You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

SJKC CHUNG HUA BANGKONG BIL. 1/2023-24

TARIKH : 27 Mac 2023 (2023)


MASA : 1315 Petang – 1430 Petang
TEMPAT : Bilik Guru

SENARAI KEHADIRAN:
1. En. Jee Chen Fui (Guru Besar) 4. Cik. Ng Suk Ying
2. En. Wong Ik Ming (PK Pentadbiran) 5. Pn. Wong Lee Yung
3. Dr. Lai Nan Poh (Ketua Panitia) 6. Cik. Nur Amirah Syuhada Bt Azhar

AGENDA MESYUARAT:
1. KATA ALU-ALUAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
1.1 Ketua panitia mengalu-alukan kehadiran guru mata pelajaran Bahasa Melayu ke
mesyuarat kali pertama Panitia Bahasa Melayu untuk sesi akademik 2023-24.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil. 3/2022 dicadangkan untuk disahkan
oleh En. Jee Chen Fui dan disokong oleh Pn. Wong Lee Yung.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada.

4. PENUBUHAN JAWATANKUASA KERJA PANITIA BAHASA MELAYU


4.1 Jawatankuasa kerja Panitia Bahasa Melayu untuk sesi akademik 2023-24 adalah
seperti berikut:-
Penasihat : En. Jee Chen Fui (Tahun 1)
Penolong Kanan 1 : En. Wong Ik Ming
Ketua Panitia : Dr. Lai Nan Poh (Tahun 5 & 6)
Setiausaha : Cik. Ng Suk Ying (Tahun 2)
Ahli-Ahli : Cik. Nur Amirah Syuhada Bt. Azhar (Tahun 3 & 4)
: Pn. Wong Lee Yung (Guru Pra)
Makluman: Semua Guru BM

Panitia BM SJKC CH Bangkong... 1


5. RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
5.1 Format Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu perlu mengandungi
elemen-elemen seperti berikut:-
Minggu Tema / Topik Standard Standard Pengisian
Kandungan Pembelajaran Kurikulum

5.2 Format Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu pula perlu mengandungi
elemen-elemen seperti berikut:-
Tema:
Tajuk:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:
Obejekti PdPc:
Elemen Merentas Kurikulum:
Aktiviti:
Refleksi / Impak:

Makluman: Semua Guru M/P BM

6. PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)


PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan secara penyerapan ilmu
PKJR ini perlu dilaksanakan sebanyak satu waktu seminggu [SPI. Bil.10/2009].
Tindakan: Semua Guru M/P BM

7. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


7.1 Guru diingatkan agar melaksanakan PBD dengan penuh tanggungjawab dan
berintegriti.
7.2 Guru perlu memuat turun Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM),
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dari laman sesawang
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
7.3 PBD boleh dilaksanakan oleh guru mata pelajaran melalui pelbagai kaedah
pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan dan secara lisan.
7.4 Guru dikehendaki untuk merekodkan Tahap Penguasaan (TP) murid dalam
Tapak PBD secara dalam talian (Google Drive) yang disediakan oleh pihak
sekolah.

Panitia BM SJKC CH Bangkong... 2


7.5 Murid-murid yang belum menguasai TP3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berdasarkan Analisa PBD Januari 2023 (Tahun 1: 4 orang; Tahun 2: 1 orang;
Tahun 3: 2 orang; Tahun 4: 0 orang; Tahun 5: 2 orang; Tahun 6: 1 Orang).
7.6 Murid-murid yang belum menguasai TP 3 perlu diberi pemulihan oleh guru mata
pelajaran masing-masing.
Tindakan: Semua Guru M/P BM

8. AKTIVITI TAHUNAN PANITIA BAHASA MELAYU


8.1 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Mesyuarat Panitia akan dijalankan sebanyak 3 kali pada tahun ini (Rujuk Takwin
Sekolah 2023).
8.2 Program NILAM
8.2.1 NILAM perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seminggu dan perlu
direkodkan dalam Buku NILAM murid.
8.3 Pemulihan, Pengukuhan Dan Pengayaan
8.3.1 Guru mata pelajaran perlu melaksanakan pemulihan, pengukuhan atau
pengayaan untuk murid-murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran
atau sebaliknya selepas PdPc masing-masing.
8.4 Bulan Bahasa Peringkat Sekolah (Ogos)
8.4.1 Pelbagai pertandingan akan dijalankan semasa Bulan Bahasa yang
dijadualkan pada Bulan Ogos 2023. Antara aktiviti yang dicadangkan
adalah seperti berikut: -
i) Cari Gambar Tersembunyi (Pra Sekolah)
ii) Tulisan Cantik (Pra Sekolah; Tahap 1)
iii) Membina Ayat / Menyusun Ayat (Tahap 1)
iv) Silang Kata & Penulisan Esei (Tahap 2)
8.5 Pertandingan Sempena Program Kesedaran Peningkatan Akademik
8.5.1 Program Kesedaran Peningkatan Akademik dijadualkan akan dijalankan
pada pada 3-4 April 2023. Dalam program tersebut, Pertandingan yang
berkaitan dengan Bahasa Melayu akan dijalankan. Antara pertandingan
yang dijalankan adalah seperti yang berikut:-
i) Silang Kata ~ Semua murid Tahap 2
ii) Mencari Perkataan ~ Murid Tahun 3
Makluman: Semua Guru M/P BM
Panitia BM SJKC CH Bangkong... 3
9. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
9.1 Pihak sekolah menyarankan agar setiap panitia perlu menjalankan PLC sebagai
platform untuk guru-guru berkongsi idea / masalah / cadangan penambahbaikan
untuk sebarang isu berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu.
9.2 PLC 1 (Data Analysis) akan dilaksanakan pada 3 Julai 2023 untuk menganalisis
data-data PBD yang dikutip dari Mac hingga Jun 2023 bagi tujuan intervensi.
Makluman: Semua Guru M/P BM

10. BANTUAN GERAN PER KAPITAL MATA PELAJARAN TERAS (PCG)


10.1 PCG untuk Panitia Bahasa Melayu pada ini adalah sebanyak RM 67.40. PCG
ini akan digunakan untuk membeli Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan hadiah
untuk Program-program Panitia Bahasa Melayu peringkat sekolah.
Makluman: Semua Guru M/P BM

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Tiada.

12. PENANGGUHAN MESYUARAT


12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1430.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(NG SUK YING) (LAI NAN POH) (JEE CHEN FUI)


Setiausaha Panitia BM Ketua Panitia BM Guru Besar
SJKC CH Bangkong SJKC CH Bangkong SJKC CH Bangkong

Panitia BM SJKC CH Bangkong... 4

You might also like