You are on page 1of 3

SK HAJI KASSIM JASIN, SELENGKOH,

06910 YAN, KEDAH.


________________________________________________________________________

Ruj.Kami:SKHKJ 800/1/1(3)
Tarikh : 14 April 2019
Kepada;
………………………………………………..
……………………………………………….

Tuan/Puan,
LIGA BOLASEPAK PRAMUSIM ZON SUNGAI LIMAU TAHUN 2019

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa 14 orang murid Lelaki Tahun 5 & 6 SK
Haji Kassim Jasin akan dibawa untuk menyertai LIGA BOLASEPAK PRAMUSIM
ZON SUNGAI LIMAU TAHUN 2019 yang akan diadakan mengikut ketetapan pihak
penganjur.

2. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Perlawanan untuk makluman dan rujukan


pihak tuan.

3. Para peserta dikehendaki memakai pakaian sukan lengkap beserta kasut sukan yang
bersesuaian.

4. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan pelajar-
pelajar dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/jagaan tuan/puan sepanjang
kegiatan ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.

Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“ PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”


“KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT ILTIZAM KAMI”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
BORANG JAWAPAN LAMPIRAN B E 1

……………………………………………….
……………………………………………….. Tarikh : …………………………
________________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin,
Selengkoh, 06910 Yan,
Kedah Darul Aman.

KEJOHANAN BOLA BALING ZON SUNGAI LIMAU TAHUN 2018

Saya ________________________________________________ibu bapa/penjaga


kepada ______________________________________Tahun _____MEMBENARKAN/
TIDAK MEMBENARKAN * anak/jagaan saya menyertai KEJOHANAN BOLA
BALING ZON SUNGAI LIMAU TAHUN 2018 pada 23 JANUARI 2018- SELASA
(12L) dan 24 JANUARI 2018- RABU (12P) mulai jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

2. Saya faham pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut
diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-
apa perubahan kepada kesihatan atau keadaan fizikal anak/jagaan saya sebelum tarikh
kegiatan berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak/jagaan saya faham,
bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru
pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatannya.

4. Saya memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberi apa-apa
pertolongan cemas ke atas anak saya jika didapati perlu.

Sekian,terima kasih.

…………………………………………..
Penjaga/ Ibu Bapa
Nama : …………………………………………………….
No. Kad Pengenalan:……………………………………..
No.Tel. Rumah/Bimbit:……………………………………..
*Potong yang tidak berkenaan.

You might also like