You are on page 1of 7

SK HAJI KASSIM JASIN

06910 SELENGKOH
YAN, KEDAH.
VISI : SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI
TERBILANG
MISI : MEMBANGUN
POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA INGGERIS KALI 1/2017

TARIKH : 9 JANUARI 2017


HARI : ISNIN
MASA : 1.00 PTG
TEMPAT : BILIK TAYANGAN SKHKJ

TURUT SERTA :
GURU BESAR : EN. ISMAIL BIN JUNUS
PK PENTADBIRAN: EN. ABD.HAMID B. MD. ISA

KEHADIRAN :
1) PN. RANITA BT. AWANG - SETIAUSAHA ( B.INGGERIS)
2) EN. MOHD. WITRI HAFIZ B. AMANULLAH - B.INGGERIS
3) PN. HAMIZUN BT. ABU BAKAR - PRA-SEKOLAH

PERKARA YANG DIBINCANG

I. Ucapan aluan Pengerusi


1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan alfatihah.
2. Tuan Guru Besar, En.Ismail bin Junus, selaku pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih
dan mengalu-alukan kedatangan guru ke mesyuarat pada kali ini yang merupakan mesyuarat
pertama sesi 2017 Perancangan Tahun 2017 akan melibatkan apa-apa perkara untuk pengurusan
panitia bahasa.
3.GB berharap semua ahli dapat fokus kepada perbincangan, memberi idea bernas dan melaksanakan
sebagai satu pasukan. GB memberi maklumbalas tentang susunan agenda mesyuarat.
4. GB berharap guru-guru dapat menerima tugas-tugas baru tahun 2017. Sekiranya ada masalah boleh
berbincang dengan pihak pentadbir sekolah.
II. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat kali 4/2016
5.Pn.Ranita Awang, selaku Ketua Panitia/Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris Kali 4/2016.
6. Guru Bahasa Inggeris Tahun 2017 tinggal 2 orang sahaja iaitu Pn. Ranita dan En. Mohd Witri Hafiz.
7.En. Mohd. Witri Hafiz mencadang minit disahkan.
Disokong oleh En. Abd. Hamid Md. Isa, PK Kurikulum.

III. Perkara Berbangkit.


8.Ketua Panitia diminta memastikan aktiviti Bulan Panitia 2016 berjalan dengan aktif dan lancar dan
sila perbanyakkan aktiviti yang melibatkan lebih ramai murid.
9. Bilangan fail perlu diselaras mengikut saranan daripada pemantauan Jemaah Nazir Sekolah.
Tindakan : KP, SU Panitia, AJK.

IV. Anggaran Belanjawan Panitia Tahun 2017


10. Peruntukan yang boleh dibelanjakan oleh Panitia Bahasa Inggeris Tahun 2017 adalah sebanyak
RM 481.00.
11. Ketua Panitia boleh mengisi nota minta dan mendapatkan kebenaran GB sebelum memulakan
pembelian peralatan panitia.

IV.Pembentangan Perkara-perkara Baru


Ucapan Tuan Guru Besar, En. Ismail bin Junus
12. Memandangkan aktiviti sekolah yang padat pada awal tahun maka kita mengadakan
mesyuarat gabungan panitia secara serentak namun minit mesyuarat panitia hendaklah
disediakan secara berasingan.
13.Panitia Bahasa Inggeris hanya ada 2 orang guru sahaja dan digalakkan bergabung dengan Panitia
Bahasa Melayu semasa mesyuarat.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti Tahun 2017


