You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KLINIK HOKI 2023


ANJURAN KELAB SUKAN HOKI BERSAMA UNIT KOKURIKULUM
SK TANJONG BAYAN

1.0 RASIONAL

Program ini adalah satu usaha membimbing   dan   mendidik murid supaya menjadi insan
yang berilmu, berketrampilan, serba boleh serta sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran.
Sememangnya murid-murid di kelab hoki mempunyai ilmu yang cetek dalam sukan hoki yang
perlu disemai dengan pengetahuan dan teknik yang mendalam agar potensi murid-murid boleh
digilap bagi persediaan pelbagai kejohanan.

Dalam pada itu, sukan hoki nerupakan kebitaraan SK Tanjong Bayan dan sememangnya
langkah proaktif perlu diambil agar tidak ketinggalan dalam apa jua informasi yang terkini.
Tidak juga dilupakan pada pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, dimana program ini
untuk meningkatkan minat murid-murid kelab hoki dalam sukan hoki selain membakar semangat
bagi mempelajari ilmu sukan hoki dengan terbaik.

2.0 NAMA PROGRAM

KLINIK HOKI 2023

3.0 TEMA PROGRAM

“ API MEMBARA KIAN TERJAWAB”

4.0 MATLAMAT

Ke arah menerapkan ilmu sukan hoki ke dalam diri murid-murid.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memahami dan meyakini asas-asas sukan hoki dan pengenalan dasar permainan.
5.2 Meningkatkan semangat murid untuk mengenali dan menyukai sukan hoki.
5.3           Memastikan murid-murid kelab hoki dapat mempelajari sukan hoki seawal umur
tujuh tahun.
5.4           Memberi pendedahan dengan penceramah luar supaya pelbagai teknik dapat
dipelajari.
6.0 TARIKH / MASA

23 Mei 2023, 7.45 – 9.15 pagi

7.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Seri Bayan

8.0 PENYERTAAN

Murid-murid Tahun 1 hingga 6

9.0 JURULATIH

En. Muhamad Aizam b. Ghazali (PK 1 SK Hutan Melintang)

10.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Maizatul Muna b. Samsudin


Pengerusi : En. Mohd Faizal b. Kamal
N. Pengerusi 1 : En. Khairul Faisal b. Yahya
N. Pengerusi 2 : Pn. Nur Azizah bt. Ahmad
Setiausaha : Pn. Sasikala a/p Murthy

Pengacara Majlis : Pn. Siti Watini bt. Jajuli

Bacaan Doa : En. Zulkifli b. Musman

Persiapan Tempat / : Pn. Hasilawati bt. Che Hassan


PA Sistem

Cenderahati : Pn. Noor’ Laila bt. Abd Rahman

Jurufoto : Pn. Sasikala a/p Murthy

11.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Murid-murid berkumpul di dewan.

7.45 pagi : Bengkel dimulakan.

9.00 pagi : Bengkel tamat, pemberian cenderahati dan sesi bergambar.

9.10 pagi : Jamuan makan untuk jurulatih.


12.0 ANGGARAN BELANJAWAN( Peruntukan Unit Kokurikulum)

BIL PERKARA KUANTITI (RM) ANGGARAN

1 Sijil 100 unit RM 57.00

2 Jamuan penceramah 2 x RM 10.00 RM 20.00

3 Hadiah kuiz 10 unit x RM 3.00 RM 30.00

RM 107.00

12. PENUTUP

Diharapkan program ini berjaya membantu murid-murid menimba ilmu sukan hoki dan sekaligus
mempelajari teknik serta meningkatkan semangat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ ____________________ ______________________


(SASIKALA A/P MURTHY)
Guru Penasihat Kelab Hoki
SK Tanjong Bayan.
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BAYAN,

36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.

KERTAS KERJA KLINIK HOKI 2023


API MEMBARA KIAN TERJAWAB

TOGETHER WE TRANSFORM …
BETTER, STRONGER, SMARTER
PROGRAM KLINIK HOKI SESI 2023/2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Klinik Hoki 2023, SK Tanjong Bayan

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Klinik Hoki 2023, SK Tanjong Bayan

Ulasan:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

….………………………………………………….
(MAIZATUL MUNA BT SAMSUDIN )
Guru Besar
SK Tanjong Bayan,
36400 Hutan Melintang.
Tarikh:

You might also like