You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKHKJ 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI KASSIM JASIN

Pendahuluan

Unit Kokurikulum bersama Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia


Pendidikan Sejarah dan Kelab Bahasa SK Haji Kassim Jasin akan mengadakan
program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2017. Sambutan Kemerdekaan ini
melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid iaitu dari Tahun Satu hingga
Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid dan waris. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan
memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk
memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SK Haji
Kassim Jasin.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid SK
Haji Kassim Jasin.

Objektif

1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
negara.

2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang


kedaulatan negara.

4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

5.Menanam rasa hormat dan menghargai warga emas sebagai warga


pembangunan negara.
Rasional

Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati


saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengetahui sejarah negara
seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang
telah dirancang di dalam takwim SK Haji Kassim Jasin.

Cadangan Tarikh

6 Ogos sehingga 16 September 2017.

Tempat

Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin

Perasmian Pembukaan

En. Ismail bin Junus- Guru Besar SK Haji Kassim Jasin.

Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Haji Kassim Jasin.

Ahli Jawatankuasa

- Sila lihat Lampiran 1 -

Aktiviti-Aktiviti Bulan Kemerdekaan

- Sila lihat Lampiran 2 -


Perbelanjaan

- Sila lihat Lampiran 3 -

Sumber Kewangan

1. PCG Unit Kokurikulum


2. PCG Pusat Sumber

3. PCG Panitia Sejarah

Penutup

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(RANITA BINTI AWANG ) (EN. ISMAIL B. JUNUS)


Guru Besar
SK Haji Kassim Jasin.
Lampiran 2

Aktiviti sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Tarikh
Bil. Aktiviti Tindakan/ Kawasan
Pelaksanaan
Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan
Kemerdekaan

- Ucapan pengerusi majlis


- Nanyian lagu Negaraku, Negeri
Guru bertugas
Kedah dan Sekolah
1. 6 Ogos 2017 mingguan / Tapak
- Ucapan Guru Besar
perhimpunan
- Laungan merdeka
- Persembahan Deklamasi Sajak
Kemerdekaan
- Bersurai

6 - 22 Ogos
2. Pertandingan Kelas Ceria Bulan Merdeka Guru Kelas
2017

6-22 Ogos Panitia PSV/ Bilik


3. Pertandingan Mewarna & Melukis Poster
2017 darjah

Unit Bimbingan
4. Ceramah Kemerdekaan
Kaunseling / Dewan

5. Pertandingan deklamasi sajak 24 Ogos 2017 Panitia Bahasa /


Dewan
Panitia Muzik /
6. Pertandingan Koir 24 Ogos 2017
Dewan

Unit Sukan dan


7. Sukan Rakyat Murid dan Waris 2017 24 Ogos 2017
PIBG
6-21 Ogos
Kuiz Sejarah Online ( Frog VLE) Panitia Sejarah
8 2017
6-21 Ogos Pusat Sumber
Pertandingan Selfie Kemerdekaan
9 2017 Sekolah
Semua Warga
Majlis Sambutan Merdeka 24 Ogos 2017
10 Sekolah

Lampiran 3

Perbelanjaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan SKHKJ 2017

1. Hadiah Sukan Rakyat ( 3 acara )


Pertama - RM15.00 x 3
Kedua - RM10.00 x 3
Ketiga - RM10.00 x 3
RM 105.00

2. Pertandingan deklamasi sajak (Lelaki & Perempuan)


Pertama - RM5.00 x 2
Kedua - RM3.00 x 2
Ketiga - RM3.00 x 2
Saguhati - RM 2.00 x 10 RM42.00

3. Pertandingan koir kemerdekaan (10 orang/kumpulan)


Johan - RM30.00
Naib Johan - RM20.00
Ketiga - RM15.00
RM65.00

4. Hadiah Pertandingan Mewarna


Prasekolah hingga tahun 6 ( 7 Kategori)
Pertama - RM5.00 x 7
Kedua - RM3.00 x 7
Ketiga - RM3.00 x 7 RM 77.00

6. Kelas Ceria Bulan Merdeka RM 30.00

7. Pertandingan Buku Skrap Berkumpulan ( 4 Orang)


Pertama - RM 16.00
Kedua - RM 12.00
Ketiga - RM 12.00 RM 40.00

8. Banner & bendera RM 100.00

JUMLAH RM 459.00
Lampiran 1

JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKHKJ 2017

Pengerusi : En. Ismail bin Junus (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Ranita Awang (Pemangku GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Afiza Zakaria ( Guru PSS)

AJK

Pertandingan Mewarna & Melukis

Pra Sekolah - Pn. Hamizun bt. Abu Bakar (K)


- Pn. Amal Hayati bt. Shokhawi
Tahap 1& 2 - Pn. Suraini bt Shamsudin (K)
- Pn. Siti Zaliha bt. Ramli
- Pn. Rozita
- Pn. Sofiah bt. Yusof

Pertandingan Deklamasi Sajak

- En. Mohd Salleh bin Hassan (K)


- En. Mohd. Radzi bin Abu Bakar

Koir Kemerdekaan

- En. Mohd Latef Md Arif (K)


- Pn. Siti Zubaidah bt Nik Deen

Pertandingan Kelas Ceria Bulan Merdeka

Guru Besar
PK Pentadbiran
PK HEM

Sukan Rakyat Anak dan Waris

- Pn. Fairuzah Ahmad


- En. Mohd. Nadzri b. Ariffin
- Cik Sofiah Ismail
Kuiz Kemerdekaan

- Pn. Ranita Awang

Hadiah

- Pn. Sakinah Ismail (K)


- Pn. Hasniyah Abd Rahim
- Pn. Ku Mahani Ku Ariffin

Jurukamera & PA sistem


En. Mohd Fadzil Fahami b. Najib Fahami
En. Mohd Witri Hafiz b. Amanullah

Dokumentasi
Pn. Ranita Awang

You might also like