14..Pengurusan Panitia/ Penyelaras Program;
A) berdasarkan pekeliling ikhtisas 4/1986.
B) Tanggungjawab sepenuhnya di bawah KP@ Penyelaras Program
C) Mesyuarat sebanyak 4 kali setahun
D) Semua fail disimpan di bilik Penolong Kanan Kurikulum.
E) Mengubal Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
F) Menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu.
G) Membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
15.Sukatan dan Rancangan Pengajaran ; Ketua Panitia hendaklah mengemaskini supaya selaras.
Sukatan terkini dan mengikut takwim. Perlukan disediakan dalam 2 salinan untuk simpanan guru dan
fail panitia. Mesti ditandatangani oleh GB. RPH/RPT disediakan sendiri oleh guru.
16.Ketua Panitia perlu selaraskan Rancangan Pengajaran Harian mengikut mata pelajaran.
17. Untuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) GB meminta guru menggunakan bahan maujud dan Peta
Minda.
18. Bilangan Fail Panitia ialah 6 buah;
a) Surat -Menyurat/Panggilan Mesyuarat
b) Minit Mesyuarat
c) Maklumat Guru Panitia/ Tugas/Sijil Ikhtisas/Akademik/Surat Penghargaan/Sijil/Rekod Pemeriksa
d) Dokumen Panitia/ Aktiviti Panitia- Carta Organisasi/Sanarai Rujukan Guru/ Pekeliling Ikhtisas
e) Bank Soalan
f) Post Mortem Peperiksaan- Analisis/JSU.
19. GB meminta pengajaran dan pembelajaran (PDP) berlaku secara dua hala, guru - murid dan
gunakan peta iThink untuk setiap sesi pembelajaran bagi merangsang minda murid.
20.Pemantapan jumlah latihan bertulis murid ( TAHAP 2 SAHAJA ).
Mata pelajaran Objektif Struktur Esei
B. Inggeris 40 40 3

Tindakan : Guru BI

21.GB memcadangkan satu buku Copy Writing untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Tahap 2.
Buku ini boleh membantu pembelajaran kendiri. Buat salinan bahan untuk setiap murid.
Murid tidak dapat menulis dengan baik kerana kurang kosakata dan kurang membaca.
22.PK1 mencadangkan 1M1K - 1 Murid 1 Karangan pada setiap minggu. Karangan mengikut format
dan perlu diperiksa.
23.Pengurusan sudut PDP dalam bilik darjah - Guru Kelas diminta mempamerkan bahan yang terkini
dan pastikan sudut yang hidup ( bahan sentiasa ditukar ) sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
Tindakan : Guru Kelas/ AJK Panitia BI
24.Pencerapan/ PKB - PK 1 memaklumkan akan bermula seawal Februari 2017.

Program Strategik Peningkatan Akademik 2017


25.Pn.Ranita membentangkan perancangan Panitia Bahasa Inggeris tahun 2017. ( Rujuk Lampiran
A)
26.Program Peningkatan Akademik yang melibatkan murid Tahun 6 ialah KEM BE THE BEST &
LET STRUGGLE untuk Bahasa Inggeris. Program ini menjadi program rasmi yang berterusan
Panitia Bahasa Inggeris PPD Kuala Muda/Yan. Diadakan 2 kali setahun ( April dan Jun ).
27.Pn. Ranita menerangkan tentang Program Radio Sekolah 2017 ( School On Air Program).
( Rujuk lampiran C )
28.GB menyatakan banyak pendedahan ilmu boleh diberikan kepada murid-murid seperti Bahan
PPDa, Sejarah, DIDIK HIBUR dan sebagainya.
29.GB meminta semua aktiviti panitia didokumentasi dengan lengkap.

Headcount 2017
30.Kita mendapat makluman TOV dan ETR Tahun 4 hanya akan dibuat selepas Ujian Diagnostik
Bulan Mac.
31.GB meminta semua mata pelajaran teras menyediakan Borang Headcount .
32.PK 1 memaklumkan dashboard mata pelajaran akan dihantar kepada ppd.
33.Tapak dashboard mata pelajaran akan dihantar ke e-mail tidak rasmi sekolah dan guru-guru boleh
mengambil dari email tersebut.
34.Pn.Ranita memaklumkan dalam SAPS terdapat Headcount 1 hingga Headcount 6 tetapi perlu diisi
TOV dan ETR. Hanya SU peperiksaan mempunyai kemudahan tersebut.
Tindakan : Semua guru BI

Pemantapan Ujian Dalaman (Kualiti/Kuantiti dan Ketelusan)


35.Perlu mengikut spesifikasi ujian mengikut aras. 50%soalan aras tinggi, 30% soalan aras sederhana
dan 20% aras mudah.
36.Penyediaan soalan mesti dilakukan awal untuk ujian Mac ini dan seterusnya.
37.Untuk tahun 2017 terdapat 2 kali ujian sumatif, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan
Akhir Tahun, Ujian Diagnostik UPSR dan Ujian Percubaan UPSR.
38.Pastikan soalan mempunyai unsur KBAT, mempunyai JSU dan skema jawapan.
39.Pastikan guru menandatangani borang penyerahan soalan.
40. PK 1 meminta GB membawa isu pembinaan soalan yang tidak menepati aras murid dalam
mesyuarat MGB.
41. PK1 memaklumkan soalan mata pelajaran teras disediakan MGB jadi sekolah tertakluk kepada
soalan yang disediakan.
Tindakan : Semua Guru

Aktiviti Ko-Akademik Panitia


42.Ketua panitia digalakkan membawa murid menyertai aktiviti ko-akademik kerana terdapat markah
penyertaan murid semasa membuat penarafan sekolah.
43.Pn.Ranita memberitahu untuk 2016 Panitia Bahasa Inggeris akan menumpukan pada acara
individu- Poetry Recitation, Public Speaking dan Story-Telling Competition.

