You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG GALI

காளி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி


27400, டோங் ரவுப், பகாங்.
TEL: 09-3659663 FAX: 09-3659663
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL
KALI PERTAMA TAHUN 2023

Tarikh :- 15.03.2023
Masa :- 2.00 – 4.00 petang
Tempat :- Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
1. Pn. V. Sukuna ( GURU BESAR)
2. Pn.A. Aashakumare (Pengerusi Panitia Bahasa Tamil)
3. Cik. A. Poornimah (Setiausaha Panitia Bahasa Tamil)
4. En. N.Sasitharan (AJK)
5. Pn.K.Nalini (AJK)
6. Cik.K.Kirthika (AJK)

1.0Perutusan Pengerusi

1. Pn.A.Aasha pengerusi panitia Bahasa Tamil mengucapkan selamat datang kepada


ahli – ahli panitia Bahasa Tamil.
2. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama
yang diberikan pada tahun lalu dan diharap tahap komitmen yang sama dapat
dikekalkan pada tahun ini.

2.0Perutusan Guru Besar

2.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru.


2.2 Beliau berharap agar semua guru Bahasa Tamil dapat bekerjasama bagi mencapai
kelulusan 100% bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dalam UASA dan juga
petaksiran yang dijalankan pada peringkat sekolah.
3.0 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3.1 Cik. A.Poornimah selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
3.2 Minit mesyuarat 4/2022 telah dicadang oleh Pn.K.Nalini dan disokong oleh
Cik.K.Kirthiga
Makluman : Semua Guru BT
4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Murid-murid yang masih lemah dalam Bahasa Tamil perlu diberi bimbingan secara
individu dari masa ke semasa. Terutamanya pada waktu PdP. Selain waktu PdP guru
– guru juga boleh menggunakan waktu lapang murid iaitu pada waktu pagi, pada
waktu rehat dan waktu balik. Ini akan memberi kesan yang positif.

5.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Panitia

Ketua Panitia : Pn.A.AASHAKUMARE


Setiausaha : CIK.A.POORNIMAH
AJK : En. N.Sasitharan
Pn.K.Nalini
Cik.K.Kirthika

Maklumkan Semua Guru BT


6.0 Maklumat Mata Pelajaran
6.1 Senarai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil adalah seperti
berikut :
TAHUN NAMA GURU
1 ROJA En. N.Sasitharan
2/3 ALLI CIK.A.POORNIMAH
4/5 MULLAI CIK.A.POORNIMAH
6 THAMARAI Pn.A.AASHAKUMARE
7.0 Target Akademik / Headcount

*Lihat Lampiran

8.0 Perancangan Tahunan Panitia

*Lihat Lampiran

9.0 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)

9.1 Semua guru mata pelajaran harus memastikan bahawa DSKP bagi kelas yang
diajar telah difailkan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
9.2 Penyemakan fail DSKP akan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Akademik pada minggu pertama persekolahan.
Tindakan Semua Guru BT

10. Rancangan Pengajaran Tahunan / Harian


10.1 Semua guru harus memastikan supaya Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
telah difailkan dan sebelum sesi persekolahan dimulakan.
10.2 Semua guru yang mengajar Bahasa Melayu boleh merujuk fail DSKP panitia
bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut takwin
sekolah 2023.
10.3 Rancangan pengajaran harian adalah mengikut format yang dibekalkan oleh ketua
panitia agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. (Lampiran 1)
10.4 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah difailkan akan disemak oleh
oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik pada minggu pertama
persekolahan.
Tindakan Semua Guru BT

11.0 Penggunaan Buku Latihan / Buku Kerja


11.1 Bilangan penggunaan buku latihan yang ditentukan oleh panitia bagi semua
kelas adalah seperti berikut :
TAHAP BILANGAN BUKU
4 buku latihan kecil
 Tatabahasa / Pemahaman 1
1  Tatabahasa / Pemahaman 2
( Tahun 1 – 3)  Ejaan
 Tulisan
1 buku nota (panjang)
 penulisan
2 buku latihan kecil
 Tatabahasa
2  Seyyul & Mozhiyani
( Tahun 4 – 6) 4 buku nota (panjang)
 Pemahaman
 Soalan 21, 22, 23
 Latihan Bina Ayat / Karangan
Bergambar
 Latihan Penulisan

Tindakan Semua Guru BT


12.0 Penggunaan Buku Teks
12.1 Para guru diseru untuk mengoptimumkan penggunaan buku teks semasa Pdp.
12.2 Guru harus memastikan murid telah membalut buku teks dengan pembalut buku
plastik dan menggunakan buku tersebut dengan berhemah.

