You are on page 1of 2

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu yang menghasilkan data

deskriptif iaitu maklumat dalam bentuk tulisan, perkataan dan pemerhatian. Data ialah apa

jua maklumat dalam pelbagai bentuk yang dikumpul dengan tujuan untuk dianalisis.

1.2 PENGUMPULAN DATA

1.2.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan maklumat penting untuk mendapatkan maklumat yang

mendalam berkaitan tajuk kajian. Bahan-bahan perpustakaan adalah rujukan terpenting

terutamanya buku-buku, artikel-artikel, jurnal-jurnal yang berkaitan konsep perkahwinan

tanpa kebenaran, data-data kes perkahwinan tanpa kebenaran yang didaftarkan di Mahkamah

Syariah Negeri Perlis dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis juga

dikumpulkan untuk mendapat bahan-bahan yang berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran.

1.2.2 Temu Bual

Bagi mendapatkan data tambahan berkaitan dengan perkahwinan tanpa kebenaran di

Mahkamah Syariah Negeri Perlis, temu bual akan dijalankan. Temu bual akan dijalankan di

11
Mahkamah Syariah Negeri Perlis. Sesi temu bual akan melibatkan pegawai-pegawai di

Mahkamah Syariah Negeri Perlis bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

1.2.3 Pemerhatian

Selain itu, kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian. Iaitu dengan

menghadiri kes perbicaraan perkahwinan tanpa kebenaran seperti kes pengesahan

perkahwinan dan poligami tanpa kebenaran di Mahkamah Syariah Negeri Perlis bagi melihat

sendiri perbicaraan kes tersebut dijalankan.

12

You might also like