You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BI KALI KEDUA

SEKOLAH RENDAH ISLAM II, FELDA MATA AIR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 2/(2020)

Tarikh : 15 Julai 2020


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Pk Kurikulum Sri II
Pengerusi : Pn.Fauziah Binti Chong Wong
Kehadiran (Bilangan) : 4 Orang

1.Pn. Rusmawati Bt Enche Russ (Pk Kurikulum Sri II 2020)


2.Pn. Fauziah Binti Chong Wong ( Ketua Panitia Bahasa Inggeris 2020)
3.En. Muhammad Rushydi Bin Musa (Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris 2020)
4.En. Ahmad Fitri Bin Ayob (Guru Bahasa Inggeris 2020)

AGENDA
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran PK Kurikulum dan guru-guru.
Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan kecemerlangan
pelaksanaan program pada penggal pertama tahun 2020.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Fauziah Binti Chong Wong
Disokong untuk pengesahan oleh En. Muhammad Rushydi Bin Musa

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

Tindakan:Makluman

4. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/FOKUS MESYUARAT


4.1 Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris untuk sesi penggal
kedua 2019
Penaung ; En Muhamad Zaim Bin Zanol
Penasihat : Pn Rusmawati Binti Enche Russ
Pengerusi : Pn Fauziah Binti Chong Wong
Setiausaha : En Muhammad Rushydi Bin Musa

4.2 Kewangan
4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kewangan untuk Panitia Bahasa Inggeris bagi
tahun 2020 adalah sebanyak RM336.68.
4.2.2 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat membuat kertas cadangan program dan
menyenaraikan bahan bantu mengajar yang diperlukan seawal mungkin supaya dapat
menggunakan peruntukan yang diberi dengan lebih berhemah dan dapat
menggunakan peruntukan mengikut jadual yang dicadangkan.

Tindakan : Guru Bahasa Inggeris


4.3 Program Panitia Bahasa Inggeris yang telah dijalankan
4.3.1 Pengerusi membentangkan program-program yang telah dilaksanakan.

Program Pelaksanaan Sasaran

-HIP during MCO 18 Mac – 10 Jun 2020 Tahap 2

*tertakluk pada perubahan

4.3.2 Pengerusi meminta semua guru untuk bersama-sama menjayakan program tahun
2020.
Tindakan: Guru-guru Bahasa Inggeris

4.4 Perkembangan Staff/PLC/LADAP


4.4.1 Pengerusi memberikan informasi berkenaan PdPc pasca covid19 untuk Bahasa
Inggeris yang digunakan oleh murid tahun satu hingga enam.
4.4.2 Sebarang maklumat diharapkan dapat dikongsi bersama pengurusan dan panitia
melalui taklimat ringkas/laporan kecil.
4.4.3 Guru-guru juga diminta bersedia untuk melakukan sesi PLC atau pencerapan
berkumpulan.

Tindakan : Makluman
5. POST MORTEM

a) HIP during MCO


Kelemahan :
Pelajar tidak mendapat capaian internet atau berada di tempat lain.

Kekuatan :
Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris.

Penambahbaikan :
Lebih banyak latihan sebutan dalam Bahasa Inggeris.
6. HAL-HAL LAIN

6.1 PBS
6.1.1 Pengerusi meminta guru-guru untuk mengemaskini fail-fail PBS.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Inggeris

6.1.2 Pengerusi memberi peringatan tarikh serahan buku latihan murid meengikut jadual
yang terdapat dalam buku pengurusan sekolah 2020 tetapi dipinda ke tarikh yang
akan diberitahu kelak kerana PKP yang telah dilaksanakan dan pindaan takwim
sekolah yang baru.

6.2 Pencerapan murid/guru


6.2.1 Pengerusi meminta agar semua guru Bahasa Inggeris dapat mencerap hasil kerja
murid/buku latihan seawal mungkin. Menurut maklumat, standard yang dicadangkan
dan diguna pakai kebanyakan sekolah ialah 3 hari. Namun, pencerapan tersebut
bolehlah dilakukan mengikut kesesuaian masa guru juga.
Tindakan: Guru-guru Bahasa Inggeris
6.2.2 Pencerapan guru oleh Pengurusan Sekolah dan Ketua Panitia akan dilakukan
mengikut takwim sekolah.
Tindakan: Makluman

7. Penutup
7.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh

(EN MUHAMMAD RUSHYDI BIN MUSA)


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris 2020
Tarikh :

You might also like