You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN LONG BOH
BIL.1 / 2020

Tarikh : 8 Januari 2020


Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn. Nordiana binti Shahuddin
Kehadiran : 6 orang

SENARAI KEHADIRAN
BIL. NAMA JAWATAN
1. Akmal binti Mat Rata Penasihat
2. Idris bin Hamzah Guru Penolong Kanan 1
Pengerusi
3. Nordiana binti Shahuddin
(Guru Bahasa Inggeris tahun 4 dan 6)
Setiausaha
4. Chong Kok Huat
(Guru Bahasa Inggeris tahun 2 dan 3)
Bendahari
5. Mirawati binti Jahaya
(Guru Bahasa Inggeris tahun 1)
6. Nor Siti Alina binti Ali Guru Bahasa Inggeris tahun 5

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan salam perkenalan dan ucapan
terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir Mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris Bil.1 Tahun 2020.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 3
Tahun 2019 yang lalu.
Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Chong Kok Huat
Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Mirawati
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1 POST MORTEM UPSR 2019


3.1.1 Encik Idris membentangkan prestasi bagi subjek bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR. (rujuk lampiran)
3.1.2 Kelas Tambahan PIBG akan diadakan bagi murid tahun 6 bermula
Februari ini.
Tindakan : Pn. Nordiana

3.2 PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID


3.2.1 Komponen penulisan yang ditetapkan:
Karangan – satu komponen seminggu (minima) bagi murid tahun empat
hingga enam.
3.2.2 Komponen tatabahasa yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
lima latihan ( empat soalan setiap latihan )
3.2.3 Komponen kosa kata yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
10 perkataan setiap minggu.
Tindakan : Makluman

3.3 DOKUMEN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN


3.3.1 Rancangan Pengajaran Tahunan
3.3.1.1 RPT yang digunakan mestilah yang terkini berpandukan takwim
persekolahan 2020.
3.3.2 Rancangan Pengajaran Harian
3.3.2.1 Guru-guru dikehendaki menulis RPH berdasarkan format terkini
seperti yang dibincangkan ketika kursus penataran subjek.
3.3.3 Dokumen Standard Kurikulum
3.3.3.1 Guru-guru hendaklah menggunakan DSKP bagi proses penilaian
murid secara individu.
3.3.3.2 Semua dokumen tersebut mestilah berada di dalam fail rekod
mengajar di dalam bentuk softcopy atau hardcopy.
Tindakan : Makluman
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.4 HIP
3.4.1 Penyelaras program ialah Pn. Nordiana. Aktiviti Shoot for the Moon
dijalankan secara harian dan melibatkan semua guru, staf sokongan, staf
swasta dan murid – murid tahun 1 hingga 6 di SK Long Boh
Tindakan:Pn. Nordiana

3.5 PENETAPAN BUKU TEKS,BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN


3.5.1 Bagi murid tahun 1 hingga 3, mereka akan menggunakan buku aktiviti
Supermind. Murid tahun 4,5 dan 6 boleh menggunakan buku teks dan
buku aktiviti yang dibeli oleh pihak sekolah.
3.5.2 Penggunaan buku latihan adalah tertakluk kepada guru kelas masing-
masing.
Tindakan:Makluman

3.6 PBD dan PBS


3.6.1 Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid tahun 1 hingga 3 dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid tahun 4 hingga 6 dikendalikan
oleh Encik Chong Kok Huat. Guru-guru Bahasa Inggeris diminta
menyerahkan satu salinan offline kepada En.Chong Kok Huat dan satu
salinan kepada Puan Nordiana untuk simpanan panitia.
Tindakan: Makluman

3.7 PEPERIKSAAN
3.7.1 Kertas peperiksaan bagi murid tahun 4,5 dan 6 disediakan oleh Majlis
Guru Besar. Peperiksaan akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada
bulan Mac dan Oktober.
3.7.2 Guru-guru hendaklah menyerahkan salinan markah peperiksaan yang
telah dicetak melalui SAPS untuk simpanan panitia.
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.8 AKTIVITI KO- AKADEMIK


3.8.1 Pihak sekolah akan menghantar peserta bagi menyertai pertandingan
berikut:
1. Story telling – Puan Nordiana
2. Scrabble – Puan Nordiana

Tindakan: Puan Nordiana

3.9 BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS


3.9.1 Puan Nordiana menyatakan Bulan Panitia Bahasa Inggeris telah
ditetapkan pada bulan April dan Ogos 2020. Aktiviti sepanjang Bulan
Panitia Bahasa Inggeris ialah:
1. Pra sekolah dan tahun 1 – Tracing and Phonic Sounds
2. Tahun 2 dan 3 – Spelling Bee
3. Tahun 4 dan 5 – Construct Sentences
4. Tahun 6 – Poetry Recitation
3.9.2 Guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris setiap kelas diminta
menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan untuk setiap aliran mengikut
tarikh - tarikh yang akan ditetapkan kemudian oleh ketua panitia dan ajk
induk.
3.9.3 Puan Nordiana menyatakan beliau akan berbincang dengan guru besar
tentang bentuk hadiah dan bilangan hadiah yang akan diberikan kepada
pemenang. AJK bulan panitia juga akan ditetapkan kemudian.
3.9.4 Majlis perasmian Bulan Panitia Bahasa Inggeris akan dirasmikan oleh
Pn. Akmal.
Tindakan: Makluman
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4. HAL-HAL LAIN
4.1.1 Murid tahun 1 hingga 3 boleh masuk PSS untuk bacaan buku cerita.
4.1.2 Murid-murid juga digalakkan untuk menggunakan bahan bacaan bahasa
Inggeris yang telah disediakan oleh PSS ketika masa lapang di dewan
terbuka
4.1.3 Pn Nordiana menyatakan set buku cerita, set pembelajaran PAK21 dan
permainan bahasa ada di bilik SAL.Guru – guru Bahasa Inggeris boleh
mengambil bahan bantu belajar tersebut untuk kegunaan kelas masing-
masing.
Tindakan:Makluman

5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi.

Urus setia (Nordiana binti Shahuddin)


Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Long Boh
8 Januari 2020

You might also like