You are on page 1of 4

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.

Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaffar


diiringi Puan Guru Besar dan barisan pentadbir.

Selamat pagi dan salam sejahtera

Yang Berbahagia,
Pn. Rosnah Bt Hamzah, Guru Besar Sk Taman Ria
Yang Berusaha,
Pn. Zuraidah Bt Ahmad, Penolong Kanan Kurikulum Sk taman Ria
En. Kamaruzzaman Bin Daud, Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Ria
Yang Diraikan
En. Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaffar, mantan Penolong Kanan Kokurikulum Sk taman Ria
dan merupakan Penolong Kanan Kokurikulum Sk Sungai Ular.
SIRIH BERLIPAT SIRIH
PINANGSIRIH DARI PULAU MUTIARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

SARUNG KETUPAT BERISI INTI


DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SGT DIHARGAI
MOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad


Nurjuwaidi Bin Jaffar

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustad
___________________________

Dipersilakan Ustad

Terima kasih diucapkan kepada ____________________atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti Cikgu Juwaidi sepanjang
berkhidmat disekolah ini.
Tiada kata yang dapat mengungkapkan kesungguhan beliau dalam menabur bakti
disekolah ini.

Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil
murid adik____________________________

Terima kasih adik.......................................................... atas ucapan itu tadi.

Seterusnya majlis ingin menjemput Naib pengerusi

Bakstar merangkap wakil guru En Mohd Hafiz Jasmi untuk memberi sepatah dua
kata.
Dipersilakan ustad …

Terima kasih diucapkan kepada Ustad Hafiz diatas ucapan sebentar tadi.

begitu bermakna dan terkesan di hati.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Rosnah Bt


Hamzah Guru Besar SK Taman Ria
Dipersilakan puan .

Terima kasih diucapkan kepada yang Puan Rosnah atas ucapan itu tadi.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan multimedia bertajuk

“To Sir With Love”


Sebelum itu, izinkan saya untuk menceritakan biodata beliau.
Dan
En. Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaffar merupakan putera sulong kepada pasangan
En Jaffar wan Chek dan Pn. Norma Md Isa
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Padang Besar, Perlis, Sk Juara Cherok
Tok Kun kemudian telah ke SMK Badlishah.

Pada Tahun 2000 beliau telah meneruskan pengajian di UITM untuk matrikulasi
dan mendapat ijazah dalam bidang pengurusan dan seterusnya Sarjana dalam
bidang BImbingan dan Kaunseling.

Seterusnya beliau telah menceburi bidang pendidikan setelah mendapat diploma


KPLI

Penempatan pertama beliau ialah di SJKC Gau San, Pontian dimana beliau telah
menamatkan zaman bujangnya bersama Pn Lim wan Eng @ Zahra dan
dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hasna Diyanatuha,

Terima kasih kepada ____________________________________diatas penyediaan


persembahan multimedia itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar ditelan namun kaki tetap mengorak
langkah selagi hayat dikandung badan.

Burung kedidi di tepi perigi


Anak puyuh ditangkap musang
Jasa tuan tidak terperi
Budi baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Muhammad Nurjuwaidi Bi Jaffar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En


Muhamad Nurjuwaidi Bin Jaffar atas ucapan itu tadi. Sunggu bermakna.

Bunga melur bunga kemboja

Cantik sungguh dalam jambangan

Hari ini kita bersua

Esok lusa dilupa jangan

Hadirin hadirat sekalian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati .


majlis dengan sukacitanya menjemput Pn. Rosnah Bt Hamzah Untuk mengiringi
En Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaffar bagi menerima cenderahati.
Dipersilakan wakil

Itulah tadi penyampaian cenderahati kepada En Muhammad Nurjuwaidi Bin


Jaffar . Terima kasih kepada Pn. Rosnah dan Cikgu Juwaidi.

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan, En


Muhammad Nurjuwaidi Bin Jaffar atas kesudian beliau untuk bersama-sama kita
pada hari yang mulia ini.Kami mendoakan kesejahteraan beliau semoga ceria
dan bahagia sentiasa.

Saya bagi pihak ajk pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara ingin memohon


maaf andai tersilapkata tersalah bahasa sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bertemu kembali

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini...........Sekian salam hormat

You might also like