Membudayakan MBMMBI
44.Semua aktiviti ko akademik Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu didokumentasi dan ini
termasuk di dalam program MBMMBI.
45.Penambahan banner/ bahan bercetak di sekitar kawasan strategi di sekolah dengan proverbs dan
idiomsdan untuk tahap 1, banner akan dibuatuntuk rhymesdan songs.
46.Memperbanyakkan aktiviti persembahan murid pada perhimpunan pagi untuk membina keyakinan
dan ketrampilan diri.
47. Program Radio Sekolah akan digunakan untuk Program DIDIK HIBUR dan membudayakan
MBMMBI dengan berkesan di sekolah.
48. Pn. Ranita memaklumkan bahan-bahan Bahasa Inggeris telahpun disediakan dan mencukupi
untuk Program Radio Sekolah sepanjang tahun 2017.

Kajian Tindakan Mata pelajaran


49. GB berpandangan Kajian Tindakan Mata Pelajaran adalah bergantung kepada keperluan.
50. Berikan lebih tumpuan kepada murid lemah.

Isu-isu semasa Pendidikan Negara/NKRA/SPI


51. Guru perlu peka dengan isu-isu pendidikan Negara .
52. Kerjabuat guru adalah berpandukan PPPM.
53. Sila hantar satu salinan minit mesyuarat panitia kepada SU Kurikulum untuk rujukan pihak
Pentadbiran.
54.Pn. Ranita memaklumkan sekolah mempunyai murid LINUS Bahasa Inggeris Tahun 4 tinggal dua
murid.
55.Guru-guru kena peka dengan isu-isu semasa KPM seperti NKRA, Tawaran Baru, pra-sekolah.
56.Pn. Hamizun menjelaskan pada 2017 , murid pra sekolah berjumlah 8 orang.
57.GB menyatakan harapan untuk melihat pencapaian 100% murid pra-sekolah.

Belanjawan Mengurus Tahun 2017


58. AJK Panitia dan pihak pentadbir juga telah bersetuju dengan pembelian buku aktiviti
pengukuhan dan pengayaan Tahun 4,5 dan 6. Perkara ini telah mendapat kelulusan PIBG
sekolah.
59. Pembelian akan ditumpukan kepada bahan murid.
60. Sila rancang kewangan dengan melihat aspek keperluan secara menyeluruh. Semak anggaran
belanjawan yang diterima dengan Pembantu Tadbir Sekolah.
61.GB memaklumkan mulai Februari 2017 Ketua Panitia boleh mula mengisi borang nota minta.
Dapatkan sebutharga terbaik daripada pembekal .
62. Buku Stok dibawah kawalan Pembantu Am Rendah sekolah. Sila isi kad petak dan isi borang
ambil barang.
63. Urusan 2017 perlu dibuat secara betul untuk rekod sekolah.

V. Hal-hal lain.
64.GB meminta sistem fail dikemaskini dan sediakan kertas kerja untuk semua aktiviti panitia.
65.PK 1 memaklum akan membuat pembahagian Bulan Panitia mengikut takwim sekolah.
66.PK 1 minta guru berjimat dengan penggunaan kertas A4 dan sekolah perlu membayar 4 sen untuk
satu salinan.
67.GB dan PK1 memaklumkan pindaan waktu PDP. Sekolah akan bermula jam 7.30 pagi dan pulang
pada jam 1.00 petang mengikut takwim yang diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
68.GB menjelaskan mesyuarat guru boleh diadakan lebih awal.
69.GB menyatakan hasil akan bercakap bagi pihak panitia dan dokumentasi bergambar akan
membantu memberi penjelasan untuk aktiviti dan pencapaian panitia.
70. GB meminta setiap perbincangan dijadikan laporan PLC. Guru juga digalakkan menjalankan PLC
secara Learning Walk.
71.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,
.............................................
(Pn. Ranita binti Awang )

You might also like