You are on page 1of 8

LAPORAN BENGKEL GERAK GEMPUR BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA 2019

1. PENGENALAN

Panitia Bahasa Inggeris sentiasa mengorak langkah bagi memperbaiki pestasi


murid-murid. Maka terbitlah program ini yang menjurus kepada asas tatabahasa bagi
menjawab kertas 1 dan kertas 2. Murid-murid tiada penguasaan tatabahasa yang kukuh
bagi menjawab soalan.

2. OBJEKTIF

1.1 Menggalakkan murid-murid menggunakan strategi berkesan semasa menjawab


soalan.
1.2 Menggunakan teknik yang berlainan untuk menjawab soalan.
1.3 Memperkenalkan murid-murid teknik menjawab yang mudah.

3. TEMA

EVEN THE BEST CAN BE IMPROVED

4. TARIKH / MASA PELAKSANAAN

25 dan 26 Jun 2019

5. AKTIVITI
Mengadakan bengkel yang menekankan tips-tips mudah untuk menjawab
soalan digandingkan dengan lagu dan formula.
6. JAWATANKUASA INDUK BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS 2019

Penasihat : Pn. Rosnah Bt Hamzah


Pengerusi : Pn. Zuraidah bt Ahmad
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rohana Bt Abdullah
Naib Pengerusi 2 : En. Kamruzzaman Bin Daud
Naib Pengerusi 3 : En. Nasarudin Bin Desa
Penyelaras Program : Cik Saritha a/p Gunasegaran
AJK Jemputan : Cik Tan Tze Yuen
AJK Persediaan Tempat dan : Pn. Zaiwiranorlelawati Bt Ali
Peralatan
AJK Makanan Penceramah : Pn. Suhazrina Bt Sulaiman
AJK Pendaftaran : Pn. Sharifah Bt Maidin
AJK Bahan : Pn. Zahirah Bt Adnan
AJK Dokumentasi : Pn. Sasikala a/p Murthy
AJK Siar raya : Pn. Kartini Bt Suhari
Penyelaras kelas : Pn. Zaiwiranorlelawati Bt Ali (6 Yakin )
Pn. Sharifah Bt Maidin (6 Tekun)
Cik Tan Ze Yuen (6 Setia)
Pn. Sasikala a/p Murthy (6 Jujur)
Cik Saritha a/p Gunasegaran (6 Ikhlas)
Pn. Suhazrina Bt Sulaiman (6 Dedikasi)
7. TEMPAT
Bilik Mesyuarat SK Taman Ria

8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 6 Yakin ke 6 Dedikasi

9. TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Pendaftaran murid-murid


8.00 pagi : Ice Breaking Activities
English is from Allah
Praises upon Rasulullah S.A.W
Diagnostic Test
The Ball Game
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Ensouling Of Keywords (I x ‘s’, You x ‘s’, S(s) > V+’s’, S(p)
> V x ’s’,
12.30 tengahari : Makan dan solat
2.00 petang : Enrichment Activities
Root Verbs
Practice – From Theory To Practice
Science Building
Writing Effective Sentences
4.30 petang : Program tamat

10. LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI


Bengkel telah dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh guru-guru Bahasa Inggeris.
Bengkel telah dijalankan untuk tiga kelas pertama pada hari Rabu. Kehadiran murid-murid
amat memuaskan. Penceramah telah memberi motivasi dan kata-kata semangat bagi memberi
isnpirasi kepada mereka serta membuang fakta bahawa Bahasa Inggeris itu susah. Beliau telah
menekankan pada formula dan lagu untuk menghafal tatabahasa dan berkali-kali diuji
sehinggalah murid-murid faham. Penekanan telah diberikan berdasarkan kemampuan murid
mengikut kelas. Teknik ‘drilling’ telah digunapakai sehingga murid-murid mahir teruatamanya
untuk tatabahasa yang menjurus kepada penguasaan membina ayat.

Teknik yang sama telah digunakan untuk murid-murid tiga kelas belakang. Murid-
murid memberikan respon yang baik. Murid-murid turut sama menyanyi lagu tatabahasa dan
menjawab soalan dengan tepat kecuali beberapa orang murid dari kelas belakang. Soalan-
soalan yang ditanya tertumpu pasa skop jawapan kertas 2. Secara keseluruhannya, program ini
telah berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam jangkamasa pendek. Semua murid amat
terkilan dengan teknik yang digunakan oleh penceramah. Diharap program ini dapat
menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR dengan jayanya.

11. KEKUATAN

Sokongan dan respon baik oleh pihak pentadbir telah memudahkan perjalanan
program.

12. KELEMAHAN

Beberapa orang murid masih tidak memberikan tumpuan ketika program dan kebanyakan
murid mempunyai tahap disiplin yang rendah.
13. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar. Ini merupakan peluang
terbaik untuk murid-murid dan guru-guru Bahasa Inggeris SKTR menimba ilmu.

12. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN / TINDAK IKUT

Bengkel telah diadakan hanya satu hari atas kekangan guru-guru lain juga perlu
menumpukan perhatian bagi subjek lain. Diharap bengkel dapat diadakan untuk dua hari setiap
sesi seperti yang dirangka oleh penceramah.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………… …………………………… ……………………………

PN. SASIKALA A/P MURTHY CIK SARITHA A/P GUNASEGARAN PN. ROSNAH BT HAMZAH

Setiausaha, Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SK Taman Ria. SK Taman Ria. SK Taman Ria.
Interaksi bersama pelajar.

Pelajar menyalin nota.


Sesi soal jawab bersama pelajar.

Gerak kerja dalam kumpulan dan nyanyian lagu tatabahasa.


Respons pelajar semasa sesi soal jawab.

Kuiz antara murid-murid.


Ceramah diakhiri dengan nyanyian lagu.

You might also like