar bagi tahun 2022/2023

6.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 9 kelas dan 4 orang guru Bahasa
Inggeris.
6.2 Pn. Hasnah akan mengambil satu kelas manakala kelas lain akan diagihkan kepada 3
orang guru Bahasa Inggeris.
6.3 Dua orang guru akan mengambil 2 kelas dan seorang guru tig akelas.
6.4 Pengagihan ini akan diuruskan oleh penolong kanan pentadbiran dan akan diberitahu
kelak.

Tindakan :Guru-guru Bahasa Inggeris

7.0 Pemilihan buku aktivi bagi tahun 2022/2023

7.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa senarai buku yang akan digunakan oleh panitia
pada tahun hadapan perlu diberikan kepada AJK jualan buku.
7.2 Setiap guru boleh menggunakan buku mengikut kesesuaian P&P yang dijalankan di dalam
kelas ataupun menggunakan lembaran kerja.
7.3 Ketua panitia meminta guru-guru lain memberi senarai kepada beliau untuk tindakan
selanjutnya.
7.4 Jumlah buku latihan juga terpulang kepada guru matapelajaran masing-masing.
7.5 Ketua panitia juga berharap jumalah buku yang digunakan tidak membebankan murid-
murid.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

8.0 Hal-hal lain

8.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa aktiviti panatia tidak dapat dijalankan kerana PKP.
Beliau berharap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik di sesi akan datang.
8.2 Beliau juga memaklumkan papan putih mini telah dipasang di setiap kelas untuk aktiviti “5
Words A Day’. Semua guru disarankan untuk menulis 5 perkataan Bersama maksud
dalam Bahasa Melayu setiap kali waktu P&P.
8.3 Ketua panitia menyampaikan ucapan jutaan terima kasih diatas komitmen yang diberi
sepanjang sesi 2021/2022.

Tindakan : Makluman

SKTB#TOGETHERWETRANSFORM
FAIL PANITIA BAHASA INGGERIS

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30
petang.

Disediakan oleh:

………………………………………

(SASIKALA A/P MURTHY)


Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris
SK TANJONG BAYAN

Disemak oleh:

….………………………………….
(KHAIRUL FAISAL BIN YAHYA)
GPK Pentadbiran
SK TANJONG BAYAN

SKTB#TOGETHERWETRANSFORM

You might also like