Tindakan Semua Guru BT


13.0 Penggunaan ICT / ABM / BBM
13.1 Guru mata pelajaran digalakkan untuk melaksanakan Pdp melalui penggunaan
peralatan ICT yang telah dibekalkan oleh pihak KPM.
13.2 Guru-guru disarankan untuk merancang aktiviti Pdp yang dapat mengalakkan anak
murid untuk menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai langkah
pendedahan teknologi kepada mereka.
13.3 Guru-guru boleh mendapatkan bahan pengajaran atau bahan rujukkan dari laman
BPK/ BBM KSSR sebagai rujukan tambahan dalam pelaksanaan Pdp.
13.4 Semua ABM / BBM telah pun dikemaskini dengan bantuan serta kerjasama semua
guru dan staf sokongan sekolah bagi memudahkan penggunaan para guru bagi sesi
pembelajaran dan pengajaran 2023 .
13.5 Guru-guru diseru agar mengunakan ABM / BBM bagi tujuan Pdp. Perekodan
penggunaan bahan-bahan tersebut adalah diwajibkan dalam buku yang disediakan.

Tindakan Semua Guru BT

14.0 Penyemakan Buku Latihan

14.1 KPI bagi penyemakan buku yang telah ditentukan semasa mesyuarat adalah 2 hari
persekolahan. Ini bermakna guru –guru dikehendaki menanda latihan dan hasil
kerja murid dalam tempoh tersebut tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.
14.2 Para guru juga harus memeriksa tarikh dan hari dari segi ejaan serta data agar
ditulis dengan betul oleh murid.
14.3 Semakan hasil kerja murid / latihan murid akan dinilai oleh Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Akademik sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun mengikut
jadual yang ditetapkan

Tindakan Semua Guru BT


15.0 PdP / Pencerapan Guru

15.1 Pdp yang dijalankan perlulah merangkumi aspek pembelajaran abad ke 21 seperti
konsep ‘trafic light’, ‘parking lot’, pemberian ganjaran, ‘behavior chart’ dan
sebagainya.
15.2 Aktiviti Pdp yang dirancang perlu terdiri daripada pelbagai aras dan diselit dengan
didik hibur agar objektif Pdp dapat dicapai secara efektif dan afektif.
15.3 Pencerapan guru akan dijalankan minimum sebanyak dua kali setahun mengikut
Standard 4 SKPM secara klinikal.
15.4 Jadual pencerapan guru akan ditampal di bilik guru untuk makluman dan
tindakan para guru.
15.5 Dapatan hasil pencerapan akan dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa
untuk tindakan susulan meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran
murid.

Makluman Semua Guru BT


16.0 Sudut Mata Pelajaran di Bilik Darjah
16.1 Guru kelas harus menyediakan sudut mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas.
16.2 Guru mata pelajaran harus menampal hasil kerja dan kreativiti murid termasuk
hasil murid yang berlandaskan I-Think (peta pemikiran) atau bahan hasil murid
sendiri dan harus ditukar dari semasa ke semasa.
16.3 Hasil kerja murid boleh simpan dalam fail murid sebagai bahan rujukan atau
bahan bukti pelaksanaan Pdp.

Tindakan Semua Guru BT

17.0 Analisa Item


17.1 Guru mata pelajaran diwajibkan untuk membuat analisa item sejurus selepas
penyemakan setiap ujian dan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.
17.2 Apabila kelemahan murid dapat dikenalkan pasti melalui analisa item, guru dapat
merancang tindakan / langkah susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut.

Tindakan Semua Guru BT

18.0 Hal-hal lain


18.1. Guru harus berhati-hati semasa menegur murid agar tidak menyinggung perasaan
murid melalui pertuturan dan tindakan guru. Namun begitu, ketegasan guru tetap
dititikberatkan.
18.2 Semua guru bertanggungjawab terhadap maklumat yang dipaparkan dalam portal
PPD. Guru tidak boleh memberikan alasan bahawa tiada internet dan lain-lain sebab.
18.3 Persembahan murid semasa perhimpuan perlu diberi perhatian agar kualiti
persembahan dapat ditingkatkan lagi.
19.0 PENUTUP
19.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------ -------------------------------------
(AASHAKUMARE A/P ASAITHAMBY) (CIK.A.POORNIMAH)
PENGERUSI, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PANITIA BAHASA TAMIL SJK(T) LADANG GALI.

Disahkan oleh,

-------------------------------------
(PN.V.SUKUNA )
GURU BESAR
SJK(T) LADANG GALI.

You might also like