You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.

RAMLEE
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS
BIL 1/ TAHUN 2020

TARIKH : 8 Januari 2020

HARI : Rabu

MASA : 12.30 tengah hari

TEMPAT : Bilik Guru SKTSPR

KEHADIRAN : Pn. Mazlidah Binti Mahmud (PKP)

Pn. Majdah Binti Shamsudin (K.Panitia B.Inggeris)

Pn. Annie Khoo Swan Ann

Pn. Wan Norhana Binti Wan Talib (Setiausaha)

Pn. Jasinda K Paavai A/P Balakrishnan (PPKI)

Cik Pusparani A/P Ranasimgam (PPKI)

Pn. Rohaini Binti Awang (Pra Sekolah)

1. UCAPAN PENASIHAT
1.1 Puan Mazlidah telah merasmikan mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris dengan mengalu-
alukan kedatangan semua guru BI.

1.2 Beliau mengharapkan panitia dapat merangka dan menyediakan segala program dan
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun dengan menggunakan OPPM.

1.3 Memberi peringatan mengenai cara pengisian NKRA Skpmg2 dan E-prestasi.

1.4 Penulisan RPH untuk tahun 1, 2, 3 dan 4 mengikut standard CEFR yang dikehendaki
KPM.

2. PERUTUSAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang meluangkan masa hadir
ke mesyuarat kali pertama dan mengalu-alukan kedatangan guru Bahasa Inggeris
baharu dan berusaha untuk menjayakan aktiviti panitia sepanjang tahun 2020.

1
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3.1 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan.


Cadang : Pn. Annie Khoo Swan Ann
Sokong : Pn. Jasinda K Paavai A/P Balakrishnan

4. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

Tiada

5. AKTIVITI TAHUNAN 2019


5.1 Telah dimaklumkan dalam mesyuarat panitia ketiga tahun 2019.
5.2 Pengerusi bererima kasih kepada semua guru BI atas menjayakan aktiviti sepanjang
tahun 2019.

6. BORANG BIODATA
6.1 Semua guru perlu melengkapkan Borang Biodata Guru Bahasa Inggeris Tahun
2020 dan diserahkan kepada KP bersama jadual waktu peribadi
Tindakan : Semua guru

7. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RPH 2020


7.1 Semua guru perlu ada RPT terkini mengikut takwim kelas yang di ajar.
7.2 Huraian Sukatan Pelajaran dan Standard Kurikulum boleh disimpan di dalam
fail berasingan atau dalam bentuk QR Bar Code.
7.3 RPH boleh ditulis di dalam buku rekod atau fail dan perlu dihantar setiap hari Jumaat.
7.4 Penulisan RPH guru pra sekolah bagi subjek BI mesti mengikut CEFR.
Tindakan : Semua guru

8. AKTIVITI TAHUNAN 2020


8.1 Aktiviti tahunan mungkin berubah dalam tarikh pelaksanaannya.
8.2 Program peningkatan untuk KSSR dan PPSR.
8.3 Program panitia akan melibatkan semua murid.
8.4 Setiap Khamis adalah English Day. Semua guru dicadangkan untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti ini dan dijadikan sebagai salah satu program HIP sekolah.

2
Tindakan : Semua guru

9. PENGGUNAAN BUKU LATIHAN


9.1 Buku latihan murid bagi tahun 1 dan 2 ialah Superminds Workbook.

9.2 Buku latihan bagi tahun 3 dan 4 pula ialah Gets Smart

9.3 Tahun 5 dan 6 akan menggunakan buku Sasbadi.

10. JADUAL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN


10.1 Pelaksanaan peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tahun 4 hingga 6 akan dijalankan
pada 12-15 Mei 2020 manakala peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan pada 5 -9
Oktober 2020.
10.2 Murid tahun 4 akan menjalani peperiksaan seperti biasa mengikut format UPSR
terbaharu meskipun silibus sudah berbeza.
10.3 Guru BI tahun 4, 5 dan 6 perlu menyediakan dua kertas soalan iaitu Pemahaman (K1)
dan Penulisan (K2).
10.4 Guru BI tahap 1 perlu melaksanakan PBD dan kutipan data dan dilaksanakan 2 kali
setahun.
10.5 Satu salinan diserahkan kepada KP untuk simpanan fail.
Tindakan : Semua guru

11. LAPORAN KEWANGAN PANITIA


11.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa baki duit panitia telah habis digunakan bagi
melaksanakan program sepanjang tahun dan membeli buku soalan tahun lepas.

Tindakan : Semua guru


12. CEFR
12.1 Penggunaan SOW untuk Tahun 1, 2 3 dan 4.
12.2 Penulisan RPH mengikut kesesuaian dan standard yang ditetapkan.
Tindakan : Semua guru tahap 1

13. KEMASKINI FAIL


13.1 Bagi tahun 2020 fail akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Tindakan : Ketua Panitia dan Setiausaha
14. NILAM

3
14.1 Menggalakkan murid membaca buku cerita Bahasa Inggeris.
14.2 Untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa.
14.3 Murid-murid perlu merekodkan bacaan di dalam buku Nilam.
Tindakan :Semua guru
15. PBD

15.1 Pelaksanaan PBD bagi tahun 1 hingga 4 perlu dilakukan sepanjang tahun. Guru perlu
membuat catatan atau bukti pelaksanaan PBD di dalam kelas. Walau bagaimanapun
pengisian data ke dalam sistem akan dilakukan dua kali setahun.

Tindakan : Semua guru

16. MBMMBI

16.1 Bagi program MBMMBI guru-guru diminta meneruskan aktiviti-aktiviti yang


mendapatkan kebaikan kepada murid-murid.

Tindakan : Semua guru

17. PLC

17.1 Pengerusi memaklumkan perbincangan sesama guru atau sebarang aktiviti melibatkan
intervensi Pdpc boleh dikira sebagai PLC.

18. HAL-HAL LAIN

18.1 Beberapa orang guru akan dipilih untuk membantu guru tahun 6 dalam subjek BI
semasa sesi kelas tambahan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………………..

(WAN NORHANA BINTI WAN TALIB) (MAJDAH BINTI SHAMSUDIN)


Setiausaha Ketua Panitia Bahasa Inggeris
4

You might also like